Rate

ISTIKHARAH CINTA DALAM MEMILIHMU

Romance Completed 11229

“Aku nikahkah dikau…”

“Dikau…”
“Dikau!!Dikau!!”

“Argh!!!”

Hulyatul Ain terjaga dari tidurnya.Matanya membulat.Kiri kanannya dia pandang.Nafasnya jadi tercungap-cungap.

“Astaghfirullah…”Hulya mengurut dadanya dengan istighfar.Dia mengeluh berat.Bulu romanya meremang lagi.Hebat mimpinya.
Segera Hulyatul Ain menuju kearah bilik air dan mengambil wudhuk.Mimpi ngeri itu sering menghantuinya.Mimpi yang mengubah 360 degree kehidupannya saat ini.

Hulya keluar dan menghamparkan sejadah kearah kiblat.Dia mengambil telekung putih dan memakainya.

“Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah taala.”Hulya berniat didalam hati.

“Allahhuakbar!”Hulya mengangkat takbir.Dia meneruskan solat dua rakaatnya itu sehingga selesai.

Hulya menyelesaikan solatnya dan duduk bersimpuh.Kedua tangannya dia angkat menghadap kelangit.

“Ya Allah…bukakan hatinya.Jadikan dia yang terbaik untukku.Jadikan dia orang yang terbuka hatinya menerima ketentuan takdirmu.Ya Allah…kalau dia bukan yang terbaik untukku…engkau permudahkanlah urusan kami berdua.Ya Allah…jadikanlah dia…imamku,yang terbaik untukku.”

“Amin….ya Rabbalalamin…”

Hulya mengaminkan doanya didalam sejuk dingin itu.Sudah satu bulan dia bertapa dirumah yang tidak asing bagi fizikalnya tapi…asing bagi ruhnya.

“Tapi mak…”Hulya cuba mencari alasan.

“Lya…mak nak kamu bahagia.Ni saja jalan yang terbaik boleh mak buat untuk kamu bahagia nak.”Ujar Mak.

“Tapi abang Fahri sudah ada yang dia inginkan.”

“Fahri tu anak mak.Anak sulung mak.Macam mana pun dia kena ikut cakap mak.Titik!”Ujar Mak dengan suaranya yang tegas.

Hulya mengeluh berat.Dia melihat Syakiera yang berada dihadapannya yang juga hilang kata-kata.

“Kak Kiera tolong Lya.”Hulya yang muda 3 tahun dari Syakiera itu meminta dengan penuh mengharap.

Kiera terdiam.Bibirnya dikunci rapat.Nafasnya dia tarik dan…

“Lya tahukan…mak tu orangnya tegas.Selepas ayah meninggal saja, dia jadi keras kepala.Lya ikutkan sajalah apa yang dia inginkan.”Ujar Syakiera agak perlahan supaya Mak didapur tidak mendengar.

Hulya mengeluh lagi.Berat.Syakiera satu-satunya adik Fahri juga tidak mampu menolong.

“Macam mana pun kamu berdua kena akad nikah sebelum kamu naik sem baru!”Mak datang lagi dari dapur memberitahu.

Hulya terperanjat besar.Matanya membulat.Mulutnya terlopong.

“Nikah dengan siapa mak?”Tanya Fahri yang tiba-tiba masuk kedalam rumah didaun pintu rumah kayu itu.

“Nikah dengan kamu.”

*****

“Fahri tak mahu!”Jawab Fahri dengan nada yang tegas.

“Mahu tak mahu, mak dah beritahu ketua kampung dan tok kadi!”Ujar Mak dengan tegasnya.

Fahri bangun dari kerusi kayu dirumah kampung itu.Dia mengerutkan dahinya.

“Jadi ni sebab mak suruh Fahri balik dengan cepat?”Tanya Fahri.

Mak mendiamkan dirinya.Mengangguk tidak, mengiyakan juga tidak.Dia tidak melihat Fahri malah pandangannya beralih keluar rumah.

“Fahri dah ada pilihan hati.Hujung minggu ni Fahri akan bawak mak merisik dia.”Ujar Fahri tidak semena-mena.

Mak jadi terkejut.Dia melihat Fahri dengan matanya yang merah.

Fahri tergumam.Sejak bila mak menangis? Sejak mak merenung diberanda rumahkah?

“Kamu seorang anak yang soleh.Kamu anak yang lulus pengajian agama.Kamu tahu tentang balasan anak yang derhaka pada kedua orang tua.Itupun kamu masih mahu menolak?”Mak bertanya kemudian menitiskan air matanya.
Fahri tergumam.Tidak pernah emaknya menangis kerananya.Bulu romanya meremang.Terasa besar sekali dosa yang dia lakukan saat itu.

“Keredhaan Allah,terletak pada keredhaan ibu bapa.Kemurkaan Allah terletak pada kem urkaan ibu bapa.”Ujar Mak dengan nada yang perlahan melihat Fahri yang agak terkejut itu.

Fahri kaku.Dia jadi hilang kata-kata.

“Kahwinilah Hulya.Kahwinilah dia nak.”
Hulya yang masih berumur 22 tahun itu melihat Fahri yang tuanya 7 tahun darinya dengan matanya yang kasihan.

“Abang…maafkan Lya.”

*****
Hulya keluar dari biliknya seusai menyudahkan subuh dan beberapa helai tadabbur Quran dari Surah an-Nisa.

Hulya mengetuk pintu bilik dihadapan biliknya.Masih tiada suara yang mejawab.Tiada kata iya atau apa-apa sahaja.

Hulya cuba untuk tersenyum pada dirinya sendiri.Tangan kecilnya itu dia gagahkan juga untuk membuka pintu dihadapannya.

Hulya tersenyum kecil.

“Dah bangun.”Getus hati kecilnya apabila melihat Fahri yang sedang duduk diantara dua sujud sambil tangannya menadah kearah langit.

Hulya terus menutup pintu perlahan dan berjalan menuruni tangga rumah berbentuk semi-d dua tingkat itu dan menuju kedapur.Dia melihat-lihat apa yang ada didalam peti ais.Dia menelan air liurnya kelat.Sejak satu bulan yang lalu Fahri tidak pernah menjamah masakannya walau sekali.Tidak pernah Fahri membuka mulut untuk berbicara mengenai hal seharian di pejabat atau dimana saja yang mahu Fahri ceritakan.Yang menjadi jawapan Fahri selalunya pandangan matanya yang agak tajam pada Hulya.Hulya mengeluh kecil.Barang basah didalam peti dia lihat sahaja.

Perlukah dia terus-terus memasak tetapi akhirnya rakan-rakannya di kuliah juga yang menjadi penghabis?

Hulya jadi teringat tentang kata-kata mak tempoh hari sewaktu mereka pulang kekampung halaman.

“Fahri tu kalau pagi-pagi je selalu minta mak masakkah nasi lemak kukus untuknya.”

“Buat nasi lemaklah.”

*****

“Abang.Makan dulu?”Ajak Hulya tatkala Fahri menuruni tangga dengan beg jinjing pejabat ditangan.

Tiada satu kata dan patah pun yang keluar dari mulut Fahri.Yang ada hanya bunyi derapan kakinya mahu ketempat kerja.

Hulya menelan air liurnya kelat kemudian mendekati Fahri yang sudah berada dikerusi diluar untuk memakai kasut.

“Abang.Hari ini Lya mahu keluar dengan kawan-kawan.Kami nak pergi conference yang dijemput…”

“Lya nak pergi mana Lya pergilah.”Ujar Fahri senada.Tidak tinggi tidak juga terlalu perlahan nadanya.

Hulya mengukir senyuman kecil dibibir merahnya.Dia memandang Fahri dan…

“Biar Lya betulkan tali leher abang.”Ujar Hulya dengan bersemangatnya.

“Abang dah lambat ni.”Tolak Fahri kemudian menepis tangan Hulya yang sudah mahu membetulkan tali leher Fahri itu.

Hulya tergumam sebentar.Dia melihat Fahri yang sudah pergi jauh darinya.

“Lya tak berharap untuk menjadi orang yang terpenting didalam hidup abang kerna itu merupakan permintaan terbesar Lya.Lya cuma harap tatkala abang lihat Lya,pandang Lya…abang akan tersenyum.”Getus Hulya…didalam hati kecilnya.

*****

“Jadi Puan mahu bercerai dengan suami puan kerana Puan tidak mendapatkan layanan yang adil?”Tanya Fahri didalam bilik soal jawab.
Puan Haslina mengangguk mengerutkan dahinya.

“Ya encik Fahri.Dia asyik sibuk dengan out station sehingga kami anak-beranak rasa macam dia dah tak ada dirumah.”Ujar Puan Haslina lagi.
Fahri mengeluh kecil.Dia mencatatkan maklumat penting didalam notanya.

“Puan ada anak kecil berumur 3 tahun kan?”Fahri meneka.

Puan Haslina mengangguk mengiyakan.
Fahri tersenyum ikhlas.

“Bagaimana kalau dia bertanya pada Puan dimana ayahnya satu hari nanti?”Tanya Fahri.

“Saya akan jawab kami sudah bercerai.”

“Puan ingat senang nak beritahu anak sekecil itu?”

Puan Haslina jadi tergumam.Dia terdiam.

“Begini puan.Nanti saya akan panggil suami puan untuk kaunseling dahulu.Perkara macam ni boleh dibawa berbincang kan?”Fahri membujuk.

“Baiklah.Next appointment saya akan bawak suami saya kesini.”Ujar Puan Haslina.

Fahri mengangguk faham dan kemudiannya Puan Haslina meminta diri untuk keluar.

Fahri memandang notanya.


“Ya encik Fahri.Dia asyik sibuk dengan out station sehingga kami anak-beranak rasa macam dia dah tak ada dirumah.”

Kata-kata itu bermain dikepalanya.Dia mengebilkan matanya dan mengurut dahinya.

“Apa gunanya aku jadi peguam Syarie tapi rumah tangga aku sendiri kacau bilau.”Fahri mengeluh sendiri.

“Fahri.”Yusuf tiba-tiba mencelah kedalam renungan Fahri sendiri.

“Kenapa Suf?”Tanya Fahri apabila melihat muka Yusuf yang agak berlainan itu.

“Aisya Fahri.Aisya.Dia nak sambung pelajaran dia di Mesir.Bila kau nak bawak mak kau merisik dia?”Yusuf bertanya dengan nadanya yang risau.
Fahri terdiam.Mana mungkin dia membawa Mak untuk merisik Aisya,gadis bertudung labuh yang ingin dia kahwini dahulu.

“Kenapa kau nampak rileks je ni?”Yusuf bertanya apabila tiada reaksi risau dari Fahri.

“Nantilah.”Jawab Fahri sepatah kemudian keluar dari bilik kaunseling itu.

Yusuf mengeluh sendiri.

“Kau ni…betul atau tidak sukakan Aisya?”Getul hati kecil Yusuf dengan satu keluhan berat.

*****

“Kita makan dulu jom?”Ajak Marwa dan Husna apabila keluar dari bilik conference itu pada Hulya.

Hulya menelan air liurnya kelat.

“Aku kena balik rumah terus ni.Lagipun dah lewat ni.”Ujar Hulya dengan lemah lembutnya dia menolak permintaan Marwa dan Husna.

Marwa dan Husna berhenti berjalan betul-betul ditiang besar betentangan dengan pintu bilik conference.

“Kau kenapa Lya.Sejak akhir-akhir ni kami berdua ajak kau, kau selalu tolak.Kau ada masalah ke?”Tanya Husna dengan muka yang merajuknya.

“Betul tu Lya.Sejak kau dah tak duduk di kolej dengan kami, kau nampak lain.Berubah.”Marwa menambah.

Hulya menarik nafasnya dan melepaskannya.Tak mungkin dia menceritakan tentang hal perkahwinan dia sekarang.Dia melihat jam ditangannya dan tersenyum kecil melihat rakan-rakannya itu.

“Ok jom.”Hulya menangguk setuju.

“Yea!Jom,Jom!”

“Kau dah siap assignment energy study yang Prof minta tu?"

“Belum.Kau Lya?”

“Sudah.”

*****

Hulya cepat-cepat membayar duit teksi dan terus masuk kedalam rumah apabila dia melihat kereta Honda CRV milik Fahri sudah bertapak dihadapannya.

“Terima kasih ye Pak Cik.”Ujar Hulya.

Hulya terus membuka kasutnya dan terus masuk kedalam rumah.Wajah Fahri di ruang tamu dia lihat.Fahri hanya berdiam diri sahaja.

Hulya mengerutkan dahinya risau.

“Bila abang sampai.”Hulya mendekati Fahri dan ingin mencium tangan Fahri.Tapi seperti kebiasaannya Fahri tetap dengan keegoannya.Dia menolak salam dari Hulya.

Hulya juga seperti biasa tidak menyoal balik dan buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Awal abang balik hari ni.”Hulya cuba membuka bicara lagi.Tapi Fahri tetap mengunci bibirnya.Dia jadi teringat pada Aisya yang mahu sambung pelajaran ke Mesir.

Hulya melihat Fahri yang tidak berkata sepatah pun.Dia mengetap bibir dan perlahan menoleh untuk menukar pakaiannya dan bersiap untuk solat maghrib.Sendiri.

Fahri pula akan kemasjid dan duduk disana sehingga isyak.

“Hulya siapkan makanan dulu ye bang.”Ujar Hulya menoleh untuk pergi tapi…

“Tunggu.”Fahri menyuruh tiba-tiba.

Hulya membulatkan biji matanya.Tidak pernah Fahri memanggilnya tetapi hari ini, saat ini.Perasaan Hulya seperti teruja.Seperti ada orang yang akhirnya melihat kewujudannya disitu.

“Ye abang?”Hulya menoleh melihat Fahri dengan senyuman manisnya.

Fahri menarik nafas dan mengeluh kecil.Dia berdiri menghadap Hulya.

“Lya kahwin dengan abang kenapa??”Soalan pertama yang keluar dari mulut Fahri yang membuatkan Hulya tergumam sendiri.

“Lya tak cintakan abang tapi kenapa Lya nak kahwin dengan abang.Sepatutnya Lya kena bantah apa yang mak nak.”Fahri meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Hulya jadi kaku.Dia…hilang kata-kata.

“Sebab Hulya tiada siapa-siapa didunia ini melainkan mak.”Ujar Hulya mendongak melihat Fahri,suaminya dan bekas abang angkatnya.

Fahri menelan air liur kelat.Kenapa…melihat muka mulus dan putih Hulya membuatkan hatinya jadi tidak senang? Kenapa?

“Bukankah anak yang baik, ialah anak yang taat pada ibunya.”Hulya menggagahkan lagi bibirnya untuk berbicara.

“Tapi, perkahwinan ini bukan main-main.Sekarang Lya tengok.Lya bahagia hidup dengan abang? Takkanlah Lya tak ada orang lain yang ingin Lya kahwini.”

Hulya tersenyum kelat.Sekali lagi nafas yang bergetar itu dia tarik.

“Kita boleh merancang dengan siapa kita mahu meneruskan sisa hidup kita, tapi Allah itu sebaik perancang.Dia yang menentukan siapa jodoh kita.Hulya…ikhlas bang.”Ujar Hulya kemudian cuba menoleh pergi.

“Jadi…Lya ada perasaan pada abang?”Tanya Fahri memastikan.

“Perasaan itu boleh dipupuk.InsyaAllah.Hati ini…Lya akan jaga untuk abang.”Ujar Hulya tanpa menoleh kembali dan pergi dari situ.

Fahri mengeluh kecil.Tubuh Hulya hilang dari pandangan matanya.Macam mana pun,dia harus lakukan sesuatu.

“Dah lama aku berdiam diri.”Getus hati kecil Fahri.

*****

Hulya turun kebawah untuk menonton television.Dia menuju kedapur dan mengambil epal serta pisau dan dibawanya kearah ruang
tamu .Sebelum itu kepalanya disua untuk melihat samada Fahri sudah pulang dari masjid atau belum.

“Belum.”Hulya menjawab persoalannya sendiri.

Hulya membuka channel Malaysia dan mencari siaran yang ada pada malam sabtu itu.Dia menekan channel 3 dan melihat tajuk yang tertera diatas skrin tv.

Bunyi Honda CRV memasuki rumah membuatkan Hulya sedikit terkejut sehingga epal yang dikupasnya itu terhiris tangannya sendiri.Hulya terus mengambil tisu dan mengelap luka yang agak dalam itu.

Fahri masuk kedalam rumah dan melihat Hulya yang sedang mengelap lukanya.

“Lya kenapa?”Tanya Fahri dengan kopiahnya masih dikepala.

Hulya mendongak agak terkejut apabila suara Fahri menjengah tiba-tiba.

“Tak ada apa-apa.”Hulya menggeleng terus menyorokkan jarinya yang luka didalam genggamannya sendiri.

Fahri duduk disebelah Hulya dan terus menarik tangan Hulya untuk melihat luka Hulya yang agak dalam itu.Dia terus memandang Hulya dengan dahinya yang berkerut.

“Lya terpotong jari.”Jawab Hulya perlahan dengan jarinya dipegang Fahri.

Fahri bangun dan terus pergi kedapur.First aid kit yang disimpannya dirak atas dia ambil dan dibawa kehadapan.Dia letakkan disebelah pingan epal dan membuka kotak itu.

“Tak apa bang.Kejap lagi ok la.”Hulya menarik tangannya.

Fahri terus menarik tangan Hulya semula dengan cepat.

“Luka ni dalam.Ianya tak akan hilang dengan senang.”Fahri memberi alasan.Dia terus mengelap darah yang masih keluar itu dan menyapu iodin diluka tersebut.

Hulya terdiam.Dia agak terkejut dengan perlakuan Fahri tiba-tiba malam itu.Dia melihat sahaja Fahri membalut jarinya sehingga selesai.
Fahri memegang tangan Ilya.Dia membulatkan biji matanya.Cepat-cepat dia lepaskan tangannya dari tangan Hulya selepas selesai membalut luka tersebut.

Hulya menunduk.Tangannya yang bertukar sejuk itu dia genggam perlahan.

“Terima kasih abang.”Ujar Hulya lembut.
Fahri mengangguk faham kemudian terus berjalan pergi.Hulya masih disitu.Dia curi-curi melihat Fahri yang menyimpan semula first aid kit ditempat asal tadi.

Fahri kemudiannya menoleh untuk naik keatas.Sebelum itu dia berhenti ditangga.Dia mengebilkan matanya dan menoleh ketepi.Kearah Hulya yang membelakanginya.
Fahri menggelengkan kepalanya dan terus naik keatas.Hulya mengeluh berat.Dadanya dia pegang erat.

“Kenapa ni?”

*****

Seperti hari ahad yang biasa 4 minggu lepas, Hulya akan memasak sarapan pagi untuk dirinya dan Fahri.Hari ini sarapannya hanya sandwich.Risau jika ajakannya masih ditolak Fahri.Selalunya setiap ahad Fahri akan keluar dan minum diwarung mamak dihujung taman.
Fahri turun dengan pakaian yang kemas seperti biasa sudah mahu keluar.

Hulya tidak bertanya juga tidak berkata apa-apa hari ini.Dia duduk senyap-senyap dan menyapu sandwich sardinnya seorang diri.

Fahri memberhentikan langkahnya tatkala Hulya tidak memanggil dirinya untuk sarapan pada hari itu.Dia menoleh.Hulya hanya menumpukan pandangannya pada sandwich itu.Dia tampak berusaha menyapu sandwich itu dengan baik walau jari kanannya terluka.

Fahri mendekati Hulya dan…

“Biar abang tolong.”Fahri mengambil sandwich itu dari tangan Hulya dan sudu dari tangan kanan Hulya.

Hulya terkesima.Dia tahu Fahri ada tapi dia…

“Jari Lya tu masih sakit?”Tanya Fahri sambil menyapu sandwich itu.

“Tak dah.”Jawab Hulya menggelengkan kepalanya.

Fahri memberikan sandwich yang dia sapu itu pada Hulya dan memandang Hulya.Sekilas kemudian dia memandang jari Hulya yang luka semalam.

Fahri mendiamkan diri dan menarik kerusinya disebelah Hulya.Teh o panas yang dibuat Hulya itu dia tuang kedalam cawan.

Hulya terdiam.Sejuk pagi itu membuatkan dirinya terasa semakin panas.

“Abang tak keluar makan?”Tanya Hulya melihat Fahri yang sudah mahu menyuap sandwich kedalam mulutnya.

Fahri berhenti.Dia menoleh ketepi dan memandang Hulya.

Hulya tergumam.

Sesaat…

Dua saat…

Ini apa yang dia lihat didalam istikharahnya.

“Abang…sarapan disini je.”Fahri menjawab kemudian menyuapkan sandwich kedalam mulutnya.

Hulya terdiam.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.Sesungguhnya…Allah bersama-sama orang yang sabar.

*****

Kring!!

Fahri menatap skrin telefon buat seketika.

“Aisya.”Getus hati Fahri perlahan.

Fahri mengeluh kecil dan membiarkan sahaja telefonnya berdering.

Kring!!

Sekali lagi telefon Fahri berbunyi.Dan sekali lagi juga nama Aisya muncul diskrin telefon.

“Assalamualaikum Aisya.”Fahri terus menjawab panggilan telefon dari Aisya.

“Fahri.Saya mahu bertemu awak, boleh?”Tanya Aisya dengan suara yang meminta dicorong telefon.

Fahri mendiamkan dirinya sebentar.Teragak-agak untuk berjumpa dengan Aisya.

“Fahri?”Aisya memanggil Fahri tatkala tiada jawapan dari mulut lelaki itu.

“Saya ajak Yusuf sekali ya?”Ujar Fahri juga menjawab persoalan Aisya dia akan berjumpa dengannya.

“Saya mahu berbicara sendirian dengan awak Fahri.Ada satu hal penting perlu saya ajukan pada awak.”Ujar Aisya dengan suara yang agak risau.

Fahri mengerutkan dahinya.

“Baik.Tengah hari ini di Nasi Ayam Penyet dihadapan pejabat saya.”Fahri memberikan kata putus.

“Terima kasih Fahri.”Ujar Aisya.

Fahri mengangguk faham dan terus menutup telefonnya. Dia menarik nafas dan melepaskannya. Badannya dia sandarkan dikerusi yang dia duduk itu. Keluhan berat dia lepaskan.Berat rasanya perlu merahsiakan hal sebesar perkahwinan pada semua orang.

*****

“Lya!”Panggil Marwa dan Husna serentak.Hulya serta merta menoleh tatkala orang lain dilibrary memandang lain macam.

“Kenapa??”Tanya Hulya dengan nada yang agak berbisik.

Husna dan Marwa yang sudah duduk dihadapan Hulya menahan ketawa mereka.

Hulya mengerutkan dahinya.

“Kau berdua ni dah kenapa?”Tanya Hulya sekali lagi.

“Kau dah cek siapa supervisor kau untuk Final Year Project?”Tanya Marwa sambil tersenyum-senyum.

Hulya menggeleng belum.

“Kau dapat lecturer baru.Dr. Hilman namanya.”Husna menambah memberitahu sambil tersenyum suka.

“Kenapa kauorang suka?”Hulya bertanya hairan dengan sikap rakannya itu.

“Iyalah.Dr. Hilman tu muda, kacak, pandai. Siapa yang tak mahu.”Husna menambah.

“Kan.Dia baru umur 27 tahun and he got the Phd.”

“Biasalah tu.Sekarang kan ramai doktor yang muda-muda.”Hulya menjawab acuh tidak acuh.

“Itulah!Aku dah beritahu kau yang Hulya tak terkesan punya.”Husna menepuk bahu Marwa.

Hulya tersenyum kecil.Risau pula jika rakan-rakannya itu tahu dia tidak berminat kerana dia sendiri sudah mempunyai suami.

“Aku gerak dulu ye.”Hulya meminta diri.

“Kau nak pergi mana?”Tanya Husna.

“Jumpa SV baru akulah.Korang tak nak ikut ke?”Tanya Hulya tersenyum melihat rakan-rakannya.

“Mestilah nak!”Husna dan Marwa menahan jeritan mereka.Tapi student-student lain masih memandang supaya mereka mendiamkan diri.

Hulya berjalan keluar dahulu.Jam ditangannya dia lihat.

“Mungkin hari ni ada kesempatan?”

*****

“Apa hal yang awak nak beritahu saya Aisya?”Tanya Fahri ingin tahu.Aisya menarik nafas dan melepaskannya.Perlahan.Air barli ais yang berada dihadapannya dia hirup dahulu.

Fahri tidak memesan apa-apa.Kalau boleh dia mahu pertemuan diantaranya dan Aisya singkat sahaja.Walaupun…dia juga mahu berjumpa dengan orang yang ingin dia nikahi itu.

“Saya nak awak merisik saya.”Ujar Aisya berterus terang.

Fahri terkejut besar.Hampir sahaja jantungnya luruh disitu juga.

“Apa maksud awak?”

“Saya ingin menyambung pelajaran di Mesir dan keluarga saya mahu saya diikatkan dahulu sebelum kesana.Mereka ingin jodohkan saya dengan pilihan mereka Fahri kalau saya tak ada calon.”Aisya meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Fahri terdiam.Dia hilang kata-katanya.

“Tapi…”

“Sejujurnya awak ada perasaan pada saya kan?”Aisya meneka.

Fahri menelan air liur kelat.Cuba menyembunyikan perasaannya.

“Siapa beritahu awak?”Fahri bertanya.

“Yusuf.Katanya awak akan merisik saya.”Ujar Aisya dengan sekuntum senyuman yang terukir dibibirnya.

Fahri mengetap bibirnya.

“Kalau saya minta awak merisik saya minggu ni, bagaimana?”Aisya bertanya untuk kepastian.

Fahri semakin bingung.Dia tidak tahu untuk berbuat apa? Tiada siapa pun yang tahu mengenai pernikahannya melainkan keluarganya dan orang kampung sahaja.

“Saya masih belum bersiap sedia lagi Aisya.”Fahri memberi alasan.

Aisya mengeluh kecil.Dia menundukkan pandangannya sedikit.

Hulya masuk kedalam restoran itu untuk bertemu dengan suaminya yang pastinya akan menghabiskan masa rehatnya di Nasi Ayam Penyet dan…

“Abang…”Getus hati Hulya.Agak terkejut dengan apa yang berlaku dihadapan matanya.

“Hulya kan?”Panggil seorang lelaki yang lalu dihadapannya.

Hulya terdiam.

“Tak sangka jumpa awak selepas awak meeting dengan saya tadi.”Dr. Hilman berseloroh.

Hulya jadi terdiam.Dia tidak tahu untuk berbuat apa.Jadi dia hanya tersengih sahaja.

“Awak tunggu siapa??”

“Saya tunggu kawan.”Jawab Hulya menyembunyikan niatnya untuk makan tengah hari bersama Fahri.

“Kalau dia tak datang lagi, awak duduklah dengan saya dulu.”Ajak Dr. Hilman.

Hulya memandang Dr. Hilman yang sudah duduk dihadapannya itu.

“Duduklah.”Pelawa Dr. Hilman sekali lagi apabila Hulya tidak menyahut akan ajakannya.

Hulya menganguk perlahan mahu tidak mahu akhirnya dia duduk juga berhadapan dengan doktor baharu dipusat pengajiannya itu.

Hulya memandang sekilas sosok tubuh Fahri bersama wanita yang bertudung labuh berwarna biru langit itu.Dia menelan air liur kelat dan mengeluh kecil.

“Awak tak apa-apa?”Tanya Dr. Hilman sambil menunjukkan senyuman gigi taringnya yang manis.

Hulya menunduk sedikit kemudian menggeleng.

“Awak faham tajuk yang saya beritahu awak tadi?”Tanya Dr. Hilman pada Hulya yang kelihatan tidak senang duduk itu.

Hulya mendongak memandang Dr. Hilman.

“Faham doktor.”Jawab Hulya sepatah.
Sementelahan…

“Kalau awak tak bersedia macam mana dengan saya? Awak sanggup lepaskan saya pada orang lain?”Aisya bertanya.Matanya sudah mulai berair.
Fahri cuba untuk menjelaskan yang dia sudah berkahwin tapi hatinya keras.Dia juga didalam masa yang sama tidak mahu Aisya tahu.

“Baiklah.Kalau awak tiada apa-apa lagi, saya anggap jodoh awak dan saya sampai disini sahaja.”Ujar Aisya kali ini lemah kemudian bangun dari tempatnya.Dia memandang Fahri yang mungkin untuk terkakhir kalinya.Yang mungkin tiada seterusnya.

“Aisya.”Panggil Fahri apabila Aisya sudah memulakan langkah.

Fahri bangun dan menghadap Aisya.

“Awak tunggu.Awak tunggu saya ya.”Pinta Fahri tergagap-gagap suaranya.

Aisya tersenyum. Sebutir air matanya menitis jatuh membasahi pipi.

Fahri menyambut senyuman Aisya dan perlahan melepaskan Aisya pergi.

Hulya terdiam.Wanita yang dijumpai Fahri itu lalu betul-betul disebelahnya sahaja.

Perasaannya….hatinya…luluh disaat dia melihat titisan air mata dari mata wanita itu.

Fahri menoleh memandang Aisya pergi dan matanya tergumam.Dia menangkap pandangan Hulya, isterinya yang sedang duduk bersama lelaki lain semeja.

“Hulya, awak tak apa-apa?”Tanya Dr. Hilman apabila riak muka Hulya semakin berubah.

Hulya mengerutkan dahi apabila dia bertemu mata dengan Fahri yang perlahan lalu disebelahnya.

Hulya terus menoleh dan tersenyum pada Dr. Hilman.

“Saya tak ada apa-apa.”Hulya menggeleng.

*****

“Dr Lya? Berdua? Lya tahu tak Lya sekarang is…”

“Isteri orang? Abang bukan suami orang jugak?”Hulya memotong kata-kata Fahri.Dia bangun menghadap Fahri dan memandang suaminya itu.Dari mata kemata.

“Aisya.Dia tu Aisya kan?”Tanya Hulya ingin tahu.

Fahri terdiam dihadapan Hulya.Hulya menelan air liurnya kelat.Matanya tiba-tiba sahaja dipenuhi takungan air mata.

Hulya menunduk apabila air mata jernihnya membasahi pipi.

Fahri jadi tergumam.Dia memandang Hulya…lembut sahaja pandangannya.

“Dia orang yang abang cintai.Orang yang ingin abang nikahi.”Jawab Fahri kemudian menundukkan pandangannya juga.

Jeda.

Tiada bunyi lain melainkan kipas dan detak nafas resah masing-masing.

Kemudian, Hulya menarik diri dahulu dan masuk kedalam bilik.Dia menelan air liur kelat sambil memandang cermin melihat tudungnya yang hanya cukup menutup dada tetapi tidaklah sampai menutup tangan sampai kesiku seperti Aisya, wanita dambaan suaminya.

“Jadi kenapa ya Allah? Kenapa dia muncul didalam istikharahku?”Hulya bertanya pada dirinya sendiri.Air matanya yang hanya menitis tadi kemudiannya berderai laju membasahi pipi.

“Ya Allah…jadikan suratan takdir itu indah,jadikan dugaan itu satu kebahagian.”

*****

Pagi itu hening. Semalaman dia bertafakur di masjid sendiri.

Jam 3 pagi.

Dia bangun dan mengambil wudhuk untuk qiamnya.

Jernih air whuduk membasahi segenap mukanya…jernih lagi air mata yang mengalir.Dosanya jatuh…dosanya pada sang isteri.

Ingatannya jadi terganggu pada kata-kata pensyarahnya sewaktu kuliyyah dahulu.

“Rasulullah bersabda bahawasanya orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang baik terhadap isterinya, hadith riwayat Tirmidzi.”

Fahri bersujud.Sujud didalam tahajjud yang membawa seribu sinar yang mengangkat seorang hamba itu ketingkat yang terpuji.

“Allah…”Fahri memanggil Ya Rabb didalam hati kecilnya disujud tahajjud yang terkakhir.
Air mata mula menitis.

“Ampunilah aku sang durhaka…ampunilah aku yang tidak dapat menerima.Kenapa ya Allah…kenapa istikharahku juga pada isteriku?Tapi mengapa…mengapa hati ini terkunci kuat. Hitamkah hati ini ya Allah? Kenapa masih ada wanita lain di ingatanku? Kenapa…bukakanlah hati yang berdosa ini ya Allah.”

Fahri meminta, merintih didalam doanya, disujudnya yang terkakhir itu.Dialah pencipta, dialah yang membuka hati.

Fahri bangun dan menyelesaikan tahiyyatul akhirnya dengan sedu sedan.Dia menangis lagi tiada henti.Tangannya terketar tatkala mahu mengangkat jari telunjuk saat menyebut…

“Asyhaduanlailahaill-Allah…”

Dan kemudiannya dia memberi salam yang pertama…dan salam yang terkakhir.

Fahri menutup matanya.Cuba mencari ketenangan didalam jawapan doanya.

“Kenapa Lya baik dengan abang?”Tanya Fahri sewaktu baru seminggu mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

“Sebab syurga Lya dibawah telapak kaki abang.Abang suami Lya yang sah sekarang. Seperti mana Lya melayan mak, seperti itu juga layanan Lya pada abang.Abang akan jadi yang pertama dihati Lya selepas Allah dan rasul.”Jawab Lya dengan lemah lembutnya mengisi nasi dipinggan yang kosong itu.
Fahri jadi tersentap.

“Lya tahu abang dah ada orang lain? Kenapa Lya tetap pilih abang?”

“Abang percaya kuasa istikharah? Lya yakin abang juga beristikharah sebelum abang menikahi Lya.Sebab istikharah tu yang tunjukkan jalan ni abang.”Lya menjawab lagi.

Fahri mengeluh terdiam.

“Lya…redha dimadukan?”Tanya Fahri tiba-tiba.
Hampir sahaja pinggan nasi yang dipegang Hulya itu jatuh kelantai.Terketar tangannya apabila mendengar soalan seperti itu dari mulut Fahri.
Hulya meletakkan pinggan nasi itu diatas meja dan memandang Fahri sambil tersenyum.

“Sebelum tu, boleh Lya minta satu perkara dari abang?”Tanya Hulya.

Fahri mengangguk perlahan.

“Kalau boleh…Lya mahu jadi seperti Khadijah yang tidak diduakan sewaktu hidupnya.”Ujar Hulya lembut kemudian menoleh pergi.
Fahri tergumam.Dia jadi hilang kata-kata.Meremang bulu romanya mendegar Hulya meminta itu darinya.

Fahri mengeluh kecil.Suaranya yang lunak mengalunkan ayat-ayat suci alquran itu sudah tiada.Dia menutup naskhah resam uthmani dan duduk ditiang besar masjid sambil menunggu azan berkumandang.

“Nampaknya kamu seperti banyak masalah anak muda.”Suara seorang pakcik tua mengacau telinga Fahri yang sedang melantun alunan zikrullah didalam hatinya itu.

Fahri membuka matanya dan melihat seorang lelaki tua yang jelas dia kenali.

“Pak Cik Sulaiman.”Fahri tersenyum melihat bilal yang selalunya akan tiba awal waktu dimasjid untuk mengalunkan azan.

“Pak Cik nampak wajahmu berkerut.Ada apa wahai Fahri?”

Fahri mengeluh berat.Lama keluhannya.

“Cinta yang ikhlas itu bagaimana pak cik?”Tanya Fahri tanpa selindung lagi.

Pak Cik Sulaiman tersenyum.Dia menarik nafas dan menghembuskan tanda dia mahu memulakan bicara.

“Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya.Jika tidak, ianya boleh merosakkan. Cinta itu adalah ujian.Cinta juga adalah benteng yang sangat kuat untuk menghadapi ujian dari Allah.”Pak Cik Sulaiman mengungkapkan tentang cinta dihadapan Fahri.

Fahri menghulur senyuman kecil.Dia memandang Pak Cik Sulaiman mahu mendengar dengan lebih lanjut.

“Ada antara kita mungkin gagal dalam membina cinta.Gagal dalam menjaga urusan cinta.Tapi, berfikir positiflah pada Allah. Dia ialah Pencipta cinta.Pasti ada hikmah disetiap apa yang berlaku.”

Fahri mengangguk perlahan.Seperti sudah faham apa itu cinta.

“Ikhlas itu pula ialah, menghendaki keredhaan Allah dalam suatu amal, membersihkannya dari segala individu mahupun duniawi. Tidak ada yang melatarbelakangi suatu amal, kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat.”Ujar Pak Cik Sulaiman.

“Jadi…cinta yang ikhlas itu cinta untuk mencari keredhaan Allah. Betul kan Pak Cik Sulaiman?”Tanya Fahri yang sendiri ragu-ragu tentang hati perasaannya.

Pak Cik Sulaiman hanya tersenyum.Dia memegang bahu Fahri dan…

“Ayuh.Lagi dua minit azan akan dikumandangkan.”Ajak Pak Cik Sulaiman langsung tidak menjawab soalan Fahri.

Fahri menarik nafas baru dan melepaskannya.Dia bangun kehadapan mengikuti Pak Cik Sulaiman.

“Cinta…cinta dalam mencari keredhaan-Nya.”

*****

Pagi sebelum berangkat kekuliah itu sedikit hening.Seperti biasa Hulya akan menyiapkan sarapan pagi, tapi kali ini hanya untuk seorang.Hanya untuk Fahri.

Belum lagi jam 7 pagi Hulya sudah bersiap dan mahu keluar dari rumah untuk menaiki bas rapid ke Universiti Malaya.Walau sebenarnya dia…dia mahu lari dari kenyataan.

“Hulya!”Panggil Fahri dari tangga seperti tahu-tahu Hulya akan keluar awal dari rumah hari ini.
Hulya menoleh dan cuba untuk mengikhlaskan senyumannya.

“Abang, Hulya kena pergi awal kelas. Hari ini Lya akan masuk lab awal untuk buat research.Lya pergi dulu ye bang.”Ujar Hulya kemudian membuka kasutnya mendekati Fahri.

Seperti biasa juga dia akan bersalam dengan Fahri walau dia tahu kenyataannya Fahri akan menepis tangannya lembut.Tanda dia tidak suka.Tapi Hulya tahu,dia tidak akan menyerah.Itu tangungjawabnya.Berdosa dia jika dia berbuat sesuatu yang dimungkari suaminya.

“Hulya pergi dulu bang.”Hulya menunduk sedikit dan menyua tangannya untuk bersalam dengan Fahri.

Fahri menunduk dan memandang lama tangan dan jari Hulya yang tidak bercincin itu.

“Kalau boleh abang nak Lya rahsiakan perkahwinan kita.Jangan pakai cincin itu kekelas.”

Fahri jadi teringat pesanannya pada Hulya sehari selepas perkahwinan mereka.

Hulya masih menunggu Fahri menepis tangannya seperti biasa.Dia menunggu dan menunggu.
Perlahan tangan kanan Fahri cuba menyambut salam dari isterinya.

Tapi…

Kring!!!

Hulya menarik tangannya sebelum sempat Fahri memegang tangan Hulya untuk disalam Hulya.

“Waalaikummussalam.Ya saya.”Hulya menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.

“Baik Dr. Hil…”Hulya memandang Fahri yang memandangnya apabila dia mahu menghabiskan panggilan dari Doktor Hilman.

Hulya terdiam apabila mata Fahri tidak bergerak dan hanya memandangnya sahaja.Dia terus menyimpan telefonnya kedalam beg.

“Dia doktor yang semalam tu ke?”Tanya Fahri ingin tahu.

Hulya mengetap bibirnya.

“Tak baik berbohong!”Hulya menasihati dirinya sendiri.

“Iya.Dia Doktor yang akan handle project tahun akhir Lya bang.”Jawab Hulya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Fahri mengeluh kecil kemudian memandang kearah meja yang sudah tersedia makanan yang dikatup itu.

“Lya tak sarapan dulu?”Tanya Fahri.

Hulya jadi tergumam.Baru semalam Fahri meluahkan rasa cintanya pada Aisya tetapi hari ini, pagi ini…Fahri kelihatan baik terhadap dirinya.

“Tak apa.Lya takut sesak nanti.Lya…”

“Abang hantar.” Fahri memotong kata-kata Hulya.

Hulya membulatkan matanya.Hatinya jadi tidak keruan.Kepalanya jadi buntu memikirkan apa yang Fahri mahukan sebenarnya.

“Abang hantar?”Tanya Hulya memastikan dia tidak berkhayal.

Fahri mengukir senyuman manis kemudian menganggukkan kepalanya.

“Iya.”

*****

Hulya turun dari kereta milik Fahri itu dan berjalan masuk kedalam pusat pengajian Fizik.Dia tersenyum pada Fahri dan melihat Fahri pergi dengan senyuman juga.

“Betapa indahnya jika hari-hari seperti ini akan berkekalan sahaja.”Hulya mendoakan didalam hatinya.

“Lya!!”Marwa dan Husna menggemparkan Hulya dari belakang.Hulya jadi terkejut.Dia menoleh serta merta melihat rakan-rakannya.

“Tu ke saudara yang kau tumpang duduk dirumah sekali?”Tanya Marwa ingin tahu.

“Patutlah kau ingin duduk diluar kolej.Kau ada saudara yang handsome macam dia.”Husna mencelah sambil tergelak kecil.

Hulya tersenyum geli hati dengan tingkah rakan-rakannya.Dia memandang bayang kereta yang sudah hilang itu.

“Maafkan aku Wa, Una.Pesanan abang Fahri itu lebih penting.Aku tak boleh beritahu yang aku dan dia sudah berkahwin.”Tutur hati kecil Hulya.Dia mahu menjaga janjinya pada sang suami.Jika tidak,dia yang akan engkar.

“Aku masuk lab dulu.”Hulya meminta diri.
Marwa dan Husna mengangguk dan mengikut Hulya.

“Rehat nanti jumpa di student centre dan kita pergi makan sekali.Okay?”Husna mengajak.
Hulya dan Marwa mengangguk setuju dan masing-masing masuk kedalam lab masing-masing.

Hulya masuk kedalam nanotechnology laboratory dengan menggunakan kad matriknya.Dia masuk kedalam bilik besar itu dan tercari-cari kelibat Dr. Hilman.

Dia tersenyum kelat apabila Dr. Hilman melambai padanya yang berada agak tidak jauh dari bilik research Dr. Hilman.

“Awak dah baca journal yang saya beri semalam?”Tanya Dr. Hilman.

“Journal bertajuk photocatalytic reaction of Titanium Dioxide kan doktor? Saya dah baca Doktor.”Jawab Hulya kemudian dia meletakkan begnya didalam almari kecil disudut bilik.

Hulya kemudiannya memakai sarung tangan dan berdiri dihadapan Dr. Hilman.

“Awak tolong sambungkan wire anode dan cathode ni pada ammeter.Saya nak awak adjust dia punya voltage di voltmeter.

“Baik Doktor.”Hulya menjawab kemudian melakukan apa yang disuruh Dr. Hilman.

Dr. Hilman melihat Hulya yang berdiam diri didalam melakukan kerjanya itu.Dia menelan air liur kelat.

“Awak dah kahwin Lya??”Tanya Dr. Hilman tiba-tiba.

Hulya mendongak tergumam.

“Be…belum doktor.”

*****

“Kau jagakan tempat.Kami berdua pergi beli makanan sekejap ye.”Pinta Marwa dan Husna.Hulya mengangguk faham sambil memegang telefonnya.

Dia menscroll fac dan melihat-lihat isi kandungan didalam fac itu.

“Isteri menetak suami.”Hulya membaca didalam hati.

“Mungkin isterinya tak berapa sihat?”Ujar Hulya pada dirinya sendiri.

Hulya membaca lagi apa status yang dimuat naik orang lain didalam fac.Ada yang memuat naik gambar perkahwinan.Gambar bersama bridesmaid,gambar bersama ahli keluarga.Tetapi dirinya, dia hanya mampu melihat sahaja.

“Fahri akan berkahwin dengan Hulya asalkan tiada kenduri yang dilakukan.Kita buat kecil-kecilan jemput saudara mara sahaja.”Fahri memberitahu dengan suara yang agak tegas.
Hulya yang duduk dikerusi kayu rumah mak itu menunduk terdiam.

“Tapi macam mana orang nak tahu yang abang dan Hulya tak single lagi.Kenduri kan sunat?”Syakiera membantah keputusan abangnya.

Fahri berdiam diri masih tegas dengan keputusannya.Syakiera memandang mak.

“Mak ikutkan sahaja.Yang penting akad nikah.Itu yang wajib.”Mak menjawab dengan relanya.

Hulya cuba untuk tersenyum.

“Sudah Lya…keep moving on.Forget about the past.”Hulya menasihati dirinya sambil menscroll lagi kebawah sehinggalah matana tertumpu pada satu kata-kata.

“Allah knows you better than you, yourself.”
Hulya mengeluh kecil.

Betul apa yang dibacanya itu.Allah tahu dia sedang berduka.Sebanyak mana dia cuba sorokkan duka itu dari pengetahuan orang lain, sebanyak itu malah lagi banyak juga Allah tahu tentang dirinya.

Hulya memandang sekeliling café yang penuh dengan keramaian orang itu.Nasib sahaja dia menjaga tempat untuk dia dan rakan-rakannya.Jika terlambat sedikit, mungkin mereka terpaksa menunggu untuk duduk dimeja.

“Maaf.”Suara seorang wanita mengejutkan Hulya.

Hulya menoleh ketepinya.Matanya membulat.Hampir sahaja jantungnya luruh disitu jua.Wanita itu…

“Boleh saya duduk disini?”Tanya Aisya dengan senyuman manisnya.

*****

Hulya termanggu di stesen bas di hadapan pusat Pengajian Fizik.Dahinya berkerut seribu.Pertemuannya dengan Aisya tadi buat dia jadi sedikit bingung.

“Terima kasih ya dik.”Ujar Aisya seraya duduk dihadapan Hulya tatkala Hulya mengangguk membenarkan Aisya untuk duduk.

Hulya tersenyum tawar.

“Akak cari tempat duduk tapi tak jumpa-jumpa.Mungkin hari ini ramai.”Tutur Aisya dengan ramahnya.

Hulya masih terdiam.Dia tidak tahu untuk berkata apa lagi apabila Aisya, wanita yang dicintai suaminya berada dihadapannya.

“Adik tak beli apa-apa ke?”Tanya Aisya dengan lemah lembutnya.

“Saya jagakan tempat untuk rakan-rakan saya dahulu kak.”Ujar Hulya menjawab persoalan Aisya.

Aisya menangguk faham dengan senyuman yang tidak lekang dari tadi.Hulya pula kekok berada dihadapan Aisya.

“Nama akak Aisya.”Aisya memperkenalkan dirinya sambil menyua tangan.

“Hulya.”Hulya menjawab seraya menyambut tangan dari Aisya.

Aisya tersenyum.

“Akak belajar sini ke?”Kali ini Hulya pula menggagahkan dirinya untuk bertanya.

“Tak.”Aisya menggelengkan kepalanya lembut.

“Akak tunggu adik akak.Dia cakap tunggu dekat café saja sebab dia ada discussion dekat-dekat sini.”Aisya menjawab dengan tutur kata yang baik.

Hulya jadi terdiam.Tingkah laku Aisya, tutur kata Aisya…mungkin sebab inikah Fahri cinta pada wanita bernama Aisya ini.

“Kak Aisya!”Marwa memanggil kakaknya dengan muka yang gembira.

Hulya mengerutkan dahinya.Marwa dan Aisya? Adik-beradik?

“Lya termenung apa?”Tanya Fahri yang tiba-tiba sahaja mengejutkan lamunan Hulya.

Hulya tergumam apabila Fahri sudah berada ditepinya.

“Li..lya..teringatkan mak.”Hulya terpaksa berbohong kali ini. Tak mungkin dia memberitahu Fahri tentang pertemuannya dengan Aisya.
Fahri mengangguk faham.

“Jom pulang?”Fahri mengajak.Hulya mengagguk faham dan masuk sahaja kedalam kereta tanpa berkata banyak.

Fahri melihat Hulya sekilas ditepinya.Dia mengeluh kecil melihat isterinya yang asyik berdiam sedari tadi.

“Dia rindukan mak, mungkin?”

*****

Fahri turun keruang tamu selesai dia solat isyak dimasjid.Dia melihat Hulya berada diruang tamu menonton television sambil menyiapkan assignmentnya.

Fahri duduk disebelah Hulya dikerusi yang lain.
Hulya melihat Fahri. Wajah Aisya dan Fahri bersilih ganti bermain difikirannya.Dia…harus buang perasaan itu jauh-jauh.

“Lya buatkan air untuk abang ye.”Ujar Hulya seraya bangun dari tempatnya dan…

“Lya.”Fahri memanggil terus memegang tangan Hulya.

Hulya terkejut besar.Meremang bulu romanya apabila Fahri memegang tangannya.

Fahri juga.Cepat-cepat dia melepaskan tindakan dia yang tiba-tiba itu.

“Ye?”Hulya menoleh bertanya.

“Kita balik kampung hujung minggu ni?”Fahri mengajak sambil bertanya.

Hulya mengangkat keningnya tidak percaya.Dia melihat Fahri sekali lagi.

“Betul?”Tanya Hulya sambil tersenyum gembira.
Fahri mengangguk sambil tersenyum gembira juga.

Hulya tahu, disaat dia pening,gundah dan gulana,hanya maklah tempat dia menghilangkan rasa itu.Dengan melihat mak,perasaan gundah itu seperti hilang.

“Terima kasih abang.”Hulya meloncat gembira.
Fahri bangun dihadapan Hulya dan Hulya terus memeluk suaminya.

Jeda.

Masing-masing tergumam dengan apa yang berlaku sekarang.

“Maaf.”Hulya melepaskan pelukannya itu.
Fahri terdiam.

Hulya pula duduk ditempatnya semula.
Fahri menunduk memandang Hulya yang cemas itu.

“Abang ada satu perkara nak bincang dengan Lya.”Ujar Fahri tiba-tiba dengan nada yang serius.
Hulya mendongak melihat Fahri yang duduk ditempatnya semula.

“Ada apa abang?”Tanya Hulya lembut.

Fahri jadi teringat akan kata-katanya pada Aisya baru-baru ini.

“Awak tunggu.Awak tunggu saya ya.”
Hulya masih menunggu bicara dari Fahri dengan sabar.

Fahri pula seperti cacing kepanasan.Dia jadi bingung.Mahu diceritakan atau tidak?

“Tak ada apa-apa.”Fahri menjawab sendiri dengan senyuman yang tawar.

*****

“Fahri beritahu kamu berdua nak balik, pagi-pagi lagi mak dengan kiera dah kepasar.” Tutur mak seronok sambil mencedokkan lauk kedalam pinggan Hulya.

“Kenapa mak tak tunggu Lya balik.Kita boleh masak sama-sama.”Ujar Hulya dengan suaranya yang lembut.

“Tak apa.Kiera kan ada.Hari ni kan cuti sekolah.”Mak menyambung berseloroh. Sambil melihat Syakiera, anak perempuannya yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah kampung mereka.

Kiera mengangguk mengiyakan sambil ketawa kecil.Fahri juga.Tapi kelat ketawanya.Fikirannya jauh melayang kearah lain.

“Kamu fikir apa Fahri?”Mak menyampuk apabila Fahri seperti tiada disitu.

Fahri melihat mak dan menggeleng tiada apa.Hulya terdiam.Hatinya juga memikirkan tentang Aisya.

“Petang ni kamu bawaklah Lya pergi jalan-jalan dekat kampung.”Mak menyuruh.

Hulya agak terkejut dengan permintaan mak.Dia memandang Fahri dan kemudian memandang mak semula.

“Tak apalah mak.Lya kan memang duduk dengan mak,dekat kampung ni.Lya dah tahu tentang selok belok kampung ni mak.”Hulya menolak lembut.

Fahri memandang Hulya.Kasihan pada isterinya.Anak belaan emaknya.

“Fahri nak bawak kamu jalan-jalan tu.”Mak memandang Fahri.Fahri tergumam.Bukan dia yang beria.

Hulya mengeluh kecil.Dia tahu itu alasan mak mahu dekatkan dia dan Fahri.

Fahri rasa bersalah.

“Kalau macam tu lepas Asar abang bawa Lya pusing bendang ok?”Fahri mencadangkan pula.

Hulya tergumam.Dia memandang Fahri untuk menarik balik kata-katanya.Takut untuk menipu mak bahawa mereka berdua baik-baik sahaja.Gembira seperti mana pasangan lain.
Syakiera memandang Hulya dan Fahri bersilih ganti.Dia jadi hilang selera makan.Keluhan berat dia lepaskan.

“Tak mungkin mereka berdua tak bahagia berkahwin sekali?”

*****

“Abang dengan Lya naiklah basikal ni.Basikal arwah ayah ni walaupun dah lama tapi masih elok dan kuat untuk digunakan.”Syakiera menunjukkan basikal lama yang baru dikeluarkan dia dari stor.

Hulya dan Fahri sama-sama memandang basikal itu.Hulya mengerutkan dahi.Tak mungkin dia menunggang bersama Fahri.

Fahri memandang Hulya yang sudah keluh kesah itu.

“Jom.Kita boleh singgah kedai Pak Mat tengokkan ikan sembilang untuk malam ni.”Fahri mengajak seraya mendekati Syakiera untuk mengambil basikal itu.

Hulya tergumam.Syakiera tersengih melihat abangnya gembira.Rancangannya menjadi.

“Kiera nak abang ambik chance ni untuk rapat dengan Lya.”Syakiera berbisik pada Fahri.
Fahri melihat Syakiera dan…

“Abang tahu apa yang kiera mahukan.”Jawab Fahri.

Syakiera tersengih melihat Fahri.Pastilah abangnya itu tahu.Kalau tidak sia-sia sahaja dia belajar tinggi-tinggi tetapi otaknya tidak digunakan.

Hulya terdiam.Dia yakin ada sesuatu tentang dirinya yang diperkatakan dua beradik itu.

“Jom Lya.”Fahri mengajak sambil kakinya mula mengayuh mendekati Hulya.Hulya memandang Fahri.Benar atau tidak apa yang berlaku dihadapannya ini.

“Naik.”Ajak Fahri sekali lagi.

Hulya terkejut dari fikirannya sendiri dan terus naik dan duduk dibelakang Fahri yang akan mengayuh basikal.

Syakiera tersenyum lega.

“Lya dengan Fahri dah pergi?”Tanya mak dari belakang.

Syakiera menoleh dan tersenyum.

“Dah.”Syakiera mengangguk.

*****

Fahri mengayuh basikal masuk kedalam jalan disawah bendang.Dia memberhentikan basikal dekat dengan tali air.Hulya turun dari basikal tanpa disuruh.

Fahri meletakkan basikal dengan tongkatnya dan duduk menghadap tali air.Hulya turut mengikut.

“Lya masih ingat kejadian di tali air ini?”Tanya Fahri saat Hulya juga melabuhkan punggung disebelahnya.

Hulya jadi menoleh kearah Fahri.Lama apabila kenangan masa dahulu mula menggamit ingatannya.

Hulya tersenyum sendiri.

“Ingat.”Jawabnya sepatah kemudian memandang sawah padi yang terbentang luas dihadapan matanya itu.

Fahri juga.

“Bagi Lya, abang adalah orang yang diutus Allah untuk selamatkan Lya.”Ujar Hulya.Ingatannya masih segar mengingatkan saat dia jatuh kedalam tali air itu sekecil dia berumur 9 tahun.

Fahri juga. Masih ingat dia yang pulang dari sekolah dari kelas tambahan itu terdetik untuk lalu ditali air, dan akhirnya dia melihat Hulya lemas disitu.

“Dan sejak hari itu, Lya simpan perasaan Lya pada abang bukan?”Tanya Fahri.

Hulya tergumam.Dia jadi kaku.Lidahnya kelu.Dari mana Fahri tahu?

Fahri tersenyum sendiri.

“Mak bagitahu.”Ujar Fahri kemudian menoleh memandang Hulya disebelahnya.

Hulya jadi malu.Pantas dia cuba bangun dari tempat dia duduk untuk mengelak dari bertemu mata dengan suaminya.

“Lya!”Panggil Fahri kemudian memegang tangan menahan Hulya dari pergi.

Hulya melihat Fahri yang bangun dengan tangannya dia pegang.

“Abang seorang peguam syariah.Abang selalu menjadi kaunselor untuk keluarga yang porak peranda.Tapi abang tak mampu menjaga keluarga abang sendiri.”Fahri meluahkan kata-katanya.

Hulya memandang Fahri dengan pandangan yang ikhlas.

“Lya boleh beri peluang pada abang bukan? Beri peluang untuk membuka hati abang untuk Lya?”Tanya Fahri lembut.

Hulya tergumam.Matanya membulat memandang Fahri yang tiba-tiba sahaja membuat pengakuan sebegitu rupa.

“Lya…ikhlas abang.”Jawab Hulya dengan senyuman yang menguntum segar dibibirnya.

Fahri mengebilkan mata yang menahan takungan air mata itu.

“Alhamdulillah…”Tuntun hati Fahri seraya memeluk Hulya.Air mata mula membasahi pipi.Hulya juga.Tidak dia sangka kesabaran yang lama akhirnya membenihkan sedikit kebahagian.

Saat itu,saat yang paling agung.Pastinya istkharah itu tidak pernah silap dalam membuat pilihan.Tapi didalam setiap jalan pilihan…terukir satu lekok yang tidak bisa dielakkan…itu namanya ujian.

*****

“Wa kenapa mata kau sembab ni? Kau baru lepas menangis?”Tanya Hulya tertanya-tanya sewaktu didalam kuliah.

“Betul tu Wa.Orang balik rumah nak happy-happy tapi dari gaya kau macam kau tak happy je.Ada masalah ke Marwa?”Tanya Husna pula.

Marwa terdiam.Pandangan kuliyyah dihadapan menjadi kosong.Air mata tiba-tiba mengalir lagi.
Hulya pula tidak senang duduk.Dia rasa ada sesuatu yang…

“Kakak aku,Aisya.”Ujar Marwa menjawab persoalan Husna dan juga Hulya.

Hulya tergumam.Meremang bulu romanya apabila nama itu disebut lagi.

“Aku kasihan pada kakak aku Husna,Hulya.”Marwa mula menangis teresak tetatpi perlahan.

“Kakak kau kenapa Marwa?”Husna bertanya soalan yang Hulya juga ingin tahu tapi bibirnya keras untuk bertanya.

“Dia menangis sebab kawan lelaki yang kakak aku suka minta dia tunggu.Tapi akhirnya lelaki itu memberitahunya bahawa dia sudah berkahwin dan kakak ku ditolak mentah-mentah.”Marwa memulakan ceritanya.

Hulya terkejut besar. Fahri berjanji pada Aisya ?

“Sekarang ni suruh jelah kakak kau move on.Lelaki sekarang semua sama ja.Mulut manis dari perlakuan!”Husna menyumpah perlahan.

Hulya terdiam.Lelaki yang disumpah Husna dan diceritakan Marwa itu pasti suaminya,Fahri.

“Tak boleh sebab kakak aku kena paksa nikah dengan orang yang dia tahu tidak jelas perangainya.Lelaki itu hanya pandai berlakon dihadapan ibu bapaku sahaja.Sekarang ini kakak aku diberi pilihan sama ada berkahwin dengan pilihan keluarga atau tidak jadi berangkat ke Mesir.”Marwa menambah.

Husna terdiam dan melepaskan keluhan berat.

“Parah.”Itu yang keluar dari mulut Husna.
Hulya hilang kata-kata.Dia masih tidak percaya akan apa yang didengarnya.

“Apa yang harus aku lakukan mahu menolong kakak ku Lya?”Marwa memandang Hulya yang sedari tadi hanya berdiam diri.

Hulya cuba menahan getaran emosinya,bibirnya. Dia memandang Marwa dengan seribu perasaan yang dipanah petir.

“Apa kakak kau dah buat istikharah tentang lelaki yang berjanji padanya itu? Kalau dia yakin lelaki yang dia sukai itu didalam istikharahnya, jangan pernah estimate kuasa istikharah.Ianya samada lambat…atau cepat.”Ujar Hulya menjawab pertanyaan Marwa dengan agak tergagap menyusun ayatnya.

Marwa tersenyum.

“Terima kasih Hulya untuk semangat tu.Aku akan beritahu kak Aisya.”Ujar Marwa seraya memeluk temannya, Hulya.

Erat dan kemudian melepaskannya perlahan.
Hulya terus menoleh ketepi mukanya dari Marwa dan Husna.

“Istikharah.”Tutur hati Hulya seraya sebutir air mutiara jatuh dari kelopak matanya.

*****

Hulya bersalam dengan Fahri yang sudah mengaminkan doanya setelah solat Isyak itu.Fahri memandang lembut wajah Hulya kemudian mengucup dahi Hulya.Lembut dan perlahan.Hulya menahan air matanya.Sakit dan pedih hatinya tiada siapa yang tahu melainkan Allah sahaja.

“Lya kenapa ni?”Tanya Fahri melihat mata Hulya yang merah itu.

Hulya menelan air liur kelat.Dia cuba menoleh dari melihat pandangan mata Fahri.Dia hanya mampu tersenyum tawar sahaja.

“Abang boleh Lya tanya satu perkara?”Tanya Hulya lembut.

Fahri tersenyum mengangguk.

Hulya menarik dan melepaskan nafasnya.

“Abang ikhlas dengan perkahwinan ini?”Tanya Hulya tanpa berdolak dalih lagi.

Fahri agak tergumam dengan pertanyaan Hulya.Dia yakin ada sesuatu yang bermain di kepala Hulya.

Dia teringat tentang kata-kata Pak Cik Sulaiman sewaktu dia bertafakur dimasjid tempoh hari.

“Cinta yang ikhlas itu bagaimana pak cik?”Tanya Fahri tanpa selindung lagi.

Pak Cik Sulaiman tersenyum.Dia menarik nafas dan menghembuskan tanda dia mahu memulakan bicara.

“Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya.Jika tidak, ianya boleh merosakkan. Cinta itu adalah ujian.Cinta juga adalah benteng yang sangat kuat untuk menghadapi ujian dari Allah.”Pak Cik Sulaiman mengungkapkan tentang cinta dihadapan Fahri.

Fahri mengulus senyuman kecil.Dia memandang Pak Cik Sulaiman mahu mendengar dengan lebih lanjut.

“Ada antara kita mungkin gagal dalam membina cinta.Gagal dalam menjaga urusan cinta.Tapi, berfikir positiflah pada Allah. Dia ialah pencipta cinta.Pasti ada hikmah disetiap apa yang berlaku.”

Fahri mengangguk perlahan.Seperti sudah faham apa itu cinta.

“Ikhlas itu pula ialah, menghendaki keredhaan Allah dalam suatu amal, membersihkannya dari segala individu mahupun duniawi. Tidak ada yang melatarbelakangi suatu amal, kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat.”Ujar Pak Cik Sulaiman.

“Jadi…cinta yang ikhlas itu cinta untuk mencari keredhaan Allah. Betul kan Pak Cik Sulaiman?”
Fahri menatap wajah Hulya yang menunggu jawapan darinya itu.

“Abang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah Lya.Perkahwinan itu kan membina.Kita berdua mahu membina individu muslim, keluarga muslim yang mendapat berkat untuk menuju jalan Allah s.w.t. Kenapa Lya tanya abang macam tu?”Tanya Fahri pula.

Hulya tersenyum mendengar jawaban dari Fahri.Suaminya sedang ikhlas dan berusaha untuk ikhlas.

“Lya ingat lagi kata-kata ustadzah Lya tentang hadith riwayat Tirmidzi dan Abu Daud.”Ujar Lya tidak menjawab kenapa dia bertanya soalan itu kepada Fahri.

“Apabila seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.”Sambung Hulya.

Fahri jadi tediam.Dia rasa seperti ada sesuatu yang mahu Hulya tahu akan dirinya.

“Abang mungkin masih dalam tempoh menerima dan mencintai Lya buat masa ni.Tapi…”Hulya mendiamkan dirinya.Dia menelan air liur kelat.

“Tapi apa Lya.Apa yang Lya ingin tahu?”Tanya Fahri.

“Lya tak patut jadi orang yang tamak kan abang? Kasih sayang dan cinta itu luas. Abang…”

Hulya terdiam. Dia menundukkan mukanya.Getaran jiwanya makin hebat.Keegoannya…semakin tinggi.

“Mungkin patut sebarkan cinta dan kasih sayang itu.”Sambung Hulya seraya bangun dan membuka telekungnya.

Air matanya jatuh tiba-tiba.Tapi Hulya cuba menyembunyikan perasaan hening dan hiba itu.
Fahri terdiam.Dia yakin, ini pasti berkenaan dengan Aisya.

“Lya…”Fahri bangun sebelum Hulya keluar dari bilik.

Hulya memberhentikan langkah kakinya.Dia tidak menoleh memandang Fahri.Dia tidak mahu Fahri melihat dirinya yang sedang sedih itu.

“Memang benar hati abang pernah bertaut pada Aisya.”Fahri memberitahu.Dia mengerutkan dahinya risau.

“Tapi hati manusia kan Allah yang pegang.Allah mahu perkahwinan kita terjaga Lya.”

Hulya menoleh melihat Fahri yang bersungguh-sungguh didalam perhubungan mereka itu.Dia cuba untuk tersenyum.

“Lya…cintakan abang.Cinta kerana Allah.”Ujar Hulya dengan senyumannya.

Fahri tersenyum.Air matanya juga turun membasahi pipi.Tiada kata dan bicara yang mampu mengungkapkan kegembiraannya pada masa itu.Badan Hulya terus Fahri peluk.

“Abang…juga cintakan Lya.”

*****
“Lya…cintakan abang.Cinta kerana Allah.”
Fahri tersenyum sendiri apabila dia asyik teringat akan kata-kata Hulya tempoh hari.Dia tersenyum sendiri sambil menunggu Hulya di Restoran Seri Angsana seperti yang dijanjikan Hulya pada dirinya.

“Tengah hari ni Lya jumpa abang dekat Restoran Seri Angsana dekat pejabat abang okay?”Ujar Hulya setelah Fahri memberhentikan kereta dihadapan pusat pengajiannya.

“Baik.Nanti abang datang jemput Lya okay?”

“Tak usah abang.Lya akan jumpa abang dekat sana.Abang tunggu Lya okay?”

Fahri menghirup air teh aisnya.Dia sudah memesan minuman kegemaran Hulya sekali.

Bip! Bip!

Fahri melihat bunyi mesej yang masuk kedalam telefonnya.Dia terus gembira apabila nama dipeti inbox mesej itu terpapar nama Hulya.

Fahri terus membuka mesej dari Hulya itu.

“Cinta itu indah. Cinta itu ujian.Cinta juga adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.Cinta itu sendiri ialah fitrah. Setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi cinta itu haruslah terbina atas dasar keimanan.Lya mahu jadi seperti Khadijah dimana diwaktu hidupnya,dia tidak pernah diduakan.Lya mahu merasa kisah romantis Aisyah dan Nabi Muhammad bersama abang. Tapi…abang bukan untuk Lya seorang.”
Fahri berhenti.Dia terdiam.Mesej Hulya panjang.Panjang seperti itulah mesej terkahirnya.

“Terimalah Aisya abang.Terimalah dia kerana Allah dan…Lya.”

Fahri tergumam.Bulu romanya meremang.Matanya terbeliak besar.

“Fahri.”Panggil satu suara yang membuatkan Fahri lagi tergumam.Dia memandang kelibat wanita yang berdiri dihadapannya itu.Sosok itu ialah…

“Aisya…”

*****

“Aku betul-betul tak percaya dengan apa yang kau buat ni Lya.” Ujar Husna tatkala Hulya hanya mampu memandang luar tingkap melihat awan-awan yang bergumpal disebelahnya.

Hulya tersenyum melepaskan keluhan kecil.Rasa sangat tidak percaya akan dirinya sendiri juga.

“Kadang-kadang perkara yang kau tidak sangka-sangka itulah yang akan berlaku Husna.”Tutur Hulya sambil matanya masih tetap pada awan-awan yang bergumpal itu.

“No, you’re trying to be a rainbow in someone else cloud.”Husna menafikan.

Hulya terdiam.

“Then, I should be happy right?”Jawab Hulya memandang Husna dengan sedikit ketawa.
Husna melepaskan keluhan.

“Mak kau dengan adik suami kau tahu tak kau take time ni?”Tanya Husna ingin tahu.
Husna tersenyum mengangguk.Ini adalah rancangan last minitnya.Dia bukan lari,dia cuma memberikan peluang. Dia bukan takut tapi dia…dia mahu memberi dirinya masa.

Hulya teringat akan perbualannya dengan mak dua malam lepas.

“Lya yakin dengan apa yang Lya buat?”Tanya Mak bersungguh-sungguh.

“Yakin mak.”Jawab Hulya.

“Tapi mak tak…”

“Hulya ikhlas mak.”Hulya memotong kata-kata mak.

Terdengar suara keluhan mak dari corong telefon.

“Bukan ikhlas Lya, redha namanya tu.”Mak menjawab.

Hulya terdiam.

“Kamu tahu kenapa mak nak sangat kamu berkahwin dengan Fahri?”Tanya Mak.

Hulya berdiam.Tapi mak tahu Hulya ingin tahu lalu…

“Sebab setiap pilihan dan keputusan mak juga berdasarkan istikharah.”Mak menyambung.

Hulya tergumam.Dahinya berkerut seribu.Mak juga melakukan istikharah?

“Mak tak tahu apa niat sebenar Lya nak satukan Fahri dengan Aisya.Tapi ingatlah…keindahan niat kita itu satu saja, yakni ianya hanya antara kamu dengan Allah.Berdoalah pada Dia, dia akan permudahkan niat kamu Lya.”Ujar Mak menghabiskan kata-katanya.

Hulya memejamkan matanya.Baru 1 jam didalam kapal terbang yang bakal mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gökçen, Istanbul
. Kata-kata Ibnu Taymiyya yang menguatkan dirinya selama ini bermain didalam fikirannya.

“Don’t depend on anyone, because even your own shadows leaves you in darkness.”

*****

Aisya meneteskan air mata.Keegoan wanitanya terkandas kerana seorang pria bernama Fahri.

Dia…sakit…pedih.

“Tak sangka kawan adik saya ialah isteri awak.”Aisya memulakan bicaranya.

Fahri mendiamkan diri.

Aisya hanya menunduk.Dia memandang air barli ais yang berada dihadapannya itu yang juga kesukaannya.

“Tak sangka Hulya dan saya sukakan air yang sama.”Aisya menambah kemudian mendongakkan kepalanya memandang Fahri.

Fahri masih lagi menunduk.Tiada alunan bicara yang bermain difikirannya sekarang.Yang dia tahu, apa yang Hulya cuba lakukan.Di mana Hulya,Hulya dan Hulya.

“Aisya.”Panggil Fahri kemudian memandang Aisya.

Aisya mengukir senyuman.

“Saya minta maaf.Kesalahan paling besar saya ialah membiarkan awak mengharapkan saya disaat saya sudah mempunyai orang lain.Maafkan saya.”

“Awak tak bersalah.Saya yang memaksa.Maafkan saya.”Pinta Aisya.

Fahri tersenyum kelat.Aisya malah mendiamkan
diri.

“Awak tak perlu jadi kambing hitam saya.Saya akan selesaikan masalah saya dengan calon ibu bapa saya dengan baik.”Ujar Aisya.

Fahri tergumam.Dia agak terkejut dengan permintaan Aisya.

“Semua wanita mengimpikan untuk tidak diduakan.Itu yang saya yakin Hulya juga begitu.”Tambah Aisya.

Fahri mengebilkan matanya.

Aisya mengeluh lemah.Dia memandang Fahri.

“Wanita ibarat kaca yang berdebu. Jangan terlalu keras membersihkannya. Nanti ia mudah retak dan pecah. Jangan terlalu lembut membersihkannya. Nanti ia mudah keruh dan ternoda. Ia bagai permata keindahan. Sentuhlah hatinya dengan kelembutan. Ia sehalus sutera di awan. Jagalah hatinya dengan kesabaran. Lemah-lembutlah kepadanya. Namun jangan terlalu memanjakannya. Tegurlah bila ia tersalah. Namun janganlah lukai hatinya. Bersabarlah bila menghadapinya. Terimalah ia dengan keikhlasan kerana ia kaca yang berdebu. Semoga awak temukan dirinya dengan bercahayakan iman.”Ujar Aisya lagi panjang.

Fahri jadi terdiam.

“Mungkin ini sahaja yang mampu saya katakan pada awak Fahri.Semoga kehidupan awak dan Hulya akan lebih baik dari sebelum ini.”Ujar Aisya seraya bangun dari duduknya.

Fahri terdiam lagi.Dia mahu menghalang tapi sekarang ini bukan kerana perasaan kasih…tapi kerana perasaan bersalah telah melukakan hati Aisya.

Fahri bangun dan mengejar Aisya.

“Aisya!”Panggil Fahri.

Aisya berhenti disaat dia mahu membuka pintu keretanya.Dia menoleh tersenyum pada Fahri.

“Awak… betul tak apa-apa dengan masalah family awak?”Tanya Fahri.Perasaan bersalah mula menebak hatinya pula.

Aisya tersenyum kelat.

“Allah masih cintakan saya, jadi saya anggap ini ujian Dia untuk saya.Dan Allah tak akan menguji saya melebihi kemampuan saya.”Aisya menjawab soalan Fahri.

Knok! Knok!

“Masuk!”Aisya menyuruh apabila dia mendengar bunyi ketukan dari luar yang pastinya dia tahu itu adalah Marwa.

“Akak.”Panggil Marwa seraya memeluk lembut kakaknya.

“Akak baik-baik saja?”Tanya Marwa kemudian melepaskan pelukannya sambil memandang lembut wajah Aisya.

Aisya tersenyum kemudian mengangguk.
Marwa mengetap bibirnya.Kecilnya dunia ini sehinggalah suami Hulya sendiri ialah lelaki yang kakaknya idamkan.

Bip! Bip!

Aisya melihat mesej ditelefonnya.

“Fahri?”Aisya bertanya mengerutkan dahinya.
Aisya membuka mesej itu dan membacanya didalam hati.

“Maaf jika mesej saya mengganggu awak.Anggaplah ini untuk membuang perasaan bersalah saya pada awak Aisya.Boleh…awak pergi keruang tamu sekarang?”Tanya Fahri didalam mesejnya.

Aisya mengerutkan dahinya.Dia memandang Marwa.

“Siapa yang datang kak?”Tanya Marwa pada Aisya yang turut membaca mesej dari Fahri.

“Jom kita turun tengok.”Ajak Aisya kemudian keluar dari biliknya memakai tudung keruang tamu rumah agam mereka.

Aisya agak terkejut.Dia memandang sosok lelaki yang memang dia kenal benar dihadapannya itu.

“Ni peguam yang kamu beritahu tempoh hari Aisya?”Tanya Ummi pada Aisya seraya melihat pada lelaki yang berdiri dengan senyuman yang riang dihadapan Aisya.

“Yusuf?”Aisya bertanya didalam hati.

Yusuf tersenyum memandang Aisya.Dia mengangguk perlahan seperti tahu Aisya memanggil dirinya.

“Jadi awak…”

“Iya Aisya.Aku mencintai kau tanpa takut untuk kehilangan walau aku tahu dahulunya kau taruh dan simpan hati kau untuk orang lain, untuk sahabatku sendiri, Fahri.Kerana aku tahu Allah telah menyiapkan yang terbaik bagi hambanya yang sabar didalam mencintai.”Yusuf menjawab perlahan didalam hatinya sambil memandang Aisya.

Mata Aisya terkebil.Mahu sahaja dia menangis disitu.Begitu indah aturan Allah.

Aisya teringat satu ayat didalam naskhah al-Quran.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui…” (Al-Baqarah:216)

*****

“Nasib kita datang waktu bulan oktober, so sekarang musim luruh.Boleh tengok leaf falling banyak-banyak kan?”Seloroh Husna.

Hulya tersenyum lagi melihat rakannya.Nasib sahaja ada Husna menemankannya.Husna yang pernah ke Istanbul boleh menunjukkan jalan untuknya.Lagipula ada saudara Husna yang tinggal disitu.

Mereka berjalan ke arah masjid Sultanahmet atau lebih dikenali sebagai masjid Biru.Hulya meneroka sekeliling Masjid Biru itu setelah dia menyelesaikan solat sunat tahiyatul masjid.
Masjid Biru ini dibina pada 1609 pada zaman Uthmaniyah.Ia dibina sebagai masjid pertama di zaman Sultanahmet sebagai lambang kehebatan empayar Turki.Binaan kaca yang asal ini berasal dari Venice.Rekaannya pula diserapkan dengan gabungan senibina Byzantine dan Islam.

“Kau tahu kenapa masjid ini dipanggil masjid Biru?”Tanya Husna tiba-tiba apabila di seperti sudah menyelesaikan tugas photographynya itu.

“Sebab jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru kan?”Hulya meneka dengan gembiranya.

“Biru…”Hulya terdiam didalam dirinya sendiri.

“Blue also symbolize trust, loyalty and confidence.”Tutur satu suara tiba-tiba dari belakang.

Husna dan Hulya terus menoleh melihat suara yang tiba-tiba menyampuk itu.

“Dr. Hilman?” Husna terkejut.

Hulya juga.Mereka seperti tidak percaya akan kehadiran Dr. Hilman disitu.

“Tak sangka saya akan jumpa kamu berdua disini sewaktu cuti mid-sem.”Ujar Dr Hilman dengan senyuman dibibirnya.

Husna tersengih seperti kerang busuk.

“Namanya jodoh doktor.”Husna menguis tangan Hulya sambil tersengih-sengih tidak percaya dan didalam masa yang sama suka akan kedatangan Dr. Hilman disitu.

Hulya menunduk sedikit tanda hormat pada doktornya.

“Doktor seorang diri disini?”Tanya Hulya.

“Itu.”Dr. Hilman menunding pada seorang lelaki dan wanita yang berusi 50-an yang sedang duduk dikerusi diluar masjid biru itu.

“Mak dan ayah saya.”Ujar Dr. Hilman.

Hulya memandang Dr. Hilman dan terus kearah mak dan ayah Dr. Hilman.

“Pak Cik.Mak Cik.”Hulya memanggil dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibir.

Dr. Hilman tidak percaya yang Hulya akan berjumpa dengan orang tuanya turut mengikut.Husna juga.Dia berlari-lari anak mahu bersalam dengan mak Dr. Hilman juga.

“Kamu ni…”

“Saya pelajar Dr. Hilman makcik.”Ujar Hulya tersenyum selepas bersalam dengan mak Dr. Hilman.

Mak Dr. Hilman tersenyum juga.

“Saya Husna makcik.Pelajar Dr. Hilman juga.”Husna turut bersalam dengan mak Dr. Hilman.

“Kamu berdua saja?”Tanya Ayah Dr. Hilman.

Hulya memandang Husna.Kemudian dia mengangguk memandang ayah Dr. Hilman.
Dr. Hilman memandang Hulya.Suka akan keramahan Hulya pada orang tua.Sejuk mata memandang.Sejuk lagi orang yang…

“Pak Cik,Mak Cik dan Doktor.Kami kena pergi dulu.Dah lewat ni.”Pinta Hulya melihat jam ditangannya.

Ayah dan mak Dr. Hilman mengangguk faham dan Hulya pergi dari situ bersama Husna.

“Hulya!”Panggil doktor Hilman.

Hulya berhenti dan menoleh melihat Doktor Hilman yang berlari-lari anak kearahnya.

“Awak berada disini sampai seminggu ni ke?”Tanya Dr. Hilman ingin tahu.

Hulya memandang Husna.Mereka saling berpandangan.

“InsyaAllah doktor.”Hulya menjawab.
Dr. Hilman tersenyum.

Hulya terus menarik tangan Husna pergi dari situ apabila Dr. Hilman tersenyum padanya.

“Lya.Kau tarik-tarik ni kenapa?”Marah Husna apabila Hulya menarik tangannya dan berjalan dengan cepat.

Hulya menoleh melihat belakangnya sekilas.

“Aku risau doktor Hilman tu fikir pelik-pelik dekat akulah.Cara dia pandang aku…”Tutur Hulya kemudian berjalan pergi.

“Hahaha.”Husna ketawa mengekek.

“Baguslah kalau doktor tu ada hati dekat kau.”Seloroh Husna.

Hulya tergumam.

“Aku dah ada suamilah!”Tempelak Hulya seperti merajuk dikenakan Husna.

Husna tersenyum menggeleng.

“Yeke? Habistu kenapa kau seorang diri dekat sini dengan aku?? Mana suami yang kau tinggalkan tu?”Husna memperli sahabatnya.

Hulya terdiam.Langkahnya terbehenti.Sudahlah panggilan dari Fahri dia biarkan.Langsung dia tidak meminta kebenaran Fahri untuk pergi ke Istanbul.

“Ya Allah…ampunilah aku ya Allah…”

*****

Sudah dua hari Fahri di Istanbul.

“Hulya dekat Istanbul.Itu je Kiera dengan mak boleh beritahu.Kalau abang ikhlas didalam perkahwinan ni.Cari dia sehingga dapat.”Ujar Syakiera di corong telefon.

“Tapi dik Istanbul tu kan…”

Bippppppp….

Belum sempat Fahri menyelesaikan kata-katanya,Syakiera sudah menutup telefon.

“Istanbul kan luas…mana aku nak cari dia?”

Fahri masih tidak berputus asa.Dia mencari Hulya dengan sebolehnya.Dia cuba menjejaki Hulya dengan pergi ke tempat-tempat menarik yang selalu dilewati pelancong yang mungkin juga akan dilawati Hulya.

Kalau kelmarin dia sudah ke Haghia Sofia gereja yang menjadi masjid pada zaman Sultan Al Fatih dan kemudiannya menjadi muzium pada zaman Kamal Atartuk.Dia juga sudah pergi ke bazar-bazar seperti Grand Bazar, Mahmud Pasha Bazar,Basilica Cistern yang terletak berdekatan dengan Haghia Sofia, Hippodrome dan Masjid Biru yang juga terletak saling berdekatan.Semuanya dia sudah pergi.

Fahri berhenti di Hippodrome sekali lagi.Dia duduk berehat dekat dengan tiang Hippodrome. Fahri melihat tiang yang dibina apabila sekali pandang ia menyerupai Freemason.Ianya dibina dalam ukiran yang tanpa sedar untuk menghanyutkan umat islam dengan binaan yang tampak gah itu.Sedangkan binaan itu dibina atas dasar Freemason dan Illuminati yahudi dan pastinya mempunyai maksud tertentu.

Sementelahan…

“Lya kejap.Kau tengok tiang Hippodrome ni lawa kan?”Husna memanggil Hulya untuk berhenti.

“Lawa?”Tanya Hulya memastikan bahawa mata Husna tidak melihat benda lain atau dia memperkatakan benda lain.

“Haah.Kau tengok senibina dia.”Husna mengiyakan.

“Kau kena belajar tentang propaganda Freemason dan Illuminati dengan lebih ni.Baru kau kenal tanda-tanda dia.”Hulya seperti memperli Husna.

Husna mengerutkan dahinya tidak tahu.

“Seriuslah?!”Tanya Husna.

“Haah.”Hulya mengangguk mengiyakan.
Husna terdiam.

Hulya mengeluh kecil.Memuhasabahkan dirinya.Kezaliman dan ketidaktaatan semakin berleluasa.

“Apa mungkin dia juga penyumbang kepada ketidaktaatan kepada suaminya juga?”Hulya bertanya pada dirinya sendiri dan menggelengkan kepala.Dia terus pergi cepat-cepat dari situ mahu melupakan apa yang difikirkannya tadi.

“Lya!!Hulya!! Tunggu aku!”Panggil Husna dengan agak kuat kemudian mengejar Hulya.

Fahri tergumam.

“Lya??”Fahri seperti terdengar nama Hulya disebut-sebut kuat.

Fahri bangun dan mencari sekeliling.Matanya berpinar-pinar mencari sosok tubuh Hulya didalam keramaian orang itu.Cari lagi dan cari walau panas mentari membuatkan dirinya penat dan lelah.

“Lya….”Fahri tergumam sendiri.

Fahri kaku.Kelu dan berdiri disitu melihat Hulya yang sedang bersembang dengan Husna dihadapannya.Betul-betul jarak 3 meter jauh darinya.

“Lya…”Kali ini Fahri memanggil dengan nada yang sebak.Hampir sahaja air matanya mahu tumpah kebumi.

Hulya mengebilkan matanya.Telinga jadi berdesing seperti ada yang memanggil dirinya. Perasaannya jadi resah tiba-tiba.Dia kelu.

“Kau kenapa ni?”Tanya Husna.

“Tak ada apa-apa.”Hulya menggeleng dan terus berjalan pergi.Husna mengikut dari belakang sambil melihat-lihat riak muka Hulya yang resah itu.

Fahri mengikut jejak mereka dari belakang.Tidak melepaskan kelibat mereka walau sesaat pun.

“Lya…tunggu abang.”Getus hati kecil Fahri.

*****

Fahri menyorok dibelakang dinding ukiran Istana Topkapi yakni istana paling besar di Istanbul dan paling tua di dunia.

“Cantik kan istana ni?”Tanya Husna pada Hulya.
Hulya mengangguk.Tapi lebih banyak berdiam diri dari semalam.Semalam selepas pulang dari Hippodrome, Hulya resah dan gelisah.Seperti ada sesuatu yang membuatkannya tidak tenang.
“Cantik dengan tujuannya yang tersendiri.”Tutur Dr. Hilman yang tiba-tiba datang mencelah.

Hulya tergumam dan memandang Husna.
Husna tersengih dan…

“Aku tengok kau muram je semalam selepas pulang dari Hippodrome.Sebab tulah aku mesej doktor.Kalau-kalau muram kau boleh hilang kalau kau tengok dia.”Husna mengusik berbisik pada Hulya.Hulya mencubit lengan Husna.Dia menggelengkan kepalanya.

“Kebetulan memang mak dan ayah saya ajak saya kesini.Awak janganlah marahkan Husna.”Ujar Dr. Hilman.

Fahri tergumam.Hatinya jadi tidak senang apabila Doktor yang dijumpainya bersama Hulya tempoh hari berada disitu juga.

Fahri menggelengkan kepalanya dan menggagahkan dirinya untuk berjumpa Hulya.
Hulya tersenyum tawar sahaja dihadapan Doktor Hilman.

“Lya.”Satu suara memecah keheningan senyuman tawar itu.

Hulya lagilah terkejut.Suara yang dia mahu elak dari berjumpa kini…

Hulya memandang Husna yang juga terkejut dan doktor Hilman yang kehairanan itu.

“Awak siapa?”Tanya Dr.Hilman.

Fahri tersenyum kemudian memegang lengan Hulya tanpa Hulya sedar.Hulya menoleh ketepi dan melihat Fahri yang memang sudah berada disitu.Disisinya…

“Saya suami Hulya.”Tutur Fahri dengan bangganya.

“Suami?”

“Iya…suami yang sah.”

*****

“Abang buat apa dekat sini?”Tanya Hulya pada Fahri diluar istana Topkapi.

“Abang nak jemput Lya pulangla.Abang…”Fahri menundukkan kepalanya.

“Lya bukannnya lari dari rumah. Lya…”

“Lya lari dari abang?”

Hulya tergumam.Kelu lidahnya apabila Fahri mempersoalkan pelariannya. Ketidaktaatannya.

“Lya minta maaf abang.Lya nak beri abang masa untuk abang fikirkan masa depan abang.Lya nak abang fikirkan kak Aisya.”

“Lya bukan beri masa tapi Lya memaksa abang untuk berpoligami.Iaitu menduakan Lya.”

“Lya ikhlas abang.”

“Tipu.”

Hulya tergumam.Mata suaminya dia pandang.
“Lya tahukan haram hukumnya jika abang tidak mampu berlaku adil pada Lya juga Aisya.Jadi abang tidak sanggup Lya.”

“Ceraikan Lya.”

“Lya…”

“Abang.Mungkin jodoh kita setakat ini sahaja.”
Hulya menundukkan kepalanya dan mula untuk pergi dari situ.

“Abang cintakan Lya.”Tutur Fahri memandang sosok belakang Hulya.Hulya terdiam. Langkah terhenti.

“Abang cintakan Lya.Abang ikhlas cintakan Lya.Abang mahu cintakan Lya dan dalam cinta sama-sama kita mencari keredhaan Allah.”Fahri menuturkan kata.Air mata pula tidak dapat dia tahan lagi menetes membasahi bumi Turki itu.

“Abang mahu jadikan Lya seperti Khadijah yang tidak pernah diduakan sewaktu hidupnya, seperti Aisyah yang selalu dilayani Rasulullah dengan manja dan amat disayangi.Abang mahu jadikan Lya,kaca dan permata abang.” Fahri menyambung.

Hulya terdiam.Air mata yang dia cuba tahan itu akhirnya tumpas juga.

Fahri mendekati Hulya.Dia mengambil tangan Hulya yang kesejukan dan memegangnya lembut.

“Lya…Aisya bukan jodoh abang. Jodoh itu rahsia Allah dan rahsia Allah itu dihadapan abang saat ini.Istikharah itu telah menunjukkan jalan untuk kita Lya…” Tutur Fahri lembut.

Hulya menatap mata Fahri yang merah dan penuh bergenang dengan air mata itu.

“Lya…minta maaf abang.”Pinta Hulya seraya memeluk Fahri disitu jua.

Fahri menangis teresak-esak.Pelukan dari Hulya itu dia terima rapat.

“Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya.Jika tidak, ianya boleh merosakkan. Cinta itu adalah ujian.Cinta juga adalah benteng yang sangat kuat untuk menghadapi ujian dari Allah.”

Husna dan Dr. Hilman yang agak kebingungan itu bertepuk tangan.Juga pelancong-pelancong yang turut berada disitu.

Hulya melepaskan pelukannya dan mengesat air mata Fahri.Fahri juga melakukan hal yang sama.

“Tak sangka dia dah kahwin.”Ujar Dr. Hilman tiba-tiba.

Husna yang mendengar kata-kata Dr. Hilman itu mula menyampuk sambil tersengih.

“Saya pun baru tahu Doktor hehehe.”

*****

“Wah! Kuatnya angin tiup!”Ujar Husna dengan agak kuat seolah-olah cuba mencuri tumpuan Dr. Hilman yang sedang duduk bersama mak dan ayahnya.

Dr. Hilman seperti faham akan maksud Husna yang sudah ditinggalkan keseorang itu bangun mendekati Husna.

“Mestilah sejuk.Kita dekat atas Bosphorus Cruise ni.”Dr. Hilman menyampuk.

Husna tersenyum menampakkan gigi taringnya.Dia memeluk tubuh yang sejuk itu.Matanya tidak lari dari melihat keindahan Istanbul dari laut.

Feri itu membawa mereka melewati selat Bosphorus yang memisahkan Turki dengan negara asia dan eropah kerana Turki adalah negara Islam yang merupakan negara yang terletak ditengah-tengah.

“Turki ini seperti pemisah diantara timur dan barat.”Dr. Hilman memulakan bicaranya.
Husna memandang Dr. Hilman yang seperti ada kata-kata lain yang mahu diungkapkan itu.

“Tapi saya mahu menjadi Niel kerana jika tiadanya Niel…tiadalah mesir.”Tambah Dr. Hilman.
Husna mengerutkan dahinya.Dia tidak berapa memahami apa yang dimaksudkan dengan Dr. Hilman.

Dr. Hilman menguntum senyuman memandang Husna.Sengaja dia membiarkan kata-katanya menjadi tanda tanya pada Husna.

Hulya dan Fahri berpegangan tangan sambil mata mereka lewat memerhati rumah-rumah penduduk, kubu-kubu pertahanan yang dibina orang dulu-dulu serta banggunan lama peninggalan orang eropah.

Hulya memandang Fahri.Fahri juga menatap mata isterinya.

Masing-masing menatap mata masing-masing dan bermonolog sesama sendiri.

“Abang ingat kata-kata imam Nawawi?”

“Yang mana satu Lya?”

“Duhai pemilik hatiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu…maka hilanglah cintaku padamu.”Ujar Hulya didalam hatinya.
Fahri tersenyum.

“Ya Allah…ketika aku mengejar cintanya, ketika itu juga Engkau menjauhkan dia dariku. Dan ketika aku mengejar cinta-Mu ya Allah, ketika itu juga Engkau mendekatkan dia denganku.”

“Ya Allah…jadilahkan kami keluarga muslim yang mukmin dan mukminah.”

“Amin….”

*****TAMAT*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience