Rate

Prolog

Short Story Series 2669

Kepala mendongak ke arah langit.Dinding gelap dicoraki dengan tompokan bintang-bintang menerangkan waktu malam di sini.Angin yang sejuk menhampar dingin tubuh Alya.Bergigil sejuk walaupun telah memakai coat di badan.
"Alya.."
Kedengaran namanya di panggil tetapi seperti desiran angin.Walaupun ada jasad disitu namun jiwanya jauh terbang di bawah cahaya bulan..Otak giat memutarkan kenangan di zaman persekolahanya dan terhenti pada satu wajah yang setiasa dirinduinya namun disebabkan kebodohan dia telah salah membuat percaturan. Masih ada maaf lagikah untuk dia? Masih lagikah insan itu memgingati dia?
Hah, sudahlah alya..buat apa dengan dia nak ingat pada bekas tunang dia,desis hatinya.
Hatinya meruntuh sayu mengingatkan hakikatnya satu itu..Matanya merenung sedalam-dalam ke arah dada langit berkelipan bintang itu. Mengharapkan orang disana juga membuat demekian..Berkongsikan langit yang sama dengan harapan hilangnya rindu dia pada orang itu.
"Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kepahitan ujian dan akan merasai kemanisan erti kesabaran." kata seorang yang begitu special dalam hati dia tapi ajal jodoh semua ketentuan Allah. Maybe jodoh dia dengan orang lain atau dengan orang sana kalau dia tidak melakukan perkara bodoh itu.
"Apa yang terjadi lepas tidak penting kerana bukan jaminan untuk apa yang akan jadi besok.Tapi apa yang kita lakukan hari ini dapat mengubah apa yang jadi besok." huh nak ubah macam mana..semua sudah terlambat.Keputusan sudah pun dibuat. Biarlah dia mengingati kenangan dulu. Kenangan yang menpunyai seribu satu kisah. Sahabat ,percintaan dan pembelajaran. Mana yang lebih penting?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience