BAB 4

Romance Completed 7262

Amir memandu kereta Firdaus dengan penuh hati-hati. Mereka mengelilingi sekitar kampung itu. Entah kenapa mereka boleh sampai ke sini. Yang pasti, Firdaus sendiri tidak tahu kenapa dia memutuskan untuk datang bercuti di tempat ini. Pantai yang agak menarik. Kampung yang mendamaikan, memiliki banyak kawasan pantai yang bersih, dan cantik. Seingatnya, hanya sekali dia pernah sampai ke sini, iaitu semasa majlis perkahwinan sepupunya tiga tahun lepas.

“Fid, aku rasa kau memang patut cari seorang bidadari dari kampung inilah buat peneman hidup kau. Tak lah sunyi sangat nanti, boleh juga si Alif ni menumpang kasih. Aku tengok, kat kampung ni macam ada ramai perempuan yang baik-baik aje..”

Amir membuka bicara ketika kereta berhenti di suatu persimpangan jalan. Firdaus tergelak. Belum terfikir langsung!

“Kau la yang patut kahwin Mir. Sekurang-kurangnya aku dah pernah rasa, kau tu yang sampai sekarang belum merasa alam perkahwinan tu camne.. umur dah masuk 30.”

Jawab Firdaus membuatkan Amir tersengih. Bukan tak mahu kahwin, cuma belum sampai seru. Dia membelokkan kereta masuk ke persimpangan jalan. Malang tidak berbau, dia hampir sahaja melanggar Maisara yang menunggang motorsikal gara-gara mahu mengelak seorang kanak-kanak kecil yang berbasikal di tengah jalan.

Walaupun tidak melanggar, namun Maisara telah pun terjatuh dari motorsikalnya kerana hilang kawalan. Terkejut beruk mereka berdua apabila menyedari keadaan yang berlaku dan Amir lantas memberhentikan keretanya. Amir turun mendapatkan Maisara yang menggosok-gosok sikunya yang sedikit luka.

“Cik, tak apa-apa?”

Soal Amir cemas dan dia terkesima. Kenapalah asyik bertemu gadis ini sahaja? Firdaus yang melihat dari dalam kereta sambil meriba anaknya turut keluar. Bimbang jika terjadi sesuatu yang buruk dengan Maisara. Alif diam dalam dukungannya. Tatkala Alif melihat Maisara, dia bergerak-gerak. Matanya memandang Maisara. Tidak berkelip. Maisara yang perasan akan Alif mencuba untuk bangun. Lagipun, dia tidak mengalami luka melainkan di siku. Kakinya juga tidak cedera. Motorsikalnya pun dalam keadaan baik kerana jatuh di atas rumput.

“Saya ok. Hai, cute..”

Sapanya pada Alif sambil mencubit lembut pipi kanak-kanak itu yang mula menghulur tangan kepadanya. Alif cam dirinya ke? Maisara tersenyum manis pada Alif, tidak sedar perlakuannya diperhatikan oleh sepasang mata milik Firdaus.

“Betul ke ni ok? Saya mintak maaf lah sebab kecuaian saya.”

Amir masih tidak sedap hati namun melihat anggukan dan senyuman Maisara, dia lega.

“Saya hantarkan cik…”

“Maisara.. panggil aje Sara.”

Jawab Maisara. Amir mengangguk. Memang dia sudah lama tau nama itu sebenarnya.

“Saya Amir.. ni Firdaus.. kitorang bercuti kat sini..”

Amir berkata mesra. Maisara mengangguk.

“Saya mintak diri dululah..”

Maisara ingin memulakan langkah namun terasa langkahnya tersekat. Kenapa tiba-tiba kaki kanannya terasa sakit? Patah ke? Tak mungkin! Terseliuh? Hish.. jatuh sikit je tadi. Dia mencuba melangkah namun Firdaus yang perasan kerutan di dahi Maisara mengandaikan sesuatu.

“Kaki awak mungkin terseliuh.. let me..”

Dia terus memberikan Alif kepada Amir dan dia duduk dengan kedua belah lututnya berada di atas rumput di tepi jalan itu.

“Boleh awak duduk kejap? Saya nak tengok kaki awak..”

Soal Firdaus perlahan membuatkan Maisara agak terkejut. Haisy.. malunya.. Namun, dia tidak mahu terus menanggung sakit, jadi perlahan-lahan dia duduk dan menghulurkan kakinya ke arah Firdaus. Firdaus mengangkat sedikit track bottom yang dipakai Maisara dan menyentuh buku lalinya. Hmm.. memang terseliuh. Dia terus mengurut sedikit kawasan terseliuh itu dan membetulkan kembali kedudukan urat kaki yang terseliuh.

Maisara mengerutkan dahi kesakitan semasa Firdaus menarik sedikit kakinya.. Adoiii…. Nasib baik lah orang yang sedang berada di hadapannya ini handsome, sekurang-kurangnya dia boleh mengalihkan perhatian otaknya yang mentafsirkan rasa sakit itu kepada rasa kagum dengan ketampanan wajah itu.. Hihihihi…

“Terima kasih..”

Ujarnya tatkala Firdaus melepaskan kakinya dan memintanya berdiri. Dah tak sakit dah. Dia mahu mendekati motorsikalnya namun ditegah Amir.

“Kami hantar Sara sampai ke rumahlah. Bimbang kalau ada apa-apa yang terjadi. Lagipun, kami perlu berjumpa keluarga Sara, saya yang silap tadi.”

Ujar Amir, dan Firdaus mengangguk. Maisara menggeleng. Dia sudah baik. Tidak ada yang patah riuk. Boleh balik sendiri. Namun, melihat kesungguhan Amir, dia mengalah dan masuk ke dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience