Bab 4:Dipulaukan

Romance Completed 4575

"Tu lah Putri yg marah kawan kita Shuhada."

"Jangan dekat dengan Putri tu."

"Jangan rapat dengan budak baru 4 Amanah tu."

Itulah antara ayat yg berdesing di telinga Putri semasa dia melintasi pelajar-pelajar lain.Dia juga tidak tahu bagaimana semua ini boleh sampai ke pengetahuan pelajar lain.Setahunya mereka bertikam lidah di taman berdekatan rumahnya.
Ya,benar.Dia,Danial dan Anisa tinggal di taman yg sama.Sekarang dia rasa sangat risau.Ya,risau kerana memikirkan bagaimana jika Anisa memberitahu ibu bapanya tentang Pertikaman lidah petang semalam?Pasti dia akan dirotan oleh bapanya.Sejak dia sekolah rendah lagi,jika dia terlibat dalam apa apa pergaduhan atau ejek mengejek,pasti dia akan dihukum.Semasa dia darjah 5,dia pernah menumbuk seorang pelajar lelaki yg mengganggunya dan rakan-rakannya.Perkara itu sampai ke pengetahuan ibu bapanya dan apa yg terjadi?Dia dilibas menggunakan tali pinggang oleh bapanya.Dia pasti jika perkara ini sampai ke pengetahuan ibu bapanya dia akan dirotan.Oh no!It better not happen!!!
Di dalam kelas,semua pelajar menjeling tajam kepadanya seolah olah dia telah membunuh Anisa Shuhada.Hanya Aqilah rakan sebelahnya yg menegurnya kerana mereka telah bersahabat sejak sekolah rendah.Semasa kelas bahasa inggeris,Encik
Syafiq selaku guru bahasa inggeris 4 Amanah meminta mereka membuat 'pairwork'.Mereka harus membuat poster tentang 'Earth'.Mereka harus mencetak gambar bumi dan tampalkannya lalu mereka harus menulis informasi tentang bumi dulu dan sekarang.Pelajar kelas 4 Amanah bilangannya 31 jadi akan ada satu kumpulan yg ahlinya 3 tetapi Putri lebih memilih membuat kerja sendirian.Ada kumpulan yg menerimanya iaitu kumpulan Aqilah dan Dania tetapi Putri lebih memilih membuat kerja sendirian kerana Dania terlihat kurang menyukainya.Putri mahu menyertai kumpulan itu tetapi apabila melihat wajah Dania,dia membatalkan hasratnya."Biarlah Putri.Kau ada semua kat rumah.Printer,Magic Pen,Kemahiran menulis dan macam macam lagi.Buat je lah semua sendiri.Bukan semua orang suka kau.Kalau kau join kumpulan diorang mesti Dania akan sindir kau."kata Putri kepada dirinya sebelum tidur.Dia sedih.Sedih kerana semua orang mahu memulaukannnya.Akhirnya,Putri tidur dengan airmata mengalir di pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience