5. kerja keras yang perlu dilaksanakan

Romance Series 1770

Keesokan Paginya merupakan hari Sabtu.

~ 7:00 a.m. ????

Zay berjoging berbasikal di taman tasik yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Zay selalu berbasikal sambil itu menikmati keindahan alam pada hari Sabtu sahaja. Hari lain Zay akan sibuk dengan urusan kerjanya. Zay kerja sebagai CTO kerana seorang yang cepat dan cekap belajar mengenai komputer & IT . Zay seorang yang pintar sejak usianya enam tahun lagi. Oleh disebabkan itu daddynya mengambil keputusan untuk memberikannya kerja, berlainan pulak dengan abangnya yang ingin mengejar cita-cita serta tidak keinginan untuk berkerja dengan daddynya.

Adi pernah kata kepadanya

"Zay kau urus la syarikat daddy... Abang belum bersedia untuk memegang jawatan dalam syarikat daddy. Abang nak tumpukan perhatian pada kerjaya abang dulu...ooohhh my world....I need to finish my job first.Zay nanti kita VC lagi. Bye Tata Titu."

macam-macam perangai abang aku bila difikirkan.
Nantilah aku sambung tentang abang aku ni buat semak otak aku je????.

Baik sambung aktiviti outdoor aku ada faedahnya.
Semasa berbasikal Zay sempat berbual dengan para wanita dekat situ sambil tu aku boleh cuci mata sikit. biasa kalau lelaki (pencinta wanita) aku tak peduli orang cakap. Diri aku ada aku kesah makcik bawang .????

...

~ 7:40 a.m.
Zay sudah pulang dari berjoging. Dia terus ke meja makan yang berkonsepkan ruang makan mewah nuansa putih.
Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot dan penggunaan warna 'earth tone' pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.

Zay mengambil Roti John yang dibuat oleh Mak Lela iaitu membantu rumah merangkap mak angkatnya.
"Mana pulak mak Lela ni tadi sebelum pergi joging ada je" hairan zay

" Apa yang di bising Zay hoii. Mak Lela baru masuk bilik sekejap je dah bising. Ni bila nak pergi kerjanya? Nak dekat pukul 8 dah, Nanti pergi mengadap jem pulak." tiba-tiba muncul perempuan yang berusia lingkungan lima puluh tahun.

"Kejap lagi Zay pergi la kerja.Kalau jem, ada kaya.wkwkwk "Gurauan Zay

"Kau nak kena ni ??????"geram mak Lela

" Ala gurau je itu pun terasa ke nak manja sikit dengan mak Lela pun tak boleh." Muncung mulut Zay
"Mmm, Mak Lela daddy dah pergi kerja ke?"sambungnya.

"Ala intan payung mak mana ada terasa
terasa sayang lagi adalah. Daddy kau dah pergi pejabat laju ke mana entah sarapan pun belum jamah lagi tu. Pesan dekat daddy kau makan nanti kerja lupa nak makan bila balik baru ingat lapar mulalah cari makanan. Kamu ni dah lambat pergi kerja." membebel mak Lela.

"iyalah nak pergilah ni" jawab ringkas Zay
zay menaiki tangga terus ke biliknya untuk bersiap.

Di pejabat
~ 9:00 a.m.

Zay tiba di pejabat, dan segera menyemak e-mel dan mesejnya di Slack. Zay menggunakan Slack untuk banyak perkara, jadi aktiviti ini sering mengambil masa yang lama.Zay selalu melihat laporan kesalahan sistem log ralat (error log ) yang di alami sepanjang hari di beberapa saluran Slack, dan semak sesuatu yang mencurigakan atau tidak biasa.

Beberapa perkara yang biasanya berlaku adalah perbezaan dalam pembulatan satu sen, yang menyebabkan kegagalan untuk menyelesaikan transaksi. Zay sebenarnya cuba melakukan automasi untuk semua proses, tetapi penambahan berterusan ciri-ciri baru biasanya menghasilkan kemunculan isu-isu baru yang memerlukan pengendalian manual. Agak susah memegang jawatan sebagai CTO ni apatah lagi CEO. Pecah Otak rasanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience