BAB 13

Romance Completed 11250

“Aku faham perasaan kau Farah, bersabarlah, Allah lebih sayangkan Aamal,”Hakim memujuk.

“Aku sangka dia adalah orang yang paling baik, tapi dia adalah orang yang paling kejam, dia tinggalkan aku tanpa sempat aku berjumpa dengan dia, dia tak nak tunggu aku, dia tak tengok pun lagi aku bahagia, dia cakap nak sambut hari jadi aku tapi dia tak tunaikan, tapi dia dah tak ada…bila lagi aku berpeluang buat semua tu, Aamal dah tak ada! tak guna jugak aku hidup!”jerit Farah terluka.

Hakim mengangguk. ‘Baru aku faham, Aamal, kebaikan kau menjadi racun kesedihan sahabat-sahabat kau, kebaikan kau adalah tanda kasih kau dan kau tetap ada di hati kami sebagai peneman sepanjang hidup kami, berdamailah Aamal, sesungguhnya kau adalah sahabat terbaik. Aku janji akan bawa Farah berjumpa dengan kau, walaupun bukan sekarang tetapi suatu hari nanti,’ikrar Hakim di dalam hati.

Setahun berlalu. Untuk pertama kalinya Farah menjejakkan kakinya di Tanah Perkuburan Islam Melur di mana jasad Aamal Azzahra disemadikan. Dari jauh, dia terpandang susuk tubuh yang dirinduinya sepanjang setahun dia menghilangkan diri, mengubat hati yang terluka, kecewa. Aamal tersenyum memandangnya.

‘Ya Allah, betapa hebatnya ujian Mu, Amal…aku datang jumpa kau,’ bisik hati Farah penuh syahdu.

“Assalamualaikum Aamal, aku mintak maaf, baru hari ini aku diberi kekuatan untuk berjumpa dengan kau, aku malu… aku yang tidak layak untuk berdamping dengan orang sebaik kau, terima kasih kerana selalu ada untuk aku dulu, dan aku yakin sehingga sekarang, Aamal, sebagaimana kau tak pernah jemu untuk menasihati aku dulu, aku jugak takkan jemu mengubah diri aku ke arah yang lebih baik.

Aamal, sejujurnya…aku tidak pernah merelakan kepergian kau sepanjang setahun ini, aku terlalu jahil, aku anggap Allah kejam terhadap aku, Dia ambil kau dari aku tapi kini aku sedar, Dia ambil kau, tetapi dia juga kembalikan aku, dia kembalikan diri aku yang sebenar, yang berada di landasan yang betul, aku bersyukur Aamal, Allah masih berikan aku kesempatan untuk bertaubat, terima kasih atas segala-galanya. Aku janji akan jaga jantung hati ni sebaik mungkin, aku takkan mengotorinya dengan perkara yang mungkar, aku akan teruskan apa yang kau buat dulu, Aamal…aku dah solat, aku dah baca al-Quran, harapan aku adalah semoga aku terus istiqamah dalam melakukan ibadat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience