Rate

6

Romance Series 4702

Sebaik saja memberhentikan kereta aku terus masuk ke dalam rumah yang disewa bersama sepupuku Serena. Kami tidaklah serapat mana. Aku mengajak Serena menyewa sama. Takut pula menyewa seorang diri. Crystal tak berminat untuk menyewa jauh dari keluarga. Maklumlah anak manja Tan Sri Daniel.
" Awal Kim balik hari ni. " Aku ditegur oleh Serena yang sedang duduk santai atas sofa ruang tamu. Aku mendongak memandang jam yang tergantung pada dinding. Baru pukul empat suku.
" Takde kerja. Awak tak kerja ke? " Aku melabuhkan punggung di sebelah Serena.
" Saya ambil EL tadi. Ada hal kat rumah mama. "
Emergency leave? Selalu sangat Serena ambil cuti mengejut sejak kebelakangan ini. Tak pernah pula aku mendengar khabar mak long sakit.
" Hal apa? "
" Entahlah Kim. Mak suruh balik tadi. Tiba-tiba je. " Kata Serena bersama keluhan kecil. Pasti dia bimbang akan kerja yang selalu tertangguh. Setahu aku bukan hanya Serena sahaja anak mak long. Kedua abang dan adiknya tinggal bersama mak long.
" Kalau ada apa-apa just tell me okay. "
Aku bangkit dari tempat duduk. Bilik tidur sudah terbayang di hadapan mata. Kepala terasa pening memikirkan aku akan dimiliki lelaki yang tak pernah dikenali hati budi. Mahu saja aku menelefon mama untuk membatalkan perkahwinan yang akan berlangsung lusa. Ah sudah! Terlajak perahu boleh diundur terlajak setuju teruskan sajala. Aku tak akan malukan keluarga hanya kerana sifa mementingkan diri. Aku terkejut apabila telefon bimbitku mengalunkan lagu beatiful night dengan nyaring. Nombor yang tak dikenali.
" Hello, Kim here. " Aku angkat juga panggilan telefon walaupun aku tak tahu siapa pemilik nombor asing itu. Mana tahu ada kawan yang dah tukar nombor.
" Ajwa?. Let me tell you something. After this never answer a phone if you don't know who call you. "
Tup! Talian dimatikan. Aku memandang skrin dengan rasa berbaur. Ajwa. Dia panggil aku Ajwa. Rasa sakit pula hati aku saat ini. Dah la menelefon aku hanya untuk memberi arahan bahawa aku tidak perlu menjawab panggilan dari orang yang tidak dikenali. Bagaimana kalau ahli keluarga menelefon menggunakan nombor baru.
Bersendirian dalam bilik tidur mengingatkan aku pada Emir.
" Girls. "
Aku menoleh ke belakang mendengar seseorang seperti sedang memanggil. Begitu juga dengan Crystal dan Alern. Kedua sahabat baikku itu menghentikan langkah. Jadi aku pun terpaksa berhenti juga.
" Apahal Jee?. " Alern sudah dulu bertanya. Aku malas ambil peduli dia kenal atau tidak dengan budak lelaki tersebut. Aku hanya ingin masuk kelas sebelum cikgu Irfan.
" Saya Emir Wong Zitao. Awak? "
ak aihh! Nama apa tu? Dia cina ke apa? Aku tak menyambut huluran tangan Emir sebaliknya meletakkan buku teks yang aku pegang dari tadi atas tangannya. Crystal dan Alern terkejut dengan tidakanku. Mereka berdua berbisik sesama sendiri sambil tersengih.
" Dia ni Kimnallya Ajwa Adha. " Crystal menyebut namaku dengan aksi gediknya. Aku membuat isyarat mahu muntah. Alern hanya ketawa. Perlukah memperkenalkan aku begitu sekali.
" Masuk kelaslah wei! " Kami berempat serentak menoleh ke arah suara yang datangnya dari kelas Lima Alpha. Aku sengaja melajukan langkah. Sempat aku mengerling ke arah Emir dibelakang. Membuntuti langkah kami bersama buku teks aku ditangannya.
" Thanks bro. Sebab tolong saya pagi ni. " Aku menghadiahkan Emir senyuman semanis gula batu. Eh, ada ke semanis gula batu?
Dia hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku terkedu. Cantiknya senyuman dia. Kalah senyuman bak gula batu aku tadi. Senyuman dia semanis madu. Melalui Alern aku tahu Emir pelajar enam atas. Tua dua tahun dari kami. Sejak dari hari itu hubungan aku dengan Emir semakin baik. Kemana saja pasti bersama. Pepatah melayu macam belangkas sudah tidak sesuai. Nasib tak melekat seperti gam gajah. Terus terang aku katakan dialah cinta pertama dan akan aku jadikan cinta terakhir. Tapi siapalah kita untuk mengubah takdir kan?
Aku menggeleng berkali-kali. Tidak sepatutnya memori itu hadir lagi dalam ingatanku. Akhirnya aku memaksa mata untuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience