BAB 6 : AKU REDHA

Drama Series 6076

KEESOKAN HARINYA...

setelah selesai solat subuh ...Amy membuka telefonnya dan membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat mesej dari kolejnya dan Amy terlihat mesej yang dihantar oleh Rizqi tangannya cepat cepat membuka mesej tersebut dan membaca ...

MESEJ RIZQI...

Assalamualaikum Amyyra saffera sebelum saya nak cakap benda penting dalam hidup kita berdua saya nak memohon maaf dan saya harap awak bersabar dan tidak emosi dengan apa yang saya nak sampaikan ..ye memang perkara maca6ni saya kena bagi thu depan depan dan jumpa dengan Uncle Auntie tapi saya tak kuat nak jumpa mereka dan memberi tahu perkara tersebut ..saya mintak maaf ..saya nak cakap yang saya dah bagi tahu dengan ibu yang saya nak membatalkan perkahwinan kita ...saya tahu awak mesti tertanya-tanya kenapa sampai putus apa salah awak...awak tak salah cuma saya hati saya ni tak boleh terima cinta awak dan sayangi awak macam mana saya sayang Najwa ..saya tak nak tipu jujur saya cakap Hati ni masih cinta Najwa ...saya harap awak faham Amyyra saffera..maaf sekali lagi maaf sangat... Assalamualaikum..

bergenang air mata Amyyra saffera bila membaca mesej daripada Rizqi...kenapa awak buat saya macam ni Riz apa saya nak jawab dekat mama papa ...kenapa tak cakap awal awal Riz....(9 dapur untuk breakfast ..Amy kenapa muka merah macam lain je (tanya Dato' Ahmad) Amy ada perkara penting nak cakap papa... (jawab Amyyra)...apa dia Amy daripada semalam lia tengok Amy macam sedih je ke sebab Rizqi tak datang butik sebab tu ke muka merah ..Amy nangis ye (tanya Amylia)...papa mama Rizqi nak batalkan perkahwinan ni..sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya...Amy !! (jerit datin Zalikha)...Dato' Ahmad ,lia dan mak Mila terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Amy ..tetapi Amy hanya bertenang dam menikmati makanannya...Amy apa yang dah jadi sampai macam ni ..(tanya Dato' AhmadP kerana papanya tahu yang Amy seorang yang kuat walaupun perkara itu sangat menyakitkan hatinya tetapi dia akan terima dengan senyuman ...Rizqi tak cintakan Amy..jadi Amy harap family kita jangan paksa dia...Amy percaya yang tuhan telah tulis jodoh Amy dengan seorang lelaki yang sangat baik dan boleh terima Amy seandainya...jadi Amy harap yang papa dengan mama batalkan sahaja perkahwinan tersebut....minggu depan hanya perkahwinan lia dan ikram sahaja akan berlangsung...maaf kan Amy papa mama dan lia kalau Amy ada salah cakap..tapi Amy rasa kita takda hak nak paksa sesiapa untuk cinta dan sayangi kita..(sambil bangun dari meja makan)...abang macam mana ni..(tanya datin Zalikha) betul apa Amy cakap sayang ..kita tak boleh paksa si Rizqi untuk sukakan Amy ..kalau itu yang mereka nak kita terima sahaja..mukin ada yang lebih baik untuk Amy ..kita doa yang baik baik ..petang nanti abang balik dari pejabat kita ke rumah ruzaya..untuk pulangkan barang yang diberikan kepada Amy ...kita pulangkan dengan cara baik....baik abang ...

DI RUMAH RIZQI

Assalamualaikum ..... waalaikumussalam masuk la Zalika dan Ahmad...terima kasih masih jemput kami masuk ke dalam ruzaya...kenapa tak boleh Zalikha kita kan dah lama kenal (jawab Datin ruzaya)...ruzaya tahu yang Riz dah batalkan perkahwinan ini..ruzaya betul betul mintak maaf...ruzaya tak sangka dia buat macam tuu...ruzaya dah merayu untuk dia terdiam perkahwinan ini tapi dia ugut nak ke London..ruzaya hanya ada anak seorang ruzaya tak sanggup hilang dia.(kata Datin ruzaya sambil nangis ) Takpa la ini semua ketentuan tuhan jadi kita kena redha...ini kami berdua datang untuk pulangkan kembali cincin dan barang barang yang pihak ruzaya bagi...(kata Dato' Ahmad)...maaf sekali lagi Ahmad dan Zalikha..ruzaya memang tak tahu benda macam ni akan berlaku..tapi apa yang ruzaya boleh buat Rizqi satu satunya harta kami..kami tak nak kehilangan dia ...(jawab Datin ruzaya)..tak pa kami redha...baiklah kami balik dulu dah lewat sangat Assalamualaikum...kata Dato' Ahmad (sambil bangun dari sofa)... waalaikumussalam nanti datang lagi ye (jawab Datin ruzaya)...

PERJALANAN KE RUMAH....
Abang ...mampu ke anak kita redha dengan apa yang terjadi ini dia masih muda ikha takut dia tak mampu untuk terima semua ni .. (tanya Datin Zalikha)....si Amy tu lain daripada lain..dia bukan macam kakak kakak dan abang abangnya ikha abang percaya dia boleh melalui benda benda macam ni ..dan abang tahu dia kuat ..saya pun harap apa yang abang cakap tuu betul (sambil menyandarkan kepalanya ke bahu Dato' Ahmad)...

BEBERAPA HARI LAGI UNTUK KAHWIN

Amy okay ...(tanya Amylia)...Amy okay sahaja lia...Amy dah tak fikir pasal tu lagi...hmm lia cakap nak pergi Parkson kan nak beli something untuk ikram ...bila ...Amy nak ikut boleh (jawab Amyyra)...Boleh petang kita pergi ye..

Papa mama lia dan Amy keluar kejap ye ...(tanya Amylia)Baik sayang hati hati ye ..Amy jaga lia dia tu darah manis..(balas Datin Zalikha)..lia dan Amy pandai jaga diri...(kata Dato' Ahmad).. insyaallah papa mama kami pandai jaga diri...kami pergi dulu Assalamualaikum... waalaikumussalam (jawab Dato'Ahmad dan Datin Zalikha serentak)

DI PARKSON

Amy ni sesuai tak untuk ikram (tanya Amylia)...Wow cantik sesuai sangat (balas Amyyra)...okay jawab lia (sambil membuat bayaran)...semasa Amy dan lia berjalan jalan dia Parkson lia ternampak satu butik tudung ..Amy jom masuk butik ni (tanya Amylia)..lia nak beli baju je ...tanya Amy tetapi lia tidak jawab soalan itu dia terus melangkah ke dalam butik...Amy turut mengikut langkah lia...lia mengambil tudung shawl berwarna putih dia memberi kepada Amy ..Amy suka tak tudung ni lia suka ..lia nak Amy pakai masa perkahwinan lia...(tanya Amylia)...Amy suka lia lagi pun tudung ni sesuai dengan baju yang Amy nak pakai masa perkahwinan lia nanti..jawab Amy..ha sama kann ..Amy ambik shawl lia ambik bawal...nanti kita boleh pakai sama sama jugak (kata Amylia sambil gelak) ... setelah membeli tudung itu mereka pergi ke restoran kegemaran mereka untuk makan tengah hari...lama kita tak keluar macam ni ..lia akan rindu Amy nanti ..kita mesti tak boleh keluar macam ni lagi kan ...nanti lia takda Amy takkan lupakan lia kan (tanya Amylia)...lia!! (jerit Amy) apa lia cakap ni lia cuba nak kawin bukan nak pergi mana mana kita boleh berjumpa bila bila masa ..lia tahu kan Amy tak boleh kalau lia cakap macam ni (sambil memeluk Amylia)...sorry lia cuma gurau je...sorry (sambil membuat muka comelnya)...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience