10

Fanfiction - KPOP Completed 1452

Pergi? Tak? Pergi? Tak? Aduh... Masalah betullah coach ni. Aku dah lah lama nak trpilih dalam larian ni tapi kali ini kali pertama aku berlari dalam acara 4×100 m. Aku memang terpilih dalam acara larian pecut 100 m tapi 4×100 m?

Aku tidak yakin. Sebelum ni, aku hanyalah bayang-bayang walaupun aku menerima sokongan daripada jeritan mereka terutamanya pelajar perempuan. Nanti? Mungkin, perkara yang sama akan berlaku.

Lengan bajuku ditarik. Aku pun dapat teka siapa orang itu.

“(Soobin? Kau tak apa-apa kah?)”

“Tak adalah. Aku baik ja. Kenapa kau tak pergi ke kelas lagi?“

“(Oh, aku tunggu kau.)”

“Tunggu aku? Kenapa?”

“(Nah. Tanda terima kasih aku dengan kau.)”

“Kau tunggu aku semata-mata nak bagi ni?”

“(Yalah. Sekarang kan waktu rehat. Kyung Soo cakap kau tu jarang makan kalau waktu rehat. Jadi, aku nak kau makan ni di depan mata aku.)”

“Nanti aku makanlah. Tak payahlah kau nak tengok aku makan.”

“(Tak nak. Aku tunggu kau makan hingga habis. Cepat.)”

“Aecha. Kau belum kenal lagi aku siapa. Lebih baik kau jauhkan diri kau dari aku. Nanti kau sendiri akan menyesal.”

“(Aku bersekolah di sini dah dekat sebulan, Soobin. Walaupun aku tak rapat dengan kau, tapi aku tahu siapa kau. Kau Si Dingin. Seorang pelajar lelaki yang tidak suka berkawan dengan siapa-siapa. Tapi aku tak nak kau rasa begini. Aku nak kau dilayan macam orang lain. Tolong, Soobin. Izinkan aku untuk kenal kau lagi secara terperinci.”

“Tapi aku tak faham, Aecha. Kenapa aku? Siapa aku dalam hidup kau? Kita tak pernah berjumpa sebelum ni.”

“(Sebab... Kau... Kau mengingatkan aku terhadap arwah abang aku.)”

Keningku berkerut selepas mendengar penjelasan Aecha.

“(Eh, Soobin. Makanlah. Cepat. Aku tunggu.)”

“Tak selagi kau tak ceritakan tentang abang kau.”

“(Tak apalah. Itu cerita lama. Nanti aku tak boleh tahan sedih tu lagi kalau aku ceritakan semua tu dengan kau.)”

“Baik. Aku tak nak makan.”

“(Ish, janganlah begitu. Penat tau aku masak untuk kau.)”

“(Aku pun penat tunggu kau ceritakan, Aecha.)

Memek muka Aecha menunjukkan dia mengalah semasa aku berdegil tak henti-henti.

“(Yalah. Tapi jangan kata komen bila aku dah ceritakan.)”

“Cepatlah. Kau nak aku makan ni atau tidak?”

“(Dia ni. Ish! Okay. Ceritanya macam ni.)”

Aku menghayati sambil menjamah makanan Aecha masakkan. Setiap penceritaan itu terasa seolah-olah aku pun menyaksikan situasi pada ketika itu.

Aecha membaca buku di halaman rumahnya yang terdapat sebuah pondok yang telah terbina sejak abang dan dirinya kecil lagi.

“Hai, si manis. Adik baca buku apa tu?”

“(Hai, abang. Ni ah. Adik baca buku pasal psikologi.)”

“Wow, adik abang ni nak jadi doktor ya?”

“(Taklah. Adik saja nak tahu macam mana ramai orang tergolong dalam gejala terabai, kemurungan, stres dan banyak lagi.)”

“Kenapa adik nak tahu semua tu?”

“(Tidak lama lagi adik kan nak jadi budak sekolah menengah. Jadi, semua ni persiapan adik.)”

“Persiapan?”

“(Yalah, remaja sekarang kan alami semua tu. Bila adik fikirkan balik, bagus adik tengok cara-cara nak uruskan gejala-gejala tu. Mana tahu suatu hari nanti adik boleh tolong diorang? Jadi, adik cubalah cara-cara tu.)”

“Bagus adik abang ni. Tapi ingat, jangan sampai adik terlupa pasal diri sendiri bila asyik menolong orang. Ingat, orang lain didahulukan, diri sendiri diutamakan.”

“(Baiklah, abang.)”

Setelah beberapa minggu itu, abang Aecha berubah. Dia tidak seceria macam dulu. Pada suatu hari, abang Aecha pulang ke rumah dengan muka yang masam.

“(Hai, abang.)”

Sapaan Aecha seperti angin berlalu apabila abangnya tidak mendengar sapaan itu. Abangnya juga terus masuk ke bilik.

Sejak itu, abang hanya berdiam diri. Tak nak bercakap, jawab soalan hanya satu atau dua patah saja dan makan pun sedikit. Kemudian muncullah hari bersejarah dalam hidup Aecha.

“Seokjin. Nak, jom kita makan. Makan malam dah siap.”

“(Ayah? Mana abang?)”

“Abang kau masih dalam bilik. Kejap ya, Aecha. Ayah cuba lagi.”

Aecha sangat risau. Abangnya kelihatan begitu pelik sejak kebelakangan ini.

“Seokjin. Seokjin.”

“(Ayah. Kita kan ada kunci lebih untuk satu bilik.)”

“Oh ya. Betul kata kau. Ayah pergi ambil dulu.”

Sementara menanti Sir Tomy kembali, Aecha hanya mampu mengetuk pintu. Namun, tiada sebarang perubahan.

“Tenang ya Aecha. Ayah akan buka pintu ni. Jangan nangis ya.”

Aecha berasa lega apabila pintu dapat dibuka tapi sesuatu berlaku.

“Seokjin!”

Lutut Aecha lemah selepas melihat keadaan abangnya.

“Kenapa kau begini, nak? Kenapa tinggalkan kami berdua?”

Kring!!!

Cerita Aecha terhenti disitu. Makanan yang aku jamah juga turut habis.

“(Nanti kita sambung lagi ya? Apa-apa pun, terima kasih.)”

“Sebab aku habiskan makanan ni?”

“(Bukan, Soobin. Disebabkan kau, aku kuat. Aku dah tak takut rasa sedih tu. Terima kasih.)”

Aecha berdiri lalu meninggalkan aku dari belakang. Sebelum itu, dia sempat menoleh ke belakang dan berkata sesuatu.

“(Baiklah, Soobin. Sebagai balasan kebaikan kau hari ni, aku jauhkan diri aku dari kau. Kalau itu tidak cukup, aku cuba sedaya upaya untuk tidak mengenali kau. Anggaplah pertemuan kita selama ni tidak wujud.)”

Aku buntu selepas Aecha meninggalkan aku dengan berkata-kata begitu sekali.

Entah mengapa kakiku ingin mengejar Aecha. Kepalaku juga seperti dikawal sesuatu agar aku melangkah ke arah Aecha.

“Aecha.”

Aecha menoleh ke belakang. Dia pun turut terkejut apabila aku memegang lengannya lalu belari ke suatu tempat.

Tempat rahsia. Hanya aku yang tahu di tempat itu. Namun, Aecha merupakan orang pertama yang akan mengetahui rahsiaku.

Sampai sahaja aku di tempat itu, dengan lengan Aecha pun dilepaskan.

“(Soobin, kau...)”

Tindak balasku terlalu cepat. Sekali lagi Aecha terkejut apabila aku memeluk dirinya.

“Aecha. Maafkan aku. Disebabkan aku, kau teringat semula arwah abang kau. Jadi, aku nak kau menangis sepuas-puasnya. Boleh?”

Walaupun tidak ada sebarang reaksi beberapa minit yang lalu, namun dia mengangguk kepalanya selepas itu.

Aku mengusap kepalanya berkali-kali. Akhirnya terasa air mata yang telah membasahi bahuku. Aku tahu dia memendam perasaan tu.

Ya, aku pernah mengalami situasi itu. Kami berdua terasa kehilangan orang yang paling tersayang dalam hidup masing-masing. Sebab itulah aku tak nak Aecha rasa apa yang ku rasa.

Aecha melepaskan pelukan itu secara perlahan-lahan.

“(Soobin, kenapa kau bawa ke sini?)”

“Aku tak nak orang lain nampak apa yang aku buat tadi.”

“(Tapi kenapa kau peluk aku?)”

“Kau kan teringat abang kau. Aku nak kau anggap aku ni abang kau.”

“(Terima kasih. Tapi maafkan aku sebab baju di bahu kau dah basah oleh aku.)”

“Lagi satu. Aku pun tak percaya dengan apa yang aku katakan ni. Tapi mulai hari ni, aku tak benarkan kau tinggalkan sebab aku dah jadikan kau sebagai kawan baik aku.”

O_O Apa dah jadi ni? Soobin dan Aecha...?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience