Rate

Bab 2

Romance Series 2931

"Hahh, dua orang ekor ni dari mana?? kenapa lambat masuk kelas ms, dah hampir setengah jam ms tunggu korang berdua, baru nampak batang hidung" kata Ms Zaiyah dengan lantang sejurus nampak Julia dan Roddy masuk ke dalam kelas ikut pintu belakang kelas.

Julia dan Roddy hanya mengunci mulut sambil mengambil tempat duduk paling belakang. Roddy melihat Julia, begitu juga Julia. Mereka berpandangan dan terus ketawa kecil. Mereka sudah terbiasa dengan omelan ms Zaiyah. Jadi mereka hanya membiarkan sahaja, seperti Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"wei, korang berdua buat apa hah sampai lambat begini, korang dating ehh" soal Rose sambil tersenyum nakal. Rose adalah teman mereka yang nakal tapi baik hati dan rajin memasak.

"welaweiii, agak-agak ahh" jawab Julia spontan sambil menyiku lengan kawannya itu.

"coiii kau joo, i dengan Julia dating!!?? tak mungkin, simpang jauh-jauh weii" jawab Roddy sambil ketawa kecil. Geli hatinya apabila dia dan Julia dikatakan begitu.

"Kan Roddy" kata Julia sambil mereka buat High Five.

"Yalahhh, mana tahu nanti termakbul, jangan menyesal", kata Rose. Jengkel dengan sikap kawannya itu.

" Hahh, dah laa lambat, buat bising pula kat belakang tuu. Ingat sini pasar malam ka hah?" tengking ms Zaiyah yang tidak berpuas hati dengan pelajar dua ekornya itu.

"tuuulaaa kau, bising lagi, kan dah kena" kata Jali kepada Rose sambil berbisik perlahan.

"Hishhhh, aku pula kena, x suka lah", sambil Rose menjeling Jali.

" Hahaa,,baru kau tau" balas Julia sambil menunjukkan Thumb Up kepada Rose. Rose hanya menjeling tajam mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience