Rate

BAB 1

Fanfiction - KPOP Series 623

"Annyeong haseyo."kata Mira.
"Annyeong,Mira happy-nya kau harini.Ada apa-apa jadi ke?"tanya Yu Na sambil menongkat dagu dengan tangannya.
"Entahlah,aku mimpi ada lelaki handsome muncul dalam rumah aku."kata Mira dengan muka yang gembira.
"Wow...dia buat apa dalam rumah kau?"tanya Yu Na.
"Dia duduk atas sofa dekat ruang tamu aku,and dia minum air."kata Mira lalu menarik kerusi dan duduk ditempatnya bersebelahan dengan Yu Na.

Tiba-tiba seseorang menepuk mejanya,apabila dia memandang kedepan Taehyung ada di depan mejanya.
"Kau nak apa?"tanya Mira sambil membuka buku yang ada di atas mejanya.
"Kau tak lupa janji kau minggu lepaskan?"tanya Taehyung sambil memasukkan tangan kedalam poket seluarnya.
"Aku ingatlah."kata Mira sambil menghulurkan buku latihan kepada Taehyung.
"Kenapa bagi dekat aku?"tanya Taehyung sambil mengerutkan dahi.
"Aku tahu kau tak siap lagi kerja sekolah matematik,baik kau ambil lepastu pergi salin cepat sebelum cikgu masuk."kata Mira.
"Matematik waktu pertama ke?"tanya Taehyung.Mira dan Yu Na mengangguk serentak.Taehyung mengambil buku itu dan pergi ketempat duduknya.
"Kau selalu tolong dia,kau suka kat Taehyung ke?"tanya Yu Na sambil mengangkat keningnya.
"Aku suka Taehyung?Kau ni buat lawak ke,aku ni dari Sd selalu tolong dia.Dia terhutang budi dengan aku kau tahu tak."kata Mira panjang lebar.
"Dia terhutang budi dengan kau?habistu kenapa kau janji nak belanja dia minggu lepas?"tanya Yu Na.
"Sebab dia lulus ujian haritu,jarang tau dia lulus dari tahun pertama lagi tau tak,tahun ni prestasi dia meningkat."

Mira satu-satunya kawan baik Taehyung.Mira adalah kawan Taehyung sejak Sd lagi.Taehyung tiada kawan kerana sering dibuli ketika Sd.
"Mira aku rasakan Taehyung suka dekat kau."kata Yu Na.
"Aku?tak dia suka orang lain."balas Mira.
"Siapa?"tanya Yu Na.Mira mengangkat bahunya.Yu Na memuncungkan mulut.

WAKTU REHAT....

Mereka bertiga pergi ke kantin bersama seperti biasa.Bila mereka sampai di kantin hampir semua pelajar memandang kearah mereka.
"Diorang ni apahal tengok orang?"kata Yu Na.
"Entah diorang tengok Taehyung kot?"kata Mira pula.Setelah mengambil makanan mereka duduk di meja.
"Aku dengar,tulah Mira yang pukul budak lelaki waktu Sd dulu.Ramai kata hebat berlawan sebab pernah masuk kelas judo dengan taekwondo."
"Ye ke?Aku ingatkan dia ni budak baik.Tapi dia pandaikan?Entah-entah dia buli budak suruh bagi dia jawapan kot waktu ujian."
Perbualan antara dua orang pelajar perampuan itu didengari oleh Mira.Taehyung dan Yu Na hanya memandang Mira.Wajah Mira nampak seperti tidak ambil kisah tentang khabar angin tu.

SELEPAS SEKOLAH....

Mereka bertiga keluar dari pagar sekolah bersama-sama.Mira hanya diam sejak kejadian dekat kantin tadi.
"Mira."Panggil Taehyung.Mira memandang Taehyung.
"Wae?"tanya Mira.
"Kau menyesal tak tolong aku waktu Sd dulu?"tanya Taehyung.
"Tak.Kenapa kau tanya?"Yu Na hanya mendengar perbualan Taehyung dan Mira.
"Sebab aku...kau dianggap budak perempuan kaki buli.Aku kesian dekat kau."Kata Taehyung.
"Kau tahu kan aku bukan macam tu,so....cukuplah sekadar kawan aku percayakan aku.Aku tak kisah kalau orang nak kata apa kat aku."kata Mira.
"Korang ni sweet lah."kata Yu Na.Mira dan Taehyung memandang Yu Na.Taehyung merangkul bahu Mira dan Yu Na.
"Korang berdualah kawan baik aku."kata Taehyung.Muka Yu Na merah,Mira tersenyum melihat telatah kawan-kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience