Rate

***MIMPI***

Short Story Series 2779

Ditaman yang indah penuh dengan bunga bunga mawar yang cantik dan berwarna, Riana melihat di sekitarnya hanya dia sendirian yang berada di taman itu,. Tapi secara tiba tiba dia disapa oleh seseorang yang dia tak kenal dan entah darimana datangnya lelaki tu,
"Hai saya zafran," sambil tersenyum menyapa Riana, "Hai saya Riana, awak dari mana ya? Saya tak nampak awak datang dari mana"
"saya datang dari mimpi awak, awak yang panggil saya ke sini"
"seriously saya yang panggil awak?? Tapi kenapa macam pelik ja awak ni macam tak percaya saya yang panggil awak?, jap jap sebenarnya kita kat mana ni?" sambil terpinga pinga Riana bertanya, "kita ada kat alam mimpi awak ,awak yang cipta mimpi ni, dan awak yang panggil saya kesini" kata Zafran. Walaupun seakan tak percaya dengan keadaan itu, Riana tetap gembira kerana dia ada seseorang untuk diajak bersembang dengannya..

Sambil mereka berjalan di kawasan taman itu, mereka bercerita mengenai kehidupan masing masing , "Riana, kenapa awak cipta mimpi ni?, sedangkan awak boleh je menghidupkan mimpi ni di kehidupan realiti awak.." kata zafran, "Bukan saya tak nak cipta mimpi ni di realiti, tapi saya lebih suka kalau keadaan saya disini tiada siapa yang tahu, kat sana saya sendirian, sunyi dan Saya lebih suka berada disini berbanding sana, sini lebih bahagia, walaupun hanya mimpi tapi saya bahagia.." kata Riana kepada zafran.. "ok tapi awak tak takut kalau khayalan yang awak cipta, mimpi yang awak cipta ni, akan hilang dan awak tak mampu untuk kembali ke sini lagi.?" " zafran, ini mimpi yang saya cipta jadi, kalau mimpi ini hilang, saya akan cipta mimpi yang baru," kata Riana sambil berpusing pusing menari dengan bahagia..

"Saya cuma punya hati untuk saya bahagia,.. Saya suka dengan keadaan saya, biarpun saya dianggap remeh oleh orang orang disekeliling saya tapi saya tak kisah, saya akan cipta kehidupan saya disini, biarpun saya tahu tak lama namun saya masih akan rasa bahagia dengan apa yang saya hadapi di sini,".. "ok kalau macam tu saya pun suka dengan keadaan disini, sebab sunyi tak perlu dengar bebelan manusia manusia yang ada kat luar sana tu, Riana andai kata kita terpisah di sini, dan seandainya kita berjumpa disana, adakah awak akan ingat saya?" "kenapa awak cakap macam ni? Seakan awak nak pergi jauh dari saya atau awak nak kita berjumpa di alam realiti tapi kan awak ada ka di alam realiti?? Lagipun ini kan mimpi saya, saya yang cipta awak, awak dalam mimpi saya..." kata Riana kepada zafran..
"saya cuma kata seandainya kita berjumpa disana.." "ouhh ok saya faham, seandainya kita berjumpa disana, umm kalau macam tu awak save number fhone saya, supaya nanti bila awak terjaga, awak akan call saya.." kata Riana sambil tersenyum ke arah Zafran.."Ok baik saya save number awak"balas Zafran kepada Riana..

"Cantikkan bintang malam ni bersinar seakan faham apa yang saya rasakan dalam hati saat ni" kata Riana, "Iya sama lah seakan bintang tahu yang saya dah jatuh cinta" balas Zafran...
"Awak jatuh cinta?? Dengan siapa??" Tanya Riana dengan muka terkejut. "Dengan awak la Riana" balas Zafran...

Terjaga Riana akibat terjatuh dari katilnya, "Allah mimpi apa aku malam ni.tapi siapa zafran??? Macam real mimpi tu" kata Riana dalam hati,..Dilihatnya jam di dinding sudah pun menunjukkan jam 6 pagi, Riana terus bersiap siap untuk menghadapi satu lagi hari yang mencabar..

Walaupun Hanya Mimpi Namun Di Sebabkan Mjmpi Itulah Kita Mampu Mempunyai Cita Cita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience