Rate

Epilog

Other Series 5043

Hujan turun dengan lebat pada malam itu. Kedengaran kilat berdentum dengan kuat. Jam telah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. Angin, hujan, dan kilat masing-masing menunjukkan aksi. Di rumah agam tersebut, hanya saya seorang sahaja yang tinggal di situ. Hujan, angin dan kilat langsung tidak mengganggu saya. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tidur itu, saya mengalami satu mimpi yang pelik.

Dalam Mimpi Pelik Tersebut:

Saya berada di sebuah kawasan lapang. Tempat itu dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang cantik dan indah. Namun, keadaan saya pada masa itu agak kritikal. Seluruh tubuh badan saya dipenuhi oleh darah. Wajah saya dilumuri darah dan terdapat kesan luka pada kepala saya. Lengan tangan, paha, dan betis saya habis dipenuhi dengan luka-luka. Saya dalam keadaan terbaring di atas tanah. Lemah dan tidak bermaya. Penglihatan saya tidak berapa jelas tapi yang pasti, saya nampak sosok tubuh seseorang tidak jauh dari situ sedang menuju ke arah saya. Orang itu ialah seorang lelaki muda yang berkulit sawo matang, hanya memakai seluar pendek paras lutut tanpa memakai baju, berkaki ayam dan kelihatan lengan tangan kanannya mempunyai sebentuk simbol yang unik. Dia kelihatan risau dengan keadaan saya itu. "Ema.... bangun... saya tak nak kehilangan awak lagi.. bangunlah...Ema.. tolong jangan tinggalkan saya lagi.. tolonglah bertahan... kita dah hampir berjaya...." katanya. Dia benar-benar risau dengan keadaan saya itu. Saya boleh rasa kehangatan tubuh badannya apabila dia mendakap erat tubuh badan saya. "Tidak Jacob... Awak tak boleh pergi selagi saya masih hidup..." kedengaran seseorang melarang keras lelaki yang mendakap erat saya itu. Sekelip mata sahaja datang seorang lelaki muda yang kacak berjalan menuju ke arah kami berada sekarang. Saya dapat melihat dengan jelas wajah lelaki muda itu. Umurnya mungkin dalam lingkungan 19 tahun seperti saya kerana dia lebih muda berbanding dengan lelaki yang bernama Jacob itu. "Lepaskan dia, Jacob... kalau tak.. saya akan bunuh awak.. Dia dah jadi milik saya..." kata lelaki muda itu. Dia mengugut Jacob supaya melepaskan saya. Jacob terus sahaja melepaskan dakapannya lalu membaringkan saya semula di atas tanah. Saya langsung tidak bertenaga untuk melakukan apa-apa pergerakan. Saya sudah banyak kehilangan darah akibat daripada luka-luka parah tersebut. Jacob berdiri lalu memandang lelaki muda tersebut dengan tajam. "Kalau awak sentuh dia... awak akan terima padahnya Justin... lebih baik awak berundur sebelum saya patahkan sekali kepala awak tu.." kata Jacob pula. Kelihatan mukanya serius. Lelaki muda yang bernama Justin itu tersenyum sinis. "Awak pun tahu kan.. Saya tak akan berundur selagi awak masih hidup.... Saya langsung tak takut pun ugutan awak tu... Saya sanggup gadaikan nyawa saya demi Ema.. dia tak layak untuk awak... Darahnya dah sebati dengan saya..." kata Justin. Jacob mula berasa geram. "Awak jangan berani nak ambil Ema daripada saya, Justin. Dia adalah milik saya......" jeritnya dengan geram lalu berubah menjadi serigala. Saya hanya mampu melihat sahaja apa yang telah terjadi pada masa itu. Justin pun mula menunjukkan dirinya yang sebenar. Dia ialah seorang Vampire (pontianak). Jacob memulakan serangan terlebih dahulu tapi dengan pantas Justin mengelak lalu menendang badan Jacob si serigala jadian itu. Jacob terhempas di batu-batuan besar di sana. Walaupun ditendang hebat oleh Justin, tendangannya langsung tidak memberikan kesan kepadanya. Dengan pantas dia bangun lalu menyerang sekali lagi. Kali ini, Jacob menggigit kaki Justin namun Justin dapat merangkul badan Jacob lalu menghentaknya di atas tanah dengan kuat. Jacob tidak mengalah lalu berusaha untuk melepaskan rangkulan tersebut. Akhirnya dia berjaya juga lalu menyerang Justin sekali lagi. Jacob dan Justin berlawan dengan hebat. Masing-masing menunjukkan kehebatan mereka. Dalam pertarungan sengit itu, Jacob akhirnya kalah juga di tangan Justin sendiri. Justin telah mematahkan tulang belakangnya sehingga Jacob menjerit kesakitan. Jacob berubah menjadi dirinya yang asal. Kedengaran suaranya menjerit kesakitan akibat tulang belakangnya patah. Justin tidak memperdulikannya lagi lalu menuju ke arah saya. Saya dapat melihat dengan jelas keadaan Jacob yang kesakitan itu. Justin yang sudah pun berada dekat dengan saya. Saya memandangnya dengan keadaan yang lemah. Justin pun mengarahkan wajahnya ke arah saya. Saya hendak mengelak, namun tangan saya dipegang erat olehnya. Dia terus menggigit leher saya lalu menghisap darah saya dengan rakus. "Haggghhh..." air mata mula mengalir. Sakitnya tidak terkira. Saya hendak menolak badannya namun tidak berdaya. Saya nampak Jacob yang tidak jauh di sana memandang saya yang digigit oleh Justin. "Tidakkkkkkkk.................." Jeritnya dengan nyaring......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience