Series
1435
Haritu merupakan hari pertama aku jejakkan kaki dekat SMK Jln Cochrane dan hari yang membuatkan aku secara sahnya telah menjadi salah seorang daripada pelajar sekolah tersebut.
Pada hari pertama tu, aku tidak tahu ape yang patut aku lakukan.Almaklumlah budak form 1 baru masuk sekolah.Aku pergi ke kantin dimana semua kawan kawan aku yang ku kenali dari sekolah rendah berkumpul.Aku tidak mengetahui apa apa tentang sekolah tersebut kerana aku tidak dapat hadirkan diri semasa mtajlis orientasi pelajar tingkatan 1. Apa yang aku tahu , aku cuma berada di dalam kelas 1 Dinamik.
Perhimpunan bermula.Aku berbaris pada barisan kelas aku.Aku memerhati sekeliling, " dia tak sekolah dekat sini ke? ".Aku bertanya kepada kawan ku yang bernama Fathiah.Dia menjawab "Setahu aku masa orientasi haritu dia ade je.Weh kau nak tahu tak?Dia satu kelas dengan kita! ". Nampaknya bahagia betul Fathiah sebab orang yang aku maksudkan tu satu kelas dengan kami.
Oh , lupa pulak nak kenal kan diri.Nama aku Aliya Maisarah atau nama panggilan aku Aliya.Kawan ku pula namanya Nur Fathiah Syahirah, namun kami cuma memanggilnya dengan Fathiah atau Thiah tapi kadang kadang aku akan memanggilnya Fathi.Fathiah ni kecil molek je orangnya,tidak tinggi tidak juga rendah.Bentuk badannya memang cantik.Fathiah berkulit sawo matang.Namun mata yang dimilikinya tersangatlah cantik.
Share this novel