Wajah Zaim di frame yang ada di meja kecil direnung. wajah lelaki itu saat konvo. Dia tersenyum manis, bersama Hans,Zayyan,Adrian dan Ilham. Dia menyentuh wajah Zaim, yang paling bahagia di situ, ilham pula sedang ketawa, Adrian dengan wajah baik nya, Hans dengan wajah dingin begitu juga Zayyan.
“Tapi asal aku tengok Zaim macam kena penyakit dingin cam Hans? haish..."
Dia merebahkan badannya ke katil. sudah dua hari berlalu. Zaim tidak lagi menemui, menganggu nya seperti yang dia janjikan.Dia langsung tak memperdulikan hal itu.
Dalam sekelumit hatinya, dia sudah merancang untuk melarikan diri, namun kemana dia mahu pergi?
tok!tok!tok!
“masuk lah!"
Wajah Fergie yang tersenyum nipis sambil membawakan beg kertas di tangan lalu menghulurkan kepada Zafirah.
“pakailah, bersiap dengan makeup dalam masa 1 jam, Zainal akan menjenguk kau nanti dan membawa kau ke akad nikah"
Ha? Zaim benar benar menepati janjinya. Dia dengan enggak menerima bungkusan itu, dan Fergie tersenyum dan meninggalkan gadis kesayangannya sahabat nya itu.
Zafirah menahan air matanya bila melihat baju kurung pengantin yang berwarna biru muda kesukaan nya. Secara tiba tiba dia mengingat arwah ibunya.
“ibu nak sangat anak ibu menikah dengan memakai baju berwarna biru muda. mesti cantik kan ayah?"
Zafirah melepaskan keluhannya. Dia bersiap-siap memakai baju kurung tersebut, juga makeup yang nipis sahaja lalu duduk kembali, menampung dagu dan menunggu Zaim mendatangi nya.
“sayang, dah siap? jom lah kita gerak sekarang" Zaim muncul di pintu bilik dengan memakai baju melayu biru muda juga, berkelip mata Zafirah merenung penampilan Zaim yang segak dengan wajah yang riang.
“kenapa sayang tengok aku camtu? sayang suka eh?"
ahh tak nak aku! bisik hati Zafirah. dia hanya menghulurkan senyuman nipis sebelum bangun mendekati Zaim.
“jom, kita pergi" Zaim menarik tangan Zafirah keluar dari bilik menyelusuri tangga.
Zafirah melihat sekeliling rumah yang mewah dan indah. hampir sama seperti rumah Hans yang mewah itu.
Mata nya tertancap kepada gadis yang duduk membelakangi nya di gazebo. kecil sahaja, masih remaja ini.
“tengok apa?" tanya Zaim, sambil membuka kan pintu kereta untuk Zafirah.
Zafirah merenung gadis kecil itu. ehehehe sekecil nya juga.“ siapa tu?"
Zaim memalingkan muka ke arah orang yang Zafirah tuju. wajahnya berubah menjadi dingin.“tah, aku langsung tak tau, Fergie yang bawa dia ke sini."
“awak tak kenal?"
“nanti kau berkenalan dengan dia sendiri, aku takde masa nak berkenalan dengan perempuan lain kecuali kau dengan Lariena. dah naik!"
Zafirah terpinga-pinga mendengar nama Lariena di mulut lelaki itu.
Zafirah merenung luar tingkap manakala Zaim fokus membawa kereta, menuju kemana Zafirah sendiri tidak tahu, yang dia tahu, dia akan mendapat halalkan sahaja.
Seronoknya jadi Lariena, dia seorang gadis yang baik dan memahami, membuat kawan kawan Hans juga orang dalam Hans, sangat selesa berbual dan berkenalan dengan dia. Dia lain, dua pemalu dan tidak berapa ramah dengan orang yang dia tidak kenali.
“kau lepas ni sah jadi isteri aku, patutlah pada arahan aku, dan jangan pernah kau ingkar arahan aku, kalau kau tak nak aku berlaku kejam kat kau"
Zahra merenung kolam ikan dengan tatapan sayu. ahh ternyata dia keluar dari mulut harimau masuk nya ke mulut buaya. baru je bebas dari ayah nya, eh dia di tangkap oleh salah satu anggota geng mafia.
Kehidupan nya sama sahaja, mengira waktu sahaja untuk mati, tapi tak mati mati. Dia mengeluh halus. dia tidak memiliki teman untuk menyelamatkan nya, tidak juga memilih saudara untuk melindungi nya. kekasih? ahh kekasihnya sahaja mengkhianati nya, bersepakat dengan ayahnya, untuk menghancur kan nya.
Fergie merenung Zahra dari jauh. Gadis yang menangis tanpa suara di gazebo, entah apa yang ditangisi nya. gadis itu tidak melarikan diri langsung, padahal, sudah ada peluang. tiada juga bodyguard mengawalnya, tiada bahagian rumah yang terkunci sekarang. gadis itu tetap duduk termenung di situ.
“Zahra, waktu bersiar siar dah habis, sekarang masuk dan mandi sana" arah Fergie tegas dan hanya dibalas anggukan oleh Zahra.
Zahra terus melangkah masuk ke banglo milik Zaim dengan kaki yang lemah. kaki nya memang masih sakit atas tusukan itu. dia menerima lebih kurang 12 jahitan di setiap luka nya. sakit nya biar dia yang tahu.
Dia berhenti apabila melihat sebuah piano tersergam indah di tepi ruang tamu tingkat dua. Sudah lama dia tidak bermain dengan piano. dia melangkah dan menekan melodi di situ.
“emm! suara dia kuat nya!"
Zahra tersenyum kecil namun dia tersedar sesuatu. ini bukan miliknya, milik tuan rumah ini. dia menggelang kepala dan terus melangkah ke bilik.
“Tahniah ye Zaim, dah jadi suami orang dah!"
Zaim hanya tersenyum sambil ketawa kecil bersama Fergie dan juga Mark. manakala Zafirah sedang menikmati makanan dari juadah yang dihidangkan kecil kecilan itu.
“kau ni jangan kasar sangat lah dengan bini kau nanti!" ucap Fergie, menyindirnya.
“alah kau, bising je lebih" Mark mengetuk lembut kepala Fergie.
“aku rasa aku dengan Zahra akan keluar dari rumah kau, kau perlukan banyak privacy dengan bini kau" ujar Fergie sambil memandang sekilas Zafirah yang sedang mengunyah kek .
“kau tinggal je dekat banglo B, kat situ kan dekat dengan markas, kau boleh tengok keadaan kat situ, aku bagi je banglo B tu untuk kau" Fergie tersenyum gembira dan menepuk nepuk bahu Mark.
“banglo B yang besar tu jadi milik aku. ahahah, kau ada?"
“sial lah. pilih kasih ni namanya."
“ Zaim sayang aku lebih dari kau"
“tapi aku dapat hospital"
Terkedu terus Fergie dibuatnya membuat Mark terkekek kekek ketawa. Fergie mencebik. tak guna, baru dia ingat, Mark pernah mendapat hospital dari Zaim disebabkan Mark menyelamatkan dia dan Zaim dari serangan musuh.
“ dah lah korang ni, harta tu bukan bawa ke mana pun" Zaim menyindir kedua sahabat nya , sinis.
“Eh kenapa tak ajak Adrian dan kawan kau yang lain?" tanya Mark pelik. Zaim terdiam seketika. dia mengeluh.
“aku takut..."
“ nah kau lah, amik tindakan terburu-buru, kalau Fira ni betul-betul jodoh kau, dia takkan lari lah ke pelukan ilham. kau aja terlalu gegabah bila tengok dia rapat dengan ilham" sindir Mark sambil menggelang kepala.
Zaim diam. benar, kerana takut Zafirah akan jatuh suka dengan ilham, dia menculiknya dari kawan kawannya. tapi sedikit pun tidak dia sesali.
“ kau tak menyesal ke putus kawan dengan mereka? takde sedikit rasa rindu kau dengan persahabatan korang dulu? Ilham, Adrian?"
Zaim hanya diam membisu. soalan Mark dibiarkan sepi.
“ahh tau lah, aku balik dulu, selamat pengantin baru he Zaim" ucap Mark sebelum melangkah keluar dari perkarangan masjid.
Zafirah merenung luar masjid dengan wajah yang berkerut. ada seorang wanita, berbaju serba coklat, dan tertutup, merenung dia dari mata yang sayu. aku macam kenal, tapi siapa eh? dia mengangkat bahu dan terus mendekati Zaim yang sudah bersiap siap untuk pulang.
Qistina melepaskan mask nya dan terus memasuki kereta. dia melepaskan keluhan. lelaki disebelah direnung sayu.
“maafkan aku, aku tak sanggup nak bawa dia. aku takut dia akan tanggung resiko nanti"
“kenapa dia? padahal aku dah suka dia dulu dari zaman sekolah lagi, kenapa dia tak pernah cuba lari dan meminta pertolongan kita?"
“raf..."
Rafizi tersenyum.“jalan lah ye. aku hantar kau balik. sorry susahkan kau, kau tengah mengandung lagi "
Qistina mengangguk.
Ammar yang sedang membaca berita hanya memasang telinga sahaja. dia menjeling ke arah wanitanya yang sudah tertidur nyenyak di peha nya.
Share this novel