Rate

Cinderella versi lelaki

Short Story Completed 2847

Aku Akmal. Nama penuh aku Muhammad Akmal Iskandar. Aku ada seorang mak tiri nama dia Razeen dan dua abang tiri kembar. Dua tahun selepas mama aku meninggal papa aku kahwin dengan Razeen. Setiap kali papa aku pergi ke luar Negara untuk kerja aku ditinggalkan bersama Razeen. Disebabkan itu aku sering dibuli oleh Razeen dan kedua dua abang kembar aku.

“We, Akmal mana baju unitfrom aku. Aku suruh kau gosokkan?” jerit Raziq. Raziq ialah anak pertama kepada Razeen perangai dia tak ubah seperti tarzan menjerit sana menjerit sini
“Dalam almari” balas aku ringkas
“Ambilkan” arah Raziq. Tengok tu aku juga yang kena ambilkan. Pemalas
“Nah” huluran aku disambut kasar. Menyampah
“Woi kau nak ke mana? Ikatkan tie ni untuk aku” arah Haziq adik kembar kepada Raziq. Dah besarpun tak tahu ikat tie
Selesai ikatkan tie. Aku terus turun untuk siapkan sarapan pagi. Ini la rutin hariku seksakan bila dibuat seperti orang gaji

Apabila aku sampai dekat Sekolah. Shahrul kawan baikku datang kepadaku. Shahrul, perangai dia macam kanak kanak rabina, ada rupa dan bijak.
Apabila aku masuk ke kelas. Nur sudahpun ada di dalam kelas. Nur, ialah budak yang ‘Hot’ kat sekolah. Dia juga budak yang sopan bila bertutur kata, sampaikan Raziq dan Haziq sanggup bergaduh disebabkan dia. Akhirnya aku juga jadi mangsa dia orang.
“Hai Nur” itu lah rutin harian ku. Menegur Nur
“Assalamualaikum” balas Nur sambil tersenyum manis. Waktu mak dia mengandungkan dia, mesti mak dia banyak isap gula Melakakan. Hihihi
“Walaikumussalam” balas aku. Sambil tertunduk. Malu siot bila dia usik atau kenakan aku seperti itu. Terus aku mengambil tempat di sebelahnya. Lupa nak cakap yang kami duduk sebelah-menyebelah. Cikgu Siti suruh dia ajar aku subjek matametik dan kadang-kadang dia ajar aku bahasa inggeris. Semua murid lelaki di dalam kelas aku, cemburu sebab tidak boleh duduk di sebelah Nur.

Kring!!!
Loceng balik sudahpun berbunyi. Aku cepat-cepat kemas meja aku. Aku kena cepat balik ke rumah untuk menyiapkan makan tengah hari.
“Woi, kau nak pergi mana?” terjah Shahrul. ‘Dia ni memang nak aku mati kena serangan jatung ke?’. Bisik hati Akmal geram.
“Baliklah. Sudah ke tepi. Aku nak kena balik rumah” aku menolak Shahrul sedikit ke tepi.
“Pergilah, masak sedap-sedap sikit nanti. Bolehlah Nur jadikan kau suami dia. Untung kau Nur dapat bersuamikan tukang masak yang handal. hahaha” usik Shahrul. Nur disebelah sudah tertunduk malu. Aku memberikan Shahrul jelingan maut. Tak guna punya kawan. Terus aku berlalu keluar dari kelas. Buang masa aku saja.
Sebaik sahaja Akmal keluar. Nur pula berlalu keluar. Malu dia apabila Shahrul mengenakannya di depan Akmal belum lagi terpadam.

Sampai sahaja di rumah. Teruk dia kena marah dengan Razeen kerana balik lambat. Paling menyakitkan, tangan dia melecur di tuang air panas.
Selepas, Razeen puas melecurkan tangan anak tirinya itu. Terus dia membawa anak-anak kembarnya makan di luar. Membiarkan anak tirinya dalam kesakitan
“Mama kenapa Mal kena lalui semua ini. Kenapa mama cepat sangat tinggalkan Mal. Mal rindu mama” buat pertama kalinya dia melepaskan kesakitan yang dia rasakan selama ini.
Selepas menukar baju. Dia harus keluar ke kedai untuk membeli barang dapur.

Sewaktu Akmal sedang membelek sayur. Secara tiba-tiba bahu kanannya di sentuh dari belakang.
“Akmal” sepantas kilat dia berpaling untuk melihat siapa gerangan yang memanggilnya tadi. Terbeliak mata Akmal melihat Nur sedang berada di sebelahnya. Dekat sangat dekat. Dia mengundur sedikit ke belakang.

“Awak”
“ya”
“Kenapa awak diam” Tanya Nur pelik melihat orang yang telah lama berjaya mencuri hatinya diam tak terkata. Suka dia tengok muka kalut itu.
“Mana ada. Okeylah saya nak balik nanti mammy saya bising” cepat cepat dia bangun untuk berlalu.
“Ahhh!!!” jerit akmal apabila tangannya yang melecur tadi di pegang kuat oleh Nur.
“Akmal sorry. Saya tak tahu tangan awak sakit” kata Nur cemas
“Tak apa. I’m okey” kata Akmal. Perlahan
“Okey awak kata. Kenapa dengan tangan awak ni. Jom kita ke klinik” ajak Nur sambil menarik tangan kiri Akmal. Apakan daya, Akmal ikut sajalah nak tolak tak boleh.
Selepas ambil ubat dia ingin terus pulang ke rumah. Tetapi Nur tidak menggizinkan dia pulang selagi ubat itu tidak di sapu. Kalau ikutkan dia sepatutnya sudah pulang tapi nak buat macam mana.

Waktu dia sampai di pintu rumah dia ternampak sebuah kereta yang mewah. Dengan takut takut dia masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum” ucap Akmal
“Walaikumussalam, kamu sudah balik Akmal. Ingatkan nak terus berada di luar” sindiran berbau pedas sudah dihadiahkan kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Razeen. Mak tirinya.
“Maaf mammy”
“Yang ini anak ke berapa?” Tanya seorang lelaki dalam likungan 50an. Macam pernah nampak saja lelaki tua ini. Tapi di mana?
“Ini anak tiri saya” ucap Razeen dengan senyuman palsu. Sebenarnya Razeen sendiri tidak tahu macam mana Raja Iskandar boleh berada di depan rumahnya tadi. Alang-alang Raja Iskandar sudah berada di depannya tidak akan dia mahu lepaskan peluang. Manalah tahu antara Raziq atau Haziq salah seorangnya dapat jadi cucu menantu Raja Iskandar. Huuu.. kayalah dia nanti.
“Ouh, nama kamu siapa…?” kata Raja Iskandar. ‘anak mata tu macam aku pernah lihat. Tak akan dia ni budak yang.. 5 tahun lepas’ bisik hati Raja iskandar keliru.
“Akmal” jawap Akmal.

5 tahun lepas
“pakcik, pakcik tidak apa-apa?” kalot Akmal mendapatkan pakcik yang telah terbaring ni atas tanah sambil memegang dada sebelah kirinya.
“ambil…” Sepantas kilat dia memandang bungkusan yang berada tidak jauh dari jari telunjuk lelaki itu. Cepat-cepat dia mengeluarkan alat penafasan dari dalam bungkusan itu dan menghulurkan alat itu kepada lelaki itu. Dengan sekali tekan lelaki itu sudah boleh bernafas secara normal semula.
“Terima kasih sebab bantu pakcik. Ini sebagai ganjaran kepada kamu.” Ucap Raja Iskandar sambil menghulurkan RM50 sebanyak 10 keping
“Tak apa pakcik, saya tolong pakcik dengan ihklas” kata akmal. Tetapi tangannya menggambil duit itu lalu dimasukkan ke dalam poket dengan sengihran.
‘kacak budak ini, kulit putih kemerahan, hidung mancung dan lihatlah matanya sangat cantik itu’ kata Raja Iskandar dalam hati.
“Ermm… macam mana pakcik boleh berada disini?” Tanya Akmal gugup.
“Ouh.. pakcik mahu jemput cucu pakcik pulang dari sekolah.” Jawap Raja Iskandar
“Atok!!” jerit seorang budak perempuan

5 tahun kemudian
“Kau jangan harap nak pergi ke istana malam ni” marah Razeen kepada anak tirinya. Geramnya hatinya apabila raja iskandar banyak melayani karenah Akmal dari Haziq & Raziq.
“Tapi mammy” perlahan suara akmal
“Tak ada tapi tapi. Kalau kau tak ikut apa yang aku kata aku bagi tahu ayah kau yang kau dah pandai bergatal sekarang” ugut Razeen.
Disebabkan itu akmal akur dengan arahan ibu tirinya. nak buat macam mana dia tak suka ayahnya dapat penyakit jantungnya semula.
Akmal masuk ke dalam bilik dengan perlahan-lahan dia pergi ke pintu almari. Baju yang dibuat khas untuk dirinya dari almahum ibunya di sentuh lembut
Malam itu Raziq & Haziq tampil dengan segak. Sewaktu mereka keluar dari rumah sebuah kereta mewah sudah berada di depan rumah. ‘itu mesti kereta istana, bestnya’. Apabila dia terlihat Razeen ingin masuk balik kedalam rumah cepat cepat dia ke pintu.

Dari atas istana. Puteri Diraja sedang memehatikan jejaka jejaka yang sedang masuk ke dalam istana. Kenapa bondanya buat semua ini dia tak suka.
“Kau rasa dia akan datang tak” Tanya puteri kepada sepupunya a.k.a kawan baiknya itu.
“Entah, mak tiri dia mungkin tidak kasi. Aku dah pernah cerita kat kaukan macam mana perangai mak tiri dia” jawap sepupunya sambil datang menghampirinya di tingkap yang besar itu. Sambil menongkatkan dagu di atas tapak tangannya, dia sambung memehati dan mencari kelibat orang yang membuat tertunggu-tunggu itu lagi. Tiba-tiba dia ternampak kelibat orang yang dia tercari-cari sebentar tadi. Yes!! Dia datang.
“Dia datanglah” ucap Shahrul sedikit kuat. Dengan senyuman yang lebar, dia memalingkan muka ke arah puteri.
Krik krik!!!
“Puteri??? mana kau?” ucap Shahrul pelik. Tiba tiba saja sepupunya hilang. AJAIB!!!.. tiba-tiba dia terlihat kelibat Raja Isakandar di muka pintu.
“Shah, mana puteri? atuk nak jumpa dia sekejap” Tanya Raja Iskandar pelik.

“Hai!!” teguran seseorang membuatkan Akmal berpaling ke belakang. Senyumannya dia makin lebar sebaik sahaja dia melihat Nur. Cantiknya Nur. Tidak lepas matanya memandang memandang Nur dari atas ke bawah.
“Assalamualaikum” usik akmal
“Waalaikumussalam” malu dia apabila di usik akmal
“Awak buat apa kat sini?” Tanya akmal
“Cari teman lelaki” selamba Nur menjawap.
“Oh dah jumpa?” Tanya akmal lagi. Dia sedikit terasa apabila Nur berkata bergitu
“Dah, dia ada dekat depan saya sekarang” disebabkan ingin menutup malu dia mengalihkan pandangan dia ke kiri. Tiba tiba dia terdengar muzik. Lambat-lambat dia berpaling ke akmal semula. Akmal juga berpaling ke arahnya. mata mereka bertemu.
“Ermm.. jom” tangan dihulurkan ke Nur. Dengan teragak agak Nur menyambut. Mulalah sesi tari menari. Senyuman tidak lekar dari bibir mereka. Tanpa mereka sedari ada tiga pasang mata sedang memerhati.

Dengan perlahan lahan Akmal masuk ke dalam rumah.
“Kamu sudah pulang Akmal?” satu suara garau menegurnya.
“Papa!!!”
“Kamu pergi mana Akmal” Tanya Dato’ khairi. serius
“Akmal pergi istana. Dekat istana ada tari menari” jawap akmal jujur
“Tipu, papa kalau nak tahu dia pergi club pa” nafi Raziq
“Mana ada, akmal tidak pergi club pa” nafi Akmal pula. Dia percaya yang papanya tidak percaya akan cakap Raziq kerana mana ada orang pergi club pakai cantik-cantik seperti dia.
“Sudah malam ni papa nak bagi harta papa kepada kamu semua. Disebabkan kamu semua sudah besar panjang papa sudah ambil keputusan yang papa nk bagi setengah harta papa kepada anak kandung papa. Dan seperempat dari harta papa untuk anak tiri papa. Manakala seperempat lagi papa ingin sedekahkan kepada rumah kebajikan” putus Dato’ khairi
“Papa” panggil akmal
“Papa sayangkan kau akmal” lembut suara Dato’ khairi

Keesokkan harinya
Pihak istana datang ke rumah mereka untuk menjadikan akmal menantu keluarga diraja. Pada mulanya Dato’ Khairi tidak tahu bagaimana itu terjadi tetapi apabila Nur, Raja Iskandar, Shahrul menjelaskan apa yang terjadi.

Setahun kemudian
“Ayahanda, cantikkan bunga itu” kata Muhammad Aiman sambil jari telunjuknya menunjuk kearah bunga yang di katakan. Budak yang baru berusia setahun itu sudah pandai bercakap. Kerana bonda dan ayahanda dia tidak pernah mengajar anak mereka bercakap pelat.
“Cantik” kata Akmal
“Atok!!!” sepantas kilat Aiman turun dari pangkuan ayahnya kerana ingin pergi mendapatkan atoknya
“Mana Aiman?” Tanya seseorng dari belakang. Sempat Akmal menggambil bunga yang dikatakan anaknya tadi. Lalu pusing kebelakang dan menghulurkan bunga itu kepada isterinya. Dengan senyuman yang manis Nur menggambil bunga yang dihulurkan oleh suaminya itu.
“Terima kasih, mana Aiman?” soalanya diulang kembali.
“Tu, dengan atok kesayangan dia” jawap Akmal sambil jarinya ditunjukkan kearah anak dan papanya. Tiba tiba idea nakal sudah berada di kotak fikiranya.
Tanpa amaran pinggang Nur sudah berada dalam pelukan Akmal. Dengan mata yang sengaja dibesarkan dia melihat Akmal. Akmal seperti biasa senyuman manis dihadiahkan buat isterinya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience