BAB 4

Drama Completed 188

“Akhirnya sampai juga rumah… huhu… si masak sa sup ikan and nugget… ya?”
Pinta Ben.

“Besar selera Nampak. Sorry, orang sakit Cuma boleh makan bubur kosong… so, sa akan masak bubur kosong ja untuk ko.”
Aku menjeling Ben.

“Si tambah ayam sikit la…”
Ben memujukku.

“No… bubur kosong. Ko duduk diam-diam sana… renungkan apa yang ko dah buat tadi sampai sa terpaksa halfway kan dating sa ngan takky… okay? Nanti sudah masak, sa kasi tau ko…”
Ucapku.

“Er….. okay… baiklah… tapi, sup ikan and nugget kan?”
Soal Ben lagi.

“Bubur kosong..”
Aku menjawab ringkas.

Kenapa ya? Sejak kebelakangan ini sikap Ben tidak menentu? Emosinya mudah saja berubah. Kadang-kadang pulang dari tempat kerja wajah dia murung saja. Macam dah hampir seminggu aku tidak melihat senyuman Ben.

Dia terlampau stress kah dengan kerja dia? Sekarang lagi dia selalu saja kena outstation. 2-3 ari ada kat luar. Bila balik ja trus tidur. Aku pula terpaksa tunggu sampai dia bangun baru boleh beredar.

Manja betul dengan aku. huh…

“Ben… sup ikan sudah masak… meh makan… ada nugget lagi ni ..”
Aku memanggil Ben.

Tiada jawapan.

Aku menuju ke ruang tamu. Ben tertidur di sofa panjang. Aku tersenyum melihat Ben lena. Aku menghampiri dia untuk mengejutkan dia. Comelnya… heheheh..

Aku membelai lembut rambut Ben.

Sampai bilalah ko nak bermanja dengan aku Ben. Suatu hari nanti kita mesti akan pilih jalan masing-masing. Sekarang, aku pun ingin memilih jalanku sendiri. Aku tidak boleh selalu lagi memanjakan ko.

Ben menarik tanganku dan menciumnya. Aku sedikit terkejut.

“Eh… sudah bangun pla ko ni … bah, masak sudah tu. Meh makan.”
Aku berdiri.

Ben menarik tanganku dan aku terduduk semula. Ben memelukku. Aku membiarkan saja…. Sebenarnya, apa yang sedang menggangu fikiran Ben baru-baru ni ?

“Tanyala… tanyalah kenapa saya begini…”
Pinta Ben.

“Ruth tak pernah cuba Tanya saya…. Tanyalah kenapa… baru saya dapat cakap.”
Pinta Ben lagi.

Aku diam.

“Kenapa? Kenapa dalam beberapa minggu ni Ben terlalu emosi? Dan, sudah hampir seminggu Sa tidak nampak senyuman Ben… kenapa?”
Aku akhirnya menyoal.

“Kenapa Ruth tidak Tanya dari awal?”
Soal Ben.

“Ntah… pun, tidak tau… ko kenapa Ben?”
Soalku lagi.

“Sa takut kehilangan Ruth… sejak Ruth cerita tentang Takky… saya tau saya akan kehilangan Ruth…. Saya tidak mau kehilangan Ruth. Saya sayangkan Ruth.”
Pelukan Ben bertambah erat.

Aku terkejut mendengar luahan hati Ben. Lidahku kelu.

“Cakaplah sesuatu… cakaplah.”
Pinta Ben.

“Apa yang sa perlu cakap… sudahlah Ben…ko mungkin keliru dengan hubungan kita… sebab kita terlalu rapat….”
Aku membuat kesimpulan sendiri.

“Mungkin…. Mungkin saya keliru…. Tapi, apa kata hati Ruth?”
Soal Ben.

Aku diam. aku diam. lidahku kelu.

“Saya sayang Ben… sebab tu saya ada di sisi Ben selalu… tapi, sa takut…. Mungkin sebab itu saya tidak pernah cuba Tanya apa-apa…. Saya takut… takut terluka lagi.”
Aku menjawab.

“Jadi kenapa diam?”
Soal Ben lagi.

“Sebab, sikap Ben… Ben Nampak bahagia bersama orang lain… sebab itulah… bagi saya…. Asal Ben gembira… cukuplah.”
Aku melepaskan pelukan Ben dan berdiri.

“Tapi, sekarang… saya ingin lepas dari Ben… please…”
Ucapku lagi.

Ben diam.

Aku menuju ke dapur dan menyiapkan meja makan. Ben berdiri dengan lemah dan tidak bermaya. Suasana makan malam menjadi muram…

Aku teringat akan kata-kata Fiona tadi. Dia kata yang Ben sengaja datang ke sana tanpa ada sebarang sakit. Dia sengaja mahu menganggu aku dan Takky yang sedang bertemu janji. Aku mengeluh.

Setelah siap aku membasuh pingan dan Ben menuju ke ruang tamu dan menonton tv. Selesai saja membasuh pinggan aku menuju ke ruang tamu dan duduk di sebelah Ben.

Ben meletakkan kepalanya di pehaku dan menarik tanganku. Ben memujuk aku untuk membelai kepalanya. Aku tersenyum…

Kenapalah ko manja sangat dengan aku Ben? Sehinggakan aku dan kau masing-masing keliru dengan perasaan masing-masing. Adakah ini cinta atau persahabatan… aku jadi binggung.

“Ko rasa… kalu kita masing-masing sudah kawin… kita akan ada peluang macam sekarang ini?”
Soal Ben.

“Kalu kita sudah kawin… kita mesti layan pasangan kita masing-masing… kita…”
Aku terhenti.

Sakit pula rasa dihati. Kenapa ya? Adakah aku pun tidak ingin berpisah dengan Ben?

“Bolehkah kalau kita jangan berpisah? Sa janji tidak akan gaduh lagi dengan Ruth… kita jangan berpisah ya…?”
Soal Ben.

Aku diam. aku tidak menjawab. Suasana menjadi hening dan berlalu tanpa kata-kata. Ben akhirnya terlelap. Aku juga menyusul kemudian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience