Aku terpegun seketika,
Melihat keindahan depan mata,
Sungguh luar biasa,
Segala ciptaan dari Maha Esa.
Jari ini terus menari,
Mencipta bait bait puisi,
Untuk memberi,
Inspirasi yang luar biasa ini.
Sukar untuk luah dari kata,
Aku hanya melihat saja,
Mensyukuri seikhlas jiwa,
Terus memuji kepada Maha Esa.
~~~~~~~~
"Assalammualaikum." Tegur gadis tue.
lamunan dan jejari ku terhenti dek suara itu. Aku memandangnya , senyuman aku ukirkan.
"Waalaikummussalam.." Jawabku mesra.
"Indah sungguh puisi Cik.. Cik memang suka berpuisi ? Atau Cik nie seorang penulis ? Maaf banyak tanya.. Saya cuma nak berkawan dengan Cik." Katanya memulakan bicara , kerana Aku dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Nama Saya Nurul. Tak payah laa panggil Cik2. hihihihi... Saya memang suka menulis dan itu adalah hobi saya..." Jawabku..
"Nak tanya satu soalan.. Boleh .?" Katanya.
"In Shaa Allah.." Jawabku.
"Apakah betul. Jika kita diberi ujian , kita mampu hadapinya.?" Soalnya yang membuat Aku terdiam seketika..
"Ukty.... Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)
Kita mampu hadapi setiap ujian itu. Yeah kita merasa ianya sangat berat. Kita mengeluh , menangis dan tak mampu hadapinya.. Kenapa ? Sebab kita tak redho dan Ikhlas dengan apa yang Allah berikan , disebabkan itu kita merasa. Setiap ujian yang Allah kirimkan kita tak mampu hadapinya.." Jawabku dengan lembut. Soalannya itu menyedarkan Aku. Aku juga pernah bertanya soalan yang sama...
Share this novel