Rate

Satu

Young Adult Series 1275

PAGI itu Aeril bangun mendahului ayam berkokok. Remaja lelaki yang berusia 15 belas tahun itu selalu tidur awal, suka menolong orang dan rajin menabung untuk masa depan.

Namun, pada hari itu Aeril terlambat masuk kelas. Adalah dalam tiga belas minit lagi Pak Cik Pengawal hendak tutup pagar. Semua pun disebabkan jiran sebelah rumahnya yang baru pindah minggu lepas.

Aeril menolong jirannya itu mencari anak kucing hilang. Kucing jantan baka Calico tersebut rupanya jatuh ke dalam parit sebelah rumah Aeril. Setelah memulangkan kucing itu kepada tuannya, Aeril dibalas budi dengan segelas kopi susu dan empat keping biskut coklat oleh pembantu rumah bernama Leha.

"Saya ikhlas tolong makcik," kata Aeril lantas menyuap sekeping biskut ke dalam mulut. Kerana berbual rancak dengan Mak Cik Leha, dia terlupa yang dia perlu menuntut ilmu pengetahuan di sekolah.

Aeril terpandang jam tangannya dan teringat juga pada wajah guru kelas; Cikgu Salmila yang garang seperti garuda.

Apabila kelibat Aeril hilang dari kawasan perumahan Taman Permai, seorang gadis diam-diam memerhati di sebalik tingkap sambil mengangkat anak kucingnya yang baru saja diselamatkan oleh Aeril.

***

Setibanya di kelas 3 Gemilang, Aeril disapa guru kelas yang menulis kehadiran murid-murid pagi itu.

"Sila berikan alasan munasabah, Aeril Najmi bin Farhan," Cikgu Salmila tersenyum sinis.

Aeril mengesat wajahnya yang berpeluh. "Saya... tolong jiran sebelah rumah cari anak kucing tadi."

Mendengar jawapan itu, Cikgu Salmila menggeleng perlahan dan tersenyum simpul. "Sebab hari ni adalah kesalahan pertama kamu sepanjang bersekolah di SMK Taman Permai, saya akan percaya alasan klise itu. Kamu boleh duduk sekarang."

"Terima kasih, cikgu!"

Laju Aeril mendapatkan tempat duduknya.

"Baiklah, sebelum kita mulakan kelas, ada seorang murid baru akan masuk hari ini," Cikgu Salmila membelek fail di tangannya lalu menatap ke arah pintu, "sepatutnya dia dah sampai."

Terdengar bunyi pintu diketuk.

Automatik penghuni kelas 3 Gemilang memandang ke arah pintu kelas mereka.

Seorang remaja lelaki berkaca mata dengan potongan rambut gaya mullet + wolfcut sedang berjalan menuju papan tulis, seragam sekolah terbuka dua butang dari leher, beg galas hitamnya terputus tali sebelah, dan wajah kacaknya telah berjaya merampas hati murid-murid perempuan di kelas 3 Gemilang yang ternganga lebar atau menelan air liur sambil terleka menatap keindahan makhluk tersebut.

"Maafkan saya sebab lambat, cikgu. Tiba-tiba motosikal rosak dekat tengah jalan tadi."

"Oh, tak apa." Cikgu Salmila tersenyum ramah dan raut wajahnya kelihatan sungguh bahagia. "Sila perkenalkan diri kamu."

Seolah-olah ada cahaya matahari yang bersinar di atas kepala murid baru tersebut dan membuat mata pelajar lain silau ketika melihatnya secara langsung.

"Hai, semua. Nama saya Rayyan. Saya baru pindah ke Taman Permai minggu lepas."

Seorang murid perempuan tiba-tiba mengangkat tangan kanan, lalu dengan teruja dia menanyakan soalan yang menganggu privasi orang lain. "Awak ada girlfriend tak?"

Hampir semua orang di kelas 3 Gemilang buat muka menyampah termasuk Cikgu Salmila.

"Tak ada. Belum lagi." Rayyan menggeleng sambil tersenyum kecil. "Saya nak fokus belajar dulu."

"Hm..." keluh si penyoal tadi.

"Ekhem. Kita stop sesi perkenalan dekat sini dulu ya," kata Cikgu Salmila lalu mengarah budak lelaki di sebelah Aeril. "Vincent, kamu pindah belakang. Biar Rayyan duduk di kerusi kamu."

Setelah Vincent membawa beg serta buku-bukunya ke meja kosong di belakang kelas, Rayyan mengambil alih tempat duduknya dan meletakkan beg galas di bawah kerusi.

"Hai, apa khabar?" Aeril berbasa-basi. "Nama aku Aeril," dia menghulur tangan kanan untuk bersalam.

Rayyan mengangguk.

"Aku pun tinggal di Taman Permai," tambah Aeril. "Lot 7, rumah no.612 yang pagar coklat. Keluarga kau yang baru pindah minggu lepas tu kan? Sebelah rumah aku?"

Rayyan gugup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience