Bab 5

Romance Completed 14187

SUASANA di rumah En.Bakri riuh dengan suara orang ramai. Malam itu,majlis akad nikah akan diadakan. Aimy yang berada di dalam biliknya berasa gelisah. Dirinya berasa pening. Tidak sanggup dia menghadapi saat itu. Perlahan-lahan dia memicitkan kepalanya. Rasa mual kembali menyapa. Aimy berasa bimbang. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia berasa amat takut memikirkan kemungkinan itu. Alyaa yang menemani rakannya itu berasa kasihan. Dia tahu gelodak hati rakannya itu. Dia sendiri tidak dapat membantu apa-apa lagi.

“Lya, aku takut. Aku tak sanggup,” Aimy terus mengadu. Alyaa sekadar mengusap belakang rakannya itu. Muka Aimy jelas kelihatan pucat walaupun telah dihiasi mekap.

“Istighfar Aimy. Sabarlah. Kau kena tenang,” Alyaa memujuk perlahan. Perbualan mereka diganggu dengan kehadiran Pn.Aisyah dimuka pintu.

“Aimy dah sampai masanya. Jom keluar,” Pn.Aisyah mengajak anaknya itu keluar. Namun belum sempat dia berpaling jeritan kecil Alyaa mengejutkannya. Aimy telah pengsan. Pantas dia menghampiri anaknya itu. Jelas kelihatan muka anaknya yang begitu pucat. Keadaan menjadi gamat dengan keadaan Aimy. Majlis akad nikah itu terpaksa ditangguhkan. Mujurlah anak saudaranya Hanif Imran berada disitu. Hanif bekerja sebagai doktor sakit puan. Setelah diperiksa, berita yang diterima ternyata menggemparkan keluarga En.Bakri. Majlis akad nikah pada malam itu terpaksa dibatalkan lantaran kehendak keluarga Tengku Majid sendiri. En.Bakri telah naik berang. Dia benar-benar berasa malu dengan berita yang diterima.

“Maaf. Kami terpaksa batalkan majlis ni. Saya rasa En.Bakri sendiri fahamkan,” Tengku Majid berkata sejurus menerima berita itu.

“Tapi, ma..” En.Bakri tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Dani terlebih dahulu menyampuk.

“Takde tapi-tapi lagi. Saya sendiri tak ingin memperisterikan perempuan sundal macam anak En.Bakri tu. Tak rela saya nak jadi pak sanggup. Entah anak jantan manalah dia kandung,” Dani membidas selamba. Dia agak terkejut mendengar berita itu. Nampak je muka perempuan baik tapi perangai macam pelacur. Dani terus tersenyum sinis.

“Kau. Dah pergi dari rumah aku. Pergi!!!” En.Bakri telah bengang. Perasaan malu berganda-ganda di tambah dengan pandangan tetamu yang hadir. Setelah kelibat keluarga Tengku Majid telah pergi, dia tidak berdiam diri lagi. Pantas langkah diatur ke bilik anak yang telah memalukannya itu.

“Mana betina yang malukan aku ni. Dia dah sedar belum? Pergi, jangan nak halang aku,” En.Bakri bersuara apabila isterinya itu cuba menghalang. Dilihat Aimy ketika itu terpisat-pisat matanya kerana baru sahaja sedar. Aimy melihat keadaan sekeliling. Berkerut dahinya melihat ayahnya yang kelihatan berang sekali. Alyaa yang berada disisi katilnya telah mengalirkan air mata. Sedih memikirkan nasib sahabat baiknya.

“Lya, apa yang dah jadi.Aku pengsan ke tadi?” Aimy menyoal pantas. Namun belum sempat Alyaa menjawab rambut Aimy telah ditarik kuat oleh ayahnya. Semua yang melihat ternyata terkejut. Alyaa dan Pn.Aisyah cuba menghalang En.Bakri yang sudah kerasukan namun tidak berjaya.

“Kau tanya apa dah jadi. Kau tau tak kau dah malukan aku. Dasar anak tak kenang budi. Cakap dengan aku siapa bapak budak yang kau kandung? Cakap cepat!!” En.Bakri menjerit kuat sambil terus manarik rambut Aimy. Jeritan kesakitan anaknya langsung tidak berbekas pada hatinya. Aimy yang mendengar kata-kata ayahnya telah membuntangkan matanya. Air hangat terus bergenang pada kelompak matanya. Apa yang dia takutkan benar-benar terjadi.

“Ampunkan Aimy ayah. Ampunkan Aimy. Aimy tak salah,” Aimy pantas bersuara sambil melutut memohon belas kasihan ayahnya. En.Bakri yang mendengar semakin panas hatinya. Pantas dia menarik semula tubuh anaknya itu. Sebiji penampar dihadiahkan ke pipi Aimy. Terduduk Aimy di katil menerima tamparan ayahnya. Pn.Aisyah dan Alyaa terkejut dan berasa takut dengan kemarahan En.Bakri.

“Dahlah tu abang. Ingat Allah. Aimy anak kita,” Pn.Aisyah memujuk lembut suaminya. Belas hatinya melihat wajah sendu anaknya. Dia tahu anaknya ada sebab tersendiri dengan semua yang berlaku. Alyaa pula telah memeluk sahabatnya itu.

“Awak suruh saya sabar. Awak sedar tak anak awak dah malukan kita. Dia mengandung anak luar nikah. Mana saya nak letak muka saya ni. Malu tahu tak. Aimy baik kau cakap dekat aku siapa bapak budak ni? Cakap cepat.Jangan nak selindung lagi,” En.Bakri tidak termakan pujukan isterinya. Sebaliknya dia sekali lagi menarik rambut panjang Aimy.

“Ayah sakit. Lepas yah. Aimy tak salah. Betul Aimy tak tipu. Aimy tak tau siapa ayah anak ni. Aimy tak tau,” Aimy masih merayu ayahnya.

“Betul pak cik. Aimy tak salah. Dia tak kenal siapa lelaki tu. Lepaskan Aimy pak cik. Istighfar banyak-banyak. Aimy ni anak pak cik,” Alyaa pula cuba memujuk. Dia berasa belas dengan nasib yang menimpa rakannya. Kalaulah abang sulung Aimy ada, pasti lelaki itu dapat menenangkan En.Bakri. Syaheem ketika ini sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara.

“Kau tak payah nak bela anak aku. Entah-entah kau pun sama macam dia. Baik kau senyap. Kau Aimy jangan nak tipu aku. Kau cakap kau tak kenal dia tapi boleh pulak kau layan dia. Kau sedar tak ni hah?” Semakin kuat tangisan Aimy mendengar tuduhan ayahnya. Dia tahu walaupun dia berkata benar ayahnya itu tetap tidak akan percaya.

“Sumpah yah. Aimy tak tipu. Aimy tak kenal dia. Jantan tu yang rosakkan Aimy,” Kata-kata Aimy ternyata menguji lagi kesabaran En.Bakri. Dia tahu anaknya melindungi lelaki itu. Dia benar-benar sudah meragui kejujuran Aimy. Pantas dia menolak Aimy ke belakang. Tolakan kuat itu ternyata mengundang padah. Kepala Aimy telah terhantuk pada dinding batu bilik itu. Isterinya, Alyaa dan saudara yang lain telah membuntangkan mata.

Aimy telah terduduk di tepi dinding. Matanya terasa berpinar-pinar. Terasa cairan hangat mengalir ke wajahnya. Kepalanya berdarah!!! Alyaa pantas mendapatkan sahabatnya itu.Pn.Aisyah juga ingin membantu anaknya namun terlebih dahulu dihalang suaminya. En.Bakri bertindak pantas. Beg yang terletak di atas almari diambil. Lincah juga tangannya mengambil pakaian di dalam almari anaknya dan dimasukkan ke dalam beg. Pn.Aisyah sekali lagi terkejut dengan tindakan suaminya.

Setelah selesai, terus dia mendapatnya Aimy yang masih dalam pelukan Alyaa. Dia mengheret tangan anaknya ke luar rumah yang kini sedang hujan lebat tanpa belas kasihan. Darah yang mengalir di kepala Aimy langsung tidak dihiraukan. Pantas dia menolak anaknya di depan pintu pagar. Beg pakaian itu turut dicampak.

“Ya Allah abang. Jangan buat macam ni. Istighfar abang. Kita bincang dulu. Abang tak kesian ke dengan Aimy. Kita ni ibu bapa dia. Saya yang lahirkan dia. Mungkin semua ni memang bukan salah Aimy,” Pn.Aisyah terus merayu suaminya itu. Alyaa ketika itu telah mendapatkan Aimy. Pn.Aisyah juga ingin melakukan perkara sama namun suaminya pantas sekali lagi menghalang. Tiada siapa yang berani menghalang tindakan En.Bakri lantaran mereka tahu akan sikap berang lelaki itu.

“Awak jangan nak pergi dekat budak sial tu. Kalau awak nak jadi sama macam Aimy awak cubalah langkah keluar dari pagar ni. Kau Aimy, mulai hari ni aku haramkan kau pijakkan kaki dekat rumah aku. Sekali lagi aku nampak muka kau aku bunuh kau. Aku nak kau pergi dari sini dengan kawan baik yang bela sangat kau tu. Kalau kau mampus lagi baik,” En.Bakri bekata tanpa berfikir apa-apa lagi. Perasaan marah lebih menguasai dirinya. Pandangan mata saudara mara yang masih ada langsung tidak dihiraukan. Tiada siapa yang berani menghalangnya. Pantas dia menutup pintu pagar dan menarik tangan isterinya masuk ke dalam. Pn.Aisyah pula telah menangis dengan nasib anaknya itu. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Aimy bertambah sebak. Dirinya terasa amat terbuang. Titisan air hujan yang lebat seakan turut sama menangisi nasib dirinya ketika itu. Kakinya seakan dipaku di atas jalan. Luka dikepalanya seakan tidak wujud langsung. Alyaa cuba membangunkan Aimy. Dia terkejut melihat darah masih mengalir di dahi kiri gadis itu.

“Ya Allah Aimy. Kepala kau masih berdarah ni. Jom aku hantar kau pergi klinik. Bahaya. Dahlah tu Aimy. InsyaAllah lambat-laun ayah kau akan maafkan kau. Keadaan kau lebih penting sekarang ni. Walaupun keluarga kau dah buang kau, aku akan tetap ada disisi kau selamanya,” Alyaa memujuk lembut. Aimy pantas merangkul sahabat baiknya itu. Alyaa mengusap-ngusap belakang Aimy. Dia benar-benar sayangkan Aimy. Gadis itu umpama adik kandungnya sendiri. Dia sendiri sebatang kara di dunia ini. Sejak kecil dia dibesarkan di rumah anak yatim semenjak kematian ibu bapanya.

‘Ya Allah. Lindungilah sahabatku ini. Aku amat sayangkan dirinya. Tabahkanlah hatinya melalui hari-hari yang mendatang,’ Alyaa berdoa di dalam hatinya. Hari itu terasa begitu panjang sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience