Prolog

Action Series 338

Sebuah kereta mewah meluncur laju memasuki sebuah syarikat mewah. Cepat cepat pengawal membukakan pintu. Seorang lelaki bersut keluar dari keretanya dengan gah sekali. Dia diiringi oleh beberapa orang dibelakangnya dan dihadapannya. Sutnya diperbetulkan sedikit. Kakinya laju mengatur langkah menuju ke lif. Beberapa orang pekerjanya yang memandangnya dan ada juga yang mengucapkan 'Selamat pagi' dibiarkan sahaja. Tanpa melengahkan masa,pintu lif yang dikhaskan oleh VIP terbuka. Lif itu sahaja cukup untuk menggambarkan kemewahan syarikat besar itu dengan ukiran ukiran di dinding yang agak mewah dan lantainya juga berkarpet.

Ting!

Floor 60.

Tanpa menunggu masa,dia mengatur langkah menuju ke arah seorang wanita yang sedang memeriksa fail fail yang berada di atas mejanya.

"Syafiqah, Tuan Rayden here?" Soal lelaki itu. Seorang perempuan bertag Syafiqah bangun dan menunduk hormat.

"Yes. Tuan Zayden" Ujar  Syafiqah. Lalu,lelaki yang bernama Zayden itu memalingkan mukanya dan mengatur langkah menuju ke pintu bilik yang berkaca penuh dan berukiran sedikit.

       CHIEF EXECUTIVE OFFICER
       .         RAYDEN HANAFI

Pintu kaca itu ditolak. Seorang lelaki bersut hitam hampir keseluruhannya  yang sedang memeriksa fail fail yang berada di hadapannya dipandang. Kakinya laju mengatur langkah menuju ke arah Hakim.

"Any news and problem?" Soal Rayden. Matanya masih lagi membelek fail fail yang berada di atas mejanya.

"No. Cawangan dekat Kota Damansara ada sedikit masalah but dapat diatasi." Ujar Zayden. Manakala Rayden pula hanya mengangguk perlahan. Coffeenya diambil dan dicicip perlahan dan diletakkan semula.

"Lagi satu,report kewangan dan juga stok semua ok. Tiada langsung short."
Ujar Zayden lagi. Cermin matanya yang berwarna hitam ditanggalkan.

"Ok." Balas Rayden. Manakala Zayden pula hanya mengangguk perlahan.

"Lagi satu, nanti kita akan ada majlis sambutan ulang tahun  dengan klien besar dari Dubai. Ikut saya nanti. " Ujar Rayden lalu menutup fail yang dibeleknya tadi.

"Ok. No problem." Ujar Zayden Manakala Rayden pula sudah tersenyum kecil.

"And,make sure. Suruh  stylist saya buatkan sut yang sesuai untuk majlis tu. " Arah Rayden lagi. Manakala Zayden pula hanya mengangguk perlahan. Rayden pula hanya tersenyum kecil. Sengaja dia arahkan Zayden  untuk berbuat demikian,walhal hampir kesemua pekerjanya boleh dikatakan. Professional.

"That's all?" Soal Rayden. Matanya memandang jam tangannya.

8.45

Breakfeast time....

"Lepas ni,kau ada apa apa tak?" Soal Rayden. Rambutnya diperbetulkan sedikit. Manakala Zayden pula hanya menggeleng perlahan. Cermin matanya diambil.

Selesai sahaja  memasak nasi goreng, Aimie mengambil mangkuk besar dan meletakkan nasi didalam dan diletakkan di atas meja. Matanya laju memandang jam yang melekat di dinding. Dia laju mengatur langkah menaiki tangga.

"Umi, Aimie pergi dulu ea. Nasi goreng Aimie dah hidang dah dekat bawah." Laung Aimie dari luar bilik. Puan Salamah yang sedang menjahit memalingkan mukanya memandang pintu biliknya.

"Aimie pergi dulu umi." Laung Aimie lagi.

"Ye. Hati hati bawak kereta."  Laung Puan Salamah pula. Manakala Aimie pula sudah turun. Beg tangannya dan juga kunci kereta dicapai. Enjin keretanya  dihidupkan. Dia memandang jam tangannya.

8.30am.

Masih awal untuk dia buka butik. Lalu, Aimie mereversekan keretanya. Gear dibawa ke huruf 'D' apabila keretanya sudahpun keluar daripada perkarangan rumah kampungnya.

Selesai sahaja dia memarkirkan keretanya di tapak parking. Dia mengatur langkah menuju ke butiknya yang sudahpun dibuka oleh pekerjanya. Pintu kaca butik itu ditolak. Beberapa orang pekerjanya sibuk mengemas butik dan ada juga yang sedang mengira stok.

"Selamat pagi Cik Aimie."

"Selamat pagi Cik Aimie." Beberapa ucapan selamat pagi daripada pekerjanya dipandang. Dia menghentikan langkahnya dan memandang pekerjanya.

"Selamat pagi semua." Ujar Aimie lalu masuk ke dalam biliknya. Manakala pekerjanya pula menyambung membuat kerja mereka.

Selesai sahaja Rayden memarkirkan keretanya, dia dan Zayden keluar daripada kereta. Masing masing memperbetulkan kemeja mereka. Mereka mengatur langkah dengah gah dan berkarisma sekali.

"Rayden." Panggil Zayden. Rayden yang sedang melipat lengan kemejanya memalingkan mukanya memandang Zayden.

"Apa?" Soal Rayden. Kini,rambutnya pula diperbetulkan sedikit.

"Bila kau nak kahwin?" Soal Zayden. lalu mereka berdua duduk di sebuah meja yang agak tersorok daripada pandangan mata.

"Nanti dah sampai jodoh aku tu, Aku kahwinlah." Ujar Rayden. Manakala Zayden. pula tersenyum kecil. Manakala Rayden pula meraup rambutnya sambil matanya meliar memandang keadaan sekeliling.

"Kau masih ingat lagi?" Soal Zayden. pula. Kali ini,keningnya diangkat berkali kali dengan penuh makna. Rayden pula hanya mengangkat bahunya.

"Dah 5 tahun kot,benda tu. Kau pun,sekarang ni dah 31 tahun dah." Ujar Zayden pula. Manakala Rayden pula hanya tersenyum tipis.

"Aku tak kisah sangat fasal kahwin. Yang aku kisahkan budak kecil dekat rumah Aku tu. Yang tu,memang buah hati aku selamanya." Ujar Rayden lalu menepuk perlahan dada Zayden. Manakala Zayden pula hanya tersenyum kecil. Kena balik.

"Tuan,kita dah sampai." Ujar Pak Jabit iaitu pemandu kepada Adam. Tetapi Rayden memimjam Pak Jabit memandangkan hari ini Adam tidak sekolah. Dia memandang jam tangannya.

4.30 pm.

Masih awal lagi.Telofonnya disimpan di dalam poket dan masuk ke dalam rumah agamnya.  Dia mengatur langkah menuju ke arah lif. Tanpa melengahkan masa, pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam lif.

Ting!

Floor 2.

Rayden mengatur langkah ke kanan menuju ke bilik Adam. Pintu bilik Adam dibuka. Adam yang sedang bermain dengan mainannya diperhatikan. Bibirnya mengukirkan senyuman. Adam....

     Kehilangan kedua dua ibu bapanya iaitu abangnya sendiri. Kehilangan kedua dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Waktu tu,dia baru sahaja berumur 2 tahun. Masih dia ingat lagi sewaktu Adam melihat jenazah kedua dua ibu bapanya. Tiada langsung air matanya jatuh. Mungkin dia tak faham apa apa lagi. Dah 4 tahun dia jadi anak yatim piatu. Dan,selama 4 tahun itulah dia menjaga Adam dan menganggap Adam sebagai anak kandungnya sendiri.

"Papa." Panggil Adam seraya menyedarkan Rayden dari lamunannya.

"Ye sayang." Panggil Rayden lalu menuju ke arah Adam. Adam diletakkan di atas ribanya.

"Main apa sayang?" Soal Rayden sambil matanya memandang lego yang berada di tangan Adam.

"Main lego. Papa nak main?" Soal Adam. Matanya yang bulat memandang Rayden.

"Tak naklah. Papa tak larat. Nanti papa main dengan Adam. " Ujar Rayden memujuk. Adam pula sudah tersenyum sumbing. Rayden pula laju mencium pipi Adam yang gebu itu berkali kali. Comel!

Geram papa!

"Safya." Panggil Aimie. Safya yang sedang memeriksa stok baju memalingkan mukanya memandang Aimie. Kakinya laju mengatur langkah menuju ke arah Aimie.

"Ye Cik Aimie?" Soal Safya.

"Saya kena balik awal harini. Nanti,awak tolong tutupkan butik ye." Ujar Aimie. Manakala Safya pula hanya mengangguk.

"Ok." Ujar Aimie lalu mengatur lamgkah keluar dari butiknya. Dia memboloskan dirinya di dalam kereta. Enjin keretanya dihidupkan. Telefonnya dibawa keluar. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada langsung chat yang masuk. Lalu dia memulakan pemanduannya.

Selesai sahaja mandi, Rayden menuju ke wardrobe. Baju dan seluarnya diambil dan disarungkan ke badannya. Selesai sahaja bersiap dia membuka laci pertama meja soleknya. Jam tangan Daniel Wallington diambil satu dan disarungkan ke tangan kanannya. Laci kedua pula dibuka.  Kali ini, minyak wangi jenama Enchanter dibawa keluar dan disembur ke pergelangan tangan dan lehernya. Lalu,dia melangkah keluar dari biliknya.

Selesai sahaja dia memarkirkan kereta berjenama Ford Mustang berwarna merah iaitu miliknya sendiri. Dia mengatur langkah menuju ke restoran mewah. Zayden yang sedang bermain dengan telefonnya dipandang.

"Hello brother." Tegur Rayden lalu menepuk perlahan belakang Zayden  Zayden yang sedang bermain dengan telefon menutup telefonnya.

"Hello." Ujar Zayden pula.

"Ada apa kau nak jumpa dengan aku ni?" Soal Rayden pula.

"Tak ada pun. Saja nak jumpa dengan kau. " Ujar Zayden pula. Manakala Rayden meraup rambutnya sambil matanya meliar memandang restoran mewah itu.

"Kenapa tak bawak Adam. Aku rindulah dekat dia." Ujar Zayden lagi. Manakala Rayden pula hanya tersenyum lalu mengangkat kedua dua bahunya.

"Kau tak cakap,kalau tak aku bawaklah."

"Ingatkan kau nak bawak dia." Ujar Zayden lalu bersandar pada kerusinya. Matanya meliar memandang keadaan sekeliling. Sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience