Part 1

Short Story Series 1548

Tentang seorang lelaki yang pernah aku kenal selama 6 tahun. Yess 6 tahun guys...

Bermula dari musuh and then kawan. Sampai lah aku terjatuh hati kat dia. Weh 6 tahun kot. Mustahil tak jatuh cinta.

Yes kami kawan, tapi selalu take care pasal each other more than a friend. Cemburu? Mmg ada cuma aku masih lagi boleh handle. Kalau asyik2 nak mengada tah2 esok lusa dia berambos sbb bosan. Kawan kot, chill lerr.

One night kami berborak panjang dlm phone. (oh ya fyi, kami ni jarak jauh ya) bermula dengan kisah hidup masing2. Borak punya borak ttba dia tanya dengan nada serious. Perasaan aku masa tu tahh, seram ada, nak tuka topik pun ada. Nak tau dia tanya apa?

..dia tanya "awak masih lagi ke ada hati kat saya, jujur je" wehhh entahla aku tak dapat nak cakap apa la. Aku takut dia saje nak bahan aku. Tapi tak. Mungkin masa tu dia dah sedar kot aku ni tak putus asa kejar dia.

Beberapa minggu lepas tu he keep asking me same question "awak masih lagi ada hati kat saya ker". Kalau aku jujur aku takut di bahan, tp kalau x jujur kang terlepas pulak. Jadi aku ambil keputusan nak jujur. Apa apa jadi lepastu aku sedia terima.

6 tahun aku tggu sejak dari bangku sekolah lagi. Sehingga aku menamatkan diploma aku. Dulu dia suka tau ejek aku. Dan dia ni kira agak famous lah dikalangan gadis2 sekolah pada suatu masa dahulu. Mmg tak la dia pandang aku masa tu. Kebetolan masa tu aku habis peperiksaan. Atas permintaan ibu dan ayah, aku pun pindah. Aku fikir mungkin lepasni aku dapat kehidupan baru aku kat sana. Suasana baru, kawan baru dan hidup baru.

Selepas aku berpindah, kami still keep in touch. Makin kerap dia call untuk mengetahui perkembangan aku kat sini. Tapi entah la, since aku mula ignore dia (dia call, aku reject), dia dah dapat faham kot kenapa aku buat mcmtu. Jarak kami pun mula renggang. Aku tak tau kenapa masa dah tak berhubung tu. Still aku masih ingat, termimpi dan sebagainya.

Sejak aku ignore dia tu, dia dah mula menjauhkan diri dari aku. Kami lost contact selama 6 bulan. And dalam tempoh 3 bulan sejak dari dia hilang tu, aku selalu terima dm di instagram dari org yang tak aku kenali. Asyik2 reply story aku. Rimas laa. Masa tu x terfikir lagi "orang" tu dia. Sampai satu tahap aku nak sangat tahu. So aku minta tolong kawan aku yg ada follow dia. Bila kawan aku bagitau yg tu ig dia. Aku rasa mcm entahla. Hilang nyawa sekejap. Sbb lama weh aku cari. Rupanya dia dekat je dengan aku.

Bahagia tu aku rasa sekejap je bila aku dapat tahu masa tu dia jatuh hati kat perempuan yg aku kenal. Luluh hati aku. Aku antara redha dan tak redha je masa tu. Hmm. Aku punya lah try hard dr dulu tp asyik kena friendzone. Tapi takpa, still aku nak rebut hati dia. Nampak tak usaha aku kat situ?

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience