BAB 4

Romance Completed 2705

Arfa kembali tersentak dengan bunyi petir kuat. Angin mulai mengganas, menggugurkan dedaun dan bunga-bungaan kering di Ye Olde Smoke House itu.

“Mungkin akan hujan.”

Fikir Arfa.

Dia hanyut dalam lamunannya sendiri, cuba mengingati setiap perincian hal yang berlaku malam semalam, dan dua tahun yang lalu. Arfa melangkah perlahan dari beranda biliknya dan melabuhkan punggungnya keatas sofa kulit yang empuk. Dia membelek telefon pintarnya dan baru tersedar ada beberapa pesanan baru.

Arfa membuka satu persatu pesanan ringkas yang diterima, namun matanya terhenti pada satu pesanan yang membuatkan nafasnya seakan terhenti seketika. Pesanan daripada Habib.

“Arfa, aku nak jumpa kau sekejap petang ni boleh? Ada hal yang aku nak cakap sedikit dengan kau.”

Ringkas pesanannya, namun cukup terkesan bagi Arfa. Jemarinya sedikit menggeletar, menahan ombak didadanya.

“Tentang apa? Siapa lagi ada?”

Balas Arfa seperti acuh tak acuh. Arfa seakan dapat merasakan ada sesuatu yang serius Habib mahu bincangkan. Firasatnya selalu betul. Namun, tentang apakah?

“1 MESEJ BARU”

“Hanya kita saja. Tentang kita.”

Balas Habib pendek. Bertambah lagilah ombak gemuruh Arfa.

“Tentang kita? Tentang apa? Kita bukan ada apa-apa pun.”

Arfa perlahan bergumam kosong. Arfa mulai tidak keruan. Berkerut dahinya cuba menganalisa semua perkara. Sekejap. Memori dua tahun lepas kembali menjengah. Sedikit demi sedikit.

“Mungkinkah tentang apa yang aku cakapkan pada pertemuan terakhir dulu?”

Monolog Arfa seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience