Rate

Bab 2

Drama Series 1567

Sikit saja lagi. Sikit saja.. Dan....

AKU DAH MASUK DALAM PERKARANGAN SEKOLAH!

Alhamdulillah sempat.

Aku menghela nafas tanda kesyukuran yang teramat. Nasib lah aku sempat masuk dalam pagar sekolah sebelum loceng. Cikgu Marliya dan pengawas yang lain sudah menunggu di pintu pagar.

"Edrin! Kamu lambat." Bentak cikgu Marliya.

"Cikgu, loceng belum bunyi kenapa saya boleh lambat?" Tanya ku.

"Kamu lewat 15 saat. Loceng sepatutnya dah lama bunyi tapi loceng sekolah rosak. Jadi kamu tetap di denda." Jawab cikgu Marliya tegas. Wajahnya jelas menunjukkan mukanya yang dingin.

"Tapi.."

Baru sahaja aku ingin bersuara tiba-tiba suara bising datang dari arah belakang.

Vroom! Vroom!

Bunyi motor berkuasa tinggi berada betul-betul di belakang kami.

"Oi badak! Tepi sikit aku nak masuk." Sergah nya.

Tak lain tak bukan, Tengku Rayyan Aqashah dah sampai.

"Tengku, kamu lewat. Jadi kamu akan di denda bersihkan Koridor blok B faham? lagi satu disebabkan mulut kamu terlebih kotor cikgu nak tolong kamu bersihkan mulut tu secara percuma. Jadi, kamu kena bersihkan koridor termasuk tandas okay?" Panjang lebar cikgu Marliya memberi hukuman kepada dia.

Aku ketepi sedikit untuk berdiri di sebelah cikgu Marliya. Laluan besar diberikan untuk motor berkuasa tinggi itu masuk ke dalam kawasan sekolah.

Setelah motor Rayyan hilang dari pandangan, cikgu Marliya langkas je rotan punggung ku sekali.

"Lewat lagi! Masuk ni dah berapa kali lewat? Kamu ni sebelum ni rajin je datang awal, fokus dalam kelas. Sekarang? Dah macam kera hilang anak! Apa masalah kamu? Nak cikgu call mama kamu?" Tanya cikgu Marliya.

Ouh tuhan jangan lah kau sebut 'mama'. Sungguh aku takut nak menghadap mama kalau mama dah bising.

"Saya minta maaf cikgu! Saya janji lepas ni saya datang awal." Kataku sambil mendepakan tangan kanan seolah-olah ingin membaca rukun ikrar.

"Kamu ni. Janji je tahu buat janji nya tak tahu!" Marah cikgu Marliya. Dirinya pergi ke arah koridor A yang terletak di hadapan tapak perhimpunan.

Mata ku jelas sayu. Memang dah beribu kali rasanya aku berjanji dengan cikgu tu tapi janji tu sikit pun aku tak kota kan.

"Edrin, tulis nama awak dekat sini." Seorang pengawas lelaki memanggil aku supaya menulis nama di nota pelajar yang lewat.

Tanpa banyak berbunyi aku terus menulis nama ku.

"Jangan tipu nama tau. Saya nak nama awak yang penuh." Kata nya sambil tersenyum.

Siapa dia?

Dia lah Tengku Firyas Daniel. Merangkap sepupu Tengku Rayyan Aqashah.

Orang nya jauh beza dari Rayyan. Dirinya baik hati, pandai dan seangkatan dengan nya.

Kalau Rayyan pandai dalam pelajaran dan aktif dalam sukan seperti itu juga lah Firyas. Cuma, Rayyan yang sombong dan nakal bukan macam Firyas yang baik dan tak sombong.

Mereka berdua memang antara pelajar TOP 10 popular di kawasan sekolah. Sudah lah pandai, Handsome dan anak orang kaya.

Tapi aku tak pandang harta dan rupa. Aku suka dengan Rayyan sebab dia pernah jaga aku dan sudi berkawan dengan aku dari kecil cuma dia dah berubah sekarang. Kecuali Firyas, dia masih sama dari kecil.

Bila dah besar, aku sedar diorang makin menjauhkan diri dari aku. Siapa yang sudi nak berkawan dengan aku kan?

"Okay." Jawab ku sepatah sambil tersenyum.

"Oi badak! Kau ni kan tak sah lah kalau tak halang jalan aku. Lepas tu nak berdrama dengan Cousin kenapa?" Tanya nya.

Rayyan menolak aku sedikit dari meja yang sedang aku gunakan untuk mengalas nota pelajar yang lewat.

"Ish, Jealous ke tengok dia berdrama dengan aku?" Tanya Firyas.

"Heh, WAHAHAHA Jealous? Sesuai lah kau dengan badak ni. Sedondon." Kata nya sambil tersenyum sinis.

Aku terasa di hina. Senyuman mula lekang dari bibir. Nasib lah kami bertiga je waktu tu. Kalau ada pengawas yang lain? Mahu malu aku setahun.

"Edrin, jangan layan Rayyan ni. He just jealous to see us like this." Kata Firyas sambil tersenyum.

Cemburu? Jealous? Firyas tu semua palsu. Aku dengan dia ibarat langit dengan bumi.

"Dah, so Edrin and Rayyan. Your punishment is be a free cleaner today. Bersih kan blok B waktu balik nanti. So now, boleh masuk kelas." Kata Firyas sambil menyusun barang-barangnya kedalam beg.

"Kau bila nak masuk?" Tanya Rayyan sambil di main-mainkan pen Firyas.

"Nanti, lepas siap hantar barang ni dekat bilik disiplin aku masuk kelas terus. Sini pen tu." Jawab nya sambil cuba merampas pen nya di tangan Rayyan.

"Eh badak, pergi lah masuk kelas. Yang kau tercegat sini kenapa? Nak rapat-rapat dengan Firyas pula ya?" Tanya nya sambil tersenyum sinis.

"Kau ni! Dia ada nama tau. Tak baik panggil Dia badak. Kau sama kan dia dengan haiwan kesian lah dia. Allah murka dengan hamba yang menghina ciptaan nya." Panjang lebar Firyas memberi syarahan kepada Rayyan, dia cuba pertahankan aku. Tu lah Firyas, orang yang selalu pertahankan aku bila Rayyan buli aku.

"Assalamualaikum." Salam ku beri sebelum berlalu pergi untuk masuk ke dalam kelas. Tak sanggup nak duduk di situ lama-lama. Nanti makin menambah dosa aku bila Rayyan asyik memerli aku.

"Eh badak! Tunggu lah aku. Kita jalan sama-sama." Panggil Rayyan.

Tadi nak aku pergi. Sekarang nak jalan dengan aku pula. Malas nak melayan terus aku melajukan langkah.

"BADAK!" Jerit nya. Aku terdengar budak-budak blok A sudah ketawa mendengar aku dipanggil badak dengan si Rayyan.

Aku cuba lari selaju mungkin.

Zzap!

Pantas saja tangan nya mencapai beg aku. Edrin kau lupa ke yang dia tu atlet sekolah dan kau cuma gemuk yang berjaya di sekolah.

"Weh badak. Kau sombong dengan aku sekarang. Dengan Firyas bukan main mesra kau ya." Tanya nya.

Laju saja dia berjalan dan berada di sisi aku. Pelik lah. Dua bulan lepas aku confess dia reject. Lepas tu dia selalu buli aku. Lepastu sekarang dia asyik nak buli dan nak rapat dengan aku dalam waktu yang sama.

"Apa benda?" Tanya ku. Aku sudah malas nak melayan. Pelik dengan sikap dia yang tak habis-habis nak mengacau aku.

.
. .

"Edrin and Rayyan! Kelas tahanan now!" Kata cikgu Marliya yang sudah siap menunggu di pintu kelas kami.

"Wuhuu Rayyan dengan Badak oi! Suwit mak!" Perli rakan-rakan Rayyan.

Rayyan hanya tersenyum dan berlalu keluar. Aku hanya jalan di belakang nya. Sebelum keluar dia sempat menunjukkan jari tengah nya dihadapan kawan-kawannya yang lain sambil tersengeh.

Subhanallah, budak-budak zaman sekarang dah berubah.

.
. .

"Kamu berdua bersihkan koridor ni. Dah bersih panggil saya. Saya nak check dan kalau bersih baru kamu dibenarkan pulang." Cikgu Marliya memberi arahan kepada aku dan Rayyan.

Haduh, kesian mama kena tunggu aku. Lebih baik aku call mama dulu.

"Cikgu! Izinkan saya telefon mama saya dulu. Nak suruh dia datang lewat sikit." Tanya ku meminta izin.

"Pergi lah. Cepat sikit." Jawab cikgu Marliya.

Aku laju sahaja pergi ke blok A dan menuju ke arah telefon awam.

Duit dimasukkan. Nombor mama aku tekan.

...

...

...

KENAPA TELEFON NI?! DUIT DAH MASUK DIA BOLEH PULA ROSAK! OUH TUHAN!!

Aku terus lemah longlai. Kesian mama kena tunggu. Tak boleh jadi!

Aku terpaksa pinjam telefon cikgu Marliya. Baru sahaja aku tiba di blok B cikgu Marliya sudah tiada. Ouh tuhan.

Yang ada hanya Rayyan yang sedang menyapu daun-daun yang jatuh dari pokok petai. Diri ku tercegat. Banyak nya masalah.

"Aip, awal siap. Kau call ke tak?" Tanya Rayyan.

"Tak." Jawab ku sepatah.

"Why?" Tanya nya lagi.

"Phone rosak" Jawab ku sambil memandang ke arah rumput.

"Telefon sekolah ni memang macam ni. Makan duit haram banyak. Nah guna Phone aku." Dia mengeluarkan Iphone dari kocek beg nya.

Aip! Sekolah boleh bawak phone ke?

Tanpa banyak bunyi aku terus mendail no mama.

Laju je aku beri sebab kenapa aku lewat. Mama hanya 'O' kan saja. Tidak cukup mama juga membebel sebab aku di denda lewat. Esok memang kena bangun awal lah jawab nya.

.
.
Setelah lama mama membebel akhirnya talian dimatikan.

"Badak! Lamanya. Aku dah siap separuh engkau sedap je landing macam ni sekolah mama kau pulak!" Rayyan mula membebel.

Comel..

Aku pun terus bangun dan menyiapkan apa yang patut.

Setelah selesai membersihkan kawasan sekolah kami dibenarkan balik.

Kawasan sekolah sudah sunyi sepi. Bunyi motor Rayyan kedengaran hingga ke kawasan luar.

"Badak! Mama kau macam lewat je. Jom naik dengan aku." Rayyan sudah menghulurkan Helmet nya.

Nak naik dengan lelaki? Erm mama kata tak elok..

"Kau tak payah lah nak fikir-fikir pasal pesanan mama kau tu! Dah pukul 7:40. Solat maghrib pun aku belum tunaikan lagi. Kau nak ke tunggu sampai malam? Aku okay je kalau kau tak nak naik. Kurang sikit beban." Kata nya.

Tengok! Dia yang ajak dia bebel. Aku dah kata dia pelik. Dalam perlian ada kebaikan. Dalam kebaikan ada kebusukan.

Aku tengok jam, sudah 7:42 petang. Solat maghrib belum tunaikan lagi. Haish kena lah juga. Im sorry mama

"Terima kasih" Jawab ku sambil mencapai huluran helmet yang diberi oleh nya sebentar tadi.

.
.

Sampai sahaja di depan rumah aku. Dia terus jalan.

Tak sempat nak ucap terima kasih.

Aku tengok kereta mama dah di parking di dalam kawasan rumah. Apa ni? Kereta ada mesti lupa nak ambil aku.

Aku masuk ke dalam kawasan rumah.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam.

"Waalaiku- YA ALLAH ANAK MAMA! Sorry mama lupa ambil. Ya allah siapa hantar? Sayang jalan kaki ke? Ya allah anak aku." Mama mula memegang badan aku dan dicium-cium nya pipi aku.

"Im okay ma, and Rayyan yang hantar Ed." Jawab ku.

"Rayyan? Ouh anak Uncle Hafiz. Okay-okay im sorry. Nanti malam mama bawa anak mama makan luar ya?" Mama cuba memujuk.

Aku tersenyum. Makan luar mesti lah aku nak ini itu.

"Thanks ma! Ed mandi and solat dulu then siap-siap kita terus pergi sama-sama kay?!" Jawab ku sambil tersenyum riang.

"Okay girl." Jawab mama sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience