Rate

Kesedihan di masa lalu -1

Drama Series 889

Kisah ini bermula dari seorang budak remaja perempuan berumur 16 tahun yang sangat riang dan comel yang bernama Airis.Tapi dia tidak menunjukkan kecomelannya kerana memakai cermin mata dan tidak pandai berdandan. Dia selalu menolong orang yang dalam kesusahan di sebabkan itu dia disenangi ramai. Hidupnya penuh dengan kegembiraan dan kesenangan selama 3 tahun di sekolah itu.

Apabila umurnya mencecah 16 tahun ada seorang lelaki telah meluahkan perasaan kepadanya dan Airis menerima luahannya. Dan itu adalah orang yang pertama Airis suka dan menjadi kekasih hati. lelaki itu bernama Isman, dia seorang yang kacak dan digilai ramai wanita. Sebelum ini Airis juga pernah suka padanya dan telah menulis surat kepadanya, dia telah meminta tolong kawannya untuk memberi surat itu kepada Isman tetapi malangnya kawannya iaitu Alia telah mengubah nama Airis kepada namanya. Tetapi apabila Isman membacanya dia tidak tertarik kepada Alia. Kerana itu Alia berdendam kepada Airis dan kerana mempunyai hati yang busuk dia sanggup menipu dengan mengatakan Isman tidak berminat dengannya. Airis hanya berdiam diri walau bersedih.Tapi pada masa kini barulah Airis tahu yang Alia telah menghianatinya apabila Isman memberitahu yang permilik surat yang pernah diberi Alia itu adalah Alia.Bertapa sedihnya Airis apabila dapan tahu hal itu. Tetapi Airis seperti berpura-pura seperti biasa dengan Alia walaupon hatinya sedang bersedih, Airis hanya berlakon kerana tidah mahu persahabatannya hancur hanya kerana perkara kecil.Tetapi dilubuk hati Alia bertapa indahnya dunia ini jikalau Airis tiada.

Tiba-tiba ada beberapa orang kelihatan seperti sedang mengutuk Airis kerana Airis bersama dengan Isman. Isman pulak digilai ramai wanita. Semua orang suka padanya. Dalam pelajaran,sukan dan kemahiran hidup semuanya cermelang. Yelah ,lelaki pujaan katanya. Tetapi yang pelik kenapa Isman suka padaaku dan bukan orang lain? Padahal lebih ramai yang mengejarinya lebih cantik ,pandai ,menawan daripada Aku? Bertubi-tubi soalan dalam midar Airis apabila memikirkan tentang Isman.

Apabila waktu pulang sekolah, ada beberapa perempuan yg menarik Airis ke belakang sekolah. Airis merasa takut kerana tidak ada sesiapa yg ada di belakang sekolah kecuali dia dan 3 orang perempuan. Tiba-tiba salah seorang dari ketiga wanita itu bertanya "Apa hubungan kau dengan Isman, hah?" tanya dia dengan kasar. Jadi fahamlah Airis kalau mereka itu adalah peminat setia bagi Isman. "Hubungan apa, aku mana ada apa-apa hubungan dengan Isman?" jawab Airis dengan selamba kerana tidak mahu mereka tahu kebenara, jikalau mereka tau pasti akan jadi perang besar di sekolah ni. "Kau jangan buat x tau lah Airis, kau ingat aku x tau apa hubungan kau dengan Isman, xakap sekarang?" perempuan itu memaksa Airis untuk memberi tahu kebenarannya. 'Eh perempuan ni, kalau dah tau buat apa nak tanya, ingat aku takut ke' kata Airis di hatinya. Apabila Airis tidak menjawab pertanyaan mereka, perempuan itu mela meangkat tangan utuk memukul Airis. Sebaik sahaja mereka hendak memukul Airis tiba-tuba kedengaran suara org yg sedang geram memerhatikan gelagat mereka itu. Apabila mereka mendengar suara cikgu yg baru ternampak mereka. Sebelum pergi perempuan itu sempat memberi amaran kepada Airis "Kau jangan berani-berani eh nak dekat dengan Isman dia boyfriend aku, hari di kau terlepas esok lusa nanti kau tunggu lah. " katanya. Airis kelihatan sama sekali tidak takut pada amarannya itu malah dia mengabaikannya. Tetapi sebenarnya hati dia telahbterluka sedikit apabila mengetahui yg Isman menipunya tentang dia tidak mempunyai kekasih, jikalau tiada siapa wanita itu. Hati merasa sedih yg tidak pernah durasainya.Tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience