Rate

Pengenalan

Family Series 224

Isnin 2/1

Hari ialah hari pertama persekolahanku sebagai seorang gadis yang berumur 17 tahun. Jujur aku katakan, yang aku langsung tidak berminat untuk hadiri kelas seperti biasa. Fikiranku berserabut dengan segala masalah yang aku tengah hadapi sekarang. Ayahku ialah seorang businessman, ibuku juga seorang businesswoman. Perlahan lahan aku melangkah ke dalam kelasku, 5 Setia. Kawan sekelasku mula berbisik antara satu sama lain. Apa yang mereka sedang bisikan? Entah. Aku malas nak amik tau. Beg lalu diletakkan di sebelah tempat dudukku. Mengapa? Kerana aku langsung tidak pernah ada kawan sejak aku berumur 13 tahun. Jika ada pun, mereka hanyalah seorang 'fake friend' yang hanya mahukan harta ku.
Guru kelas lalu melangkah masuk dan memulakan sesi pembelajaran. Fikiranku pula sedang menerawang entah kemana. Aku langsung tidak boleh fokus. Waktu rehat tiba jua. Aku lalu pergi ke meja batu berhampiran dengan padang sekolah. Makanan yang dibekalkan oleh bibikku hanyalah dipandang dengan tatapan kosong. Aku langsung tidak ada selera makan. Kedengaran bunyi kucing yang kelaparan. Aku lalu memberikan kesemua makanan itu kepada kucing itu. Perlahan lahan aku mengukir senyuman dan loceng tamatnya waktu rehat kedengaran nyaring.
Setibanya di rumah, aku menukar bajuku dan terus keluar rumah untuk ke taman, mencuba untuk kosongkan fikiranku. Gagal. Aku mencuba untuk berhenti berfikir tetapi apa yang aku dapat hanyalah sia sia. Menyedari apa yang aku buat semua ialah sia sia, aku terus pulang ke rumah dengan perasaan hambar. Akhirnya waktu malam tiba. Waktu kegelapan. Bibikku memanggilku untuk makan malam bersama sama.. seseorang. Ya, selama aku hidup, aku tidak pernah makan dengan sesiapa. Kawan sekelasku memanggilku seorang yang pendiam, 'weirdo', sombong, dan lain lain. Ibu bapaku pula tidak pernah ambil tahu tentang aku. Mereka hanya fikirkan duit, duit dan duit. Jujur aku katakan, yang aku tidak pernah disayangi oleh sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience