BAB 1

Young Adult Series 1002

"SIAPKAN... Latihan... Dalam... Muka surat... Dua puluh satu... Dua puluh dua..."

Satu persatu patah perkataan yang ditulis Liv Verlene di papan putih dibaca pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas Acolyte. Mereka kemudiannya bersorak kuat. Seraya dengan itu kembali bermain dan membingitkan kelas. Tidak dihiraukan tentang penolong ketua kelas yang baru mengeluarkan arahan sebentar tadi. Yang pasti, kelas Acolyte tidak akan mencetuskan sejarah dengan belajar semasa guru tidak masuk ke dalam kelas.

Memang tidal akan. Kalau nak tengok perkara seperti itu, korang boleh pergi ke kelas Enchanter. Kalau diorang 24 jam menghadap buku, itu bukan namanya pelik. Itu perkara biasa.

"Livvy, cepat ke sini. Kitorang ada berita gempak..." Panggil Sophea Isabella atau dikenali sebagai Sophia iaitu kawan baik kepada Liv Verlene. Tangannya diapungkan ke udara, menggamit sahabatnya.

Tidak sampai sesaat kemudian, Liv Verlene sudah berada di tempat duduknya. Dia memandang Sophea dengan tanda tanya. Berita gempak? Adakah band kegemarannya iaitu kumpulan Byete akan datang ke sekolah mereka? Wow, is this a surprise? Amazing!

"Byete? Wah!"

"Nope. This is more interesting. You know what, the badminton club will hold a selection for the competition that will be held soon. You must try it!" Kata Sophia dengan gembira. Tangan Liv Verlene digoyang-goyangkan kuat. Bukannya dia tidak tahu yang Liv Verlene memang tergila-gilakan badminton sejak dulu lagi. Namun, sentiasa sahaja menolak apabila kelab badminton membuat pemilihan. Entah apa yang dirunsingkan.

Serta merta air muka Liv Verlene berubah masam mencuka. Difikirkan apa yang sangat 'menarik'. "Sorry, i'm not interested

"Ala, please. Kau kena daftar dan ikuti pemilihan itu. Only this time. " Rayu Sophea sambil mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali. Mengharapkan Liv Verlene akan mengikuti pemilihan itu.

"Nope." Kepala digelengkan Liv Verlene. Dia ada alasannya tersendiri mengapa terpaksa menolak sesuatu yang menjadi kesukaannya. Selalu mengabaikan keinginannya.

Kalau bukan kerana ingin...

'PAP!'

"Aduh!" Tajam dia menikam ke arah seorang pelajar lelaki yang baru melabuhkan duduknya bertentangan dengan mereka. Semakin dia naik bengang saat lelaki itu menayangkan muka tidak bersalah.

"Kau percaya tak aku akan bunuh kau? "

Lelaki itu yang bertanda nama 'Wyatt' hanya mengoyak senyuman sinis. Sengaja dia mahu memperlekehkan perempuan singa di hadapannya ini. "Do you dare to touch me?" Soalnya dengan nada jengkel.

"Wanna to try?" Soal Liv Verlene kembali.

"Stop it guys. Ergh..."

Sempat Liv Verlene menjelir lidah kepada Wyatt sebelum menolak kerusi yang didudukinya sedikit kebelakang. Sebagai langkah awal dan berjaga-jaga. Bimbang sekiranya Wyatt membalasnya kembali. Lelaki itu bukan boleh dijangka. Otak senget.

"Mak cik Singa. Nasib baiklah ada Sophea, kalau tidak memang aku dah buka gelanggang WWE dekat sini."

"Ada aku kisah."

"Hish!"

"Sudah...sudah. Bincang benda yang serius sekarang ini." Sekali lagi Sophea bersuara, mematikan pertelingkahan antara dua orang sahabatnya. Pantang berjumpa. Ada sahaja perkara yang mahu digaduhkan. Walaupun perkara itu
hanya lah remeh semata-mata.

"Livvy, you need to participate in this election. Kenapa kau nak tolak sedangkan kau suka. Jangan nak menipu diri sendiri."

"That's right. Kalau kau menang , kau akan direkrut ke dalam kelab badminton. Kau pun tahu kan, kelab badminton adalah satu-satunya kelab yang paling susah untuk join. Hanya orang-orang tertentu. Alang-alang dah ada peluang ini, gunakan sebaiknya." Tokok Wyatt pula. Kotak pensil hitam Sophea ditarik mendekatinya. Kemudian diselongkar sehinggalah gula-gula kelihatan. Gula-gula itu dimasukkan ke dalam mulutnya dengan selamba.

"Yatt! Coklat aku!"

"Ouh ye ke? Dah masuk dalam perut."

"Ish, spoil lah kau ni!" Dengan geram, meja ditepuk Sophea kuat. Dia berpaling ke tepi, menghadap Liv Verlene sambil berpeluk tubuh. Menyampah melihat wajah Wyatt yang minta menampar. Karang, naik penampar sulung aku, bengkak pula muka kau 7 hari 7 malam.

Memutar bebola mata Wyatt. "Ye lah. Nanti aku ganti balik."

'STREET'

Liv Verlene bangun dari duduknya. Purse di dalam laci meja dicapai. Dia memandang Wyatt dan Sophea bergilir-gilir. Tertawa kecil meletus dari mulutnya. "Pujuk lah balik. Aku tak tahu." Tanpa berlengah lagi, dia terus mengangkat kaki beredar dari situ. Lebih baik cari makan.

"Sophea..."

"Jangan cakap dengan aku!"

"Aku ganti balik gula-gula kau. Kau nak banyak mana pun, nanti aku belikan. Satu lori, dua lori..." Wyatt masih tidak berputus asa. Lengan baju Sophea ditarik-tariknya.

Mendengus kasar Sophea seraya menarik lengannya. Jelingan dihadiahkan buat lelaki itu. "Sekarang fikir macam mana nak pujuk Livvy supaya join pemilihan itu."

Diam Wyatt seketika memikirkan kata-kata Sophea. Sesaat kemudian, dia sudah tersenyum senget.

"Dah kenapa kau senyum macam tu? Nak penampar?"

"Aku ada idea."

SEKOTAK dutch lady strawberry dicapai di dalam peti sejuk. Begitu juga sebotol air mineral. Langkah diatur menuju ke arah kaunter. Not 5 ringgit dikeluarkan.

"Liv, ponteng kelas lagi?" Soal Mia si penjaga kaunter. Mia memang terlebih ramah. Semua benda nak dikoreknya. Mentang-mentanglah aku jadi pelanggan tetap di sini. Dah terlebih 'akrab' jadinya.

"Mia, ini melibatkan hidup dan mati. Saya perlukan Dutch lady strawberry secepatnya. Atau saya akan...wekk... Mati." Ucap Liv Verlene dengan serius. Dutch lady strawberry dicucuk menggunakan straw yang sudah disediakan, lalu disedut perlahan.

Huh, nikmatnya.

"Kalau kena tangkap dengan president macam mana? Dia itu sudahlah straight semacam."

"Jangan risau. Setakat president cap ayam itu. Cis, saya boleh handle lah."

President yang dimaksudkan adalah Luke Michael, ketua pelajar Glarissa High School. Namun, lebih dikenali sebagai president. Seorang headprefect, atlet , dan menjadi igauan pelajar-pelajar perempuan di sini. Dari kelas Enchanter. And of course salah seorang pelajar target.

Diikuti belakangnya dengan beberapa sahabat sehidup sematinya. Malas nak list sorang-sorang. Semakin disukai orang ramai lah, semakin aku benci. Termasuklah 'mereka' si geng Luke Michael.

'Kenapa ada dekat sini? Masuk kelas sekarang!'

Suara lantang seseorang menyentakkannya. Dari nada suaranya, seperti sudah sebati di pendengaran. Dia terkaku buat seketika. Masih memikirkan gerangan si empunya suara.

Tidak mungkinlah.

"Liv, baik Liv pergi sekarang. Itu president lah." Kata Mia dengan sedikit bergetar suaranya. Terjengul kepalanya ke arah pintu, bimbang sekiranya pelajar-pelajar itu muncul di sini.

Bingkas Liv Verlene berdiri. Dicapai botol mineral dan Dutch lady strawberry yang dibelinya sebentar tadi dan dibawa ke dalam pelukan. Dia mengangguk laju seraya berlari ke arah pintu bilik koperasi sekolah itu. Namun, dia kaku tiba-tiba apabila mendengar derap kasut semakin menghampiri.

Berpatah semula dia ke arah Mia dengan cemas. Sudah terlewat mahu larikan diri sekarang ini. Hailah, kenapa kau nak muncul sekarang ini. Aku baru seru kau.

Memang dekat belakang aku berani cakap besar, kalau depan-depan aku pun kecut. Sekali kau buka mulut, sekali dengan pengetua atau dikenali sebagai director lari bertempiaran. Keturunan apa lah agaknya.

"Macam mana ni kak? Habislah saya kali ini."

"Menyorok. Liv menyorok dulu. Akan cover untuk Liv."

DUA orang pelajar lelaki yang penuh dengan aura berkarisma melangkah masuk ke dalam koperasi dengan muka yang serius. Melilau mata mereka melihat ke sekeliling. Mencari sekiranya ada pelajar-pelajar yang ponteng kelas dan datang ke sini pada masa yang tidak sepatutnya.

"Michael, Rowan." Sapa Mia dengan senyuman tipis. Dadanya berdebar kencang melihat kedua-dua pelajar lelaki yang baru tiba di situ. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan dua orang pelajar itu. Yang mengenakan blazer biru tua, tinggi yang mencecah 180 cm, itu adalah si president. Luke Michael. Manakala seorang lagi yang mengenakan blazer maroon, sedikit rendah daripada Luke Michael, itu adalah sahabat baik kepada si ketua pelajar, Rowan Everett. Kedua-dua mereka mempunyai perangai dan sikap yang sama. Tegas dalam menjalankan tugas . Tiada kompromi.

Jikalau si pemberani, Liv Verlene tertangkap, pastinya akan dihukum habis-habisan. Sudahlah ponteng kelas, boleh shopping pula di sini. Lagi satu, si Liv Verlene tidak mengenakan pakaian seragam pada hari ini. Tidak tahukah budak itu, pada hari Isnin, perlu mengenakan pakaian seragam sekolah. Lengkap!

"Kak, ada pelajar-pelajar yang datang sini tak pada waktu-waktu pdpr?" Soal Luke Michael mendatar. Sengaja dia datang ke tempat-tempat seperti ini semasa waktu pdpr. Disebabkan itu jugalah, ramai yang akan tertangkap dengannya.

Melihat wajah gelisah Mia, mendatangkan kecurigaan pada Luke Michael. Begitu juga dengan Rowan Everett.

"Eh, takde sesiapa datang ke sini. Siapa je yang berani datang ke sini semasa kelas sedang dijalankan." Mia tergelak kecil bagi menutupi keresahan hatinya. Dia mula gelabah saat Rowan Everett mula berjalan-jalan di situ. Sekilas dia memandang ke arah rak yang menempatkan pelbagai roti. Di situlah tempat Liv Verlene menyorok.

Liv, jangan keluar...

"Air apa ni?" Berkerut dahi Rowan Everett melihat setitik demi setitik air di lantai. Dia melutut dan menyentuh cecair itu dengan jari telunjuknya. Lalu dibawa ke hidung.

"Strawberry?"

"Ouh. Akak lupa nak bersihkan. Tadi ada pelajar tertumpahkan air." Laju Mia menjawab. Semakin gelabah jadinya melihat air yang ditumpahkan Liv Verlene. Aduh Liv, kenapalah ceroboh sangat.

Luke Michael mengerling sesaat kepada Mia. Menduga kebenaran daripada kata-kata wanita itu. Entah mengapa dia merasakan bahawa wanita itu menyorokkan sesuatu daripada mereka.

Langkah terus diatur Rowan Everett mengikuti titik air di lantai. Sehinggalah suara Luke Michael menghentikan langkahnya.

"Rowan, jom. Kita perlu periksa beberapa tempat lagi."

Dia kembali ke kaunter sambil mengangguk-angguk kecil. Dapat ditangkap bahawa Mia selalu sahaja menoleh ke arah rak di hujung sana.

"Jangan lupa bersihkan air yang tumpah itu. Kitorang pergi dulu kak."

Pemergian Luke Michael dan Rowan Everett hanya dihantar dengan pandangan. Lafaz lega dihela. Akhirnya pergi juga dia orang manusia itu.

"Liv... Diorang dah pergi."

"Buat takut je lah Mia. Hampir mati kejung saya dekat situ." Kata Liv Verlene sambil menggosok-gosok dadanya. Air kotak dutch lady strawberry disedut lagi. Boleh sakit jantung kalau tiap-tiap hari macam ini.

"Baik Liv balik ke kelas semula. Kalau diorang datang ke sini semula, memang Mia dah tak boleh nak tolong."

"Betul juga tu. Terima kasih Mia. Nanti malam kita makan-makan tau." Terkecoh-kecoh Liv Verlene berlari keluar. Perlu segera pulang ke kelas. Baru beberapa tapak dia melepasi koperasi, langkahnya terhenti dan dia terkebelakang dek tarikan seseorang pada kolar bajunya. Wajahnya pucat tidak berdarah apabila wajah Luke Michael dan Rowan Everett terpampang di hadapan matanya. Spontan bibirnya mengukir senyuman kelat.

"Kau nak lari mana?" Soal Luke Michael, dingin. Dia berpeluk tubuh sambil memandang tubuh genit pelajar perempuan yang mengenakan kemeja putih. Hmm?

"Hah? Lari? Tak... Mana ada." Liv Verlene menggeleng laju. Masih tidak percaya dengan apa yang terjadi sekarang ini. Ternyata Luke Michael dan Rowan Everett awal-awal lagi sudah tahu kehadirannya di koperasi. Dan mereka membuat penyergapan. Hanya untuk memancingnya keluar.

Tak boleh jadi. Selama ini dia berusaha tidak mahu terlibat dengan kelas Enchanter, takkan usahanya akan sia-sia disebabkan dia ponteng kelas hari ini. Baru dia mahu membuka seribu langkah, sekali lagi kolar bajunya ditarik. Kali ini dengan lebih kuat.

"Kau dari kelas Acolyte? Am I right?" Duga Rowan Everett. Dia menguatkan tarikannya pada kolar baju pelajar perempuan itu, mencegah daripada pelajar perempuan itu menghilangkan diri.

"Lepas... Uhuk... Uhuk... Saya tercekik. Tak boleh bernafas. Uhuk...Uhuk..."

Tersenyum sinis Luke Michael. Memang pelajar perempuan itu boleh tinggal berani. Walaupun sudah ditangkap, masih sahaja bersikap bersahaja. Tidak seperti pelajar-pelajar yang lain, yang semestinya akan memohon kemaafan terlebih dahulu dan merayu untuk dilepaskan. "Kau buat apa dekat sini semasa waktu belajar?"

"Lepaskan saya dulu. Baru saya jawab."

"Jawab soalan dulu, baru kau akan dilepaskan."

"Okay, korang salah. Saya bukan dari Acolyte. Saya dari Emerald. Saya pergi ke koperasi sebab tertinggal purse."

"Emerald?"

"Haah... Betul."

"Kenapa ada air dutch lady strawberry tadi?"

"Alang-alang tu beli lah sekali. Sambil menyelam minum air. Tahu kan maksud dia apa. Takkan lah budak kelas Enchanter pun tak tahu. Betul tak?"

Perlian Liv Verlene membuatkan kedua-dua mereka berasap. Baru Rowan Everett mahu membuka mulut, tiba-tiba sahaja kakinya dipijak kuat. Akibat sakit yang menyegat, dia melepaskan cengkaman pada baju Liv Verlene dan melompat-lompat di situ sambil memegang kaki kanannya.

Di kesempatan itu, Liv Verlene memecut meninggalkan dua orang pelajar lelaki itu. Sah, lepas ini akan keluar kenyataan 'LIV VERLENE

TERBONGKOK-BONGKOK Liv Verlene berjalan sambil memaut dinding. Gila lah! Kalau aku masuk marathon ni, konferm menang.

Sekilas dia menoleh ke arah belakang. Bimbang sekiranya Luke Michael serta Rowan Everett sedang mengejarnya. Setelah dipastikan bahawa mereka tidak ada di situ, dia menghela nafas lega. Kelas Acolyte menjadi tujuannya.

Sedang dia melangkah mahu menuju ke arah kelas Acolyte, dari jauh dia dapat menangkap sekumpulan pelajar sedang berjalan di koridor. Menuju ke arahnya.

Fikir yang lurus Liv. Kalau di blok ini, hanya terdapat kelas tingkatan 4 dan 5. Tingkat bawah sekali adalah kelas Acolyte dan Enchanter. Sekumpulan pelajar-pelajar itu bukan daripada kelasnya.

Jadi yang tinggal hanyalah...

Enchanter?

Mati... Mati!

Spontan badannya melekat pada dinding. Tidak mungkinlah dia mahu patah semula ke belakang. Kemungkinan besar Luke Michael dan Rowan Everett masih berada di sana.

Derap kasut semakin mendekat. Dadanya semakin berdegup kencang. Nafasnya seakan-akan tersekat.

Ada beberapa sebab mengapa dia selalu mengelak daripada bertembung dengan kelas Enchanter.

Pertama, di sana terletak geng Luke Michael. Kedua, di sana juga ada si Daisy, diva sekolah. Yang selalu mencari peluang mahu bertempur dengannya. Dan yang paling penting, dia sudah menjadi musuh kelas Enchanter sejak dia mengalahkan pelajar kelas itu dalam pertandingan kuiz. Seraya memalukan kelas Enchanter kerana kalah dengan budak kelas Acolyte.

Tak faham ke, itu semuanya hanyalah keberuntungan dan nasib semata-mata! 

'Miss Aleeya ada tinggal kerja. Kejap lagi aku edarkan.'

'Okay. Aku akan share point yang aku dapat semasa kelas Miss Aleeya.'

' Jangan lupa kumpulkan buku latihan Sir Lee sebelum balik ini.'

'Mirr, pinjamkan aku nota kau.'

Setelah hampir 20 orang pelajar itu  melepasinya, pantas dia memecut ke arah kelas Acolyte yang tidak jauh dari situ. Termengah-mengah dia berlabuh di atas kerusi.

"Kau kemana Livvy? Tahu tak tadi kecoh kelas ini bila si Diva tu berjalan depan kelas." Ucap Sophea sambil menghulurkan Liv Verlene sebotol air mineral. Diva yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan adalah Daisy. Siapa sahaja tidak kenal dengan perempuan itu, selalu nakkan perhatian. Acah je gelak gedik semasa melintasi pelajar lelaki. Lepastu nak bertampar-tamparan. Eeee, alergik betul aku.

"Apa jadi? Diva tu terkentut ke sampai kecoh satu kelas?" Seloroh Liv Verlene dengan selamba. Kalau nak diikutkan, dia sangatlah tidak berkenan mahu mendengar cerita tentang Daisy. Tapi, tak apa lah. Sekali-sekala.

"Ini lagi hebat daripada terkentut lah. Tahu tak, masa dia melintas kelas kita kan, tiba-tiba je pen dia terjatuh depan pintu kelas. And then, dia tunduk untuk ambil pen dia. Entah macam mana, pen dia itu boleh bergolek masuk ke dalam kelas Acolyte. Ouh, someone help me! She screamed like that. You know, that's very annoying. Ergh, aku hampir nak baling pasu pada muka dia."

Meletus ketawa Liv Verlene mendengar cerita daripada Sophea. Si Daisy memang banyak helah. Sekali berjumpa, kau akan anggap dia seperti dewi. Cantik. Dua kali berjumpa, kau akan jatuh suka dengan dia. Lebih pada itu, mungkin kau akan muntah hijau. Alergik dan meloyakan.

Daisy...Daisy. Kau memalukan aku sebagai kaum wanita tahu tak. Di luar mungkin lelaki akan puja-puja kau, seronok tengok kau melayan diorang, tapi bila dekat belakang... Kau yang kena hentam dan kutuk. Acah menggedik. Diorang tahu apa yang kau mahu maksudkan setiap daripada perbuatan kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience