BAB 5

Romance Completed 782

“Budak ni perlu dibantu. Kalau tak, makin jauh akidahnya nanti” bisik
hatinya.

“Kamu dah tak pening lagi.” Pak Hassan mengubah topik. Baginya tidak
harus terus membiarkan Adam melayan perasaan. Pemuda itu perlu bangkit
untuk berubah.

“Dah baik sikit Pak Cik. Terima kasih banyak-banyak” ujar Adam. “ Saya
kena balik sekarang. Nanti mak tertunggu-tunggu saya pulak”

Pak Hassan menyerahkan kembali kertas yang dipegangnya kepada Adam. Adam
melipatnya sebelum menyimpannya kembali ke dalam jaketnya.

“ Boleh saya minta pakcik tolong sikit “ Tanya Adam.

“Insyaallah, setakat mana yang pakcik mampu. Apa yang boleh Pakcik tolong?”

“ Boleh Pakcik tolong ajarkan saya surah Yassin. Saya dah lama nak
bacakan untuk Maria tapi tak pernah kesampaian. Yang dalam tulisan rumi
saya cari tak jumpa”

“ Pak Cik boleh bantu kalau itu yang kamu mahu. Takkan kamu nak belajar
di kawasan kubur ni?”

Adam memandang tepat kepada Pak Hassan sebelum menjawab. “ Di sini saya
dekat dengan Maria, Pak Cik. Saya akan rasa tenang kalau dekat
dengannya. Saya pun tak banyak masa untuk belajar. Sibuk dengan kerja
dan urusan keluarga sahaja. Apa yang saya buat ni pun tak ada yang tahu,
termasuk keluarga saya. Saya harap Pak Cik dapat rahsiakannya. Pakcik
ajarkanlah saya di sini sahaja setiap petang.”

Pak Hassan mengangguk faham. Dia sendiri pun dapat merasakan kesedihan
anak muda itu. Matanya menyorot susuk tubuh Adam ke arah keretanya
sebelum menghilang menuju kea rah jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience