Chapter 4

Drama Series 4415

Kereta Vios kelabu milik Zill berhenti dihadapan halaman rumah peninggalan abah Tiara. Tiara membuka pintu bahagian belakang penumpang dan menutupkannya kembali.

Zill menurunkan tingkap keretanya. "We Tiara aku balik dulu pape nanti kau call tau" laung Zill dari dalam perut kereta.

"Ha ok ok, balik leklok jangan langar anak kucing orang pulak" kata Tiara sambil tersengih. Zill tidak mengambil peduli dengan dark joke Tiara itu.

Zill menaikkan tingkap keretanya dan keretanya perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah itu.

Tiara membuka pintu pagar halaman rumahnya itu sambil tangan sebelahnya lagi memegang sebuah bag berisi blouse yang baru dibelinya pagi tadi.

Halaman rumahnya itu tidak terlihat kereta Kancil yang dinaiki oleh ibu dan adik tirinya itu.

"Lama betol ibu keluar dengan adik, bagus sangat latu dah la minyak kereta pun aku bayar."

Tiara menghembuskan nafas kesal kerana melihat keadaan halaman rumah yang berselerak dengan daun kering. Tiara bercadang ingin mengemasnya selepas dia habis mandi nanti.

Tiara berjalan Menuju kearah pintu hadapn rumahnya itu. Tiara membuka pintu kayu itu dan berjalan masuk kedalam rumahnya itu.

Keadaan rumah itu dalam kedaan gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Tiara berjalan menuju ke ruang tamu untuk membuka langsir tingkap.

Rumah itu menjadi terang dalam sekelip mata apabila Tiara memebuka langsir diruang tamu itu.

Tiara berjalan menaiki tangga untuk menuju ke arah biliknye.

Tiara membuka pintu biliknya dan menutupnya kembali. Ikatan rambutnya itu dilepaskan.

Tiara menghempaskan badanya di atas katil gebu miliknya itu.

Tiara mengusap lembut perutnya yang kempis itu.

"Betul ke aku ade buat bende bukan-bukan dengan dia" Tiara menghembuskan nafas yang berat.

Tiba-tiba telefon milik Tiara berbunyi. Tiara mengeluarkan telefon VIVO blue bird miliknya dari dalam poket skirt yang dipakainya itu.

Tentera nama Sofea di muka hadapan telefon itu. Tiara mengangkat panggilan itu lalu telefonnya ditekupkan di telinganya.

"Ha hello" sapa Tiara pendek

"We aku kat depan pintu rumah kau ni bukak la" kedengaran suara Sofea dihujung panggilan.

"Sape suruh kau datang gile" kata Tiara

"Oi aku datang sini sebab nak tolong kau la, lagi pun aku cuti hari ni. Cepat la bukak nanti mak kau sampai rumah kang" kata Sofea lagi.

Tiara belum sempat berkata sepatah ayat Balqis terlebih dahulu mematikan panggilan.

"The fish, macam tu je" kata Tiara sambil dia memulas pintu biliknya.

Tiara berjalan turun tangga menuju kearah ruang tamu. Tanpa berbasi basi lagi Tiara segera membuka pintu utama rumahnya itu.

Terlihat muka Sofea berada dihadapan pintu pagarnya itu sambil memegang dua kon aiskrim dan lengangnya dipenuhi dengan beg shopping.

Tanpa menunggu Tiara menjemput Sofea untuk masuk, Sofea terlebih dahulu memasuki rumah itu tanpa diplawa oleh Tiara.

"Hewah hewah sesedap muke kau je main masuk rumah orangkan?" kata Tiara sambil bercekik pingang.

"Ala you jangan la marah I, ni I ade belikan you aiskrim tau" kata Balqis sambil menghulurkan ice cream yang entah bila dibelinya itu.

Tanpa membuang masa Tiara menyambut Aiskrim yang dihulurnya olehnya tadi. Dah orang kasi takkan kite nak tolakkan?

"Heleh ambik jugak tu" kata Sofea sambil tersenyum sinis.

"Kau diam ye senah sebelum aq halau kau dari rumah aku ni baik kau senyap" kata Tiara sambil menghempaskan dirinya di atas sofa. Tiara menjilat setiap keliling kon aiskrim itu apabila aiskrim itu mula mencair.

"Dok kesah, by the way aku nak tanye ni. Kau ade job tak minggu ni?"

"Hmm buat mase ni takde lagi. Asal?"

"Aku nak offer kau main dekat new hotel milik abang puteri WEHH" kata Sofea sambil menjerit secara tiba-tiba.

"Kau kenape senah tiba-tiba menjerit" bengang Tiara apibila aiskrim itu tertumpah sedikit diatas baju kerja miliknya itu. Haih jadi satu masalah pulak nanti nak kene basuh.

"Kau tak kenal ke wee abang Puteri tu. Ala Puteri anak Datuk Rarzak pemilik hotel yang terkenal tu. TAK KAN KAU TAK INGAT MINAH OI, TU KAWAN KAU WAKTU SEKOLAH RENDAH DULU LA" jerit Sofea lagi sekali.

"STOP BICH! tak yah jerit aku bukan pekak pun senah oi" bengang Tiara sekali lagi. "hehhehe" gelak gedik Sofea tidak dihiraukan oleh Tiara.

Sekarang ni otak milik Tiara lebih memikirkan siapa Puteri yang dimaksudkan oleh Sofea tadi.

"Ooo Puteri anak pakcik Razak yang dulu pernah sekolah dengan kite dulu tu kan kan" kata Tiara excited apabila dia teringat kembali siapa Puteri yang dimaksudkannye itu.

"Oi minah oi, dia bukan pakcik kau tau tak. Dia tu Datuk yang kaya pastu ade anak lelaki yang hensem". Kata Sofea sambil dia sedang memikirkan sesuatu di kepala.

"Tersengeh-sengeh, berangan latu" kata Tiara menyampah dengan perangai kawannya itu. Tiara menjilat jari jemarinye yang terkena sisa-sisa ais krim.

"Aku tak tau pulak yang dia tu ade abang lelaki. Setahu aku dia takde adikberadik yang lain" kata Tiara.

"Mane kau tau dia takde adikberadik yang lain? kite sekolah dengan dia lima je we. Start dari tingkatan 1 sampai la habis spm. Lepas tu kite lost contact dengan dia dekat 2 tahun and then tau-tau je dia tu sebernanye anak Datuk kau rase?"

"Habis tu macam mane kau boleh contact dengan dia sekarang ni?" tanya Tiara kepada Sofea.

"Aku jumpe dia dekat mall pagi tadi dengan abang dia kau tau tak. Ya Allah abang dia hensem gile we!" jerit Sofea sambil dia menekup muka dia di bantal yang memang berada di sofa itu.

" So kau beli barang banyak-banyak ni dengan dia la?" tanye Tiara lagi

"Tkde la kiteorang cume terserempak je lepas tu dia ajak breakfast sekali dengan diorang. Aku pun on jela dah dia ajakkan takkan nk tolak pulak. Lepas tu dia cite la yang abang dia ade nak bukak new Hotel. And pembukaan new Hotel tu minggu ni. Abang dia ade tempah juru majlis, penyanyi, pemain alat muzik macam kau pun ade we.

"Ha kan dia dah ade tempah pemain muzik jugak, kau nak aku main lagi buat ape la" kata Tiara sambil bersilang tangan.

"Diaorang buat persembahan secara berkumpulan la kau ni pulak permain solo. And majlis tu pun lame so abang dia nak sepanjang majlis tu berjalan dia nak alunan muzik sentiasa ada" Kata Sofea bersungguh-sungguh.

"Minggu ni? kau ade bagi nombor telefon aku ke kat dia?"

"Haah aku bagi nombor kau kat Putri. Nanti kalau dia dengan abang dia dah confirm, nanti dia call kau"

"Ha ok ok, aku nak mandi dulu. Kau kate kau nak tolong aku kan? HEHEHEH" Tiara tersenyum jahat sambil memandang Sofea.

"Tak jadi la aku nak balik bye" Kata Sofea sambil berdiri dan memegang beg shopping yang dibawanya bersama tadi.

Belum sempat Sofea ingin melangkah setapak kehadapan Tiara terlebih dahulu berdiri sambil memegang bahunya Sofea.

"HEHEHEHE KAU NAK PERGI MANE SENAHH" kata Tiara sambil tersenyum jahat ala-ala didalam cerita hantu.

"Kau ni aku memain jela. Nanti mak kau balik macam mane pulak nanti?" Kata Sofea memberi alasan.

"Tkde kau kene tolong jugak. Sape suh kau cakap kau nak tolong aku tadi. Kau tolong hantarkan dobi we baju kotor aku, malas la nak sidai baju lagi pun matahari dah takde" kata Tiara sambil membuat suara keanak-anakkan.

"Woi minah oi kau pikir comel ke buat suara macam tu. Aku malas sebernanye nak tolong kau tapi itu la terlajak perahu takboleh diundur dah" kata Sofea.

"Sape ajar kau peribahasa macam tu bongok, by the way tunggu jap ye aku nak ambik baju kotor aku jap" kata Tiara sambil berlari anak dan memberikan Sofea flying kiss.

"Aku pukul kau kang Tiara!" jerit Sofea. Tiara yang sudah berada di hadapan biliknya itu tersenyum seperti kerang busuk apabila dia terdengar laungan Sofea dari tingkat bawah.

Tiara memulas tombol pintu biliknye dan berjalan menuju ke arah bakul kotor miliknya. Dia menanggalkan baju kerjanya dan memasukkan baju kerjanya itu kedalam bakul kotor.

Tiara mencapai tuala paras lutuk miliknya dan memakainya. Tiara berjalan keluar bilik sambil membawa bakul kotor miliknya itu.

Tiara berjalan menuju kearah Sofea yang sedang bermain-main dengan telefon miliknya itu.

"Nah baju kotor aku, jangan kau buang sudah baju aku ni"

"Takde mase aku nak carik tong sampah untuk buang baju busuk kau ni minah oi. Dah la aku balik dulu nanti aku hantar baju kotor kau kat dobi" kata Sofea sambil berjalan kearah pintu keluar.

"Ha oky, jalan leklok nanti" Sofea hanya menunjukkan ibu jarinya bermaksud okey.

____________________________________

HAGGAGGA nk dkt 2 bulankn sis tk upload:3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience