Rate

Bab 67

Vampire Series 1193

"Huargh." Olive menguap. Dia tutup mulutnya yang menguap luas. Dia juga meregangkan sedikit badannya. Dia rasa sudah mengantuk.

"Nak tidurlah. Ngantuk." kata Olive sambil melihat Dylan disebelah yang sedang nyenyak tidur diulit mimpi. Sedikit senyuman terbit dibibir Olive. Dia rasa tentu Dylan ngantuk sangat. Tentu dia penat tangkap ikan tadi. Ikan yang Olive sudah lepaskan. Tidak merasa mereka makan ikan hari ini. Tetapi tidak mengapa kerana mereka dapat hidangan yang lebih enak.

Lagi sekali bibir Olive terukir senyuman yang nipis. Setelah itu, Olive pun baring dan perlahan-lahan dia pejamkan mata. Dia tidur tidak jauh daripada Dylan.

Malam hari berlalu dengan pantas dan siang pun menjelma semula. Olive yang terlebih dahulu bangun daripada tidur walaupun dia tidur paling lambat. Biasalah apabila masih ada hal yang tidak selesai seseorang itu tidak dapat tidur dengan nyenyak. Itulah yang dirasakan oleh Olive.

”Huargh." Olive tutup mulutnya yang menguap. Dia mengeliatkan badannya. Sakit juga badannya. Sudah lama dia tidak merasa tidur diatas tilam yang empuk.

"Haih rindunya." bisik hati Olive. Dia teringat rumahnya yang jauh dari sini. Dia rindu segalanya. Olive pegang kalung yang ada dilehernya.

"Rindu kat mummy dan daddy." tidak pernah sekali pun ingatan Olive tidak rasa rindu kepada orang tuanya. Hari-hari dia teringat pada mereka. Biasanya kalau pagi seperti ini mereka akan bersarapan bersama. Mummy tentu akan siapkan makanan yang sedap-sedap. Tiba-tiba Olive rasa rindu dengan masakan mummy. Sepanjang berada disini jarang sangat dia dapat makanan yang sepatutnya kecuali pada malam semalam.

Sedar tidak sedar airmata Olive mengalir turun kepada pipi. Dia rasa rindu pada keluarganya. Rasa rindu serindunya.

"Olive, awak dah bangun?" soal Dylan selepas terjaga daripada tidur.

"Hah?" cepat-cepat Olive menyapu airmata yang mengalir. Risau kalau Dylan nampak. Nanti banyak pula soalan yang dia perlu jawab.

"Awak tidur tak malam tadi?" soal Dylan. Dia bangun daripada pembaringannya. Dia duduk bersila sambil mengosok mata.

"Tidur cuma tak sure pukul berapa.” balas Olive. Dia mengangguk kepala.

"Oh baguslah. Awak lapar tak? Saya ingat nak cari sarapanlah." kata Dylan.

"Tak lapar sangat.” balas Olive. Dia belum rasa lapar lagi. Lagipun masih awal pagi lagi.

”Eh jap bukan ke ada pisang dalam beg saya?” baru Olive teringat tentang hal itu.

"Alamak entah-entah dah busuk pisang tu." kata Olive sambil menepuk dahi.

"Oh yelah." Dylan pun baru teringat.

"Kat mana awak tanam beg saya tu?" soal Olive.

"Dekat bawah pokok tu je." kata Dylan. Dia pun bangun untuk gali pasir tersebut.

"Ada tak?" soal Olive. Dia harap adalah begnya disitu. Tetapi rasanya ada sahaja kerana mustahil kalau ada yang mencuri. Tiada tanda-tanda pasir dikorek pun.

"Ada ni." Dylan angkat beg Olive sambil itu dia bersihkan pasir yang ada. Dia turut kibaskan beg itu.

"Nah." Dylan beri beg itu kepada Olive.

"Terima kasih." ucap Olive. Dia buka beg itu. Dia periksa kandungan beg tersebut.

"Macam mana?” soal Dylan.

"Ni pisang tu." Olive keluarkan pisang tersebut. Pisang tersebut sudah lebam dan hitam sedikit tetapi tidak lembik. Mungkin disebabkan pisang itu seolah-olah diperam semalaman didalam pasir.

"Oh tak rosak sangat ni. Masih boleh dimakan." kata Dylan sambil membelek pisang itu. Pisang itu nampak masih elok dan boleh dimakan.

"Ye ke?" Olive nampak seperti agak kurang pasti. Dia tidak pernah makan pisang yang seperti itu. Dia biasa makan pisang yang masih segar.

"Yup pisang yang macam ni biasanya dibuat cekodok pisang." Dylan selalu sahaja lihat Nancy gunakan pisang seperti itu untuk buat cekodok pisang.

"Oh..” angguk Olive.

"Mesti awak tak tahu sebab awak tak pernah masak cekodok pisang." sindir Dylan.

"Memang tak pernah pun. Selalu kuih mummy yang masak sebab masakan mummy yang paling sedap.” ujar Olive. Riak mukanya bertukar sedih. Mesti dia terkenangkan ibunya yang jauh.

"Hm tak apalah saya nak basuh muka dulu." Dylan rasa menyesal pula sindir Olive sebentar tadi. Hal ini kerana hal itu membuatkan Olive rasa sedih dan teringat kepada ibunya.

"Okay." balas Olive dengan muka yang monyok. Dia tidak terasa hati pun dengan kata-kata Dylan. Cumanya dia hanya rindukan mummy.

Dylan pun keluar dari tempat teduhan. Dia terus menuju ke laut untuk membasuh muka. Tidak lama selepas itu, Olive juga keluar untuk membasuh muka.

"Kan best kalau dapat mandi. Dah lama sangat ni tak mandi. Haih." kata Olive sendirian semasa mencangkung ditepi pantai sambil membasuh muka dan tangannya. Dia rasa teringin betul hendak mandi.

"Olive, awak cakap dengan siapa?” sapa Dylan dari belakang. Dia terdengar suara Olive tetapi dia tidak pasti dengan butiran kata yang dikeluarkan.

"Tak ada cakap dengan sesiapa pun. Just monolog dengan diri sendiri je. Kenapa?" soal bangun dan toleh ke arah Dylan.

"Oh." Dylan mengangguk. Olive hanya terdiam.

"Err.. Jomlah sarapan. Hari ini kita sarapan pisang tu jelah."

"Okay." Olive dan Dylan pun kembali ke tempat teduhan. Mereka pun bersarapan sambil berbual sedikit.

"Olive, nak tanya boleh?" soal Dylan.

"Nak tanya apa? Tanya jelah." balas Olive sambil makan pisang.

"Olive, sorry dengan soalan saya ni. Cuma saya nak tanya awak dah dapat idea macam mana hiburkan Puteri Waverly?" soal Dylan. Dia pandang ke arah Olive.

"Kenapa awak cakap sorry pula?" soal Olive. Dia buat muka pelik.

"Tak adalah. Saya risau kalau soalan saya membebankan awak." kata Dylan. Dia risau soalan itu buat Olive rasa tertekan.

"Oh, saya okaylah. Well, not really but saya rasa saya macam dah dapat idea. Tapi tak sure menjadi ke tak. Awak faham maksud saya?"

Dylan mengangguk.

"Boleh saya tahu apa idea tu? Mana tahu saya boleh tambah-tambah idea?" Dylan teringan sangat mahu membantu Olive.

"Idea yang pertama saya nak buat flower crown untuk puteri since puteri suka bunga. Jap eh." Olive bangun dan masuk ke dalam tempat teduhan. Tidak lama selepas itu dia keluar sambil memegang sesuatu.

"Cantik tak?" Olive tunjukkan mahkota bunga yang dia buat pada malam tadi. Mahkota bunga itu dibuat dengan penuh perhatian dan keikhlasan. Dia berharap sangat yang Puteri Waverly sukakannya.

"Cantik. Pandai awak buat. Tentu puteri akan suka." puji Dylan dengan ikhlas. Memang cantik mahkota bunga yang Olive buat. Mahkota bunga itu

"Tapi kan flower crown ni macam hadiah je. Bukanlah something yang menghiburkan pun kan?"

"Er, ya." Dylan mengangguk. Dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Olive. Mahkota bunga itu sahaja tidak cukup untuk menghiburkan tuan puteri yang sedang bersedih.

"Awak ada idea yang lain?"

"Ada. Lepas tu saya rasa macam nak buat persembahan silap mata." dengan kurang pasti Olive luahkan ideanya.

"Magic show?"

"Yup." angguk Olive.

"Apa trick yang awak nak buat nanti?" Dylan berminat.

"Trick yang pernah daddy ajar saya masa kecil dulu." balas Olive. Dulu masa dia kecil daddy selalu juga ajar beberapa helah magis. Bukan magis yang sebenar seperti dialam ini tetapi sekurangnya boleh dijadikan hiburan untuk tuan puteri. Mungkin.

"Oh." angguk Dylan.

"Tapi bukan tu je. Mungkin ada lagi beberapa lagi." kata Olive.

"Contohnya?" soal Dylan. Dia ingin tahu.

"Saya akan fikirkan." balas Olive. Dia belum jumpa lagi idea itu. Tetapi dia akan fikir dan cari. Idea yang dia ada sekarang tidak mencukupi.

"Okay. Awak makanlah dulu. Nanti kita fikirkan sama-sama." kata Dylan. Dia rasa bersalah pula bila membuka topik itu ketika mereka sedang bersarapan. Pisang yang ada ditangan Olive baru dimakan separuh dan ia tetap begitu sepanjang mereka berbual. Lebih baik biar Olive menghabiskannya dahulu.

"Okay." balas Olive sambil tersenyum senget dengan wajah sedikit suram. Dia sebenarnya kurang yakin. Tetapi dia tetapkan mencuba untuk menghiburkan tuan puteri. Itu azam dia pada saat ini. Harapnya azam itu dapat dicapai.

Terima kasih sudi baca. Sorry kalau kurang memuaskan. Nanti saya improve kan lagi. Jumpa lagi dalam bab seterusnya. ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience