Bab 3- identiti

Short Story Completed 288612

Dhiya pandang alamat di kertas. Lama. Benarkah ini tempatnya? Satu bangunan tinggi dipandang pula.

"Betul Dhiya, aku nampak laki kau dekat Kuala Lumpur. Dia nampak lain. Nampak hensem sepuluh kali ganda!

Laki kau dah berjaya. Dia dah ada kerja yang bagus. Masa ini lah kau kena jemput laki kau semula. Dia janji akan balik bila dah ada kerja, ada kewangan yang bagus kan? Kau nak tunggu apa lagi?"

"Aku dah janji akan tunggu dia balik. Selagi dia tak balik, aku perlu beri ruang pada dia untuk bina kerjaya dekat sana."

"Sampai bila Dhiya? Anak kau ni laki kau tahu tak pasal dia?"

Dhiya geleng. Deebah mengeluh.

"Laki kau ada call tak?"

Geleng.

"Cari laki kau sebelum kena rembat. Kau ingat dekat KL tu perempuan baik sangat ke? Baik kau cari laki kau sekarang jugak."

Terngiang-ngiang kata -kata dari Deebah rakan sekampungnya. Kerana desakan itu juga buat dia beranikan diri menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Kota yang sangat asing buatnya.

Dhiya beranikan diri. Kaunter pertanyaan dituju.

"Ye Puan, ada apa yang boleh kami bantu?"

"Saya nk jumpa pekerja yang bernama Rahmat."

"Abang Rahmat driver ke?"

Dhiya pantas angguk. Suaminya pernah kerja driver dahulu semasa berkawan dengan si kakak. Pasti Rahmat Driver yang dimaksudkan gadis itu ialah suaminya.

"Puan tunggu sebentar, saya call Abang Rahmat. Boleh saya tahu nama Puan?

"Saya Dhiya, isteri dia."

Gadis itu berkerut sebentar sebelum sedekah senyum buat Dhiya. Dhiya balas tanpa rasa apa-apa.

Dhiya duduk di ruangan menunggu. Mata asyik memandang sekeliling. Cantik tempat kerja suaminya. Dhiya senyum sambil usap perut yang sudah membulat.

Duduk Dhiya didekati oleh gadis receptionist.

"Maaf Puan, Abang Rahmat tiada sekarang. Dia ikut bos pergi outstation."

Gadis bernama Saleha itu menghulurkan satu sampul berisi wang kepada Dhiya.

"Kenapa bagi saya duit?"

"Ini Abang Rahmat kirim untuk puan. Tadi dia transfer duit pada saya dan suruh saya bagi cash pada puan. Dia minta puan pulang ke kampung dahulu."

"Boleh bagi nombor telefon dia pada saya?"

"Puan tak ada nombor telefon suami?"

Dhiya geleng.

"Saya call Abang Rahmat sebentar."

Dhiya mengangguk. Hanya mata mengekori tingkah Saleha.

Dhiya hanya ketap bibir tahan tangisan bila Saleha menggeleng mengatakan bahawa itu adalah nombor telefon kepunyaan majikannya.

Abang Rahmat tidak dibenarkan sewenangnya menggunakan telefon kepunyaan syarikat untuk terima panggilan peribadi.

"Terima kasih. Bila suami saya pulang dari outstation? Nanti saya akan datang lagi."

"Puan, puan tak perlu susah-susah datang. Puan tinggalkan nombor phone puan, nanti saya call maklumkan pada puan."

"Saya tak ada telefon."

Gadis itu tercengang. Dhiya pula rasa nak sekolahkan diri sendiri. Baru kini dia rasa susah hidup tiada phone. Kalau dikampung, dia gunakan telefon rumah sahaja. Jadi tak terasa perlunya telefon bimbit. Tapi sekarang, ternyata telefon pintar adalah satu keperluan.

Susah hidup kalau tak ada telefon. Hari ini sahaja sudah banyak kali Dhiya mengeluh.

Dhiya senyum sebelum menapak pergi. Dia perlu fikir di mana mahu bermalam malam ini. Langkah dibawa ikut hati.

RAHMAT yang melihat dari jauh mengusap wajah kesal. Cepat langkah dibawa masuk ke kotak lif. Bilik bos segera dituju.

"Bos, ini kerja gila lah. Nasib baik tak kantoi. Saya yang tak pernah kawin ni tetiba kena pegang status laki orang. Ini kes naya bos. "

Zarel pandang drivernya sekilas sebelum kembali menghadap kertas kerja. Dia ada dateline yang perlu dikejar.

"Dhiya dah balik?"

"Dah. Tapi kan bos, isteri bos bawa perut."

Zarel angkat kepala. Bawa perut?

"Dia pregnant."

"Anak aku?" Jari dituding ke diri sendiri.

"Mestilah anak bos! Takkan anak saya pula?" Rahmat bengang.

"Kau handle. Kali ni bagi duit dekat dia setiap bulan. Kalau anak tu dah lahir nanti hantarkan wakil katakan padanya suami dia bernama Rahmat meninggal dalam kemalangan helikopter. Nanti bagi sahaja dia wang pampasan."

"Tak kejam ke buat macam tu bos? Lagi pun isteri bos tak ada buat salah apa pun. Dia tengah mengandungkan zuriat bos. "

"Salah dia sebab jadi adik pada perempuan yang dah khianati aku. Pasal zuriat tu dah memang fungsi dia sebagai perempuan. Lagipun aku bayar. Bukan free."

"Berapa nilai pampasan yang bos nak bayar?"

"Dua juta."

Rahmat terdiam tak terkata apa. Dalam hati dia menyelar tak setuju. Orang lain yang buat pasal, orang lain yang kena sesah menanggung salah orang. Kan tak adil begitu.

" Lagi satu, kau tolong hire orang untuk tengok-tengokkan Dhiya. Bahaya dia dekat KL ni. Dia bukan tahu apa pun di sini. Dengan bawa perut lagi. Hire bodyguard pantau dia dari jauh. Kau boleh keluar Rahmat. Aku banyak kerja."

Rahmat bawa langkah keluar. Sia-sia kena halau. Dah la guna identiti kita sebagai identiti palsu dia. Menyampah!

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-04-07 10:39:33 

ni mesti kakak nya sangka Rahmat@ zarel tu dreba je...tu pasal si kakak talakan siadik...


NovelPlus Premium

The best ads free experience