Rate

chapter 1

Drama Series 1753

Terdengar larian daripada pelajar sekolah menengah jati ke tapak perhimpunan. Hari ini bermulalah penggal persekolahan yang baru, semua pelajar berasa seronok kerana sesi persekolahan akan bermula seperti biasa. Tidak ketinggalan juga Sherin yang begitu gembira kerana sudah berada di tingkatan tiga dan dia akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini bersama-sama dengan rakannya yang lain. Seperti biasa pada awal tahun akan diadakan sukan tahunan diperingkat sekolah dan para pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ketiga akan mewakili sekolah ke peringkat yang seterusnya. Kontinjen perbarisan juga akan dihantar oleh pihak sekolah untuk mengikuti pertandingan lintas hormat pada kejohanan sukan peringkat daerah nanti.
Sherin berasa gembira kerana telah terpilih sebagai salah seorang kontinjen perbarisan yang akan mengikuti
pertandingan di peringkat daerah nanti. Sesi latihan diadakan pada setiap hari selasa dan rabu petang, Sherin mendapat ramai kenalan baharu terutama sekali kenalan lelaki dari tingkatan dua. Jika mereka ada masa terluang mereka akan meluangkan masa bercerita dan bermain bola keranjang bersama-sama sebelum sesi latihan perbarisan dilakukan. Semua atlit dan kontinjen perbarisan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah mereka pada kejohanan sukan dan olahraga
nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience