sandra cepat² bersiap malam itu,si nina dengan pakwe sedang tunggu sandra di bawah rumah sandra.
sandra turun dengan tergesa-gesa,memikirkan si nina sudah lama tunggu.bila si sandra turun,terbeliak biji mata nina.
"weyy kau takde gaya lain ke?selain nak pakai macam tu?kang terkejut dia.."
"hmmm...biar la,xde sapa nak tengok lagi pon lepak kat kedai makan je pon,bukan kat shopping mall pon" balas sandra sambil tengok pakaian yang dipakai nye.
dalam hati sandra mengomel sendiri,cantik ape pakai macam ni,tshirt gan seluar palazo.simple
"yela sandra...ikut suka kau" balas nina.
nina perhati pakaian si sandra,yang agak simple.lagi pon nina tahu yang si sandra ni tak suka bergaya sangat,yang si sandra tahu hanyalah simple-simple saja.
"weyyy...." sandra baru nak balas tapi bunyi handphone berbunyi.
*dah nak sampai,kat mana?*
*cepatnya...bawah rumah ni,ikut je maps tu*-sandra
*okey...tunggu tepi tau,kang orang lalu pulak..hahaha*-fahmi
*hahaha...kalau lalu pon takpa,takyah la jumpa..hahaha*-sandra
*jahatnya dia...*-fahmi
*hahaha...*-sandra
*okey orang dh masuk tapi tak nampak dia pon?*-fahmi
*Oo..ok²*-sandra
lalu sandra berdiri tepi jalan dengan hati yang gementar,sebuah kereta myvi purple berhenti depan sandra.sandra memandang ke arah nina dengan iz.
sandra pandang semula ke arah tingkap yang di turun kan.
'makkk ai salah orang ke ni'bisik hati sandra.terkejut bukan kepalang bila lihat fahmi dalam kereta tu,'hmm handsome,hitam manis tapi dia ni mix ke?sandra jadi tertanya² sendiri.
"awak tak nak masuk ke?" tanya fahmi
sandra jadi blur tiba²"ha jap,p kat kawan sat"jawab sandra
"okey"balas fahmi
" nina kita nak p lepak mana?dia tanya tu.."
"ikut jela,korang naik kereta,aku gan iz naik moto korang follow je kami yea" jawab nina
"okey" balas sandra
sandra mengetuk tingkap kereta fahmi,pantas fahmi membuka pintu kereta nye untuk sandra.
"nak p mana?" tanya fahmi
"entah follow dia orang je la*balas sandra
" okey..."mata fahmi tak lepas pandang untuk melihat sandra di sebelahnya.
sandra rasa tidak selesa bila fahmi pandang dia lama².
"awak...bole tak mata tu pandang depan,tak selesa la." sandra pandang di luar cermin.
"hahaha...okey² sorry sayang" fahmi fokus terhadap memandu nye.
bila sampai di tempat yang di tuju,
fahmi masih tidak mahu buka pintu kereta,sandra pelik tiba².
"asal tak buka pintu kereta?" soalan sandra
"saja...nak tengok muka dia jap" balas fahmi
"hahahaha...jom la turun,iz dah tunggu kat belakang tu"balas sandra untuk hilangkan gugupnye.
" jom"jawab fahmi.sandra merasa lain macam bila setengah pelangan di kedai itu memandang ke arah mereka.
'haip macam tak penah nampak orang berjalan ke?ke dia orang pikir aku ni bawak pakwe lain dari bangsa aku?'ngomel sandra dalam hati.
setiba di meja makanan nina dan iz pandang satu sama lain terus memandang ke arah sandra.sandra tunjuk muka blur.
"kenapa?" soal sandra terhadap nina dan iz yang memandang mereka seakan pelik.
"takde ape" balas nina sambil sengih.
secara serentak sandra gan fahmi meminta order yang sama
sandra dan fahmi memandang satu sama lain,fahmi dah tayang sengih.
"woww...serentak korang ehhg...adakah itu cinta?" nina ketawa melihat aksi sandra yang buat muka toya.
"weyy mulut hang,tonyoh dengan cili kang baru tahu." jawab si sandra.
iz dengan fahmi hanya memerhati saja sikap dua gadis di sebelah mereka tu.
"bahasa kedah dah mai dah..." balas nina sambil ketawa.
sandra sengih saja dengar si nina cakap bahasa kedah.
"lantak la..bahasa apa pon."balas sandra.
iz dan fahmi terus gelak dengar tengok sandra buat muka monyok.
'comelnye dia buat muka macam tu,geram pulak aku tengok sandra buat muka macam tu.'ngomel hati fahmi.
selesai makan mereka bangun dari tempat itu mereka bersalam sebelom ke haluan masing².
" bawak balik sandra terus tau"pesan iz yang beriringan dengan fahmi.
fahmi hanya angguk sambil senyum.
fahmi menunggu sandra di belakang kereta,fahmi memerhati sandra yang rancak bersembang dengan nina,lalu tersenyum sorang².
dalam kereta sandra diam,cuma lagu saja yang berkumandang,fahmi di sebelah memandang ke arah sandra yang leka melihat luar cermin.
sandra terkejut bila tangannye di sentuh lalu di genggam dengan erat oleh fahmi.
"kenapa?" soal fahmi sambil pandang ke arah sandra.
"tak...biasa la macam ni" sandra menarik tangannye dari fahmi,namun genggaman itu semakin kuat lalu fahmi mencium jemari sandra.
"Oo..yeke?kalau macam tu biasa jela dari sekarang" jawab fahmi dengan selamba.
sandra seakan pelik dengan perangai fahmi.
"taknak la...kita balik jom,ngantuk la" sandra pura-pura menguap.
fahmi berhenti di parking kawasan perumahan sandra,tangan nye masih menggenggam tangan sandra,malah sandra masih pandang di luar.
tetiba sandra menjerit bila tangannye di gigit oleh fahmi,sandra ingin menarik tanganye dari fahmi,namun fahmi engan melepaskan jemari sandra lalu sandra diam dan menoleh ke luar tingkap.
"kenapa?soal fahmi bila sandra diam dan menoleh ke luar sana.dalam hati fahmi 'geram melihat sikap sandra yang buat² tak tahu kat dia'
" takda apa..."jawab sandra,sandra malu bila lelaki itu pandang dia tanpa henti.
fahmi menarik muka sandra untuk melihat muka dia.sandra malu bila di perlakukan begitu oleh fahmi.
"kenapa dengan sayang ni?tak suka tengok muka biy?" soal fahmi bila melihat sandra diam saja.
"tak la...ehh sejak bila saya jadi sayang awak ni?" soal sandra pulak.
"start hari ni,awak jadi makwe saya yea,jangan panggil awak lagi yea sayang,panggil biy" jawab fahmi sambil mencium jemari sandra.
"kalau tak panggil biy,orang tau nak buat ape kat dia nanti" sambung fahmi,sandra dah jadi seram bila mendengar fahmi cakap begitu.
"hahah..ok²" jawab sandra sambil anguk kepala .
"sayang..." panggil fahmi.
"hmm...jom la balik,dah lewat ni,bye" sambil menarik tangannye.
"yela²...sekejap je jumpa dia,salam dulu baru keluar." balas fahmi.
"yela" sandra mengikut arahan fahmi.
"bagus" fahmi senyum melihat sandra.
"take awak,drive lelok yea" sandra senyum sambil buka pintu kereta.
"okey sayang" balas fahmi.
kerata fahmi sudah hilang di hadapan sandra,sandra terus naik ke rumahnye.
sandra terus merebahkan badannye atas tilam yang empuk,otak nye masih mengingat apa yang fahmi lakukan tadi,sampai la sandra tertido.
Share this novel