Diari Kampus Tanpa Cinta dan Kesungguhan

Short Story Series 1081

Sajak Diari Kampus Tanpa Cinta dan Kesungguhan
❤️

Bilik bertawa halus mengerakkan hati
Langkah ke bilik air menjadi gemaan gundah
Titisan air di singki melarat ke kembangan pancaindera
Aku menjelma dalam diari kampus tanpa cinta dan kesungguhan
Anugerahku belum tiba masanya mencengkam aurat hati
Akal berfikir dalam roda putaran ilmu
Diuji dalam soalan licik dan ketelitian etika manusia
Dengan diri ini gagal menjadi karakter disegani masyarakat
Tamanku hancur dipijak kuasa ego manusia
Lampu terang di bilik malap menemani suri hati lara
Tertidur di katil tanpa doa melindungi diri lagi
Aku bersama ramah tamah dusta menjadi jiwa mayat
Keluhan beranak cucu gundah penepis positiviti abadi
Sehingga depresi bertandang menyandarkan ilmu tanpa kelayakan jiwa
Aku tewas untuk memahami rencah alam dewasa ini
Kerana jalan permulaanku adalah pengakhiran musim ilmu memanggil
Mendampingi kertas berpena tersurat dan tersirat
Sehingga jemari sastera mencipta nama berlegasikan cinta terbiar!

-fiona fj-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience