Rate

BAB 1

Drama Completed 692

Tersedu-sedu Natalia menangis di birai katil, dia melihat sekeliling bilik yang serba biru yang besar dan terlalu asing untuknya. Dia mendongak melihat pintu yang dikuak dari luar, muncul wajah lelaki yang baru menjadi suaminya pada pagi tadi. Tangisannya menjadi-jadi, pada usia 17 tahun dan baru sahaja menjalani peperiksaan SPM dia telah menjadi isteri kepada lelaki atau lebih dikenali orang dengan sekali pandang sebagai lelaki lembut.
“Sudahlah, benda tu nak jadi kita tak boleh elak” Kata Syarman sambil melabuhkan punggungnya di atas katil. “Apa maksud Awak? Takdir? Jangan salahkan takdir!” Ucap Natalia dengan tegas. “Awak ingat saya tak tahu Awak perangkap saya supaya masuk bilik hotel tu dan panggil pencegah maksiat. Awak sengaja buat macam tu supaya saya kawin dengan awak kan? Laki tak malu! Ops bukan laki I’m suppose to call you what? Hah?”Jerit Natalia tanpa memberi ruang untuk Syarman bercakap. “Apa yang kau ckap ni? Bila masa aku perangkap kau?”Tutur Syarman tergagap-gagap. “Dengar sini, kau tak payah nak berlakon aku dah dengar apa yang kau cakap dengan mak kau tadi. Kau ingat aku ni apa tikus nak buat uji kaji nak buktikan kau tu lelaki. Aku baru 17 tau tak result SPM pun tak dapat lagi.”Ucap Natalia lirih.
“Aku…aku…”
“Aku apa? Eeiii geramnya. Dengar sini aku nak kau ceraikan aku sekarang jugak!”
“Hei jangan jerit. Syy” Ucap Syarman sambil cuba nak peluk Natalia . Dia cuba nak tenangkan perasaan Natalia . Pantas Natalia tolak tangan Syarman dan cuba lari keluar dari bilik tapi Syarman rentap tangan Natalia dan banting tubuhnya ke atas katil. “Apa ni? Awak nak buat apa? Jangan! saya budak lagi tahu” kata Natalia sambil meronta-ronta untuk lepaskan diri dari pelukan Syarman tetapi Syarman mengeratkan lagi pelukannya. Dia harus jelaskan semuanya pada Natalia .
“Syy.. dengar sini saya tahu saya salah. Saya tak kan sentuh awak. Sumpah! Saya Cuma nak awak berlakon bahagia hidup dengan saya supaya Amy setuju nak kawin dengan saya. Bila dia dah setuju saya akan ceraikan awak plus saya akan biaya semua kos pembelajaran awak lepas result keluar.” Terang Syarman panjang lebar. “Awak ingat perkahwinan tu apa? Taktik nak pikat perempuan lain kawin dengan awak. Perkahwinan tu sebuah ikatan suci yang menghalalkan hubungan antara dua orang ajnabi yang bercinta supaya mereka dapat melahirkan zuriat yang bersih. Semua orang di dunia tahu fungsi perkawinan tau tak.” Tempelak Natalia sambil bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil. Terkedu Syarman dengar bicara isteri mudanya.
Tok tok tok. Kedengaran pintu diketuk dari luar.Natalia terus bangun dan buka pintu bilik mereka. Tersembul muka wanita yang cantik dilapisi dengan alat solek yang berjenama. Cantik, tapi kalau senyum lagi cantik. “Kenapa mama?” Tanya Syarman bila melihat Natalia merenung muka mamanya tanpa berkelip. “Amy dengan Jo datang. Dia orang tengah tunggu kat bawah nak ucap tahniah sebab kau dah nikah.” Ucap mama Syarman dan terus berlalu tanpa memandang menantu mudanya. Kesian budak tu jadi mangsa anak aku. Detik hati kecil Datin Qadeja simpati dengan keadan Natalia . “Natalia dengar sini aku suami kau yang sah. Amy tak tahu kita kena tangkap basah yang dia tau kita kawin sebab cinta dan aku nak kau berlakon depan dia macam kita ni pasangan yang romantik ok.” Perintah Syarman sambil tarik tanggan Natalia turun ke bawah. “Hei pengantin baru dah turun” Ucap Amy bila terpandang Syarman dan Natalia . Syarman tersenyum dan dia melabuhkan punggung di atas sofa depan Amy dan Fakri . “Cantiknya isteri you Syar.” UcapFakri sambil pandang Natalia tanpa berkelip-kelip. Natalia tak selesa apabila mataFakri meliar ke atas badannya macam nak lihat apa yang tersembunyi di sebalik baju kurung yang di pakai oleh Natalia . “Kenalkan ini isteri I Natalia . Lia ini kawan baik dan juga sepupu abang.” Syarman perkenalkan mereka. “Natalia but you can call me Lia.” Ucap Natalia sambil bersalam dengan Amy dan dia hanya memandangFakri apabilaFakri menghulurkan tangan. “Maaf, kita bukan muhrim.” Kata Natalia sambil membongkokkan sikit badannya. “Eh, mana you dapat perempuan kampung ni Syar.” TanyaFakri jengkel. “Excuse me! Mind your word En Fakri . Bukan bermaksud awak kawan suami saya awak di beri kebenaran untuk mengata saya. Saya orang islam yang sedar akan hukum Allah. Got it.” Soal Natalia tenang.Fakri rasa tersindir. “Hei jangan nak bertekak pula kat sini. Dah lama kami datang tapi tak ada air pun.” Kata Amy cuba tenangkan suasana yang panas. “Eh abang duduk sembang dengan kawan abang biar Lia yang pergi siapkan minuman untuk tetamu kita.” Kata Natalia mesra apabila melihat suaminya hendak pergi ambilkan minuman. “Mana kau dapat dia Syar? Tak padan dengan kecik ada hati nak ajar aku hukum konon.” Ejek Fakri . “Entah. Kalau ya pun kau frust bila aku tolak kau tapi at least caSyarah yang lebih baik dari aku, macam budak tomboi baru balance Syar, ini bertudung lagi.” Perli Amy sambil ketawa kecil. TergelakFakri mendengar kata Amy. Natalia yang menatang dulang air terkejut mendengar bicara kedua sahabat suaminya. Dia melihat Syarman melenggang macam itik tersepit kaki ke arahnya. Muka Syarman merah, menahan malu mungkin. Aku kena buat sesuatu, detik hati Natalia . Malam itu setelah sembayang Isyak Natalia menunggu kepulangan suaminya yang keluar sekali dengan Amy dan Fakri . Dia sempat bual panjang dengan mama Syarman, dan Natalia telah membuat kesimpulan dia akan bebas dari Syarman bila Amy terpikat dengan hairl. Syarman masuk ke dalam bilik dan terpana melihat Natalia yang sedang menyisir rambut yang panjang melepasi punggung, itu kali pertama dia melihat rambut Natalia kerana isteri nya bertudung. “Eh abang dah balik.” Soal Natalia sambil hulur tangan. Syarman tak faham tapi dia tetap sambut tangan Natalia . Tersentuh hati Syarman bila Natalia mencium tangannya. “Abang ke sini kejap Lia nak cakap sikit dengan abang.” Ucap Natalia sambil tarik tangan Syarmana dan duduk di atas katil. “Apa masalah abang dengan Amy dan Fakri ?” sambung Natalia bila Syarman hanya menurut. “Apa maksud Lia?.”
“Maksud Lia abang cintakan Kak Amy kan? Abang propose dia lepas tu dia tolak abang sebab abang, hmm abang faham kan?” Soal Natalia teragak-agak. Natalia melihat suaminya mengangguk tanda faham. “So abang buat keputusan untuk berkahwin dengan Lia supaya Amy sedar abang sebenarnya lelaki yang bernafsu dengan perempuan cam tu?” Sambung Natalia bila Syarman hanya mendiamkan diri. “Hmm..” Syarman menjawab lemah. “Macam ni esok pagi abang ikut Lia keluar shopping, tadi Lia tengok baju abang dalam almari semua jambu Lia pun tak pakai baju macam tu. Lia tukar personalti abang.” Ujar Natalia sambil siapkan tempat tidur di sofa berangkai tiga yang berada di bilik Syarman. Syarman hanya mendiamkan diri melihat Natalia yang tidur di atas sofa. Cantiknya dia, rambut panjang, mata bundar, bibir comel, dan hidung yang mancung, kulit putih bersih. Baru dia faham kenapaFakri tenung Natalia macam nak makan petang tadi. Syarman tak pernah pandang Natalia dengan lama sebelum ini. Semasa dia tengah mencari perempuan yang sesuai untuk dijadikan mangsa, dia tak sengaja terlanggar Natalia yang sedang berseronok dengan kawannya. Kemudian apabila ternampak Natalia dan kawannya di lobi hotel yang dia menginap. Semua kawan Natalia bersama ibu bapa mereka tetapi Natalia hanya ditemani oleh gurunya, setelah disiasat Syarman dapat tahu Natalia seorang anak yatim yang di beri biasiswa supaya boleh belajar di sekolah tersebut kerana Natalia seorang pelajar cemerlang. Lantas Syarman pasang perangkap supaya Natalia ditangkap khalwat bersamanya dan seperti yang diduga guru pembimbing dan penjaga Natalia di rumah anak yatim mendesak supaya Natalia bernikah dengannya. Setelah bernikah di masjid pagi tadi semua kawan Natalia telah pulang tinggalkan Natalia dengannya, apabila melihat mata Natalia yang sayu melihat kawannya pulang membuatkan Syarman rasa bersalah jadi dia nekad nekad akan biaya semua kos hidup Natalia sampai Natalia mempunyai kerjaya sendiri. Syarman tiada masalah kewangan kerana dia pengarah Syarikat Bintang Maju yang diwarisi dari papanya setelah papanya meninggal dua tahun lepas. Mama Syarman hanya mampu menerima cadangan anaknya yang tidak masuk akal tanpa menghalang kerana Natalia telah sah menjadi isteri anaknya. Pagi itu Syarman bangun setelah mendengar suara Natalia yang mengalunkan ayat suci. Dia terus pergi mandi dan bersolat jemaah dengan isteri nya. “Assalamualaikum mama.” Natalia menegur mertuanya di meja makan. “Waalaikumussalam.” Datin Qadeja membalas ucapan sejahtera Natalia . Natalia yang bantu pembantu mereka hidangkan makanan melabuhkan punggung di sebelah suaminya. “Pagi tadi Syar pasang kaset mengaji ya? Sedap suara perempuan mengaji tu.” Tanya Datin Qadeja . “Kaset apa mama? Lia yang mengaji pagi tadi.” Jawab Syarman. “Lia yang mengaji?” Tanya Datin Qadeja terkejut. “Kenapa mama? Kuat sangat Lia mengaji pagi tadi ya? Maaf ya mama Lia dah biasa mengaji sebelum subuh. Dekat rumah anak yatim kami dah biasa buat macam tu” Tutur Natalia lembut. “Eh tak apa Lia teruskan kebiasaan Lia tu mama tak marah, sebenarnya mama memang bangun awal baca tafsiran atau buku hadis sementara tunggu subuh” Jawab Datin Qadeja . “Mama kejap lagi Lia dengan Abang Syarman nak keluar! Lia nak tukar imej abang. Mama tak marah kan?” tanya Natalia sopan. “Eh nak marah apa pula? Mama memang suka Lia boleh tukar imej anak mama.” Jawab Datin Qadeja tersenyum. “Kami keluar dulu ya mama.” Ucap Natalia sambil hulurkan tangan pada mertuanya. Datin Asamah berdoa supaya jodah anaknya kekal semasa Natalia mencium tangannya. Dia senang dengan sikap Natalia yang lembut dalam tegas. “Abang bawa duit tak? Lia tak ada duit tau kita perlukan duit yang banyak untuk tukar imej abang.” Kata Natalia semasa kereta Syarman meluncur di jalan. Syarman hanya tersenyum mendengar kata Natalia . Natalia telah memilih baju yang lebih kelakian untuk Syarman dia juga telah membawa Syarman ke salun dan potong rambut Syarman yang agak panjang kepada rambut pendek. Akhir sekali Natalia mendaftarkan Syarman di sebuah gim untuk bentuk badan Syarman dan body languange Syarman lebih kelakian.

Sudah hampir dua bulan Natalia menjadi isteri kepada Syarman, semua orang di banglo Datuk Shazwan menyenangi kehadiran Natalia , dan yang paling penting ini adalah malam parti di rumah Amy. Natalia dan Syarman dijemput ke parti itu. Natalia mengenakan baju kurung moden hitam berlabuci pink, dia bertudung ala Waheda menutup dada. Natalia tidak suka memakai tudung yang menampakkan dada dan hanya menutup rambut. Syarman pula memakai kemeja hitam dan jeans biru tua, Syarman nampak begitu segak. “Ya ALLAH. Cantiknya anak menantu mama!.” Ujar Datin Asma. Mereka hanya tersenyum mesra. Apabila tiba di parti Amy ramai yang kagum melihat kecantikan dan kesegakkan Natalia dan Syarman. Amy merasa menyesal kerana menolak Syarman dulu, tapi apabila dia melihat Syarman datang ke sisinya tinggalkan Natalia Amy rasa belum dia rebut peluang.Fakri pula yang melihat Natalia yang bersendirian di kolam cuba mendekati Natalia . Natalia yang leka perhati Syarman yang berbual mesra dengan Amy berangan misinya tercapai sekarang dia boleh meminta cerai dan sambung pelajaran. Keputusan SPM Natalia cemerlang. “Hai Natalia .” Tegur Fakri . “Hai Fakri . How are you?” Tanya Natalia yang terkejut dengan sapaan Fakri . “Oh I’m fine. Happy nampak. You sepatutnya cemburu lihat suami you tahu, bukannya happy macam ni.” Sindir Fakri . Natalia hanya senyum tanpa balas kata-kata Fakri . Syarman yang melihat senyuman Natalia untukFakri rasa geram. Senyuman tu hanya untuk aku. Dia terus menuju ke arah Natalia . “Abang Lia rasa pening.” Adu Natalia pada suaminya yang datang padanya. Ish! Dia sepatutnya rebah dalam pelukan aku bukan dalam pelukan Syarman. Bentak hatiFakri geram bila melihat Syarman papah Natalia . “Sorry Amy isteri I tak sihat. I nak balik.” Ucap Syarman dan terus papah Natalia ke kereta, dia tak berpalinh ke belakang. Amy danFakri hanya mampu melihat Syarman papah Natalia ke kereta Mercedes 5 series. Syarman membawa Natalia masuk ke dalam bilik setelah sampai ke rumah. Semasa membuka tudung dan menukar baju Natalia Syarman tidak dapat menahan diri. Dia kalah. Natalia membuka matanya perlahan-lahan dia rasa pening yang amat. Natalia memicit-micit kepalanya sambil cuba bangun dari baringan. Natalia melihat dirinya yang bogel dalam selimut. Dia rasa cemas. Air matanya terus mencurah apabila melihat Syarman di sebelahnya di atas katil yang sama dan mereka berkongsi selimut. “Abang bangun bang.” Natalia gerakkan Syarman. Syarman membuka matanya bila melihat Natalia yang menangis tersedu-sedu sambil memeluk lutut, dia merasa bersalah yang teramat. “Lia maafkan abang.” Ucap Syarman lemah. “Apa yang abang dah buat? Masa depan Lia dah hancur. Lia benci abang.” Kata Natalia dan lari masuk ke dalam bilik air.
Hampir seminggu kejadian itu berlaku Natalia hanya memerapkan diri dalam bilik.
“Lia! Kenapa Lia jadi macam ni apa yang abang buat tu halal tahu tak. Abang berhak ke atas Lia. Lia milik mutlak abang.” Kata Syarman pada suatu hari dia tak sanggup melihat Natalia yang hanya menanggis dan mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. Nasib baik mama Syarman tak perasan masalah mereka kerana sibuk dengan syarikat. “Abang akan ceraikan Lia bila abang dah kahwin dengan kak Amy masa tu laki mana nak kat Lia. Senangnya abang cakap Lia ni perempuan tahu tak.” Jawab Natalia . “Lia jangan risau abang akan bertanggungjawab dengan Lia.” Pujuk Syarman. “Habis kak Amy macam mana pula? Abang ingat Lia tak tahu abang dah ok dengan kak Amy.” Tanya Natalia lemah. “Ada alternatif lain. Madu.” Ucap Syarman selamba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience