1

Romance Completed 26513

Meigan Thea keluar dari kereta Myvi birunya dengan santai, tangan dia cepat-cepat ambil beg kerja dari tempat duduk belakang. Baru je nak melangkah masuk ke lobi, dia ternampak seorang pengemis tua duduk bersandar kat tepi jalan, tangan menghulur cawan kecil berisi beberapa keping syiling.

Meigan berhenti sekejap, mata dia memandang pengemis tu dengan rasa simpati. Tanpa banyak fikir, dia seluk poket seluar, keluarkan beberapa keping duit kertas, dan hulurkan kepada pengemis tu.

"Nah, pakcik, sikit rezeki pagi ni," kata Meigan dengan senyuman ikhlas.

Pengemis tu terkejut, cepat-cepat ambil duit tu dengan tangan yang menggigil. "Terima kasih, nak… semoga murah rezeki kau."

Meigan senyum lagi, angguk kecil. "Sama-sama, pakcik. Eh, pakcik, doakan la saya cepat dapat jodoh. Bosan la hidup single ni," gurau Meigan sambil gelak kecil, matanya berkelip manja.

Pengemis tu ketawa kecil, sambil angguk kepala. "God Bless you, nak. Pakcik doakan kau jumpa jodoh yang baik, cepat-cepat kahwin."

Meigan ketawa lagi, rasa lega dan ceria. "Amen, pakcik. Terima kasih, tau!" Dia lambaikan tangan dan teruskan langkah ke tempat kerjanya.

"Amboi, baiknya hati kau," sindir Shane sambil menyandar di kerusi, matanya tertuju pada Meigan yang sedang menuju ke kaunter, tepat pada jam 8 pagi.

"Bukan selalu pun," jawab Meigan sambil melipat lengan uniformnya, seolah-olah tak mahu menghiraukan sindiran Shane.

Shane menggeleng kecil, masih dengan senyuman di bibirnya.
"Kau tak takut ke kalau dia menipu?" tanyanya sambil menyilang kaki dan kembali memandang dokumen-dokumen di hadapannya.

Meigan menghela nafas panjang, kemudian menjawab dengan tenang.
"Eh, aku tolong apa yang aku rasa betul je. Kalau dia tipu, itu hal dia dengan Tuhan. Lagipun, menderma ni kan memang good deed lah."

Dia kemudian duduk di depan kaunter, menghela nafas sambil melepaskan lelah.

Shane menatapnya dengan pandangan nakal, bibirnya melengkung ke atas.
"Dengan aku, kau tak nak derma ke?" soalnya, nada suaranya menggoda.

Meigan mengerutkan dahinya, matanya sedikit mengecil. Lelaki yang nampaknya punya segalanya, apa lagi yang dia mahu?

"Kau nak derma apa dari aku?" Meigan membalas dengan nada ragu-ragu, cuba memahami maksud Shane.

Shane mendekat sedikit, senyuman lebarnya membuat lesung pipitnya lebih jelas terlihat.
"Derma hati kau lah," jawabnya sambil bersandar di kerusi, matanya tidak lepas dari wajah Meigan, menunggu reaksinya.

Meigan Thea mengeluh panjang sambil mengemas fail di depannya. Dia kemudian bangun dari kerusi dengan langkah yang berat.

"Shane, aku respect kau sebagai boss aku. Aku dah cakap, aku tak nak dan belum ready nak bercinta lagi, okay?" ujarnya jujur, suaranya lembut namun tegas.

Meigan berjalan menuju ke belakang kabinet, membuka salah satu laci, dan menyimpan fail itu dengan teliti. Shane, yang tak berpuas hati dengan jawapan itu, bangun dari kerusinya dan menyandar di tepi kaunter. Dia menyilangkan kedua-dua tangannya sambil memandang Meigan dengan pandangan yang serius, matanya tak lepas dari wajahnya.

"Sampai bila, Mey? It's already been 8 years. Aku tahu semua pasal kisah cinta kau sejak kita jadi rapat dua tahun lepas. Dan kau pun tahu latar belakang aku, kan?" kata Shane dengan nada yang rendah, cuba meyakinkan Meigan.

Meigan menoleh, melihat Shane yang berdiri tak jauh darinya. Dia tahu Shane punya latar belakang yang bagus, penuh pakej. Handsome macam artis jepun, sweet macam gula batu, tapi mulutnya kadang-kadang tak ditapis.

"Shane, berapa puluh tahun pun, hati aku takkan dapat kembali macam dulu. It's hurt. But I can't love someone anymore. Kalau belum takdir, kenapa mahu memaksa?" balas Meigan lagi, suaranya sedikit bergetar, namun dia cuba mengawal emosinya.

Shane melangkah mendekati Meigan dengan hati-hati. Meskipun Meigan selalu menganggapnya sebagai seorang ketua, Shane tak pernah melihat dirinya begitu ketika berhadapan dengannya. Di mata Shane, hubungan mereka di tempat kerja lebih dari sekadar rakan sekerja—dia melihat Meigan sebagai seorang sahabat yang lebih istimewa.

"Aku tak paksa kau, Mey. Aku cuma mahu kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau. Aku tak nak janji apa-apa sebab aku tahu kau belum mahu menerima aku. Tapi aku berani janji, yang aku takkan buat kau menangis lagi dan merayu lagi," ucap Shane, nadanya penuh dengan keikhlasan.

Suasana tiba-tiba terhenti apabila seorang pelanggan lelaki mendekati kaunter. Shane segera berpaling ke depan dan menyambut pelanggan itu dengan salam, menyedari bahawa Meigan hanya diam membisu di depan kabinet fail itu.

Meigan yang tersentak mendengar suara pelanggan lelaki itu, segera memalingkan tubuhnya dan berjalan ke depan kaunter. Namun, saat matanya bertemu dengan wajah pelanggan tersebut, dia merasa ada sesuatu yang tidak kena.

'Sebastian Kane'

Lelaki itu lah, bekas kekasihnya, meninggalkan dirinya 8 tahun yang lalu. Dia masih sama seperti dahulu, cuma sedikit kedutan di wajah mata, memperlihatkan sesusia umurnya. Yang sama adalah, bau minyak wangi Creed’s Aventus, menyapa hidung Meigan. Dia pandang lelaki tu dengan penuh terkejut. 

Lelaki tu memang tampan, dengan wajah yang tampak maskulin dan mata biru yang dalam. Badannya berotot, tidak seperti dahulu dan kulitnya sawo matang, tak secerah seperti kali pertama mereka berdua kenal. Dia pakai baju kemeja putih yang kemas, lengan digulung sedikit, dan seluar chinos berwarna khaki yang bergaya, lengkap dengan kasut kulit coklat yang bersih dan berkilat. Dan terlihat tatu di lengan kanan tangannya.

Sebastian senyum sambil toleh ke arah Meigan, pandangannya masih sama macam dulu—goda, penuh keyakinan.
"How are you, Meigan?" Suaranya lembut, tapi ada nada menggoda yang buat hati Meigan berdebar-debar.

Meigan cuba tahan diri dari senyum terlalu lebar, tapi matanya tak dapat elak daripada bertentang dengan mata Sebastian yang masih sama—tajam dan mempesonakan.
"Eh, okay je. Kau macam mana, Seb?" jawab Meigan, sambil cuba kekalkan tenang, tapi dalam hati dia dah mula terasa kehangatan perasaan lama yang muncul semula.

Sebastian angkat sebelah kening, senyum makin lebar. "Aku okay je... lagi baik sekarang tengok kau depan mata." katanya sambil pandang Meigan dari atas sampai bawah, penuh makna.

Meigan cuba tahan senyum, "Kau ni, Seb... sama je macam dulu,"

Shane yang perhatikan dari jauh, rasa kekok tapi cuba tahan rasa. Dia angkat kening sambil senyum sinis, pura-pura melintas dengan nada sindiran. "Eh, ada reunion ke ni? Tak sangka pulak kau dua ni boleh jumpa balik," katanya sambil merenung Sebastian dengan ekor mata, penuh sindiran.

Meigan angkat muka, nampak sedikit terganggu tapi cuba kekalkan senyum. "Shane. Ini Sebastian, bekas... kawan lama," jawab Meigan, cuba menjelaskan dengan nada yang biasa.

Shane ketawa kecil, suara sengaja dikuatkan. “Haa, ni bekas kawan lama ke, atau bekas kekasih?” tanya Shane sambil melirik Sebastian, kemudian pandang Meigan dengan senyuman nakal.

Meigan terasa pipi dia merah sikit, cuba kawal muka, tapi senyum malu tetap terukir. “Shane, jangan la kecoh sangat,” jawab Meigan dengan nada cuba tenang.

Sebastian hanya senyum lebar, nampak macam suka dengan situasi ni. "Eh, nampaknya ada yang masih ingat cerita lama, ya?" katanya dengan nada menggoda sambil tengok Shane.

Shane angguk dengan sengih, “Yup, nak pastikan semua orang tahu sejarah lama. Kan bagus kalau semua tahu,” dia sindir sambil berpaling, buat-buat teruskan kerja, padahal dalam hati rasa tak puas hati tapi cuba sorok.

Meigan cuba senyum, tapi rasa kekok dah mula melanda. “Shane tu memang macam tu, kadang-kadang mulut lebih cepat dari otak,” katanya sambil geleng kepala, cuba buat-buat rileks.

Belum sempat Meigan cakap lebih, Shane dah hilang pergi layan pelanggan lain dengan senyuman lebar. Meigan rasa tak selesa, macam nak cari alasan untuk lari tapi tetap terikat dengan situasi. Dia pandang Sebastian, tarik nafas dalam-dalam, dan cuba kawal diri.

“Eh, Seb, ada apa lagi yang kau nak bincang?” tanya Meigan, sambil tangan meremas rempah pada kaunter, mata sedikit liar mencari cara untuk mengalihkan topik. “Kalau takde, aku nak sambung kerja.”

Sebastian masih berdiri dengan senyuman, tetapi kali ini ada nada serius dalam suara dia.
"Sebenarnya, Mey, aku dah kahwin dan ada anak kecil sekarang."

Meigan terkejut sekejap, dan wajahnya berubah menjadi sedikit kaku. Dia cuba tersenyum dan berkata, “Oh, tahniah la, Seb. Semoga bahagia selalu. Di mana isteri dan anak kau sekarang? Ada di sini ke?”

Sebastian menoleh ke arah Meigan dengan nada serius.
“Isteri aku tengah tukar lampin anak aku dalam tandas. Dia akan keluar dalam 10 minit lagi.”
“Kau ingat tak janji aku dulu, yang aku akan cari kau balik?”

Meigan memandang Sebastian dengan mata yang berapi, wajahnya penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Dia masukkan tangan dalam poket seluar, dan tatapan matanya penuh penyesalan, membuatkan dia terasa beku di tempatnya.

"Sebastian, tolonglah. Jangan sekali lagi cakap pasal ni. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi. Hidup bahagia sajalah." ujar Meigan dengan nada tegas, walaupun suaranya bergetar sedikit, menunjukkan dia cuba menahan emosinya.

Sebastian hanya berdiri di situ, terdiam, seakan kata-kata Meigan memukulnya dengan kuat. DIa yang pernah meninggalkannya tanpa sebarang notis dulu, hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita yang dianggap lebih berpotensi. Pada waktu itu, Meigan hanyalah seorang pelajar dan pelayan restoran.

"Mey, aku nak minta maaf atas segalanya. I was wrong..." ucap Sebastian lagi.

Meigan hanya mengeluh, matanya beralih ke arah lain, menahan rasa. Saat itu, telefon Sebastian berbunyi. Dia angkat telefon dan mendengar suara seorang wanita kedengaran dari seberang.

"Maaf, Mey. Aku kena pergi sekarang. Isteri dan anak aku dah tunggu dekat pintu lobi kapal terbang. Aku akan cuba hubungi kau lepas ni." kata Sebastian dengan nada terburu-buru.

Meigan hanya angguk sekali, wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi. Dia lihat Sebastian beredar dengan langkah cepat, keluar dari pintu. Meigan melihat Sebastian memandang anaknya dengan penuh kasih sayang, mendukungnya dengan lembut dan mencium pipi anaknya dengan penuh cinta. Manakala isteri Sebastian hanya memandang dengan wajah yang beku, penuh dengan kesedihan. Meigan hairan, tiba-tiba isteri Sebastian menoleh ke arah Meigan dengan pandangan yang tajam.

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-09-02 20:56:51 

ensem pula sebastian


NovelPlus Premium

The best ads free experience