ABD 44: TERJAWAB

Romance Completed 1572856

“Y…You?”
Miya ternganga tidak percaya. Susuk yang disangka lelaki itu rupanya seorang wanita. Wanita yang cukup dikenalinya.

“Yes, this is me….” Perempuan itu tersenyum manis, tetapi terlihat mengerikan bagi Miya. Seringai tepatnya, bukan senyuman.

“K..Kenapa?” Suara Miya bergetar.

“Sebab..Aku nak singkirkan kau dari hidup Adrian. Adrian is mine and forever will be mine…” ujar perempuan itu.

“T-Tapi…”

“Shh!” Perempuan itu melekapkan telunjuknya ke bibir Miya.

“There must be a lot of questions in your head, right? Kenapa aku nak singkirkan kau? Apa yang aku akan buat? Sejak bila aku rancang semua ni? Macam mana cara aku nak singkirkan kau?” Perempuan itu bersuara perlahan sambil menelusuri garis wajah Miya dengan hujung pisau lipat di tangannya. Miya merapatkan kelopak matanya.Membayangkan mata pisau itu menoreh wajahnya, membuat jantungnya berdetak hebat, bekerja keras sejak tadi sehingga seluruh tubuhnya kelelahan.

“ Calm down, baby. Calm down.” Perempuan itu mengusap dada Miya, seolah cuba menenangkan detak jantung Miya yang berdebar tak beraturan.

“You’re so beautiful. No wonder Adrian loves you so much.” Perempuan itu bersuara lirih. Wajah Miya dipandang penuh asyik, seolah mengamati keindahan wajah kesayangan Adrian itu.

“He doesn’t love me,” ujar Miya. Berharap dengan berkata begitu, wanita ini akan melepaskannya.

Meletus tawa perempuan itu dengan penuturan Miya. Tawa perlahan yang bertukar menjadi berdekah-dekah. Entah apa yang lucu Miya tidak tahu.
“He loves you so much, more than he loves Dahlia,” ujar perempuan itu setelah tawanya reda.

Miya tidak membalas. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Jika salah jawab, dia takut nyawanya akan berakhir di tangan perempuan itu.

“Bila dia tahu kau mengandung, kau tahu apa dia buat?”

Tiada jawapan, namun riak ingin tahu tidak dapat Miya sembunyikan daripada wajahnya.

“Dia google, can women with slipped disc get pregnant?” Dia tidak sengaja ternampak artikel itu pada iPad Adrian ketika masuk bertemu lelaki itu untuk urusan kerja.

“Tak cukup dengan itu, aku dengar dia call Doktor O&G Dahlia, asked her about pregnancy and slipped disc. He really cares and worries about you.”

Sejenak, Miya bagai terhenyak. Apa benar yang diceritakan wanita itu? Benarkah Adrian mengambil berat tentangnya? Jika benar, pil itu….? Ah, otak bijak Miya sudah mula boleh mencerna kejadian sebenar.

“Masa tu aku dapat rasa yang dia dah jatuh cinta dengan kau. Firasat aku betul bila aku dengar dia cakap dengan Christian…” Perempuan itu menatap Miya yang kelihatan masih terkejut dengan apa yang baru didengarnya.

“…I nak batalkan perjanjian tu Chris. I nak Miya terus jadi isteri I. She’s pregnant and I want to raise the baby with her.”

Air mata Miya jatuh. Satu tangan membekap mulut, menahan esakan yang terasa mengasak-asak. Degup jantungnya mula menyebut nama Adrian, berharap lelaki menyedari kehilangannya dan melakukan sesuatu untuk menyelamatkannya. Entah keyakinan dari mana, tetapi dia tahu Adrian mampu melakukannya.

“Kau tahu macam mana perasaan aku bila dengar dia cakap macam tu?” Wajah Miya yang basah dengan air mata, ditatap nyalang. Pertanyaan itu, dia tidak mengharapkan jawapan tetapi dia sendiri yang akan memberikan jawapannya supaya Miya tahu betapa sakit hati dan jiwanya.

“Hancur…” Suaranya terdengar lirih dan putus asa. “Awalnya aku sukakan kau, Miya. Kau tak jatuh dalam pesona Adrian. Kau jalankan peranan kau dengan baik sebagai isteri sementara. Tapi lama-lama aku nampak kau makin melampau. Kau buat Adrian halau aku dari kondo. Kau buat Adrian selalu letakkan kau sebagai keutamaan. Eryna…Lain kali jangan call I tengah malam. Miya tak suka. Eryna, jangan datang rumah I hujung minggu. Miy tak suka orang asing dalam rumah. Eryna, weekend jangan call I kalau tak ada benda penting. Miya tak suka.” Dia tertawa getir.

“Masa tu aku tertanya-tanya, siapa kau dalam hidup dia? Kau cuma isteri kontrak, isteri sementara. Dia baru kenal kau beberapa bulan, sedangkan aku…Aku dah lama bersama dengan dia. 10 tahun! 10 tahun bukan masa yang singkat, Miya. Boleh kau bayangkan macam mana seksanya aku simpan perasaan pada lelaki yang selalu ada depan mata aku selama 10 tahun tapi dia sikitpun tak pernah tunjuk minta pada aku?! Bagi dia aku cuma…PA.”

Hening. Miya kaku dan kelu sementara perempuan itu mundar-mandir sambil bermain-main pemetik api di tangannya, membuat suasana di dalam ruang itu sekejap terang, sekejap gelap.

“Kau tahu Miya, aku dah lama sukakan Adrian. Sebelum dia kahwin dengan Dahlia lagi. Tapi dia tak pernah tertarik pada aku. Apa kurangnya aku Miya? Kalau dibandingkan aku dengan Dahlia, aku yang lebih cantik, kan?” Perempuan itu tertawa dengan kata-katanya sendiri.

Miya masih diam. Sepertinya itu lebih baik daripada berkata sesuatu yang akan memacu amarah perempuan itu.

“Aku yang lebih dulu mengenali Adrian, aku yang lebih dulu bersama Adrian, tapi kenapa Adrian pilih Dahlia? Dahlia yang pemarah, kasar, liar.”

Miya masih memilih untuk tidak bersuara. Dia tidak mengenali Dahlia dan tidak berminat untuk mengetahui tentangnya.

“Aku benci setiap kali tengok mereka bermesra depan aku. Aku benci Dahlia. Sebab tu….” Perempuan itu menghentikan kalimatnya. Dia memandang Miya dengan seringai yang mengerikan. “Aku rancang kemalangan Dahlia supaya perempuan tak guna tu lenyap dari hidup Adrian. Hahahhahahahahhahaha…..” Ketawanya bergema di dalam bilik yang sunyi itu.

Miya terkejut lalu menekup mulutnya. Dia tidak sangka wanita yang terlihat lembut, ayu dan selalu tersenyum itu tergamak membunuh. Membunuh dengan cara yang benar-benar tidak disangka sehingga tiada sesiapa pun menyedari ia adalah kemalangan terancang.

Bagaimana perasaan Adrian jika mengetahuinya?

“Do you want to know how I did it?”

Tiada jawapan. Jujurnya, Miya benar-benar takut sekarang ini. Bimbang jika dia juga menerima nasib yang sama seperti Dahlia.

“Aku…” Perempuan itu menceritakan bagaimana dia mengupah seorang pemandu lori untuk melanggar kereta yang dipandu Dahlia.

“Kau tahu kat mana pemandu lori tu sekarang?”

Tidak menunggu jawapan Miya, perempuan itu berjalan ke sudut kanan ruang itu, bertinggung, lantas menyalakan pemetik api.

Jeritan nyaring spontan lolos dari bibir Miya melihat rangka manusia dengan kedudukan bersandar pada dinding dan kaki melunjur.

“Lepas dia selesaikan misi, aku bagi dia tiket ke Bahamas untuk bercuti and…here he is…Enjoy his vacation in peace. Keluarga pun tak cari dia. Anak buangan.” Wanita itu menggeleng, seolah-olah benar-benar kasihan dengan nasib yang menimpa si pemandu lori.

“Terkejut?” Wanita itu tersenyum sebelum kembali dan mendekati Miya. “Aku sanggup lakukan apa saja Miya untuk dapatkan hak aku. Adrian milik aku. Tak ada sesiapa yang boleh rampas Adrian dari aku!”

Wanita itu memandang Miya yang kelihatan menggigil. Air mata laju menuruni pipi tirusnya lalu membasahi belakang tangannya yang masih membekap mulut. Fakta yang diungkapkan oleh wanita itu sungguh mengejutkan. Kini, Miya berasa benar-benar takut. Takut jika hidupnya berakhir di tangan wanita ini dan tiada sesiapa tahu di mana mayatnya. Melihat obsesi wanita itu terhadap Adrian, tidak mustahil dia juga akan menerima nasib seperti Dahlia atau pemandu lori itu, atau mungkin lebih buruk lagi.

“Masa mula-mula Adrian kahwin dengan kau, aku tak rasa kau akan menghalang jalan aku untuk memiliki Adrian. Yalah, selepas setahun, Adrian akan ceraikan kau. Tapi, lama-kelamaan aku nampak Adrian mula tertarik pada kau. Dia bukan hanya menganggap kau sebagai isteri kontrak, tetapi lebih dari itu. Dia jatuh cinta pada kau tanpa dia sedar. Dia cuba nafikan, tapi sikap dan perhatiannya pada kau tidak boleh menipu rasa hatinya. Aku sakit, Miya. Aku sakit setiap kali melihat Adrian memberi perhatian pada perempuan lain. Dia tak pernah beri perhatian pada aku seperti yang dia berikan pada kau dan Dahlia, sedangkan aku orang yang paling rapat dengan dia.”

Miya terus membisu. Cuba melengahkan masa, supaya wanita itu terus meluahkan isi hatinya, dengan harapan Adrian akan punya cukup waktu untuk datang menyelamatkannya. Semoga saja Adrian tahu dia diculik dan berusaha mencarinya walaupun dia tahu harapan itu sangat tipis. Namun tidak salah juga kan jika dia berharap dan berdoa?

“Adrian kata dia tak cintakan kau. Tapi dia cemburu bila dapat tahu kau dapat bunga setiap hari. Dia risau bila kau tak keluar makan tengah hari. Dia cemas bila dahi kau terluka sedikit saja. Tapi, bila aku kata dia dah mula jatuh cinta pada kau, dia nafikan. Katanya, dia hanya sekadar bertanggungjawab sebab kau isterinya. Tak pernah ada sekelumit pun perasaan cinta dia pada kau.”

“Tapi, aku tak percaya. Sebab….” Wanita itu menghentikan kalimatnya seraya memandang Miya yang masih membungkam di tempatnya. Perlahan dia bergerak menghampiri Miya. Wajahnya di dekatkan ke wajah Miya, menentang tatapan Miya sebelum menjarakkan semula wajah mereka.

“Kalau kau nak tahu…Aku yang uruskan pembelian kondo yang kau duduk tu. Aku yang arrange semua, daripada interior design, perabot, lighting, everything. Katil dalam bilik kau tu pun aku yang pilih. Adrian serahkan semuanya pada aku. So…Aku gunakan peluang tu untuk perhatikan gerak geri Adrian.” Dia tertawa perlahan.

“Aku pasang kamera di dapur, ruang tamu and…” Dia berjeda sejenak; cuba membayangkan reaksi Miya selepas dia memberitahu fakta seterusnya. “…bilik tidur utama. Supaya…aku boleh nampak apa yang kau dan Adrian buat dan dengar semua perbualan kau dengan Adrian.”

Mata Miya melebar mendengar pengakuan wanita itu. Kelu lidahnya tidak tahu harus berkata apa.

“Aku hebat kan?” Wanita itu tersenyum menatap Miya yang masih terkejut. “Aku dengar dan aku nampak apa yang kau buat dengan Adrian. Termasuk…suara-suara ghairah kau dan Adrian….”

“I love your back, Miya…Fair, smooth, silky and soft.” Eryna mengungkap kata-kata itu dengan nada lirih.

Tangan Miya terkepal. Itu kata-kata yang sering diungkap Adrian. Belakang badannya adalah bahagian kesukaan Adrian dan itu bukan sesuatu yang seharusnya diketahui oleh orang lain.

Kalau diikutkan hati, terasa seperti mahu menumbuk, menampar, dan meninju wajah wanita di depannya ini. Tetapi ditahan dulu niatnya itu. Dia akan melakukannya, tetapi bukan sekarang. Dia tidak mahu memancing emosi wanita gila di depannya ini, sehingga mencederakan dirinya sendiri.

“Aku sakit Miya setiap kali aku dengar suara kau dan Adrian. Dan lebih sakit bila setiap pagi dia datang ke pejabat dengan wajah segar selepas semalaman menikmati tubuh kau!”

“Kau gila, Eryna!!!!! Kau gila!!” Jerit Miya. Dia sudah tidak dapat mengawal gejolak amarahnya. Eryna benar-benar melampau. Wanita itu…yang paling dipercayai Adrian, tega melakukan perkara keji dan jijik seperti itu. Malah, dia telah bertindak jauh dengan membunuh Dahlia.

“Memang aku gila!” Penampar dia layangkan ke muka Miya. Satu tangan mencengkam kuat rahang Miya, manakala satu tangan lagi memegang pisau lipat menelusuri dahi, hidung, dan berakhir di bibir Miya. “Apa kata kalau aku torehkan wajah kau? Tengok, Adrian akan masih cintakan kau lagi atau tidak bila wajah kau cacat?”

Miya bergidik ngeri. Jangankan mahu melawan, untuk bernafas pun rasanya sulit melihat wajah Eryna dengan seringainya itu.

“Jangan takut. Aku akan perlahan-lahan….Supaya jeritan kau sampai pada Adrian. Oh, itupun kalau Adrian tahu kau kat sini. ”

Miya meneguk liur. Dia tidak mahu menangis, tetapi ketakutan yang melampau menyebabkan air matanya gugur juga. Dia takut. Benar-benar takut. Dia seakan-akan dapat melihat malaikat maut sedang melambai ke arahnya.

“Shhh…Shhh…Don’t cry baby. Don’t cry…..Let me wipe your tears.” Eryna menggunakan pisau lipatnya untuk menghapus air mata Miya.

“Ahhhhhhhhhhhhhhhhh!” Miya menjerit apabila hujung mata pisau betul-betul berada di depan matanya.

"Hahahahhahahaha!!" Eryna ketawa berdekah-dekah. Puas dia melihat reaksi Miya. Pisau itu belum pun menyentuh kulitnya, tetapi dia sudah menjerit.

"Adrian tak suka perempuan lemah, Miya. Stop screaming. Nobody will hear you. Kita dua je kat sini.”

Miya diam. Dia tidak menyangka Eryna yang dilihatnya selalu lembut dan tersenyum mempunyai personaliti seperti ini. Begitu bijak dia menyembunyikan sikap sebenarnya semata-mata mahu mengaburi mata Adrian. Eryna yang berada di depannya sekarang begitu berbeza dengan Eryna yang dikenalinya sebelum ini.

Otak Miya bekerja keras memikirkan cara untuk keluar dari tempat ini. Matanya melirik bergiliran ke arah Eryna dan juga pintu yang masih terbuka. Dia tidak akan menyerah begitu sahaja kepada Eryna. Adrian tidak suka wanita yang lemah, bukan? Jadi dia akan buktikan dia tidak lemah dan mampu mempertahankan dirinya sendiri.

ADAM tersenyum canggung apabila Adrian memandangnya seperti dia melakukan kesalahan besar.

“Kenapa you tengok I macam tu?”

“Adam…Miya is in danger. You pergi bagitahu papa mama, minta papa report polis dan kedutaan. Sekarang. Lepas tu you datang sini balik.” Suara Adrian bergetar. Eryna menghantar gambar kepadanya, memakai gelang yang kononnya hadiah yang dia letakkan di dalam laci kabinet pejabatnya. Tetapi saat dia melihat kamera tersembunyi yang menghala ke arah kabinet itu, tidak ada sesiapa masuk ke sana. Bermakna…Eryna sudah tahu yang dia tahu. Eryna sudah tahu lebih awal dia meletakkan gelang itu di situ dan wanita itu sudah bersedia. Malah, mungkin Eryna juga sengaja mahu dia tahu. Adrian merapatkan kelopak matanya. Dalam hati berdoa supaya dia sempat menyelamatkan Miya.

“What’s your plan?”

“Jangan banyak tanyalah Adam!” Adrian sudah mula berang apabila Adam masih mahu bersoal jawab dengannya.

“Okay…Okay…” Melihat abangnya mula berang, Adam berlari masuk ke restoran sementara Adrian menghubungi Richard.

“Richard, do whatever it takes to track Eryna. Go to her house, check the surveillance camera, find her family, friends, whatever.” Tanpa mukaddimah, Adrian terus memberi arahan kepada orang kepercayaannya itu.

“All right boss.” Tanpa banyak bertanya juga, Richard segera menyetujuinya.

Menamatkan panggilan dengan Richard, Adrian mengusap wajahnya. Perasaan putus asa, dan tidak berdaya ini benar-benar menyeksanya. Dia tidak tahu di mana Miya, dan bagaimana keadaannya. Nyawa Miya mungkin dibayar dengan setiap saat yang berlalu. Dia belum bersedia kehilangan Miya. Dan jika dia ditakdirkan kehilangan Miya, bukan dengan cara tragis seperti mana dia kehilangan Dahlia. Hanya mampu berdoa supaya mendapat petunjuk untuk mencari Miya dan bekas isterinya itu ditemui selamat.

Adrian benar-benar tidak habis fikir, orang yang paling dia percaya akan mengkhianatinya seperti ini. Dia meletakkan seluruh kepercayaannya kepada Eryna. Dia tidak pernah meragui pembantu peribadinya itu. Tetapi, seluruh kepercayaan itu dibayar dengan penghianatan.

Eryna…Eryna…Eryna…Berkali-kali nama itu bergema dalam benaknya, membuat tangan Adrian terkepal sehingga timbul urat-urat hijau pada lengannya. Dia akan pastikan wanita itu menerima pembalasan setimpal.

Share this novel

cdk8234ira
2022-11-05 07:00:11 

hadui takutnya dan bimbang dgn kselamatan miya...update la lg please...

Rimatanti Rasyid
2022-11-04 22:44:53 

berdebar-depar rasa hati baca chapter ni.. Jahat sungguh si Aryna ni rupanya.. terlalu taksub sukakan Adrian sanggup membunuh yer.. harap sgt Adrian dpt selamatkan Miya.. tk leh tidur dibuatnya baca chapter ni

Roshasniah Mustafa
2022-11-04 22:21:50 

debar baca cpter ni..rasa seram sejuk lak.. cepat Adrian selamat kan miya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience