Rate

(2)

Fanfiction - KPOP Series 202

Di sebuah sekolah di seoul, Korea terdapat sekumpulan pelajar lelaki sedang leka bermain bola keranjang. Suasana riuh-rendah dengan jeritan para pelajar di padang langsung tidak mengalihkan perhatian ke semua pelajar lelaki tersebut.

"YOON JINWOO!"

Namun bergitu, Suasana riuh-rendah tadi bertukar menjadi sunyi apabila suara tegas seseorang kedengaran kuat di bahagian kanan gelangan tersebut.

"Jinwoo, aku rasa baik kita lari sekarang sebelum orang perasan. Muka appa kau nampak bengis wei..." Bisik Kwon Junghee Yang berdiri di sebelah lelaki itu.

Jinwoo tersengih melihat wajah bengis ayahnya di bahagian kanan gelangan. Tanpa teragak-agak dia terus berlalu dari gelangan meninggalkan mereka semua.

"Yoon jinwoo! Kamu nak ke mana?!" Buat kali kedua, suara itu kedengaran kuat memenuhi seisi gelagang. Yoon Jinwoo tersenyum nipis, tubuhnya berpusing ke arah ayahnya yang berada jauh di sudut sana.

"Appa nak apa?" soalnya lembut.

Para pelajar mula tersengih mendengar suara seorang Yoon Jinwoo. Manakala pelajar lelaki pula mula mencebik melihat kegedikkan pelajar perempuan di sana.

"Ikut appa sekarang." tegas suara itu kedengaran mengarah Jinwoo mengikutinya.

"Ryung, aku ikut appa dulu. Kau tolong handle semuanya okay." kata Jinwoo sebelum berlalu mengikuti appanya.

Kim Ryung Han mengangguk kepalanya perlahan.

"Jom Ryung, kita pergi. Aku tak nak appa aku pula yang datang sini. Mati aku nanti." sampuk salah seorang dari 6 lelaki yang berdiri di situ.

Ryunghan berpaling ke arah manusia di sebelahnya.

"Aku pun takn nak lah! Dah jom!" katanya keras sebelum berlalu mengikuti rakannya yang lain.

"Tunggu aku!" Park Jihyun berlari mengikuti langkah panjang  Kim Ryunghan yang jauh di hadapannya kini.

??.........................??

        "Yoon Jinwoo! Berapa kali appa nak pesan dengan kamu?! Orang pergi sekolah belajar! Dia pergi sekolah kerja pukul orang saja! Minta maaf sekarang!" arah Jeonghan dengan wajah serius.

Jinwoo mengerling matanya ke arah seorang budak lelaki yang juga di minta datang ke pejabat. Dia tersenyum sinis.

Kim Ha Il.

Budak lelaki yang dia pukul semalam kerana mempermainkan nama ibunya. Pandai pula mengadu.

Tchh...

Talam dua muka!

"Kenapa diam?! Minta maaf sekarang!" Jinwoo mendongak kepalanya ke arah Yoon Jeonghan yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Tak nak." jawabnya sepatah tanpa perasaan.

Jeonghan mencerlung tajam ke arah anaknya itu. Kepalanya di picit perlahan. Anak siapalah ni agaknya? Dia rasa dia taklah sekeras ini dulu.

"Minta maaf sekarang Yoon Jinwoo! Kamu dah buat tangan dia patah tau! Tengok! Kepala pun berbalut." tunjuk Jeonghan ke arah kepala budak lelaki yang berbalut itu.

"Tak nak." Jeonghan menghembus nafas kasar. Dia dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang. Perangai nakal Jinwoo semakin lama, semakin menjadi-jadi. Adakah ini semua di sebabkan dirinya yang terlalu sibuk kerja?

"Encik Jeonghan..." celah tuan pengetua yang sejak tadi mendiamkan diri di tempatnya.

"Saya rasa, saya perlu ambil tindakan ke atas apa yang anak encik buat sekarang..." Jeonghan terdiam. Matanya mengerling ke arah anaknya dan budak lelaki itu berulang kali.

"Saya juga mahu anak encik di ambil tindakan." omma kepada budak lelaki tersebut bersuara tegas. Matanya mencerlung tajam ke arah Yoon Jinwoo.

Jeonghan menghembus kasar nafasnya.

"Saya bersetuju dengan apa yang tuan mahu lakukan. Sekarang saya nak bawa balik anak saya dulu." katanya tegas sebelum menunduk 90° ke arah pengetua dan ibu kepada budak lelaki tersebut.

"Baiklah kalau macam tu, Jinwoo esok datang jumpa saya." pesan pengetua tersebut sebelum mereka berlalu keluar dari bilik itu. Tangannya di tarik kasar oleh Jeonghan sebaik sahaja mereka melangkah keluar.

"Apa appa ni! Jinwoo bukan budak kecil yang appa boleh suka hati arah itu ini tau!" Jeonghan berpaling ke arah Yoon Jinwoo di belakangnya. Langkahnya terhenti sebaik sahaja anaknya itu meretap kasar tangannya.

"Appa  tak mahu cakap banyak dengan kamu. Balik sekarang. Kita bincang kat rumah." katanya mendatar sebelum menarik t-shirt Yoon Jinwoo mengikutinya.

"APPA!" Jinwoo meretap kasar pegangan itu lalu berjalan laju memintas langkah Yoon Jeonghan.

Jeonghan menarik nafas kasar, susuk tubuh Yoon Jinwoo di pandang dengan fikiran penuh bercelaru.

****************

            "Wei Ryung, kau rasa Jinwoo macam mana sekarang?" soal Park Jihyun sambil mendongak ke langit. Sesekali air tin di tangannya, di minum rakus.

"Macam biasalah. Kau sendiri pun kenal kan Jinwoo macam mana. Dia paling pantang orang cakap pasal mak dia" Kata Ryunghan sambil memetir gitar di ribanya.

Suasana di bumbung sekolah terasa tenang apabila suara-suara sumbang dari para pelajar tidak kedengaran. Mereka kebiasaannya akan datang ke sini pada waktu bahasa korean dan bahasa inggeris. Selebihnya adalah untuk suka-suka.

"Junghee. Kalau kau kat tempat Jinwoo ann... Mana kau akan pilih, duduk dengan appa atau dengan omma kau?" soal Ryunghan perlahan. Matanya melihat ke arah permandangan padang sekolah.

"Depends on situation. Aku sayang omma aku Dan aku pun sayang appa aku." katanya perlahan. Dia tidak dapat bayangkan andai dirinya berada di tempat Yoon Jinwoo. Pasti Sukar sekali untuk membuat pilih.

"Kau kenal tak Han Hyunjae?" soal Taehwan setelah lama berdiam diri. Matanya masih leka dengan games di talifon.

"Han Hyunjae?" Taehwan mengangguk perlahan. Wajah sahabatnya itu langsung tidak dipandang, masih fokus pada games di tangannya kini.

"Kenal. Budak paling bijak dalam sekolah ni dulu dan yang pasti paling hot." jawab seseorang yang baru sahaja tiba di situ.

Ryunhan, Junhee, Jihyun serta Taehwan mengangkat kepala. Wajah kedua lelaki itu di pandang penuh amarah.

"Asal lambat?"

Kedua lelaki itu tersengih.

"Aku pergi beli makanan sekejap." katanya sambil menunjukkan ke arah plastik besar di tangan kiri dan kanannya.

"Kau berdua bincang apa?" soal KIm minhyun lalu mengambil tempat kosong di sebelah kembarnya Kim Ryunghan.

"Pasal Han Hyunjae." jawab park Jihyun tenang.

"By the way, macam mana kau boleh kenal dia Shin?" kini lima pasang mata beralih ke arah lelaki yang bertubuh kecil serta mempunyai wajah yang polos.

"Jangan lah pandang aku macam manusia lapar woi! Sabarlah, nak cerita lah ni."

Ahli X-Seven menguling mata ke atas. Drama dia dah mula!

"Ye. Cepatlah! Aku nak tahu!" gesa Junghee di sebelah Taehwan.

Jihyun menjeling tajam. Nafas ditarik perlahan.

"Mestilah aku tahu. Aku kan pemberita sekolah, cikgu wajibkan pemberita tahu sejarah sekolah ni." terangnya serba sedikit.

"Siapa dia sebenarnya? Aku dengar dia adalah abang kepada Jinwoo tapi budak tu tak pernah pula cerita pasal dia." sambung Min hyun serba sedikit.

"Betul. Dia memang abang Jinwoo tapi abang angkat. Jinwoo tak pernah cerita pasal abang dia tu sebab dia tak rapat sangat dengan Hyunjae ni." terangguk-angguk kepala X-SEVEN mendengar penerang daripada seorang Park Jihyun.

"Tapi Jihyun pun tak kurang hebatnya ann. Dia bijak walaupun dia selalu ponteng kelas."

Jihyun menjungkit kening.

"Kau tak pernah ponteng ke?" soalnya sinis.

"Tchh..." jihyun berdecit. Ada saja idea nak bahang dia.

"Kehidupan seorang Yoon Jinwoo sangat complicated, kita tak akan mampu faham melainkan kira berada di tempat dia." X-Seven mengangguk perlahan. Kata-kata dari kim Minhyun ada benarnya juga.

Kalau sudah kita yang memandang ini terasa berat, apatah lagi bagi dia yang memikul.

"Apa-apa pun. Semoga kita akan sampai bila-bila!" kata Kwon Junghee sebagai penceria keadaan.

"XSEVEN!!!"

walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, itu semua tidak mampu untuk menghalang mereka terus menjadi kawan buat hari ini dan akan datang. Bagi mereka pengharapan itu datang seiring dengen kesetiaan, kesyukuran itu pula datang seiring dengan apa ada di sekeliling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience