BAB 5

Romance Completed 8314

KURANG LEBIH DUA TAHUN KEMUDIAN…

Petang Ahad itu Aufa Liyana isi dengan melihat gambar-gambar semasa perkahwinan sahabat baik semasa di sekolah menengahnya dahulu. Banyak gambar perkahwinan yang Nur Hanani muat naik di laman Fac. Untungnya teknologi zaman sekarang, semalam majlis pernikahan hari ini sudah sahabatnya itu muat naik gambar-gambar. Itu belum campur lagi gambar-gambar yang dimuat naik oleh rakan-rakan yang hadir dan dengan sukarelanya membuat lintas langsung semasa majlis berlangsung.

Tidak lekang senyuman di bibir Aufa Liyana saat melihat gambar-gambar tersebut. Rindu pada rakan-rakan sedikit sebanyak terubat terutamanya rindunya kepada Nur Hanani. Mereka membawa haluan masing-masing selepas memasuki universiti yang berlainan namun mereka kerap juga berhubung. Tergelak Aufa Liyana saat dia memandang si pengantin lelaki. Walaupun dia sememangnya kenal gerangan si pengantin lelaki tetapi dia tidak dapat menahan tawanya apabila teringat kembali peristiwa Nur Hanani yang bersanding dengan Abu Hanifah semasa di sekolah menengah dahulu. Mana boleh lupa dah aku sendiri yang jadi pengapit dia! Nasib baik semalam bukan aku yang jadi pengapit, kalau tak, mahu aku tergelak atas pelamin dan orang yang tak tahu cerita akan pelik tengok pengapit pengantin dok gelak sepanjang masa. Hahaha. Tak sia-sia aku pun kena denda bersanding sama waktu tu. Kalau semalam Nani kahwin dengan orang lain memang tak berbaloi sungguh aku kena denda bersanding semata-mata kantoi nak tolong passkan surat cinta dia untuk Ash.

Cakap pasal Ash si Abu Hanifah yang dah selamat jadi laki si Nani ni teringat pula aku kat Ash si Ashraf Fikri seorang lagi. Semalam takde pula nampak Acap kat wedding Nani tu. Tak tahulah dia datang ataupun tak. Aku malas nak tanya dan dia takde cakap apa-apa. Rasa janggal gila!

Aufa Liyana meneruskan aktivitinya melihat gambar-gambar perkahwinan Nur Hanani. Cantiklah gambar-gambar ni! Nani cakap dia guna khidmat Syahir sebagai photographer. Yang bagusnya guna khidmat Syahir ni ada photographer perempuan iaitu isteri Syahir sendiri jadi Nani cakap dia takdelah segan sangat nak berposing. Gambar-gambar yang posing lebih sikit tu untuk simpanan sendiri aje katanya. Untuk letak di Fac dan album perkahwinan memang gambar-gambar yang berpatutan sahaja. Bagus Nani! Syabas! Jangan jadi macam sesetengah orang yang kurang sensitif menayangkan gambar berpelukan di atas katil dan sebagainya. Memang betul sudah halal tetapi itu bukan tiket untuk menayangkan gambar-gambar tersebut di media sosial yang boleh menjadi tatapan ramai.

Sebut pasal Syahir ni teringat majalah sekolah zaman Tingkatan 4 dulu. Syahir merupakan salah seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bagi majalah sekolah pada tahun tersebut. Dia merupakan AJK bahagian fotografi. Oleh sebab itu dia mendapat kebenaran khas untuk sentiasa membawa kameranya ke mana-mana sahaja dia pergi di dalam kawasan sekolah. Hasilnya? Dialah yang menjadi ‘dalang’ gambar aku dan Acap bersanding masa perhimpunan dulu tu terpahat elok dalam majalah sekolah. Nasib baiklah itu ruangan gambar-gambar random sepanjang tahun jadinya siapa yang perasan gambar tu, maka dia perasanlah. Kalau tak tengok betul-betul tak perasan pun, tapikan aku dapat rasa yang kebanyakan orang memang perasan pun gambar tu. Sedang elok pula gambar tu waktu Acap dengan sengalnya buat ‘peace’ dan aku tengah pandang dia. Haish!

Sambil mengimbau kenangan lama di minda, Aufa Liyana terus klik untuk gambar seterusnya. Apabila muncul gambar berikutnya, dia terkejut besar. Gambar Ashraf Fikri yang tersenyum lebar bersama pasangan pengantin di atas pelamin. Panjang umur Budak Bajet Berdisiplin ni. Baru aje sebut dah muncul gambar dia. Dia datang juga semalam? Tak terserempak langsung! Nampak sangat kita orang memang takde jodoh. Fann, perlu ke berjodoh dulu untuk terserempak dengan kawan? Hehe… Abaikan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience