Pada suatu ketika dahulu, ada seorang petani yang bekerja di dalam hutan dan membawa anak sulungnya bersama untuk membantunya. Apabila hari semakin panas, dia mengambil jaketnya dan meletakkannya di rumput. Apabila tugasnya sudah selesai, dia menyuruh anak perempuannya mengambilnya untuknya. Apabila dia pergi ke sana, anak perempuannya itu terjumpa ada cacing berada di jaket itu. Dia tidak mahu mengambilnya, jadi dia berlari kembali kepada ayahnya dan bertanya kepadanya apa yang patut dilakukannya. Dia memberitahunya agar tidak takut kepada cacing itu. Dia sepatutnya membuangnya dan membawanya jaketnya. Lalu, pergi sekali lagi mengambil jaket itu dengan melakukan apa yang ayahnya beritahu dan mereka pulang ke rumah mereka.
Keesokan harinya petani sekali lagi pergi bekerja di hutan, membawa anak perempuannya yang kedua. Segalanya berlaku seperti sebelum ini dengan kakaknya, dan pada akhirnya dia melemparkan cacing itu jauh dari jaket , dan dia dan bapanya pulang ke rumah bersama-sama.
Pada hari ketiga, anak perempuan pertama akan pergi lagi, tetapi anak perempuan yang ketiga meminta ayahnya mengambilnya. Dia mahu membantu seperti kakaknya yang lain. Mereka semua hanya tertawa dengan cadangannya itu, dan bertanya kepadanya bagaimanakah dia dapat membantu ayah mereka di dalam hutan. Mereka sangat memandang rendah adik bongsu mereka itu dan lebih gemar menjadikan dia seperti Cinderella di rumah mereka. Tetapi dia memohon kepada bapanya dengan bersungguh-sungguh, sehingga akhirnya dia berkata dia boleh mengikutinya. Apabila tiba masanya untuk pulang ke rumah, bapanya memberitahunya untuk mengambil jaketnya. Dia pergi ke sana dan mendapati ada cacing di atasnya. Tetapi dia berkata kepadanya, "Wahai cacing kecil yang comel, adakah anda suka tempat yang selesa untuk berehat?”
Cacing itu memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar, seolah-olah mahu mengatakan "ya!" Oleh itu, dia mengumpulkan lumut-lumut dan menjadikannya seperti sarang yang selesa. Sebaik sahaja dia meletakkannya di dalamnya, cacing itu mula bercakap, dan bertanya kepadanya, "Adakah anda boleh bantu saya? Saya adalah seorang putera yang telah disumpah menjadi seperti ini dan saya tidak berdaya untuk melakukan apa-apa sekarang. Apa yang anda perlu lakukan ialah menjaga saya untuk kira-kira beberapa jam setiap hari. Sebagai ganjaran, kamu akan dapat makanan dan minuman juga. Jika anda melakukan ini selama tiga tahun, apabila sumpahan saya berakhir,saya akan mengahwini anda! "
Gadis itu berkata bahawa dia akan melakukannya, dan cacing itu berkata, "Datanglah ke sini esok pada masa yang sama."
Selepas itu dia pulang dengan ayahnya. Kemudian dia berkata, "Saya Sudah berada di rumah sudah cukup lama dan saya rasa sudah sampai masanya untuk saya pergi ke luar dan berdikari."
Mereka semua menertawakannya, berkata, "Anda, Cinderella, siapakah yang akan menjaga atau mengambil kamu untuk bekerja?"
Share this novel