Rate

episod 1

Drama Series 2802

malam yang damai membuatkan dirinya berasa sangat tenang.tempat ini membuatkan dia ingin duduk disini buat selama lamanya tanpa memikirkan masalah masalah yang selalu melandanya.

"laaa....kau kat sini rupanya...puas aku cari kau"satu suara memanggilnya.

"tak buat apa apa pun....saja ambil angin"balasnya sambil menghirup udara segar.

"hmmmm....ilya...nanti aku akan dipindahkan ke semenanjung lepas habis kita buat kerja dekat sini"kata ika serba salah.bukannya dia tidak tahu keadaan kawannya bagaimana.hanya dia sahaja yang tahu.walaupun luarannya nampak begitu periang namun kesedihannya yang ditangguh tiada siapa sanggup memikul.

"ye ke...alhamdulilah...murah rezeki kau"balas ilya dengan gembira.namun begitu dia berasa terkilan kerana kawan yang sangat memahaminya akan tiada bersamanya.

"kau boleh ke ni"soal ika

"boleh apa....maksud kau"soal elya kembali yang berpura pura tidak faham.

"elya...boleh tak kau duduk bersendirian tanpa aku disisi kau"kata ika sambil merenung tajam kearah elya.

"aku boleh la...macam la aku tak biasa"balas elya yang cuba menahan air matanya dari menitis.

"elya...aku faham keadaan kau..."kata ika tanpa sempat menyambung bicaranya apabila melihat elya mengeluarkan air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience