Rate

BAB I

Romance Series 14218

"Ary, bangun! Dah pukul 7 ni!"

Telinga aku tutup dengan bantal, menghalang suara-suara sumbang yang cuba untuk menganggu tidur nyenyak ku.

"Ary seriously, aku ambil balik Honda City tu kalau hari ni pun kau tak pergi kelas jugak."

Mata aku dah terbuka luas sebaik saja ugutan Along sampai dipendengaran. Dengan kemalasan yang mengunung, aku gagahkan diri untuk bangun, demi baby kesayangan ku itu. Aku duduk. Mata yang masih terasa berat aku gosok-gosok.

"Argghh!"

Bergegar bilik tidur aku dek kerana jeritan ku sendiri. Mana taknya, terbeliak biji mata aku bila aku nampak seorang perempuan yang hanya memakai pakaian dalam berdiri di hadapan aku dengan rambut yang basah dan tuala di tangannya. Hanya satu sahaja perkara yang bermain difikiran aku sekarang ni. Model pakaian dalam Victoria Secret pun tak seksi macam ni!

Perempuan tu memandang aku dengan pandangan pelik. Aku jadi keliru. Aku yang sepatutnya pandang dia macam tu.

Baru saja aku nak buka mulut, nak tanya mengenai identiti dia, peristiwa semalam kembali bermain di minda aku.

Apa aku dah buat??

"Ary, kenapa tu? Kenapa kau menjerit?"

Suara Along tiba-tiba kedengaran di sebalik pintu. Muka aku berubah pucat. Matilah aku kalau Along nampak perempuan ni dalam bilik aku.

"Ta-ak. Tak ada apa-apa." Dengan penuh gelabah, aku menipu.

Perempuan tu tersenyum. Dia nampak sangat seronok dengan situasi sekarang ni.

"Betul ke tak ada apa-apa? Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau jerit macam nampak hantu?" Along masih di pintu.

Aku pegang kepala. Susah bila ada abang yang prihatin sangat ni.

"Tak ada apa, long. Tadi, lipas dalam bilik aku. Tu yang aku jerit tu." Aku menjawab. Di dalam hati, aku dah berdoa agar Along percaya dan tak bertanya apa-apa lagi. Aku ada urusan dengan perempuan asing yang dari tadi duk tersengih di depan pintu bilik air.

"Tu la. Lain kali, kemas sikit bilik tu. Ni tak, baju bersih dengan baju kotor bersepah sana sini. Kertas berterabur, cadar ta-"

Aku abaikan bebelan Along yang menyakitkan telinga dan pandang perempuan tu dengan muka tak puas hati.

"So, aku lipas la sekarang ni?"

Soalan perempuan tu aku tak jawab sebaliknya aku yang tanya dia soalan. "Semalam kau nampak macam nak mati tapi hari ni, kau boleh berdiri 30 minit kat situ. Apa semua ni?"

"Aku nak tinggal kat sini."

"Ha?"

Ternganga aku dengan permintaan dia. Lawak apa yang dia cuba buat ni?

"Kau dengar apa yang aku cakap. Aku nak tinggal kat sini."

Dia ulang perkara sama.

"Wo wo wo, aku tak kenal kau dan kau tak ke-"

"Aku Nadiya dan kau Ary. Sekarang dah kenal, kan? Boleh la aku duduk sini."

Sekali lagi aku menganga. Dia ingat ni rumah kebajikan, sesuka hati je nak duduk? Aku ni pun tunggu masa je nak kena halau.

"Kau gila ke apa? Kau ingat ak-"

"Ary, suara perempuan ke tu? Kau buka pintu ni sekarang jugak."

Panik aku bila Along tiba-tiba bertanya. Terus aku tolak perempuan tu ke arah tingkap.

"Kau kena pergi. Sekarang jugak!" Aku mengarah sambil buka tingkap bilik. Peduli apa dia cuma pakai bikini dan bilik aku tingkat tiga. Mati aku kalau Along nampak dia dalam bilik aku. Bukan je Baby kena ambil. Silap-silap aku kena cincang 18 dengan Along.

"Kejap, kau sedar tak yang bilik ka-"

"Ary, buka pintu ni!"

Kuat bunyi Along ketuk pintu buat aku makin panik.

"Kejap, Along." Laung aku cemas. "Kau kena pergi," bisik aku kepada perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Nadiya sebelum melangkah ke arah pintu.

"Kau buka sekarang atau aku pecahkan pintu ni. Dan ingat, kalau aku jumpa benda tak senonoh da-"

Pintu aku buka, menghentikan ayat Along. Kepala Along terus menjenguk ke dalam bilik aku. Aku turut melakukan perkara yang sama dan nasib aku baik, perempuan tadi tak ada. Maksudnya dia betul-betul terjun??

"Tak ada orang pun. Kau cakap dengan siapa tadi?" Along bertanya, jelas keliru.

"Aku cakap dengan telefon la. Kawan perempuan aku."

"Ohh.. aku ingat kau bawak balik perempuan tadi," ujar Along sambil ketawa. Belakang kepalanya digosok-gosok.

Aku cuma tersengih tanpa menjawab sebab aku tak nak beritahu dia yang dia sebenarnya betul.

"Ha, kau sengih apa lagi? Dah pukul 7.15 tau. Baik kau siap cepat. Lambat, aku ambil balik kereta tu," ugut Along sebelum berjalan keluar dari bilik aku.

"Yelah. Nak siap la ni." Aku menutup pintu bilik sebelum mengeluh. Mentang-mentang dia tahu aku sayang kereta tu macam nyawa aku sendiri, dia gunakan kereta tu sebagai cara nak ugut aku. Tak guna punya abang!

"Dah selamat, kan?"

Tersentak aku bila aku nampak perempuan tadi tengah duduk di tingkap bilik aku.

Dia tak pergi lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience