Selepas menghantar ibunya ke tempat parkir, Adrian kembali ke kondonya.
Melewati dapur, dia melihat Miya sedang menyusun pinggan mangkuk yang telah siap dibasuh dan dikeringkan ke dalam kabinet.
Berdiri di atas kerusi, isterinya itu terpaksa berjengket sedikit kerana kedudukan kabinet yang agak tinggi. Dress separas lutut yang membalut tubuhnya terangkat sedikit apabila dia mengangkat tangannya untuk menyusun pinggan-pinggan itu; menampakkan pahanya yang putih bersih.
Turun naik halkum Adrian meneguk liur. Miya tidak pernah gagal mencabar imannya, walaupun kadangkala dia melakukannya tanpa sengaja.
“Want to go out today?” tanya Adrian. Dia mahu menebus kebosanan Miya sepanjang dia di Shanghai.
Miya yang terkejut dengan suara Adrian yang tiba-tiba muncul itu terjerit. Pinggan di tangan terlepas, kaki yang sedang berjengket juga tiba-tiba terpelecok membuat dia tidak dapat mengimbangkan badannya lalu terjatuh dari kerusi. Tetapi entah kenapa dia tidak merasa sakit; seperti terjatuh ke atas ketulan awan yang lembut saja
“Are you trying to seduce me?”
Pertanyaan Adrian itu membuat Miya mula perlahan-lahan berpijak di bumi nyata. Bulat matanya saat menyedari dia berada dalam pangkuan Adrian. Tentu Adrian sempat menyambutnya tadi saat dia terjatuh.
"Sedap kena pangku?" soal Adrian apabila Miya kelihatan tidak berniat mahu turun dari pangkuannya.
"Mana ada!" Cepat-cepat Miya melompat turun dari pangkuan Adrian lalu terus mencari penyapu dan menyapu kaca daripada pinggan yang pecah tadi.
Adrian hanya mengulum senyum melihat tingkah Miya. Bersandar pada peti sejuk sambil menyilangkan tangan ke dada, dia memerhatikan Miya yang sedang membersihkan kaca.
“So, want to go out today?” Adrian mengulangi pertanyaannya tadi.
“Where?” tanya Miya sambil melirik Adrian sekilas.
“Anywhere.”
Miya kelihatan berfikir-fikir, tetapi tangannya lincah menyapu dan membersihkan lantai dari sisa kaca tadi.
“Apa kata kita tengok wayang?”
“Okay.” Adrian berlalu.
Miya memandang belakang suaminya dengan dahi berkerut. Apa mimpi Adrian mengajaknya keluar? Sudahlah hari ini hari bekerja, dan mereka berdua ‘ponteng.’ Boleh pula keluar bersuka ria dan menonton wayang.
Untung kahwin dengan bos.
ADRIAN membawa Miya menonton wayang di Aurum Theatre yang terletak di The Gardens Mall, sebuah pawagam eksklusif yang menyediakan servis pembantu, pilihan makanan ala fine dining daripada Jin Gastrobar, dan kafe minuman. Tempat duduknya juga selesa; boleh dilaraskan dan penonton boleh berbaring sambil menonton wayang. Mana tidak, ia direka khas secara eksklusif oleh jenama perabot gaya hidup mewah Getha.
Setiap tempat duduknya disediakan bantal dan selimut daripada jenama sama selain dilengkapi kemudahan pengecas tanpa wayar serta meja sisi dengan lampu peribadi.
Soal kebersihan juga sangat dititikberatkan di mana sarung bantal dan tempat duduk serta selimut akan ditukar setiap kali habis tayangan bagi menjamin keselesaan penonton. Ya, itu salah satu sebab Adrian membawa Miya menonton wayang di sini. Supaya dia tidak rimas melihat Miya mengelap tempat duduk sebelum menggunakannya.
Miya berdecit kagum sambil mata melilau ke segenap ruang dalam panggung itu. Dia tidak pernah masuk ke tempat ini. Selalunya apabila keluar menonton wayang bersama Balqis, mereka hanya pergi ke panggung wayang biasa dan tidak pernah terfikir panggung seperti ini rupanya wujud di Malaysia.
“This place is amazing.” ujarnya sebelum menghempaskan punggungnya ke kerusi.
Beberapa penonton sudah mengambil tempat dan menunggu filem ditayangkan.
“You like it?” tanya Adrian.
“Yeah.” Miya mengangguk.
“Nak order apa-apa tak?”
“No, thanks. Kenyang lagi.”
Tinggal beberapa minit lagi sebelum filem ditayangkan dan diisi dengan ruang promo filem-filem yang bakal keluar di pawagam. Adrian menyerahkan kepada Miya untuk memilih filem yang mahu ditontonnya. Dia tidak berminat untuk menonton wayang, tetapi dia hanya mahu menebus kebosanan Miya. Sebaik sahaja filem bermula, dia akan tidur dan membiarkan Miya menontonnya. Ya, itu perancangannya.
“Jangan tidur. Kalau tak, saya akan paksa awak tengok Frozen II lagi lepas ni,” ujar Miya.
Adrian memandangnya dengan dahi berkerut. Bagaimana Miya tahu rancangannya?
“Saya tahu awak nak tidur kan? Sebab tu awak biar saya pilih movie yang saya nak tengok.Old trick Mr Adrian. I’ve a lot of experience with two men before you.”
Terbeliak mata Adrian mendengarnya. ‘I’ve a lot experience with two men before you.’ Hah, hebat Miya Liany! Hebat!
“In your dream! Awak nak tengok Frozen sampai seribu kali pun, suka hati awak. Saya akan balik lepas habis cerita ni.”
“You’re underestimate me.” Miya menayangkan kunci kereta Adrian di depan matanya “Saya akan paksa awak tengok Frozen II LAGI kalau awak tidur. I’m serious.”
Picing mata, Miya terlihat kecil saja dalam penglihatannya. Tangan bergerak cuba menyambar kunci itu dari tangan Miya, tetapi Miya cepat-cepat menyimpannya di dalam saku seluar.
Adrian ketap bibir. Patutlah selepas keluar dari kereta tadi, Miya meminta kunci kereta daripadanya. Katanya mahu mengambil telefon yang tertinggal di dalam dashboard. Selepas itu, Miya tidak memulangkan semula kunci kereta itu. Dia juga terlupa untuk memintanya. Rupanya Miya sudah merancang sesuatu. Tak guna, Miya!
“Awak dah rancang semua ni kan?”
Miya tersenyum, “I’m genius, huh?”
“Hmm..Better than I thought. Nampaknya saya dah tak boleh tinggalkan awak sendiri lagi lepas ni. You slowly become abnormal.”
“Shhh…” Miya meletakkan telunjuk di bibirnya sebagai isyarat supaya Adrian berhenti bercakap. “The movie is about to start. Pay attention.”
‘How dare she ‘sushhhhing’ me!’ Tetapi Adrian akhirnya terpaksa juga akur dan menghayati filem Frozen II itu sehingga tamat. Sialnya, walaupun setelah mereka melangkah keluar dari pawagam, lagu dari Frozen II itu masih terngiang-ngiang di telinga Adrian.
‘Aaaaaa…Aaaaaaaa…..’ Berkali-kali Adrian menampar kepalanya supaya lagu itu segera nyah dari kepalanya, tetapi tetap ia terngiang-ngiang. Ini semua salah Miya!
“Kenapa awak dari tadi tepuk kepala?” tanya Miya.
“It’s all your fault. That bloody song was ringing in my ears,” jawab Adrian sambil menjeling Miya.
Miya mengekeh. Dia sebenarnya bukan peminat tegar filem animasi itu, tetapi mengingat sikap Adrian pagi ini yang menyebalkan, dia terfikir untuk membalas dendam. “Saya tak sabar nak bagitahu Lora, daddy tengok Frozen II. Mesti dia bangga dengan pencapaian daddy dia.”
“Don’t you dare!”
"I dare."
Tap! Adrian menjentik mulut Miya yang semakin pandai menjawab dan melawan.
Puas hatinya melihat Miya berdecak marah.
“Padan muka!”
“Saya nak bagitahu Lora!”
Adrian tidak membalas, sebaliknya dilingkarkan tangannya ke leher Miya dan sedikit menyeret isterinya itu.
Miya merungut tidak jelas butir bicara sambil menampar-nampar tangan suaminya itu, tetapi tidak diendahkan.
"Ni balasan untuk isteri yang suka melawan."
"Awak buat macam ni, lagi saya berkobar-kobar nak bagitahu Lora."
Kata-kata Miya itu membuat Adrian mengeratkan rangkulannya. Terjerit-jerit Miya minta dilepaskan sehingga menarik perhatian beberapa pengunjung pusat membeli belah itu. Namun Adrian tidak peduli.
Tanpa mereka sedar, ada mata yang sedang memerhati sejak tadi dengan sorot mata penuh kebencian. Walaupun dia menjarakkan dirinya sejauh empat hingga lima meter daripada Miya dan Adrian, tetapi dengan jelas dia dapat melihat pasangan itu dan kemesraan mereka.
Saat melewati butik yang terkenal menjual gaun kanak-kanak daripada kain renda, langkah Miya terhenti. Perbuatannya itu membuat Adrian turut menghentikan langkahnya.
Dipandang Miya yang kelihatan begitu asyik melihat barisan gaun yang dipakaian pada manekin di bahagian hadapan butik itu.
Perlahan Miya menapak ke arah pintu masuk kedai. Lama dia merenung salah satu gaun yang tersarung pada salah satu manekin. Gaun tanpa lengan berwarna merah jambu dengan bahagian atasnya daripada kain renda bercorak bunga-bunga halus yang dialas dengan kain kapas, ikatan riben berwarna maroon di pinggang dan bahagian bawahnya daripada sutera organza. Sepasang party dress yang sangat sempurna pada pandangan Miya.
Terhulur tangannya menyentuh gaun itu. “Cantiknya.”
“Awak dah tak muat nak pakai tu.”
Miya tertawa perlahan. “Yeah. Dulu masa kecik, saya selalu berangan nak pakai gaun macam ni. Tapi sebab mak ayah saya tak mampu, jadi saya mampu berangan je. Saya suka tengok Lora punya closet. Banyak gaun-gaun impian masa kecik saya kat situ.”
Tiada tanggapan dari Adrian. Hanya memandang Miya yang masih belum mengalihkan tangannya dari gaun itu. Wajah Miya tidak menyiratkan apa-apa, tetapi entah mengapa luahan itu terdengar sedih.
“Kalau saya belikan gaun ni untuk Lora, awak rasa dia suka tak?” tanya Miya tiba-tiba.
“She loves dresses. I think she will like it.”
Mendengar jawapan Adrian, Miya melangkah masuk ke dalam butik, segera meminta pembantu kedai mengambil gaun yang dilihatnya tadi untuk saiz lima tahun. Sementara menunggu, dia melihat gaun-gaun lain yang dipamerkan di dalam butik itu. Benar-benar membuat dia rambang mata, sehingga tidak sedar dia memilih empat pasang gaun lagi untuk Lora.
"Nanti kalau saya dah ambik anak angkat perempuan, mesti saya jadi pengunjung tetap butik ni,” ujar Miya.
Terdengar biasa, tetapi entah mengapa seperti ada sesuatu meramas jantung Adrian saat mendengar penuturan Miya. Apa Miya serius mahu meneruskan kehidupannya dengan hanya mengambil anak angkat? Apa Miya tidak mahu memiliki anak sendiri? Apa Miya memang mahu hidup sendiri sehingga akhir hayat?
“This one is so cute.” Miya mengambil sepasang gaun bersaiz 0-6 bulan.
“Awak nak beli untuk siapa?”
“Simpan untuk anak angkat saya nanti. Kalau saya ambik anak angkat, saya akan ambik yang newborn. So that she will grow up knowing me as her omma and not thinking of looking for her biological mother.”
Terkedu Adrian tidak tahu harus berkata apa. Namun dia tidak menghalang Miya membeli gaun bersaiz bayi itu.
“Beli satu je dulu yang new born ni,” ujar Miya sambil membawa gaun yang sudah dipilihnya ke kaunter.
Sementara menunggu juruwang mengimbas gaun-gaun yang dibelinya, matanya masih sempat melilalu melihat gaun-gaun lain yang digantung di dalam butik. Bersinar matanya melihat gaun dengan warna pastel, daripada pelbagai jenis fabrik. Membuat dia semakin tidak sabar saja untuk memiliki anak perempuan.
“Semua sekali RM1008.”
Suara juruwang itu membuat fokus Miya pada gaun-gaun itu teralih, Ditarik keluar kad debitnya lalu dihulurkan kepada juruwang.
“Kenapa tak guna kad yang saya bagi?”
“Lima pasang gaun tu hadiah saya untuk Lora. Jadi saya nak guna duit saya. Kalau guna duit awak, itu macam hadiah dari awak. Gaun yang kecik tu pulak untuk anak saya nanti, bukan anak awak. Jadi saya tak nak guna duit awak.”
‘Anak saya, bukan anak awak.’ Entah mengapa dia jadi tidak suka mendengar itu. Namun dia malas berkata apa-apa.
“Awak tak rasa terlalu awal ke untuk awak buat perancangan ambik anak angkat tu?” soal Adrian saat dia dan Miya melangkah keluar dari butik.
“Tak. Saya memang ada perancangan sendiri untuk hidup saya. Marrying you is out of my plan. Tapi…Memendekkan tempoh perancangan saya untuk 30 tahun akan datang.”
“Oh, how come?”
“Saya plan nak beli rumah sendiri tahun depan. Saya dah survey harga apartment kos sederhana dekat Gombak. Harga dalam 420k, loan 30 tahun. Tapi disebabkan awak dah janji nak bagi saya rumah, so dah memendekkan perancangan saya untuk 30 tahun. Jadi duit yang saya plan untuk beli rumah tu, saya akan guna untuk buat benda lain.”
Terdiam Adrian dengan kata-kata Miya. Jadi, Miya sudah benar-benar bersedia untuk diceraikan?
“Sejuta ringgit tu awak nak buat apa?” tanya Adrian.
“Saya terfikir nak buka bakery. Tapi untuk permulaan, saya rasa saya mula dekat rumah dulu. Test market dulu, then baru cari premis.”
“Habis tu macam mana dengan kerja awak dekat DayMond?”
Tiada jawapan. Miya hanya tersenyum. Dia sudah berfikir untuk berhenti dari DayMond, mungkin sebulan sebelum Adrian menceraikannya. Mustahil dia boleh bekerja di bawah bumbung yang sama dengan bekas suami. Walaupun tidak wujud cinta antara mereka sepanjang tempoh perkahwinan, tetapi tentu perasaan canggung itu tetap ada apabila bertembung. Bagaimana dia harus mendepani Adrian kelak? Bagaimana dia harus tersenyum kepada Adrian? Bagaimana dia harus mengetepikan perasaan malu mengingat saat-saat yang pernah mereka lalui sebagai suami isteri? Dia benar-benar tidak tahu. Jika boleh, setelah bercerai, dia tidak mahu bersua dengan Adrian lagi.
Sehingga sekarang dia masih malu dengan Adrian. Malu tetapi pada masa yang sama, dia suka dengan setiap perhatian Adrian. Dia suka setiap kali Adrian memandang atau menyentuhnya. Bukan dia haus sentuhan. Bukan. Tetapi sentuhan Adrian membuat dia rasa benar-benar diperlukan. Entah dia yang dilambung perasaan, atau Adrian memang berniat begitu, tetapi setiap sentuhan itu membuat dia rasa disayangi.
Jadi sebelum rasa itu terlajak jauh sehingga terbawa-bawa walaupun setelah mereka bercerai, lebih baik dia menjauhkan diri.
.
.
.
MEMASUKI ruang lobi DayMond Jewels, Miya menyedari banyak pasang mata memandangnya dengan tatapan entah seperti apa. Dia yakin itu bukan sekadar perasaannya, tetapi dia benar-benar menjadi pusat perhatian. Saat menunggu pintu lif terbuka, ekor matanya dapat melihat beberapa orang berbisik-bisik. Malah telinganya dapat menangkap bunyi desas-desus walaupun tidak tahu isi percakapan.
Sejak bekerja di DayMond Jewels, dia tidak begitu rapat dengan pekerja selain kakitangan Jabatan Pemasaran. Bertegur sapa juga jarang. Hanya berbalas senyum sebagai tanda sapaan.
Ting!
Pintu lif terbuka, dan Miya melangkah masuk bersama beberapa staf yang lain. Melalui pantulan cermin pada dinding lif, Miya dapat melihat beberapa orang di belakangnya masih berbisik-bisik.
Tuhan, dia benar-benar ingin tahu apa yang mereka bisikkan. Walaupun tidak mendengar apa isi percakapan mereka, namun nalurinya kuat mengatakan yang mereka sedang memperkatakannya.
Mahu bertanya langsung, tidak mungkin. Dialah sejenis manusia yang sangat takut untuk bergaduh dengan sesiapa; apatah lagi rakan sekerja. Dia mahu bekerja dengan tenang tanpa terganggu oleh perasaan kurang senang dengan sesiapa.
Memejamkan matanya sejenak, Miya malas peduli. Cuba menyingkir jauh-jauh prasangka buruk yang menrjah otaknya. Dia tidak pernah mengganggu hidup mereka, jadi tidak mungkin mereka memperkatakannya.
KELUAR dari lif di tingkat lima, Miya melangkah masuk ke ruang Jabatan Pemasaran dengan senyum ramah. Namun riak wajah rakan-rakan sejabatannya membuat hatinya kembali menjadi tidak enak.
Apa yang tidak kena dengan mereka? Atau tepatnya, apa yang tidak kena dengannya hari ini? Saat dia masih tertanya-tanya, Balqis tiba-tiba menerpa lantas menolak tubuhnya masuk ke biliknya, sebelum pintu ditutup rapat.
“Bee, kenapa ni? Aku tak faham kenapa orang pandang aku macam aku dah buat salah besar?”
“Memang kau dah buat salah besar!” Bergemertak gigi Balqis, menekan suara sehingga keluar urat hijau pada lehernya.
“There…” Eryna menunjuk ke arah skrin iPad.
Adrian melirik sekilas, sebelum menarik nafas dan menghelanya kasar.
“Kenapa you ni ceroboh sangat? Berita tu dah keluar seminggu yang lalu. Tapi tak tahu kenapa baru semalam orang perasan gambar tu,” ujar Eryna. Gambar Miya mencium Adrian di depan pentas runway semasa majlis pelancaran koleksi terbaru DayMond Jewels minggu lalu.
“Dah call blog tu? Ask them to delete the news and photo.”
“Dah.”
“So, problem solved.”
Eryna berdecit geram. “Masalahnya gambar tu dah tersebar. Adrian Liew lowered his taste in women. From a daughter of an aristocrat to a woman of unknown origin.”
“So what if Miya is from unknown origin?” Adrian sebenarnya malas terlalu memikirkannya. Asal gambar itu sudah dipadam dan dihentikan penyebarannya, itu sudah memadai. Orang akan bercakap, tetapi lama kelamaan akan reda sendiri.
“Adrian…Your marriage is a secret. Kalau gambar ti dah tersebar, tak mustahil orang akan siasat.”
“Siasat siapa? Tak ada sesiapa tahu kecuali family I, family Dahlia, I, you, Miya, Christian. They wouldn’t dare to ask my family or Dahlia’s. They wouldn’t want to approach me as well. Tinggal you, Christian, and Miya. Miya takkan buka mulut. So now it depends on you and Christian.”
Melongo Eryna tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Adrian.
“Adrian, you tak percayakan I?”
“Bukan I tak percaya. Cuma pada I, perkahwinan I dan Miya takkan ada sesiapa tahu kalau kita semua tak buka mulut.”
Bercekak pinggang, Eryna menghela nafas kasar. Mengapa Adrian kelihatan enteng dan tidak peduli saja dengan gambar itu? Ini tentang imej. Adrian yang sebelum ini tidak pernah terpalit sebarang skandal, tiba-tiba muncul gambar sedang bercium dengan seorang perempuan.
“Macam mana kalau Miya yang rancang semua ni? Macam mana kalau dia sengaja buat macam tu so that gambar tu tersebar and it will force you to announce your marriage?”
Share this novel
Eryna ke dalang ni. macam syok kat bos je dia tu
pandai je eryna masuk jarum....
calyta...tetiba kita tebayang watak diana...hahaha