Rate

Bab 3

Romance Completed 3005

" walaweii... asal kau senyum sorang2 ni ? kena sampuk ke apa."
Tersentak arshad, bayangan mel terus hilang.

"Takk... a.. a...ku..aku cuma teringatkan kerja aku yang berlambak ni. Lama aku ambil cuti kan.. so sekarang back to normal life la."
jelas arshad tergagap gagap.

"jap2 ... tapi perlu ke senyum? baik kau jujur dengan aku. Pelik kau ni, kerja banyak patut kau risau bukan happy."
kuat iqbal menampar bahu arshad, mengharapkan jawapan yang logik.

"Sakit la bodoh.. ye ye! aku senyum sebab teringatkan mel, comel juga dia tu."
terharu wajah arshad menjelaskan apa yang dirasa.

Dengan ketinggian mel 165cm, Ala model dan berkulit cerah serta mempunyai badan yang sedap mata memandang itu. Dapat mencairkan sedikit iman arshad.

"oh no!! arshad... don't tell me you falling in love with her? like seriously?"
terbuntang mata iqbal mahukan kepastian yang kawannya sedang dipanah asmara mel.

" eh memandai kau.. aku just suka tengok dia senyum, cara dia bercakap..manis, lembut yang penting dia lebih matang bila berfikir. Jauh dari umur sebenar."
Panjang lebar arshad menerangkan sifat manis mel. Tersenyum arshad bila teringat senyuman mel, tanpa pedulikan iqbal yang dari tadi masih keliru.

************************************

"Mel kau rasa okay tak ?.
sapa maya mematikan lamunan mel, yang hampir menjadi rutin hariannya.

kehairanan mel meneliti pertanyaan dari maya " what do you meant?.

" Alaaa kau ni buat2 tak tahu pulak.. malu la tu. Cik emelyn natasha, Hello .. aku nampak k. Kau tenung arshad kelmarin tanpa kerdipan "
Maya tertawa kecil, bila sedar wajah mel sudah kemerahan menahan malu.

"Maya kau kenal aku kan, kita berkawan sejak f6 sampai la sekarang housemates. Kau nampak seksa aku, kecewa aku, sedih aku... pliss bagi aku masa. Bukan senang aku nak pulihkan, sakit dia dalam sangat."
berkaca mata mel, ditundukkan kepala memandang kaki, kesal mengenangkan kebodohan lalu. Mudahnya memberi hati sehingga mudah juga untuk orang menyakiti.

Maya menghulurkan tangan, dan merenggangkan sedikit supaya mudah untuk mendakap mel.
" Sini peluk aku, aku mintak maaf mel.. aku tahu bukan mudah kau nak lupakan haikal. Aku tak patut paksa kau terima arshad, sorry dear. Kau sahabat aku sampai bila2 pun aku janji akan selalu ada sokong kau. Tapi... satu aku mintak tolong, keluar dari kenangan kau. Aku, iqbal dan semua kawan2 sayangkan kau, aku taknak kau macam ni pliss dear."
Rayu maya yang kini turut meratap nasib mel.

" Aku lapar la... kau janji tadi nak masakkan ayam kicap kan ? rindu ayam kicap likat kau yang sedap tu.. nak pliss ."
Diseka airmata sambil merengek manja. Mel memang manja, tambahan mel merupakan anak bongsu dari 2orang adik beradik. Mel dari kecil hanya hidup dalam dunianya sahaja. Kakak mel terlalu sibuk dengan kawan2 yang ramai, sampai adik sendiri dibiar disakiti.. untung ada ibu yang masih memberi perhatian. Ayah pula hanya memanjakan kakak. Apa kesalahan yang dilakukan kakak, mel yang akan mendapat balasan.. seksanya usia kecilku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience