Rate

Prolog

Romance Series 523

Namaku Sarah Liyana binti Razlan.Aku hanya seorang gadis biasa berumur 23 tahun.Seorang yang rendah,berwajah biasa-biasa,tidak seperti gadis-gadis lain.Aku seorang anak sulung daripada empat orang adik-beradik.aku juga mempunyai sejenis penyakit iaitu Epilepsy atau Sawan Tarik.Sakit ini berlaku sejak aku mula bersekolah di Tingkatan 1 dan ia berlarutan sehingga kini.Disebabkan penyakit ini,banyak benda aku tidak boleh lakukan seperti memasak dan bekerja.Aku juga ada kesukaran untuk bercakap dengan betul kini,tidak seperti waktu aku kecil dulu.Aku tidak boleh terkejut dengan sewenang-wenangnya.Tidur kini pun tidak lagi lena seperti dulu,kerana penyakit ini selalu menyerang semasa aku tidur,terutamanya di waktu pagi.Sudah banyak cara yang ibu dan ayahku lakukan agar aku boleh sembuh sepenuhnya.Tapi sayang,tidak sembuh-sembuh juga.Mungkinka aku akan menghidapi penyakit ini selama-lamanya? T_T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience