Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan pembaca semua kisah yg aku ceritakan ini terjadi masa aku darjah 6 lebih kurang 5 tahun yg lalu...
Terpulang kepada anda utk percaya atau tidak sebab niat aku hanya untuk kongsikan kisah ini kepada peminat cerita mistik!
Okay malam ituuu...
aku tengah main game dalam laptop dekat ruang tamu..
Then mak aku datang and cakap "mak nak guna laptop ni berhenti la main game" masatu sikit lagi aku nak menang so aku cakap la "satgi la adik baru ja main game ni" and berkeras takmau bagi..
Then abang aku muncul dari planet mana ntah marah aku sbb bantah cakap mak aku masatu aku kecik lagi kuat nangis kalau kena marah wajib masuk bilik, nangis.
So apa lagi aku buat muka bebal lepastu lari masuk bilik then aku hempuk pintu bilik sekuat- kuat mungkin utk bg hint yg aku tengah marah! Then aku kunci pintu bilik and lompat atas katil then apa lagi? Nangisss la sekuat mungkin...Dalam aku nangis tu aku teringat yg aku lupa buka lampu bilik tp dalam hati aku cakap" Allah tak buka lampu ja bukannya ada hantu pun".
Dalam aku rancak nangis tu aku terdengar tombol pintu bilik aku dipulas perlahan-lahan mcm ada orang yg cuba nak buka pintu bilik aku yg berkunci tu.
Aku apalagi terus raba cari selimut dan balut satu badan dgn kain selimut dan mengiring badan ke arah bertentangan dgn pintu bilik aku. Sebab aku tau Abang aku yg marah tu nak datang pujuk aku.
*PERHATIAN*
Masa aku kecik kecik dulu bila abang aku marah and aku nangis dia wajib datang pujuk.
Okay kembali pada cerita....
Tujuan aku balut satu badan aku sbb aku malu sbb nangis nanti abang aku akan ejek lepas pujuk aku ...
So aku nak lindung la yg aku nangis... Lama pada itu, bunyi tombol dipulas tu pun berhenti... So waktu itu aku mengagak yg abang aku mesti dh berjaya bukak pintu bilik so aku berhenti nangis and berlakon tidur... Waktu itu aku masih ingat keadaan dalam bilik menjadi sangat sunyi ....
TIBA-TIBA!!
Selimut yg aku baluti seluruh tubuh aku ditarik dari arah kepala so aku apalagi tarik dari arah dalam nak elakkan abang aku tengok muka aku yg nangis ni...
Lama jugak tapi tak la sampai setengah jam berentap lawan tarik selimut tetapi lama-kelamaan selimut yg ditarik semakin kuat dan aku rasakan waktu tu dia mcm nak pulas tangan aku sbb bertegas nak bukak selimut...
Disebabkan tangan aku mula rasa sakit dengan sendirinya aku membuka selimut dan menjerit sekuat mungkin CHAAAAAAA!!!!
*FYI nickname abg aku tu cha*
Bergema sia satu bilik dengan jeritan aku itu... Dan kalian tahu apa yang terjadi? Abang aku tiada dalam bilik itu walaupun dalam bilik aku gelap yang amat disebabkan tak bukak lampu tetapi aku dapat melihat tiada seorang pun dalam bilik akuh.
Untuk kepastian,
aku meraba raba di bantal utk cari telefon dan suluh satu bilik tu...
DAN TERBUKTI TIADA SESIAPAPUN DALAM BILIK TU dan fyi adegan tu terjadi di atas katil dan masa tombol pintu tu dipulas aku tidak merasakan ada orang yg naik atas katil aku..
So apalagi aku dengan seram sejuk dan berpeluh satu tubuh berlari ke arah pintu dan membuka pintu dan ya kunci pintu bilik aku belum dibuka!
Aku pun berlari ke ruang tamu utk mendapatkan mak aku dan aku lihat MAK DAN ABANG AKU(cha) sedang menonton movie dekat laptop. Dan aku pun tanya abang aku
"tadi hang ada masuk or buka pintu bilik aku?" Abang aku cakap "mana ada dari td dok tengok movie dengan mak".
Itu sahaja kisah yg dapat aku kongsikan. Terima kasih sebab sudi luangkan masa utk baca kisah ini.
SORRY kalau cerita tak cukup menyeramkan tapi ada aku tulis dkt description cerita ni seram? Apa pun aku bersyukur makhluk tu hanya kacau tapi tak nampakkan muka dia. Takleh bayang......
Share this novel