Rate

CDLM - [ BAB 1 ]

Romance Series 4848

"HOI budak!Kau tu dahlah hitam.Tiada siapalah nak berkawan dengan kau.Adik-beradik kau pun tidak mengaku kau tu darah daging mereka" caci Cik Piah selaku jiran Azril.Terpancar mulut makcik-makcik bawang dari wajahnya.

Azril tidak membalas.Walaupun dicaci , dihina , dikecam masyarakat namun sedikit pun dia tidak terasa hati.Mungkin Allah telah memberikannya kesabaran yang tebal seperti Nabi Muhammad s.a.w.

"Siapa mengaku kau tu adik aku?Aku tak ada genetik hitam ni.Semua kulit adik-beradik aku putih-putih"riak Ariel di muka pintu.Puas hatinya melihat Azril merana kerana dicaci keluarga dan masyarakat.Namun hatinya masih sakit apabila Azril tidak membalas caciannya.

Azril malas mahu melayan.Semakin dilayan semakin 'naik tocang' mereka. Jadi , dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik.Melepaskan rasa sakit hati yang menunggu masa untuk mengeluarkan lava carutan.Aktiviti seperti bermain aplikasi paling popular di era ini mampu menenangkan fikirannya.Mobile Legend!

Azril tersentak dari lamunannya. Kenangan pahit tatkala melalui kehidupan kanak-kanak kian terlayar di mindanya.Peristiwa semasa berumur 15 tahun acapkali menjadi mimpinya.Seakan tidak meredhai qada dan qadar Allah.

Kini , Azril sudah berusia 28 tahun.Status bujang masih dipegang kemas di dalam dirinya.Bekerja sebagai seorang Medical Assistant di Hospital Kuala Lumpur menambah pengalamannya di dalam bidang perubatan itu.

Azril bukan sahaja bekerja sebagai pembantu perubatan , malah dia juga mengisi masa senggangnya dengan menulis novel.Beberapa buah novel telah diterbitkan di pasaran. Antaranya , Cinta Dari Luh Mahfuz dan Sumpah Malaikat.

Namun , tiada siapa mengetahui identiti sebenarnya.Dia hanya menggunakan nama samaran.Tidak mahu menguarkan dirinya di khalayak ramai.

Seperti biasa!Hari minggu merupakan hari istirahat semua penjawat awam mahupun swasta.Azril mengambil keputusan untuk terperap di dalm bilik.Waktu sarapan belum muncul jua.Jadi dia mengambil keputusan untuk mengaji.

Setelah beberapa helai kalamullah itu dibaca , Azril mula menapak turun untuk bersarapan.Ketika menuruni tangga , semua mata menghala ke arahnya.Azril hanya mengendahkannya.

Papa dan Mamanya serta adik-beradiknya berura-ura untuk bangun dari duduk.Namun Azril membantah dengan mengisyaratkan tangannya.

"Tak payah.Sambung sahaja makan.Azril makan dekat bilik" ujar Azril.Walaupun dia dipulaukan namun tetap melayan mereka dengan baik.Tidak pernah sekalipun meninggikan suara.

Setelah Azril kembali ke biliknya , Papa , Mama dan adik-beradik Azril sambung menjamu selera.Tiada secebis simpati langsung di dalam benak hati mereka.

Azril kembali ke dalam biliknya. Sepinggan nasi goreng dihiasi fries dan secawan air kosong menjadi santapannya pagi ini.Walaupun sedikit namun tetap bersyukur.

Deringan Samsung Galaxy S8+nya merencatkan suapannya.Pinggan yang ditatang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katilnya.Telefon pintarnya diambil.Ikon hijau digesel dan telefonnya dilekapkan di tepi telinganya.

"Helo bro!Sihat??Jom lepak" sungguh biadab sahabat Azril ini.Johan merupakan satu-satunya rakan Azril yang sentiasa berada bersamanya. Walaupun Azril berwajah gelap , namun ia tidak menjadi medium bagi Johan untuk menyambung ikatan persaudaraan.

"Kau ni kalau ya pun , bagilah salam.Adab mana adab??Pukul berapa nak keluar ni??"soal Azril berbaur tarbiahnya.

"Alah tak sporting lah kau.Hurmm , pukul berapa ekk??9.30 okay tak??Macam biasa bro.Mid Valley tau.Movie baru keluar" jelas Johan.Itulah kawan bernama Johan , semua tahu.Belajar?Ke laut lah jawabnya.

"Okay.Yang penting kau belanja aku" gurau Azril.Tertawa halus dia.Bukan tidak biasa.Jikalau Johan yang mengajaknya sudah pasti semua ditanggung oleh Johan

Selepas berbalas salam , Azril meletakkan kembali telefon pintarnya di atas meja kecil itu.Nasi goreng yang berbaki sedikit dibiarkan.Air kosong diteguk perlahan.Pinggan dan cawannya diambil dan dibawa turun untuk dibasuh

Selesai mencuci pinggan , dia menapak semua ke dalam bilik.Walaupun baru sahaja jarum jam menginjak ke angka 12 , namun dia perlu awal.Takut kesesakan lalu lintas menghalang laluannya.

T-shirt berjenama Polo digayakan pada tubuhnya.Seluar jeans dipakai sekali.Minyak wangi Hugo Boss menular di atmosfera biliknya.Jam tangan Adidas dipakai di tangan kiri.Rambut pula disikat rapi.Selesai.Ala kadar sahaja.

Kunci kereta Audi miliknya diambil.Kaki diatur ke garaj kereta.Namun baru sahaja ingin memakai kasut , Encik Adrian iaitu Papanya memanggilnya duduk di ruang tamu.

Azril hanya menurut.Tidak banyak cakap dan tidak mahu menderhaka. Semua isi rumah turut sekali. Memandangkan tiada tempat duduk kosong , dia duduk di sofa yang mempunya sebuah tempat duduk.Azril duduk bertentangan Papanya , cuma meja kaca menjadi penghalang.Abang , kakak dan adiknya dipandang sekilas.

"Kenapa Pa??"soal Azril kehairanan. Tidak pernah-pernah mereka bertemu sebegini.Tambahan adik-beradiknya sering menjauhkan diri daripadanya.

"Papa dan Mama nak kamu balik kampung Tok Wan dan Tok Aki" balas Papanya tanpa selindung.Mamanya dan adik-beradiknya telah bersetuju.

Jelas Azril tersentak.Kalau dia dipindahkan ke kampung , macam mana dengan kerjanya??Kuala Lumpur dan Johor itu jauh sekali untuk ulang-alik.Punah kerjayanya.Namun dia tidak mampu membantah.Mungkin abang dan kakaknya akan melenting jika diatur hidup mereka , namun bukan dia.Patuh!

"Okay"balas Azril pendek.Tidak mahu memanjangkan cerita.Baik untuk ibu bapanya , baiklah untuk dirinya.

Jelas semuanya terperanjat dengan jawapan Azril.Sangkaan mereka , Azril akan melenting.Namun dipatahkan dengan jawapan persetujuan daripada Azril.

"Kalau tiada apa-apa , Azril nak keluar dengan Johan" sambung Azril lagi.Walaupun sedikit terasa hati dengan mereka , namun cepat ditepis.

Setelah mendapat anggukan daripada Papa dan Mamanya , Azril menuju ke garaj kereta.Baru sahaja kasut sebelah kiri ingin dipakai , muncul Ariel dan Ariana di muka pintu.

Azril hanya mengendahkan kehadiran mereka.Tidak mahu bertekak di pagi hari.Bakal menghilangkan mood baiknya sahaja.

"Kau sengaja nak berlakon baik depan Papa dengan Mama kan??"tuduh Ariana.Kebencian jelas terpancar di dalam anak matanya.

"Kau nak tunjuk kau ni anak paling baiklah??Tak pernah melawan cakap Papa dengan Mama??"kini Ariel pula menuduh.Abang dan kakaknya memang begini , dari dulu tidak menyukainya.

Setelah kasut disarung ke kaki , dihentak-hentak sedikit di mozek lantai rumah.Azril memandang abang dan kakaknya.Diberi senyuman paling manis untuk mereka.

"Fitnah tu dosa dia lagi besar dari membunuh.Lidah manusia ni lagi tajam daripada mata pedang yang baru diasah.Boleh menusuk tepat ke hati manusia.Pernah dengar tak pepatah Melayu , kerana mulut badan binasa?Disebabkan kelancangan mulut , diri sendiri boleh terancam nyawa.Contohnyalah , kalau kita ni suka sakitkan hati orang , dan orang tu berdendam , buatnya dia santau kita??Teringin sangat ke nak mati dalam keadaan kekafiran tapi Islam??"Azril memberikan tarbiahnya.Bukan memerli tapi ingin menyedarkan darah dagingnya sendiri.Takut kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

Ariel dan Ariana jelas tersentap. Terkulat-kulat mereka di situ.Tergaru-garu kepala mereka.Makan dalam kata-kata adiknya itu.Adik ke??

"Azril pergi dulu" Azril pamitan.Malas mahu menambahkan rasa sakit di hati ni.Lebih baik mengalah.Mengalah bukan bermakna kalah , namun yang mengalah itulah sang juara walaupun di mata musuh , kita dianggap kecundang tanpa berlawan.

Azril pantas menerobos masuk ke dalam keretanya.Moodnya sedikit sebanyak merudum.Panas hati dengan kata-kata abang dan kakaknya.Serasa mahu naik tangan , namun disabarkan hati yang digoda Iblis dan Syaitan.

#DONE???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience