Series
3637
Aku masih memikirkan gangguan itu..Kenapa aku yang diganggu?Hairan pulak setahu aku sudah lebih sebulan setengah aku kerja di Syarikat Jebat Zulqarnain Berhad tiada pula gangguan sebegini...hmmm tiba-tiba aku seperti terbau darah pekat apabila aku memandang ke belakang menggunakan cermin aku terkedu..Kali ini aku nampak wanita itu mukanya hampir mirip dengan mukaku.
Dengan pandangan sayu yang dilemparkan kepadaku dia hilang ..Aku memandang sekali lagi namun wanita itu sudah hilang.
*******************
Karmilia harini aku mc la bagitahu Encik Jebat aku tak sihat ni kataku kepada Karmilia yang sedang enak mengunyah sarapan.
Ok...Kenapa kau balik semalam sampai terketar-ketar soalnya pelik.Taklah..memadai je kau dahla nanti kau lambat pergi kerja.Aku masih lagi menafikan kejadian yang berlaku semalam hanya mainan perasaan.
Persoalan yang berlegar-legar dikepala menyebabkan aku bertambah pening.Sepapan panadol diambil dan aku terus merebahkan kepala di sofa ruang tamu itu.
*************
Aku seperti sampai di demensi yang lain.Segala kejadian itu berlaku dihadapan mataku.
Seorang wanita yang sarat mengandung masuk ke lif namun kerana dia terlalu sakit untuk melahirkan dia terjatuh lalu darah keluar banyak...Aku memejamkan mata..tiba-tiba terasa mual pula.
Kemudian seorang lelaki masuk ke lif tanpa menghiraukannya apabila wanita tersebut merayu-rayu meminta bantuan dari lelaki tersebut lelaki itu tidak semena-mena menyepak tubuh ibu yang sarat mengandung itu.
Aku rasa macam nak pergi tolong je wanita itu...kasihannya dia.
Dia sudah meninggal dunia namun masih sempat di bawa ke hospital dan kandungannya dikeluarkan aku hairan kenapa bayi itu macam aku!Ya aku!Aku tahu...wanita itu ialah ibuku.
Kasihannya Ya Allah!
Tiba-tiba dia dimensi itu berubah menjadi hitam dan gelap aku mencari-cari jalan keluar.Aku pula yang gerun melihat ibuku dengan perasaan yang benci menyuruhku membalas dendam terhadapnya.
Aku terjaga!Spontan aku mengelap peluh yang berceceran keluar.
****************
Tubuhku lemah...kini aku hanya terbaring lesu.Kadang-kadang aku sperti ternampak ibuku dengan wajah sayunya memandang ke arahku.
Aku memberanikan diri menghampiri ibuku dan memeluknya..Tubuh kami bersatu dan roh ibuku terus masuk ke dalam diriku.
***************
Share this novel