Rate

PROLOG

Romance Series 5813

'JANDA!' itu title yang Suraya pegang sekarang.

Suraya tidak menyangka,pada usia 29 tahun dia telah bergelar janda.

"Aku ingat Amarlah lelaki pertama dan terakhir dalam hidup aku, tapi aku silap. Dia berubah sangat selepas aku melahirkan dua orang cahaya mata. Dia asyik sibuk dengan kerja, outstation hampir setiap minggu.
Rupa-rupanya, itu cuma alasan untuk dia berpoya-poya dengan perempuan lain. Kalau Mel tak bagitahu aku yang dia pernah terserempak dengan Amar tempoh hari, sampai bila-bila pun aku akan terus diperbodohkan.

Hati aku sakit...bukan sekejap rumahtangga yang kami bina. Berkahwin hampir 10 tahun, bercinta sejak di bangku sekolah. Selama ni, aku korbankan semuanya untuk dia. Sia-sia kan masa depan aku hanya untuk dia... Tapi hari ni, dia tinggalkan juga aku hanya untuk perempuan yang dia baru kenal.

Bodoh! Aku memang bodoh...meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Amar.

Aku bingung...tak tahu nak buat apa sekarang. Simpanan tak ada, kerja tak pernah..macam mana aku nak teruskan hidup aku. Dengan anak-anak lagi yang semakin membesar...aku kena besarkan mereka seorang sekarang.

Yang paling berat,nak pikul gelaran 'Janda' tu. Mesti kena cemuh dengan masyarakat lepas ni. Macam tu lah yang selalu tengok dalam television, yang di sekeliling pun macam tu juga aku tengok. Apa salahnya jadi janda...?? Pelik...janda pun manusia. Dulu aku tertanya juga, kenapa janda dipandang serong, sekarang aku akan tahu kenapa dan akan rasa apa seorang janda rasa. Ya Allah...Engkau berikan lah kekuatan kepada aku untuk memempuh hari-hari yang akan mendatang."

"Mama!" laung Mira dari jauh sambil melambai-lambaikan tangannya kepada Suraya. Suraya membalas lambaian Mira itu apabila dia tersedar dari lamunan.

Mira berusia enam tahun,anak Suraya yang bongsu.Mika anak yang sulung pula berusia lapan tahun. Walaupun usia mereka masih muda,mereka sangat faham akan apa yang terjadi. Mika dan Mira sangat mudah untuk diurus dan dijaga.

"Mika.. Mira..jom balik." Ajak Suraya. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya tadi.

Mika dan Mira berlari ke arah Suraya. Ditangan Mika dan Mira, Suraya melihat ada sebiji lolipop.

"Dapat dari mana lolipop tu?"

"Uncle tu bagi." Jawab Mika sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempat Mika dan Mira bermain tadi. Lelaki itu merenung mereka dari jauh. Rasa seram pula Suraya dengan renungan lelaki itu.

Suraya menarik tangan Mika dan Mira lalu segera beredar dari situ.

"Kenapa Mika dan Mira sesuka hati je terima apa orang bagi..?? Berapa kali dah mama pesan jangan ambil pemberian dari orang yang Mika dan Mira tak kenal!"

Suraya naik angin dengan perbuatan anak-anaknya yang sesuka hati menerima pemberian dari orang yang tidak dikenali. Sudahlah dia bingung dengan situasi mereka sekarang, anak-anaknya pula buat perangai. Jika mereka diculik atau di apa-apakan oleh orang yang tidak dikenali tadi bagaimana??

"Sorry mama.....uncle tu bagi, Mika ambil la. Lagipun, uncle tu nampak macam baik je."

"Mika sedar tak apa yang Mika buat ni bahaya?! Kalau orang tu apa-apakan Mika dan Mira tadi macam mana? Kalau orang tu tadi culik Mika dan Mira apa korang nak buat?!" Wajah bersalah anak-anaknya dipandang bersilih-ganti.

Mika dan Mira diam seribu bahasa...mereka sedar mereka salah. Melihat mereka yang terdiam itu menggamit rasa bersalah pula di dalam hati Suraya. Rasa bersalah kerana memarahi meraka di situ.

"Mama minta maaf...tapi apa yang Mika dan Mira buat memang salah, next time bila orang yang Mika dan Mira tak kenal bagi apa-apa, jangan ambil tau...jangan cakap dengan orang yang Mika dan Mira tak kenal..faham??"

"Faham mama..." balas Mika dan Mira serentak.

"Dah...jom balik.."

Mereka beriringan ke kereta yang terletak tidak jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience