Rate

B A B 1

Fantasy Series 331

"Miss Vanila !! "

"Miss Vanila !! "

"Miss Vanila !!"

Hingar bingar suara para peminat penulis terkenal, Miss Vanila, yang banyak menerbitkan buku bergenre Fantasi dan misteri.

Mengikut jadual si penulis yang saban hari semakin padat, sesi 'Meet n Greet' bersama para peminatnya akan berlangsung selama 3 jam.

Si penulis mula menapakkan kaki di atas pentas. Tindakan ini menyebabkan suasana yang sudah riuh itu menjadi lebih kuat dengan suara sorakkan para peminat.

Walaupun penat, segala lelah itu pergi membuatkan si penulis mampu tersenyum riang. "Apa khabar semua ?! Terima kasih kerana menghadiri sesi 'Meet n Greet' kita pada hari ini !! "

Sesi pertama diteruskan sehinggalah sesi terakhir iaitu sesi autograf dan fotografi dijalankan.

Selepas mengucapkan kata-kata terakhir kepada para peminat maka sesi 'Meet n Greet bersama Miss Vanila' mula melabuhkan tirainya.

**************************

Air mineral diteguk sambil kaki berjalan ke arah kereta. "Lincy, aktiviti terakhir saya hari ni cuma majlis ni je kan ?"

Lincy memeriksa semula jadual si penulis melalui 'schedule time' dari telefon pintar miliknya. "Ya, ini event last untuk hari ini. Miss ada nak pergi mana-mana ke ?"

Si penulis mula menghidupkan enjin kereta. "Saya rasa saya nak balik rumah terus. Penat laa hari ni, Lincy. Habis sakit otot-otot saya ni sebab banyak bergerak. "

Lincy tergelak dengan rengekkan majikannya itu. "Okay, miss. Drive elok-elok. Ingat miss esok ada event 'Meet n Greet' lagi pukul 8 malam. So, miss kena banyak rehat."

Si penulis hanya melemparkan senyuman lalu tingkap ditutup tetapi sempat ditahan oleh Lincy. "Sorry miss, i terlupa satu perkara." Sebuah buku novel dikeluarkan.

"Ingat tak hari tu miss ada pesan dekat saya supaya buat satu buku ni tapi cover dia nak 3D and ada corak bunga ros biru melingkar dan satu permata biru di tengah buku, kan ?"

Si penulis berdesah sedikit. Terlupa akan perkara yang satu itu. "Lupa pula saya. Yes, saya ada suruh. Tak sangka dah siap. Cepat betul."

Lincy mengangguk setuju. "Hari tu masa miss suruh i tukar cover ni khas untuk miss, i ada terjumpa satu kedai ni and kerja mereka serious tip top. I hope you suka design ni. "

Si penulis mengambil buku yang bertajuk "The Blue Rose" karya miliknya yang berjaya menarik perhatian ramai pembaca.

"Thank you, Lincy. "

"Welcome, Miss. Hati-hati drive .!"

*****************************

Perjalanan untuk ke rumah masih jauh dan keletihan si penulis tidak dapat lagi dibendung. 'Tak boleh jadi ni, kena rehat juga dekat mana-mana.' desis hatinya.

Si penulis mengambil keputusan untuk berehat di stesen minyak yang berada di seberang jalan dan ini membuatkan si penulis harus memandu terus ke simpang tiga. Sambil leka menunggu lampu isyarat menukar lampunya, tiba-tiba ada cahaya biru terang bercahaya dari permata biru di buku tadi.

Cahaya yang terlalu terang menyebabkan si penulis membuat keputusan untuk berhenti di tepi jalan selepas lampu isyarat bertukar hijau.

Buku diambil untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

PON !! PON !!

Kuat bunyi hon trak panjang dari arah belakang kereta. Baru sahaja penulis ingin melangut memandang cermin pandang belakang, kereta itu dihentam kuat disebabkan oleh kelajuan trak yang terlalu tinggi lalu menyebabkan kereta si penulis tercampak ke tepi.

Darah mula mengalir dari kepala ke dahi. Kepalanya terhentak kuat. Dia ingin meminta pertolongan tetapi perhatiannya terpukau dengan sinaran cahaya biru daripada permata biru buku itu.

Tangan cuba menyapai cahaya itu tetapi penglihatannya mula kabur dan tenaganya mula habis. Akhirnya, si penulis rebah tanpa daya.

***********************

Mata perlahan-lahan dibuka. Cahaya yang terang mula mengganggu lenanya. Mata yang akhirnya berjaya dibuka seluas mungkin mula membuatkan dirinya kebingungan.

Satu per satu tragedi yang menimpa dirinya malam semalam mula terlayar di mindanya. "Ah ya, aku kemalangan. Tapi. . . "

Dia mula memerhati segenap pelusuk bilik itu. "Hospital sekarang memang dah decorate bilik pesakit bagi ala-ala white rose vintage, ek ? "

Kedua-dua belah tangan mula dibawa untuk meraup muka. Ingin menghadam bait-bait yang berlaku sekarang. Tiba-tiba dia berasa mukanya lain dan dia tahu tangan yang menyentuh muka tadi bukan tangan dia. Tangan dia bukan selembut ni !

Dia cuba untuk turun dari katil tetapi kakinya lemah dan kini pandangannya mula terarah ke cermin yang betul-betul di hadapan.

Perlahan-lahan di menyentuh fizikal dirinya. "Rambut warna light brown? Hidung mancung? Mata... Mata warna biru permata ? "

Dia mula menidakkan semua perkara yang dialaminya kini. "T Tak kan la. Tak. Semua ni tak akan berlaku. Tak akan! AAAAARRRRHHHHHHH !"

Beberapa orang pembantu rumah yang siap berpakai seragam seperti orang gaji mula cemas mendengar suara ceritan majikan mereka itu.

Seorang daripada mereka mula menapak ke hadapan lalu dengan cemas. "Puteri Bella, ada apa yang terjadi ? "

Dia memerhati dengan teliti ciri fizikal orang yang berada di hadapan ini. " H hani ? Hani Serlois ?"

Dengan penuh daya, Hani mengangguk. "Ya saya, Puteri Bella. "

Bella terpegun. Dia mula memerhati lagi susuk tubuh yang terbais dari cermin. "S saya? Saya Arabella Ruenti Castello ?"

Melihat anggukan yang sangat serius daripada orang gajinya. Penglihatan Bella mula kabur dan kemudiannya dia pengsan.


_TO BE CONTINUE_

Please support my work and i hope you all can feel the fantasy and understand what i try to give. REMEMBER. PLEASE SUPPORT ME

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience